kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Wednesday, January 31, 2018

Tin Teratak Aish

 Sudah berbulan tak ambil kisah pokok syurgaku ini.
Bilalah nak mengetut,membaja , merumput ,meracun  dan membelai anak- anak hijo ni. Rindu sangat  dengan  pokok pokok ku ini.
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Monday, January 29, 2018

Percaturan Allah SWT itu indah

Mengimbau kenangan silam zaman sekolah dulu memang peminat tegar Ujang dan Majalah Gila Gila. Memang setiap bulan wajib beli Majalah Kartun sbb memang kat rumah semua suka dengan Kartun. Tapi itulah percaturan Allah SWt tak sangka akan dapat berkoleberasi dengan kartunis dalam Buku Keduaku AKU ANAK POMEN CHAPTER HIDUPKU ini. In sha Allah Aku Anak Pomen akan menyertai barisan cerita motivasi dalam Majalah Sempoi Siri ke 2. Nanti kisah Aku Anak Pomen. Sebelum tunggu Siri Kedua pakat pi beli Siri Pertama ni nanti boleh buat koleksi.


*SEMPOI* Harga: RM12 senaskah Kos pos: RM7.30 Semenanjung Malaysia *Ketawa anda inspirasi kami* *Maklumat pembaca untuk Pre Oder  1) Nama penuh 2)Alamat 3)Contact No 4)email jika ada Hantarkan butiran tempahan @ pembayaran ke whatapps: 0124598092-Hafizan Hafizan Jan Pendang (head marketing dept) 019-4001818- Shamsul +60132567555 - Fharees ( Lembah Klang/ Shah Alam) Bayaran boleh dibuat melalui akaun ni Bank: Maybank Berhad No Akaun: 552068034748 Nama Akaun: Maju Ikhlas Utara Trading *"KARTUN KAMI DUNIA ANDA"* #Sempoi #majalahlawakterkini#ehem2 #dinpetai #kartunmalaysia #majalahkartun #draw#drawingartmalaysia #malaysianartistlaundrylist #hero
#AkuAnakPomen
#AkuAnakPomenChapterHidupku

Selain dari itu komik-komik ni banyak meninggalkan nostalgia dalam hidup kita. Sindirian dan pelajar melalui media yang lebih santai.













*SEMPOI* Harga: RM12 senaskah Kos pos: RM7.30 Semenanjung Malaysia *Ketawa anda inspirasi kami* *Maklumat pembaca untuk Pre Oder  1) Nama penuh 2)Alamat 3)Contact No 4)email jika ada Hantarkan butiran tempahan @ pembayaran ke whatapps: 0124598092-Hafizan Hafizan Jan Pendang (head marketing dept) 019-4001818- Shamsul +60132567555 - Fharees ( Lembah Klang/ Shah Alam) Bayaran boleh dibuat melalui akaun ni Bank: Maybank Berhad No Akaun: 552068034748 Nama Akaun: Maju Ikhlas Utara Trading *"KARTUN KAMI DUNIA ANDA"* #Sempoi #majalahlawakterkini#ehem2 #dinpetai #kartunmalaysia #majalahkartun #draw#drawingartmalaysia #malaysianartistlaundrylist #hero
#AkuAnakPomen
#AkuAnakPomenChapterHidupku
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Friday, January 26, 2018

ZUL ARIFFIN HUBBY KU


"Tahniah Shikin, akhirnya Shikin kahwin juga.... Aishah selalu doakan Shikin. Seronok baca kad jemputan Shikin...mak pun dah siap nak pi esok kat stadium...Aziz ngan anak-anak akan ikut kuga nak tengok Bonda kahwin"....
"Aishah habaq kat Aziz muka suami Shikin handsome nak mcm dia juga cuma cerah seditlah pada Aziz"....
Hahahhahaha aku gelak dan duk kata sat ada salah faham ni.
Aishah terus duk cakap juga...
"La awat tak da persediaan apa lagi ni, Aishah mai nak tolong hari ni ..."
Aishah.... Aishah .....
Cerita lucu hari ni. Mimi Rita @ Aisyah Tajjuddin mai rumah nak buat persiapan kenduri kahwin aku yg akan berlangsung esok 27/1/2018 .
Kesian dia siap sediakan hadiah istimewa buat aku dan dah rancang dengan mak dan suami dia untuk hadir esok di Stadium Darulaman.


Wedding of the year....itu yg buat di Stadium Darulaman. Mana ada orang buat kenduri di Stadium Darulaman. Mengalahkan pemain bola sepak Kedahlah pula.
Gara gara application FB artis mana akan jadi suamimu? Akhirnya jadi satu cerita lucu dalam pengakhir  Chapter Hidupku yang ke 46.

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Aku Anak Pomen



Alhamdulillah dengan nikmat yg Allah SWT berikan.

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Monday, January 22, 2018

Clitoria ternatea aka Bunga Telang


Nama Botani : Clitoria ternatea
Famili : Leguminosae (Papilionaceae)

Pengenalan

Kacang telang atau butterfly pea merupakan tumbuhan jenis kekacang. Ia adalah pokok jenis memanjat atau menjalar di atas tanah. Pokok ini dikenali dengan nama pokok bunga nasi kerabu di kalangan penduduk Kelantan kerana bunganya digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu. Pokok kacang boleh tumbuh sehingga 9 meter panjang. Ia membiak dengan cara keratan batang atau biji benih. Bunganya berwarna ungu kebiruan dan ia mengeluarkan bunga sepanjang tahun.

Kegunaan

Bunga kacang telang biru digunakan sebagai perwarna nasi kerabu atau pulut. Is juga digunakan dalam proses mewarna mengkuang(untuk kraftangan) dan kain. Bunganya juga banyak digunakan untuk menghitamkan rambut dan menyuburkan kulit kepala. Daun pokok ini boleh digunakan untuk mendapatkan warna hijau. Buah kacang muda boleh dimasak dan dimakan. Akarnya digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan julap. Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap. Jika dimakan dalam kuantiti yang sedikit, ia boleh membuka selera makan.

Daunnya dan bunganya juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala. Caranya, daun atau bunganya dimasukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan untuk tidur oleh pesakit. Bunga kacang telang yang direndam di dalam air bersih, boleh digunakan untuk mecuci mata yang disebabkan oleh mata merah. Air rebusan bunganya yang diminum boleh merawat disenteri.

Bunga dan akarnya dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum dipercayai dapat merangsang haid. Daun pokok ini yang dihancurkan dan ditampal pada bisul atau jerawat dapat merawat masalah tersebut. Daun telang biru yang diremdam boleh digunakan untuk mencuci mata merah.

Kandungan dalam bahagian pokok telang biru :
Daun - alkaloid dan triterpinoid
Kulit batang dan biji - alkaloid jenis toksik.
Minyak biji - asid aralidik, linoleik, asid oleik, asid palmitik, asid stearik, sitesterol
Seluruh bahagian pokok - antosianin, sparajitin, arabinos, asid amino, asid linolenik, asid stearik, beta-sitosterol, flavonol, kaempferol, klitorin, lakton, lisin, oligosakarida, protein, ramnos, ternatin, silos.

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Saturday, January 20, 2018

SEMBANG SANTAI TAMAN DESA BUKIT TINGGI

 
Sekarang dah tak jadi Pengerusi Jiranita sebab kesibukan jadi terpaksa mengundur diri.
 Tapi tetap menjadi AJK dan setiap aktiviti tak pernah miss lah.
 Barisan Ajk TDBT teramai dalam sejarah 84 orang
 Jamuan malam ni dua ekor kambing BBQ 
 YB Aminuddin Omar turut hadir sebagai tetamu undangan. seperti biasa Alhamdulillah dapatlah peruntukan RM20k untuk pusat aktiviti dan juga dijanjikan untuk pasang lampu jalan dekat hujung jalan.  Kita tunggulah sejauh mana janji di tepati....jangan diCAPATI udah lah.


SEMBANG SANTAI TAMAN DESA BUKIT TINGGI bersama Datuk Aminuddin Omar.
#jiranita
#tdbt
#TamanDesaBukitTinggi @ Teratak Aish, Taman Desa Bukit Tinggi,Kepala Batas, Kedah
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Friday, January 19, 2018

RICH ROSE RITA

Pengawal keselatan bru kat Teratak Aish. Dah lama nak bela angsa baru tahun 2018 tercapai impian. Walaupun tak dapat yg putih yang kelabupun ok jer.

Shikin beli dari anak murid SMK Jabi dulu..Mohd Khairol di Kampung Tualang. Jadilah bela tiga ekor.

Ok kita bagi nama RICH ,ROSE dan RITA.  Ala ala mat salleh lah sikit kan.  Bela angsa mengimbau kenangan zaman kanak -kanak dan zaman praktikum di Sim River dulu😍😍😍😍. Angsa memang takut dengan Shikin sebab kalau mereka kejar sil oranglah sebab Shikin pegang leher ja😝😝😝😝😝😝
Ok lah kita tengok perkembangan mrk nanti.  Bezanya bela angsa tak boleh buat teman tiduq n luah perasaan saja.
 Nanti kita makan itik angsa pula😍😍😍😍. Buat induk tu yg beli bagi poligami siap siap. Seekor jantan dan dua betina.

Welcome to Teratak Aish ....Rich Rose dan Rita.
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE

 Hari ni ada yang bertanya Shikin business  apa sekarang?
Shikin:"Jual Orang!"😍😍😍😍 Sebenarnya memang orang semua pelik "Prof Shikin" ni business apa? Sebab selalu tengok ada dalam majalah, metro, majalah wanita , Apa Kata Wanita, MHI  dan duk masuk meeting usahawan bagai.
Dulu memang ada business besar sbb ditakdirkan terjerumus dlm bidang business ni sejak dari kecil lagi. Tetapi dlm tahun 2009 berlaku tragedi ngeri sampai jatuh tenggelam dalam tanah. Bukan mudah untuk bangun dan sekarang dah tahun 2018...dah 9 tahun. Dari mentor kesayangan Dato Wira Maznah Hamid hidup asyik masuk KLINIK USAHAWAN saja dari tahun 2010. Ikut saja mana DWM pergi, tetapi kekuatan untuk bangun bagai diikat batu diseluruh tubuh. Hinggalah DWM meninggal dunia hingga merajuk dia dengan Shikin.

Alhamdulillah  bersyukur sangat selalu consulted orang dan bagi semangat dekat kawan-kawan hingga mereka buka business, jadi Entrepreneur, buka rumah kebajikan, boleh keluarkan produk sendiri, pilih saluran kerjaya yg sesuai, dan yg sangat membanggakan menjana income puluhan ribu sebulan. Syukur dapat bantu kawan-kawan terutama yg sedang tercari business dan halatuju diri selepas pencen.  Tapi selalu bagi Consultation FREE  sahaja dan ada yg berbayar dengan kadar rendah saja. Tak letak harga. Hehehe ala ala Tok Guru saja.😉😉😉 Kadang kadang tu dapat jemputan untuk Program Motivasi , Klinik Kaunseling dan Klinik Keusahawanan. Itulah kenapa Shikin jawap JUAL ORANG.

In sha Allah ada rezeki Shikin akan buka OFFICE sendiri untuk membantu masyarakat sekeliling dalam Klinik Kaunseling&Konsultansi @Labaikk Counselling & Consultancy Clinique.
Sekarang kalau buat pun secara persendirian shj. Kalau warga KPM boleh datang waktu pejabat di pejabat sahaja tetapi kalau bukan warga selalunya jumpa di luarlah.
Doakan 2018 pejabat akan segera dapat buka dan mudahkan urusan semua.
AameenYaRabbalAlameen
CrNAS@iabu

#CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherEducatorMotivatorWriterEntrepreneur
#AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri
#AkuAnakPomenChapterHidupku
#shikinsayang
#LabbaikCounsellingNConsultancyClinique
#LabbaikCNCC
#BestFromNorthenSiries
#ssfg
#crnas
#crnash
p/s: Semua bahan yang diterbitkan adalah untuk perkongsian minda sahaja tidak boleh digunakan untuk tindakan mahkamah.Terima kasih:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Wednesday, January 17, 2018

Bila Shikin Menulis di Media Sosial...JOM FOLLOW SHIKIN

Shikin ni di kategorikan orang yang banyak bersosial dengan media sahaja sebab banyak menulis. Sebenarnya ada banyak jenis penulisan di media sosial, kita mulakan dengan penulisan status atau apa-apa jenis penulisan di media sosial milik hampa termasuk juga di blog dan sebagainya. Kita kena tahu supaya kita dapat sesuaikan apa yang nak kita tulis mengikut masa yang betul. Lazimnya, kita akan tulis posting pendapat di media sosial untuk berkongsi rasa hati kita.betul tak ? selalu juga, kita buat posting dengan penuh emosi sehinggakan bila kita baca pun, rasa apa yang penulis tu rasa. Ini memang hebat.

Cumanya kena berhati-hati .

Kita bila nak buat penulisan atau nak komen apa-apa di media sosial, pastikan yang pertama jaga akhlak dan adab. Tok sah  rasa diri tu betul sehingga membelakangan adab. Orang melayu sekarang ni dah hilang adab , apa yang depa rasa , terus ja depa buat. adoooiiiii susah macam ni..... sebab itu kalau hampa perasan di media sosial ni penuh dengan kebencian.

Tak banyak benda positif yang orang nak ambil port. sedarlah dan belajar lah jaga adab ya.

Bayangkan masa depan lepas ni macam mana. ya ,hampa  dah nampak makin ramai yang akan tak ada adab lepas ni. pastikan yang hampa  tak masuk dalam golongan tu ya.

Post komen pendapat tapi sinis. dalam bahasa mudahnya adalah kecaman. haa ramai buat benda ni dengan alasan nak tunjukkan kebenaran padahal cara hampa tu salah. ada cara yang lebih baik dari bergaduh dengan kecaman tu. bila orang yang dikecam ajak berdebat dan sebagainya, boleh pulak hampa hide akaun. nampak sangat pengecut. ramai kecam,..lepas tu tak mau mengaku salah. ish - ish.. . kurangkanlah penulisan yang berbentuk macam ni. guna saluran betul. kalau tak mau benda buruk berlaku dekat hampa, guna cara yang betul. kalau tidak , free- free ja kena saman.
Shikin ada banyak page dalam FB sebab zaman berbusiness online ...tapi follower taklah banyak ....sebab tak rajin duk invite orang LIKE.
Shikin pun suka juga tulis blog ni. Dah 8 tahun terjebak. Menjadi seorang blogger merupakan satu impian bagi yang berminat menulis. Anda hanya menulis di blog dan memberi manfaat kepada orang lain melalui penulisan boleh di kategorikan sebagai blogger. Hampa tahu ! ramai yang mula jadi blogger dan lama-lama hanyut hilang entah pi mana. Berapa ramai saja yang mampu kekal dalam dunia blog. jadi hampa nak tau tak bagaimana nak jadi seorang blogger ?



Kalau teringin nak jadi bloger boleh pi kat LIN sahabat blogger ni.....tekan ja pi baca kat situ
http://www.kataubaid.com/2017/05/bagaimana-menjadi-seorang-blogger-jom.html

Kalau rajin mengarang dan menulis ...inilah masanya untuk meluahkan idea dan buah fikiran dalam kepala...tapi kalau tak pandai menulis tak ada masalah....belajar teknik COPYWRITING dari 
http://azizanosman.com/teknik-copywriting-di-media-sosial/


Kalau Rajin tu Jom lah tolong pi LIKE 
Pages Shikin
dan rajin rajinlah follow blog 

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

SEKALUNG BUDI ;AKU ADALAH AKU : JADILAH DIRI SENDIRI

 Alhamdulillaahirabbil ‘Aalamin dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan rahmat dan hidayahNya jualah saya dapat menyelesaikan penulisan buku ini. Selawat dan salam juga diaturkan kepada Nabi Muhammad SAW  . Seinfiniti terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak terlibat dalam penerbitan buku Aku Adalah Aku; Jadilah Diri Sendiri ini. Buat seluruh keluarga yang tercinta, saya dedikasikan buku ini buat mak dan ayah saya Hjh Siti Esah Binti Mohamad dan Hj Shahrom Bin Rahim. 
 Saya mahu mengambil peluang ini untuk merakamkan jutaan terima kasih yang ikhlas adik beradik dan ipar; kakak Normishah& Abu Bakar dan adik-adik saya Noorhayati& Padil, Shahnon&Rohani, Shahril&Noor Aziah dan Shahrizal&Rahayusniza atas kasih sayang ,bimbingan, tunjuk ajar, kritik dan kesabaran serta pengertian mereka dalam menggalakkan saya sepanjang penyelesian projek buku ini.
 Terima kasih juga dirakamkan kepada anak-anak buah Muhammad Shahir Firdaus, Nur Afiqah Shahirah, Siti Aisyah Humaira’, Nur Izzati Nazirah, Nur llyana Syuhada, Muhammad Alif Haikal, Muhammad Shahriz Aiman, Nur Shamimi Balqis, Nur Atikah Shuhada, Nur Syahida Safiyya, Shahriz Ridzwan, Nur Anis Sofia, Muhammad Aniq Aisy, Nur Aisyah Syafiah, Muhammad Aqil Danish dan anak bonda Abdullah Abbas yang menjadi sumber inspirasi penulisan buku ini
 Terima kasih kepada mentor-mentor kekayaan saya Datuk Wira Dr Maznah Hamid yang selalu menggalakkan saya dalam bidang penulisan sepanjang hayatnya. Tidak lupa buat Muhammad Ilyas Said Jamil, Irfan Khairi, Dr Azizan Osman, Aaishah Latif, dan juga rakan USAHAWATI UTARA yang sentiasa menjadi pemangkin motivasi diri. 
 Terima kasih buat semua bekas pensyarah, guru-guru dan anak didik saya yang banyak memberikan motivasi sepanjang kita bersama dari sekolah rendah hinggalah sekarang di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara yang tak dapat disebutkan namanya satu persatu.


 Sekalung budi kepada semua rakan-rakan penyumbang ruangan SUCCESS STORIES FROM MY FRIENDS yang sudi berkongsi kisah kejayaan mereka. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Rakan-rakan Kaunselor, Guru dan Pensyarah sepanjang perkhidmatan 25 tahun ini. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. 

 Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan buku AKU ADALAH AKU: JADILAH DIRI SENDIRI ini.
Sekalung kasih buat Anda yang membeli dan sudi membaca buku ini dan semoga Anda mendapat manfaat dari perkongsian ini.

Terima kasih dari Shikin Sayang.
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in