kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Wednesday, December 29, 2010

Road Tour and Ziarah Setiawan...Taiping...Kulim..Sg Setar

Peneman MakNgah kali ini..Aliff n Atie..ke Setiawan

Aiman ,Alif,Iqa Along n Atie.....

Ini Ada ngan Iqa...

Aiman..memang kaki possing

Atie...control ayu

aiman...n Iqa...memang  suka bergambar..ni pakai laptop camera ..

Alif..kali ni  tinggalkan ibu ngan ayah ikut Mak Ngak jalan...



Peace....atie..kalau dapat tv..tak pusing lain dah...

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Monday, December 27, 2010

Uji Rashid - Tangisan Semalam


Malam ni tak leh lenalah sebab silap pi bancuh kopi TENOM....minum..adoi dah lah lajak tidur pagi tadi...lagu ini mengingatkan zaman aku kecil dulu...mak ngan ayah minat sangay lagu Uji ngn Hail Amir..
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

CHAPTER 17: Kenangan Family Tour..makan angin..ziarah

Pasangan ideal..walaupun waktu ni mak gebu sangat...ayah sangat romantik...ni waktu mak mengandung kat Adik

Sunday, December 26, 2010

Nasib Si Miskin - Santi Sardi (Lagu Dangdut Anak Anak)


Kenangan yang tiada galang gantinya dalam diri ini...rindunya pada mak ngan ayah yang sangat pengasih dan penyayang dengan anak-anak...
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Saturday, December 25, 2010

CHAPTER 16: FOREVER AND EVER.....from someone I know

Believe or not,

before the end begins,
no one had ever,
made this believe in,
so powerful then ever,
stronger than ever,
till now as you know,
I'm drown in motion,
of all the sweetest dream,
that you're made for me......

Believe or not,

Along this lane,
I've cried all the way,
without no one notice it,
only me that know,
For what its need,
For whom its to,
Till when it will last,
Only time came tell,
what promise it could give......

So........please,

hold up my hand ,
warm up my feelings,
keep this heart,
cause you're the one,
that I love,
Forever and ever.......

M.Aznan  1988


Sajak ni dari seseorang yang  yang aku kenali masa aku di Sekolah Menengah Dato' Syed Omar..sajak ini ditulis dan dimasukkan  dalam meja aku masa tingkatan lima...ditulis dengan pensil dan apa yang tertulis di situ...dari M.Aznan tapi aku simpan je sebab aku rasa dia sebenarnya bukan tulis untuk aku tapi untuk orang lain tapi mungkin tertinggal dalam meja aku...sebab masa aku tingkatan lima selalu aku temui sajak-sajak puitis dan juga  pembalut gula-gula dalam  pelapik meja aku...ala aku ni bukan nya manusia yang  cepat perasan tapi semua tu aku simpan sampai sekarang sebab bagi aku itu adalah kenangan...

Dalam memo aku .....
"Saudari Syikin,

Berkorban apa saja...setiap pengorbanan pasti membuahkan kejayaan..Ingatlah kejayaan tidak akan datang dengan sendirinya..Terima kasih..Maaf atas kesalahan yang saya lakukan kepada saudari.."

M.Aznan
Kg Teluk Bkt Pinang,
@Kg Permatang Rambai,
@Kg Baru,Changlun

Sajak ini memang  menyentuh perasaan dan macam percaya ngan tak percaya je bila aku buka memo lama aku baca  balik..sebenarnya kehidupan aku macam sama je...tak pernah berubah..hidup dalam kasih sayang..dan  cinta yang tak tahu dari mana..apa yang aku tahu sampai sekarang pun selalu aku dapat sajak, puisi, gurindam, lagu dan madah dari insan-insan yang aku kenali..sampai sekarang aku sendiri tertanya-tanya kenapa semua ni berlaku dalam hidup aku...apa yang penting sekarang insan yang aku sayang selalu menyanyi untuk aku terutama kalau aku tak boleh tidur...walaupun suara dia taklah macam Faizal Tahir tapi...menyanyi  untuk aku tidur dah cukup....
Forever and ever....believe it or not?
1...I'm in love with you forever

I'm in love with you forever
I'm in love with you forever till I die
We're always going to be together
I'm never gonna leave you, never
I'm in love with you forever till I die
And I'm in love with you forever
I'm in love with you forever
I'm in love with you forever till I die
I'm never gonna leave you, never
Always going to be together
I'm in love with you forever till I die
Rain or shine
I'm yours, you are mine
You are mine, you are mine
You are mine, you are mine
You are mine, you are mine

Ini pun lagu yang dia pernah nyanyi....

2. Oh my dear
oh my wife.....panggilan sejak mula kenal
you my life forever
oh my angle..
i do believe words you said...
i do love you
i do miss you
you are my women
my world is you
my heart i do love you
Oh my angle
when you come into my life
everything is blissful
you are my everything.....
Always in my heart
Oh my angle...you are my wife forever.
I love you and miss you...

panjang lagi tapi tak sempat rakam...dia tak tau aku dah record suara dia....kalau dengar suara dia memang sexy habis.....bayangkan pitching  memang lari lah..janji dia nyanyi...dulu masa mak ada selalu mak yang duk nyanyikan aku nak tidur atau story telling.....  jadi sekarang kira oklah ada orang tolong nyanyi buat aku...ha..ha..ha dulu kalau aku cakap telefon tak boleh lama sebab masalah aku  geli telinga...tak boleh gayut telefon...tapi sekarang memandangkan aku ada loud speaker jadi tak de masalah lah.

Nantilah aku kongsi lagi kalau ada santapan telinga dari insan yang aku sayang...apapun  M.Aznan  janganlah marah kalau sajak tu aku paparkan di blog aku ni...  memori oh memori.....terlalu indah untuk dikenang....
Doakan kebahagiaan aku kerana aku tak tahu apa maknanya bahagia..apa yang aku tahu aku bertuah kerana ada rasa sayang dalam hatiku ini...kasih..sayang ....cinta...hanya kerana Allah SWT...

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

DOA MENDAPATKAN KETURUNAN YANG BAIK....

( هُنَالِكَ دَعَا زَآَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ ( ٣٨
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaKu dari sisiMu zuriat keturunan Yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan". (3:38)بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ( ١)الْحَمْدُ لِلَّهِ
رَبِّ الْعَالَمِينَ ( ٢)الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ( ٣)مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ( ٤)إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
( ٥)اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ( ٦)صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلا الضَّالِّينَ ( ٧ )
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat. (1:1-7)
Surah al-Fatihah adalah merupakan surah yang istimewa diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah diturunkan kepada nabi-nabi sebelumnya. (Hadis Riwayat Muslim)

( فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَلَيْهِ تَوَآَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ( ١٢٩
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar." (9: 129)

Ia merayu Dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan Aku - Wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa Dengan doa permohonanku kepadamu. Dan Sesungguhnya Aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang Yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan Jadikanlah Dia - Wahai Tuhanku seorang Yang diredhai serta disukai". (19:4-6)

وَزَآَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ ( ٨٩
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya Dengan berkata: "Wahai Tuhanku! janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi". (21: 89)
Nabi Zakaria berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak untuk menyambung perjuangannya. Baginda telah meneruskan amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwrisi daripada ayah dan datuknya dahulu. Natijah daripada kesungguhan munajatnya yang ikhlas itu, Allah s.w.t. telah menerima doa baginda. Menurut atha’ dan Ibn Abbas ayat berikutnya menggambarkan bahawa Allah s.w.t. turut menjadikan isteri baginda seorang yang baik akhlaknya sedangkan sebelum itu merupakan seorang yang kasar dalam berkata-kata. (Tafsir al-Qurtubi tafsir ayat 89, surah al-Anbiya’)

Engkaulah jua sebaik-baik waris...
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Believe it or not???????

Muhammad Safiyullah......vs.......lelaki dlm mimpiku masa umur 16 tahun.....
Subahanallah..Allahu Akbar...itu sahaja yang mampu aku katakan...Ya Allah betapa hebatnya ujianMu ini..Hampir 24 tahun yang lalu aku selalu bermimpi menemui seorang manusia yang mana akhirnya aku lukiskan potretnya..aku sangkakan orang itu adalah Abang Tam tapi rupanya dia bukanlah Abang Tam yang sentiasa menghuni didalam hatiku..tetapi dia adalah Muhammad Safiyullah.

Selama ini aku selalu bermimpi menemui seorang manusia yang sangat aku kenali dan dia datang dalam mimpiku berulang kali..tapi aku sangkakan itu hanyalah mimpi...tapi sebentar tadi semasa aku membuka potret lama yang aku lukis yang tersimpan dalam memo ku...... aku membuka gambar insan yang menghuni hatiku kini...iaitu Muhammad Safiyullah @Hunel..bila aku pusing gambar dia dan letakkan dalam mod grafik...subhanallah..itu yang dapat aku katakan..apakah dia sebenarnya lelaki yang Allah tentukan untukku?

Sebelum ini kalau aku tengok gambar Muhammad Safiyullah@ Hunel aku selalu tertanya-tanya di mana aku pernah jumpa dia selama ini..dan aku memang tercari-cari manusia yang selalu dalam mimpi aku..sebab aku selalu ketawakan  potret yang aku lukis sebab mulut macam perempuan...alih alih bila aku tengok muka dia memang ada iras muka perempuan..mesti dia kecil hati kalau aku kata macam tu tapi..dah kenyataan. Ni semua gara-gara aku duk menyimpan barang-barang yang kena banjir hari tu..

Sebenarnya aku masih takut dengan perasaan aku...hanya Allah yang tahu....aku buka album-album lama banyak kenangan yang mengusik jiwa...syukur  album aku hanya dua buah je yang tenggelam dalam air dan Alhamdulillahsemua gambar dengan mak dan ayah terselamat...hanya dua tiga keping saja yang kembang.setiap gambar membawa kenangan yang sangat menyentuh perasaan...nantilah kalau ada masa aku snap balik gambar dan boleh aku selitkan dalam Chapter Hidupku...


:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Friday, December 24, 2010

UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING KML@KPM: Pemilihan Pengajian di UPU

UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING KML@KPM: Pemilihan Pengajian di UPU: "Sudahkah anda menetapkan masa depan anda? Kalau belum, mulakan daripada sekarang. Masa depan anda sedikit sebanyak ditentukan oleh kebijaksa..."

p/s: Semua bahan yang diterbitkan adalah untuk perkongsian minda sahaja tidak boleh digunakan untuk tindakan mahkamah.Terima kasih

Thursday, December 23, 2010

CHAPTER 15: SEKOLAH MENENGAH DATO' SYED OMAR, JALAN DAY,ALOR SETAR ..KEDAH

4 Sc 2..15  perempuan 16 lelaki satu-satunya kelas aliran sains yg ada perempuan 
Aku berpindah dari SMTSRodziah dengan penuh kontoversi...aku sebenarnya dah tak nak belajar masa aku tamat tingkatan 3....memang sukar nak percaya kan..aku dapat result yang baik dalam SRP 1986 dan aku aply masuk sekolah teknik tapi tak dapat dan akhirnya kawan-kawan aku semua dah tinggalkan SMTSR jadi aku pula bergaduh dengan cikgu yang 'sakit jiwa' ..akhirnya aku memang tak ada minat nak belajar lagi..jadi memang sangat menyedihkan aku memberontak tak nak sambung belajar..jadi ayah dengan mak memang susah hati sangat..aku bagi syarat kat ayah kalau nak aku belajar ayah mesti tukar aku ke sekolah lelaki sbb aku dah tak suka belajar di sekolah perempuan...pening kepala ayah aku nak cari sekolah..aku dapat ke SMK Sultanah Asma tapi aku tak nak pergi sebab sekolah perempuan..Bahiyah..tak mungkin sebab Ann disitu...akhirnya ayah pergi PPD Kota Setar tanya sekolah mana yang nak ambil pelajar perempuan...atlast  tahun tu SMDSO  nak buat trial ambil student perempuan bagi kelas Sains sbb sebelum tu ada kelas sastera je untuk perempuan....jadi akhirnya inilah sekolah yang ayah pilih untuk aku...sekolah lelaki...15 org je pelajar perempuan sains dan 15 org sastera bagi 6 kelas maknanya 30 orang dari 190 orang pelajar tingkatan 4 tahun tu..itu tahun terakhir kelas Sains ada perempuan..(hingga thn 2000 baru  ada pengambilan tingkatan 4 perempuan dan sekarang dah jadi sekolah Primer  ada perempuan dari ting 1-ting 6)

10 Januari 1987-4 Jun 1990.SMKDSO adalah sekolah yang sangat meninggalkan nostalgia buat diriku yang tak glamour ni..tapi dunia sukan aku menyebabkan aku menjadi satu-satunya atlit perempuan yang sampai tahap MSSM dari sekolah ini..jadi sentiasa menjadi tumpuan kerana...besar dan top student...selalu kena hentam dengan Ustazah tapi student kesayangan Cikgu Idris Satar, Cikgu Chan Kok Peng...Cikgu Zainol...Cikgu Md Zaki..Cikgu Sultanudin...Cikgu Fizik aku ,Cikgu Rashid....Cikgu Rohani....Pak Hassan dan Pn Embun Pengetua kesayangan aku... ada beberapa lagi nama cikgu yang baik dengan aku tapi aku lupa....tapi cikgu yang tak suka kat aku pun ramai..sebab biasalah cikgu pilih kasih...sebab tu aku memang tak suka jadi cikgu dan cita-cita aku masa tingkatan 4 nak jadi atlit saja..atlit profesional dan profesion pilihan adalah  Lawyer atau Magistrate.
I'm the big girls in the SMDSO..form 4
Masa di SMDSO aku hanya ingat dunia sukan aku dan juga tak berapa ingat dengan pelajaran sebab memang inilah zaman yang banyak menguji aku yang sudah beralih dari akademik ke dunia glamour dan atlit yang penuh dengan aktiviti di padang..Walaupun masa ini aku sepatutnya fokus pada SPM tapi aku selalunya kurang berminat nak belajar jadi selalu juga kena berleter dengan cikgu aku tapi ada juga cikgu-cikgu yang sangat baik dengan aku yang selalu bagi motivasi untuk aku mengimbangkan  minat dan pelajaran aku...Bagi aku cikgu aku semuanya berjasa pada aku ..walaupun mereka ada yang ketara anti kat aku...tapi bagi aku mereka sebenarnya sayangkan aku..tapi masa tu aku memang selalu juga kena tekanan dengan cikgu-cikgu sebab banyak sangat surat cinta aku dapat...banyak kali jugalah aku kena mengadap guru disiplin dan pengetua...sebab tu Pak Hassan sayang sangat dengan aku sbb selalu aku kena masuk jumpa Pengetua....aku taklah kena marah sebab bila jumpa Pak Hassan dia cakap dengan aku baik-baik...itu cikgu yang cemerlang..
Pengiring aku yg comel...Mazni...Sharina..Mariati..Rosmida
Inilah sahabat-sahabat aku masa di syed omar..memang selalunya  kami berlima..belajar dan lepak...aku je yang besar sebab dia orang ni comel-comel..bila berjalan macam biasalah aku mcm  princess yang dikelilingi oleh dayang-dayang yang comel..dan lagi satu kamilah group paling last pakai tudung kat sekolah..he..he.. orang lain baik-baik belaka..sebab  semua alim-alim masa masuk SMDSO ..kami je yang tak alim..zaman ni kami lebih rapat dengan geng tingkatan 6 dan ada abang angkat...dan secret admirer..jangan terkejut lah sebab aku masa di SMDSO ada beberapa orang SAjuga.. dan ada juga yang aku minat..tapi..aku padam saja sebab aku ada seorang je dlm hati aku..Abang Tam. Aku banyak surat cinta dan surat dari secret admirer dalam meja aku setiap hari aku akan dapat surat dari SA aku dan ianya mistery sampai tamat ting 5 aku tak tahu siapa SA aku..yang aku tahu memang selalu dia letak pembalut coklat HACKS" Hanya Aku Cinta Kau Seorang"  cantik2 kat meja aku..dan kadang-kadang ada puisi dan lirik lagu..tapi mungkin silap  letak kut...ye lah siapalah aku? Sharina memang ngam gila dengan Mazni manakala Atie pula dengan Mida..aku ni neutral je..sebab aku ada dunia aku sendiri..
Selain dari itu aku ada seorang adik angkat gara-gara pengaruh kawan-kawan yang gila beradik angkat di Sekolah Menengah Dato' Syed Omar, secara rasmi Abdul Kohhar Hajar adalah adik angkat aku dia muda setahun je dari aku  dan aku memang kenalkan dia dengan keluarga sebagai adik angkat...alih-alih masa tingkatan enam perasaan berubah dan rasa kekok menjadi adik angkat aku sebab dia rasa dia matang tapi masa tu aku buat tak layan saja sebab bila aku dah isytihar sebagai adik angkat maka ianya akan kekal sebagai adik angkat juga sehingga akhirnya. Uniknya kehidupan aku di sini memang menyebabkan aku sangat bersyukur kerana aku sentiasa dipenuhi dengan semangat ingin menang dan berjuang untuk merealisasikan impian aku.
Masih ku ingat kenangan makan ramai-ramai kat belakang bangunan sekolah sebab kami selalu buat pot luck sebab takbalik..sambil tunggu aktiviti ko ko..memang seronok  kami bawa nasi bekal dan selalunya aku adik Mat tolong bawaa nasi bekal dari rumah sebab adik Mat belajar di sekolah sesi petang..Memang bila ku kenangkan kembali saat-saat  indah kami di sekolah memang sangat  mengujaku..terima mat-mat skema dalam kelas aku dulu..Shaiful Nazreen, Azrol, Muhammad,Mardi Anas Fauzi dan juga  geng-geng merapu terutama Ghani, Azizan, Azizi,  Shidi,Nordin,  Ariwanathan, Tan,dan alamak ada yang aku terlupa namalah...dah lebih 20 tahun tinggal mana nak ingat semua...kalau geng pompuan  selain kami berlima geng ayu Noriza, Zamzulhanim, Sofea, Norlela, Liza, Rozaima, dan geng alim pula Nor amilawati, Normi,dan Lin ..tapi dia sampai tingkatan empat je..masa tingkatan lima kelas kami ada 14 orang je perempuan... ada juga geng kelas lain yang ngam dengan aku terutama Zamri, Farid, Mukris .Mat Nan dan adik-adik tingkatan bawah MAFIA, MAFIO, Zaidi, Jas, Azhan ,Adli, dan  dah tak ingat nama.

Cerita paling lucu aku tak boleh lupa adalah.....Nordin bawa buah kerdas "genuak" yang baunya macam kentut dan masukkan di bawah meja setiap orang dalam kelas dan akhirnya satu hari tu memang bau kentut dalam kelas tu..memandangkan dia memang anak tokey sayur tu yang dia pekena kami semua...maklumlah org pekan 'perak' sikit dengan buah-buah ulam kampung macam petai , jering kenallah..tapi buah gunuak@kerdas ni memang jarang jumpa...bila dikumpulkan dapat hampir sekilo buah genuak tu..tapi tak ingat cikgu mana yg ambil sebab balik buat ulam.

Lagi satu masa kami tingkatan empat kami kena kutuk rapat diperhimpunan sebab dapat kelas paling kotor dalam sekolah...habis kami ke 'boooooooooooo' kat perhimpunan naik malu sebab kelas kami kelas yang ada perempuan...danjadi kelas yang terkotor..alamak..mestilah kena kutuk rapat..terutama geng-geng skemalah..macam kami berlima  ni..apa peduli..janji kami bersih sudahlah...tapi kena hentam sakan dengan guru kelas kami  aku lupa dah sapa nama guru kelas kami tu...dan tercabar semua dalam kelas dan akhirnya kelas kami jadikelas terbersih selama empat minggu berturut-turut dan kekal bersih sampai akhir tahun...sebenarnya kami semua rajin tapi memandangkan masing-masing pentingkan diri dan  harapkan orang lain..lastnya kenalah..pengajarannya kat kami kalau masing-masing tak nak sepakat memang smpai bila pun kami kena kutuk...tapi syukurlah sepanjang kami tingkatan 4 dan 5 memang tak de lah  pernah bergaduh atau bermasam muka..hidup kami kat sekolah tu macam adik beradikk..tapi macam biasalah ada juga yang hentam menghentam sebab kes boy friendlah., abang angkat lah...adik angkatlah..dan kak angkat..memang trend masa ni ramai sangat nak terangkat-angkat ni..aku ada abang angkat..dan semua ketuaa pengawas jadi abang-abang aku..Abang Aqsa ngn Abang Azam.Abang Hamdi .tapi semua tu masa tingkatan empat ngan lima je..dengan Abang Aqsa je aku teruskan sampai aku masuk IPSI pada tahun 1990....memang dia betul-betul jaga aku macam abang sampai masa di IPSI tu tak de orang berani raging aku sebab aku ada protector...
Pakai tudung  1 Ramadan 1987..tp ni gambar masa tingkatn 5 Sc 2 1988
Pengalaman pertama pakai tudung dalam hidup aku adalah ketika 1 Ramadan ..tahun 1987 masa tu semua kawan-kawan dlam kelas kami telah pakai tudung ..cuma kami berlima je yang tak pakai lagi..macam-macam jugalah kami kena kutuk sebab rugged tak habis-habis..ada satu penyataan tu.."kesianlah kat kami..sebab dosa bertimbun duk tengok rambut hampa.." Tahun tu kami pun capai kata sepakat nak pakai tudung sama-sama...tapi macam mana nak pakai tudung ni...sebab aku budak sport biasalah..kalau pakai tudung tak boleh pakai skirt n seluar pendek lagi....lama juga aku berfikir dan akhirnya buat sembahyang istikharah...minta petunjuk..dan akhirnya buat keputusan pakai tudung dan kami pakai skaf dulu dan masa tingkatan lima baru akupakai tudung sepenuhnya...sejak aku pakai tudung aku tak pernah buka lagi sebab bagi aku..aku pakai tudung bukan kerana dipaksa dan disuruh oleh sesiapa...yang penting aku membuat perubahan kerana aku yang hendak...aku memang mengejutkan keluarga aku sebab aku memang pantang kalau dipaksa pakai tudung...sebab maklumlah memang budak degil..ada peristiwa aku tak dapat lupakan satu hari tu kak Not yang bertudung labuh sejak di sekolah menengah nak keluar shoping dengan sepupu aku dan aku nak ikut dia ..dia bagi syarat kalau nak ikut pakai tudung..alih-alih meraung dia bila aku keluar dari rumah pakai skirt dengan tudung....sejak tu tak de siapa lagi yang nak paksa..ayah selalu pesan kat mak tak payah paksa dia sebab dia bukan jenis kena paksa dan kalau dia nak pakai dia akan pakai sendiri...maklah orang yang paling seronok bila tengok aku pakai tudung...walaupun aku tak pakai tudung sembahyang lima waktu tak pernah tinggal sebab sentiasa diingatkan oleh mak...waktu aku di SMDSO memang ayahlah orang yang paling rapat dengan aku dan aku rasa  macam anak manja sangat sebab masa ni Yati belajar kat MRSM Terengganu dan Kak Not masuk asrama kat Kolej Sultan Abdul Hamid  jadi akulah anak manja..tak payah bersaing dengan sesiapa...akukananak kedua selalu bersaing untuk menang..jadi masa aku tingkatan 5 sampailah masa aku masuk IPSI aku jadi anak manja ayah danmak aku...aku yang memanjakan diri aku sebenarnya..
Fauzi..Mohammad..Azizan..kira member baik juga lah ni..tapi depa semua ada girlfriend's
Masa sekolah di sini ada juga aku rasa macam jatuh hati kat seseorang tapi aku selau padamkan perasaan tu sebab aku tak nak hidup aku berkecamuk dengan cinta..cukuplah dengan cinta yang sentiasa membayangi aku...Kat atas tu gambar  classmate aku masa form 4&5 tapi bila tingkatan enam kami berpecah sebab aku seorang je yang keluar ambil perakaunan mereka buat sastera dan beberapa orang yang lain ambil sains...tapi bila petang-petang aku selalu juga jumpa dengan mereka walaupun mereka dah tak sekelas dan kalau berselisih di jalan tu tetap juga bertegur sapa...selalunya kami akan lepak dekat kawasan gate kedua sebab kalau aku malas balik  sekolah kayuh basikal ..ayah akan datang ambil dan basikallah naik kereta... itulah aku...semua dah kena ayah aku sebab selalu tengok ayah aku angkat basikal masuk dalam bonet kereta... pagi pergi sekolah aku kayuh basikal sejauh 3 km tapi kadang-kadang balik aku malas nak kayuh jadi aku akan telefon ayah untuk ambil aku...
1989...tingkatan ^6 RAc2...kelas perakaunan
Masa tingkatan enam aku seorang sahaja yang masuk kelas perakaunan ..Mida ngan Atie naik tingkatan enam sastera..Sharina entah ke mana..Mazni ikut keluarga pindah KL...lepastu yang lain aku hilang berita..Amila lari rumah  dan kahwin. Norliza kahwin dengan mualaf...Normi minta kerja bank..ada yang dapat masuk universiti dan masa tingkatan enam aku memang dah tak merapu lagi dan boleh dikategorikan jadi orang yang kurang bercakap sebab entahlah aku tak berapa ingat cerita aku di tingkatan enam rendah ni sebab aku terlalu fokus dengan pelajaran aku sebab aku baru sedar yang aku dah banyak buang masa..walaupun aku lulus dengan baik tapi aku rasa menyesal sebab tak tumpukan perhatian sepenuhnya masa SPM jadi aku kecewa sengat sebab aku hanya dapat Diploma Sains Pertanian di UPM dan ini menyebabkan aku rasa teruk sangat sebab aku tak boleh buat Sains Sukan  atau Lawyer sebab masa tu budak sains tak boleh apply  Law...akhirnya aku berubah  nak jadi akauntan pula...dan  bermulalah aku berpecah dengan kawan-kawan aku...

Memo yang ditulis oleh ayahmasa krisis tahun 1988..he..he..he.cemburu ..dengki..irihati
Masa tingkatan enam rendah kawan-kawan baik aku Oo Yen Choo, Tan Aik Kong,Ng Ai Ching,  Zamri, Habibah, Suriani, dan Kak Liza...tapi uniknya masa tingkatan 6 R 2 ni separuh ambil akaun dan separuh sastera yang ambil akaun budak melayu hanya lima orang je yang lain dalam kelas aku semua pelajar cina ...jadi macam selalulah aku ni tak de masalah dengan bangsa sebab dari kecil aku diajar untuk hormat-menghortmati dan kalau hari raya  mereka datang rumah aku dan kalau raya cina aku pun pergi rumah mereka...muhibbah.. Terkejut bapa Yen Choo bila aku pi raya rumah dia..aku kalau raya cina memang tak miss makan kuih bakul sebab itu makanan kegemaran aku...dah lama aku tak makan kuih bakul..rindu makankuih bakul Apo jiran aku dulu..selalunya kuih bakul ni aku makan buat macam goreng pisang celup tepung ataupun makan dengan kelapa muda parut buat macam kosui...memang sedap.
Potret lelaki impian..sapa lagi....?????Ini aku lukis sendiri..
Masa sekolah di SMDSO ni memang salah satu hobi aku adalah melukis potret jadi banyak jugalah aku lukis potret pakai medium pensil je..aku lukis potret member2 aku dan ada satu potret aku sendiri tapi entah kat mana aku simpan potret tu sebab pindah randah...nantilah kalau ada kesempatan aku akan melukis lagi..tapisekarang ini kalau waktu meeting aku mesti melukis abstrak sebab otak akuyang aktif ni perlu disalurkan pada kertas kalau tak aku akan boring...
Ini antara lukisan yg aku dapat dari kawan-kawan aku..ada banyak lagi nanti aku upload semua.
Yang ini pula lukisan-lukisan kartun yang selalu aku terima dari kawan-kawan dan adik-adik koperasi..sebab masa aku kat SMDSO aku jadi  Naib Pengerusi Pengawas Perpustakaan dan juga Pengawas Koperasi Sekolah..dan memang ada kawan-kawan yang ramai tapisemua kawan-kawan aku ini taklah serapat macam aku kawan dengan Sharina,Mazni, Mida dan Atie. lepas tu masa naik tingkatan 6 Atas aku hanya belajar separuh jalan saja sebab aku terpaksa meninggalkan sekolah sebab aku mendapat tawaran melanjutkan pelajar ke IPSI..aku kat terpaksa sebab aku tidak pernah bercita-cita menjaadi guru dan pelbagai kontroversi yaang berlaku dalam hidup aku yang menyebabkan aku tidak mahu menjadi guru...mas tingkatan enam juga aku menerima peminangan buat kali pertama dalam hidup aku dan sejak dari hari tu boleh dikatakan setiap tahun aku dipinang oleh orang...sehinggalah sekarang ada je peminangan yang masuk dan peliknya semuanya aku tolak....kenapa?  kenapa? kenapa?...semuanya kerana aku hanya ada Abang Tam dalam hati aku dan aku tetap tunggu janji abang Tam ...tapi sampai bila?....

Nantilah aku cerita  dalam Chapter seterusnya tentang konflik kedua dalam hidup aku..macam mana aku masuk IPSI dan cerita betapa seksanya aku  melalui laluan penuh kontroversi untuk menjadi guru..satu kerjaya yang tidak pernah terlintas dalam kepala otak aku... Apa yang aku kongsikan di sini adalah dari hati dan pandangan mataku jadi janganlah disalah tafsirkan..dan apa yang penting aku menulis kerana aku ingin melupakan semua dan biarlah ianya menjadi memori dan sejarah dalam hidupku dan bukan lagi bebanan dalam hatiku..

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Wednesday, December 22, 2010

Chapter Hidupku 14: 25 November ....1946....1969.....2006

Bismillahirahmanirahim. Al Fatihah.

Hari ini adalah hari yangg sangat bermakna dalam hidup aku dan aku tak pasti adakah ianya satu kebetulan atau Alllah hendak ianya menjadi satu tarikh keramat dalam hidup aku.

25 November 1946 adalah tarikh lahir ayah dan ayah adalah seorang yang selalu meraikan hari lahir anak-anak. Walaupun sekecil mana sekalipun hadiah tetap akan kami terima. Ayah juga sering ingat hari lahir dia kerana pada hari lahir ayah turut meraikan hadiah yang paling besar dalam hidupnya iaitu kakakku NORMISHAH yang lahir pada hari yang sama ayah dilahirkaniaitu 25 November 1969. Hari ini hari lahir kakak yang ke 40 tahun dan kalau ayah masih ada hari ini genaplah hari lahir ayah yang ke 63 tahun. Alfatihah buat Ayah HJ SHAHROM BIN RAHIM @YAH . Ayah sangat sayang pada kakak sebab kakak ada ciri-ciri macam ayah. Ye lah anak sulong dan lahir pada hari lahir dia tentulah membanggakan ayah. Muka kakak pun macam ayah. Ayah sangat menghargai anak-anak macam tu juga mak walau sedikit mana sekalipun mak tetap masakkan yang istimewa buat kami sekeluarga .Aku rindu masakan mak.

Ya Allah adakah ini satu kebetulan pada hari lahir ayah yang ke 60thn yang lalu mak menghembuskan nafas terakhirnya pada 25 November 2006. Al Fatihah. Mak telah meninggalkan kami adik beradik buat selama-lamanya pada hari lahir ayah. Masih segar diingatanku pada 24 November 2006 kami sekeluarga menyambut hari lahir kakak pada waktu malam sebab kakak baru balik dari Kuala Lumpur. Aku dan Aziaah adik iparku buat laksa johor sebab mak suka makan laksa johor. Jadi malam tu kami sambut hari lahir kakak yang ke 37thn. Aku cakapkat mak baik kita buat malam ini sesok sibuk banyak kerja nbak buat sebab nak pergi ziarah kubr ayah. Sebab setiap tahun bila hari lahir ayahaku akan pergi ke kubur ayah untuk menziarah. Malam jumaat jadi kami baca yaasin dan makan dengan sseronoknya.Mal tu mak mengadu sakit, tapi aku dan aziah buat2 tidur sbab kami kata bagipeluang kat kakak dan abang ipar pulak jaga mak....


Keesokan pagi lepass subuh mak datang kat katil aku dan bagitau dia rasa tersekat dan aku ambil air zam-zam bagi mak minum. Kebetulan kami baru saja pulang menunaikan haji pada bulan februari tahun yang sama. Aku suruh abang burn dan adik bawa mak ke hospital sebab takut alahanatau semput. Mereka terus membawa mak ke hospital. Di hospital doktor bagitau mak ok takada masalah dan kalau jadi lagi baru bawa semula ke hospital. Mak dibawa pulang ke rumah dan sambil duduk disofa di hadapan ruang tamu mak termenung dan kami pula kebetulan baru tengah sarapan. mak Panggil jirandepan rumahyang kebetulan lalu ketika tu" Teh mailah raya ngan kak Syah kita takberaya lagi ni, mak teh pun datang dan dia kata dia ni dah tak lama dan dia minta maaf sebab kalau ada buat salah apa dan terima kasih kerana duk tolong keluarga dia. Lepastu makteh panggil anak dia Adila datang beraya. Maknakterkencing dan abang ipar aku bawa kain buruk suruh mak kencing kat situ saja sebab mak tak larat nakk bangun. Mak bersandar di dada abang ipar aku. Abang ipar aku memang seorang yang sangat rapat dengan mak. sambil dia memicit-micit badan mak.Masa tu tiba-tiba mak panggil "KIN" dan terus tersandar. abang burn ajarkan mak mengucap. Mak buak mata dan sebut Allah...Allah dan Allah..kemuadian mak tinggalkan kami buat selam-lamanya. Hari itu sepatunya kami menziarah kubur ayah pada pagi itu tapi kamisemua membawa jenazah mak ke kubur selepas Asar hari Jumaat 25 November 2006 untuk disemadikan. Mak disemadikan di hujung kaki ayah.seolah-olah orang berjemaah di dalam sembahyang. Ya Allah adakah ini satu kebetulan. Hanya Allah yang mengetahui betapa kasih dan sayang mak dan ayah yang suci dan tiada tandingannya. Aku bertuah kerana lahir dari mak dan ayah ku ini.


Ya Allah kau kurniakanlah syurgaMU buat kedua ibuapaku ini Ya Allah..sesungguhnya mereka hambaMU yang sangat baik dan mulia. Ya Allh muliakan merekaya Allah. ...peliharalah mereka dalam kasihmu dalam rahmat mu. Ya Allah jadikanlah kubur mereka taman-taman syurgaMu ..ya Allah aku adalah anak mereka yang sangat lemah dan banyak melakukan dosa...janganlah kau bebankan mereka dengan dosayang aku lakukan..Ya Allah seandainyaadapahalayang aku lakukan dalam hidupku ini ku hadiahkan buat kedua ibubapaku ini, Rahmatilah mereka Ya Allah. ...kurniakanlah mereka dengan syurgaMu dan himpunkanlah mereka bersama kekaksihMu Muhammad Rasulullah SAW. ya Allah ketemukanlah kami di akhirat kelak. Ya Allah aku rindu pada mak dan ayah.....ALFATIHAH.


Ya Allah...hari itu juga hari lahir kakak ku Normishah Bt Hj Shahrom yang ke 37 tahun..sekarang dah empat kali 25 November telah kami lalui...tanpa ayah dan mak di sisi.
 
Ya Allah kurniakanlah kakakku Iman dan kebahagiaan bersama keluarga iaitu suaminya Abu Bakar Ali dan anak-anak merekaSiti Aisha Umairah, Nur Izzaty Nazirah dan Nur Illyana Shuhada. ya Allah bukakanlah pintu-pintu kebaikan, pintu-pintukeselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu kenikmatan, pintu-pintu keberkatan,kekuatn, kasih sayang, cinta sejati, rezeki, ilmu ,keampunan dan pintu-pintu syurgaMu buat mereka . Amin Ya Rabbal Alamin.

Selamat hari lahir kak.....aku tahu tentu kakak lebih terasa sebab mak meninggal pada hari lahir dia.
25 November..........
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Ustaz Kazim Elias - Apa itu Cinta



Kita menyintai insan tapi cinta Allah SWT mengatassi segala-galanya...Cinta tidak semestinya berakhir di atas pelamin..Tapi itulah doa danimpian kita..semoga cinta kami diredhoi Allah SWT...
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Tuesday, December 21, 2010

CITA-CITA ??? IMPIAN????KENYATAAN......

Berimajinasilah dan fokuskan pemikiran kepada kata hati anda...
 Kata Buya Hamka::::lemparkanlah cita-citamu ke langit tinggi..kalau jatuh tersaangkut di awan..jangan kau buangkan cita-citamu di darat andai ia jatuh terus mengalir ke laut.....
berjuanglah mencapai apa yang anda impikan dalam hidup..yakinlah

Harapan ..mengharapkan sesuatu yang pasti dan percayalah kata hatimu....

Jangan batasi pikiran dengan kata-kata negatif dalam dirimu...

Kecemerlangan....hanya kita tahu apabila kita telah melalui.....jadi yakinlah pada dirimu dan kemampuan dirimu..BOLEH>>BOLEH >>BOLEH
Hari ini shikin berhadapan dengan para pelajar yang rata-ratanya masih keliru dan juga tidak mempunyai keyakinan dan hala tuju diri ..memandangkan sekarang mereka terpaksa membuat pilihan dan juga mengenal pasti kursus atau bidang yang sesuai..ramai yang masih terkapai-kapai..tapi sayangnya kebanyakan mereka yang membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada  orang yang lebih berpengalaman dan juga berkemahiran...

Kesilapan dan kekesalan membuatkan pilihan akan terjadi bila mana kita memilih kursus yang tidak sesuai dan tidak layak...masalah akan timbul kalau kita dapat setakat cukup makan ..maknanya 3 pointer ke bawah...masing-masing yang datang agak kabur dengan pilihan kursus...ada yang ikut kawan..ada yang  ikut pilihan mak bapak..ada yang pilih ikut nasib...tapi apa yang penting adalah membuat pilihan yang sesuai dan peluang mendapatkan tempat bagi kursus atau pengajian yang menjadi impian.


Pelajar yang excellent  yg skor PGNK 3.8  to 4.0 mungkin tak timbul sebarang masalah sebab boleh memilih  kursus yang mereka impikan..tapi terdapat juga pelajar 4.o yang tak tau nak jadi apa..yang dia tahu hanya dapat 4.0 dan kira nasib...macam tu pun ada...masalah ini timbul bila cita-cita keluarga dengan cita-cita sendiri bertentangan dan akhirnya tak tahu nak pilih kursus..jadi penyelesaian UJIAN SDS Holland lah yang akan digunakan untuk membantu pelajar ni.

Sedihnya yang dapat 2.5 ke bawah...pakai hentam saja dan tak ada semangat...nak pilih kursus..jadi apa yang Shiki buat hari ini printkan maklumat kerjaya yang di bawah SPA dan pendapatan supaya pelajar boleh tengok apa yang mereka tahu tentang kerjaya diluar sana...
Apayg menyedihkan lagi para kaunselor semua bercuti dan ada urusan..akhir tahun..jadi tarikh tutup 13 Januari 2011 harap-harap mereka yang  datang sebelum kaunselor bercuti tu dapatlah mengenal pasti pilihan mereka..dan bagi yang tak sempat jumpa dan memang tak nak jumpa pegawai kaunseling..jumpalah mentor anda..dan kalau tak juga..pandai-pandailah buat keputusan...jangan pakai hentam kromo je....


Shikin ada tinggalkan no email dan alamat blog di pintu pejabat jadi kalau mereka nak minta tolong Shikin ..INSYAALLAH shikin akan bantu..itupun kalau mereka nak minta tolonglah...kan kerja Shikin tolong orang..itukan profesion yang dipilih jadi kenalah rela hati menolong....walaupun ini bukanlah profesion yang diimpikan dalam hidup dan pilihan ke 8 masa isi borang UPU dulu..inilah yang dikatakan TAKDIR....sebab itu cita-cita itu perlu dan perlu clearserta  maklumat yang lengkap supaya kita tidak membuat kesilapan...Shikin bersyukur kerana ditakdirkan menjadi kaunselor...walaupun tak minat dulu tapi bila dah 10tahun dalam bidang nimemang rasa cinta akan profession ini dan yang pasti dulu Shikin selalu berdoa agar menjadi orang yang berjasa dan berguna serta membantu orang lain ..jadi betullah Allah bagi jadi kaunselor dan cikgu sebab  memenuhi doa Shikin selama ini...Alhamdulillah....
dah ngantuklah..nanti esok ada lapang nak tulis tentang cara buat pilihan kat universiti supaya pelajar yg terbuka blog ni boleh dapat maklumat... ok jumpa lagi..kalau ada pesanan tinggalkan di shouter box...
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Monday, December 20, 2010

hujan lebat malam ni...

letih....... mengantuknya..alhamdulillah.......
bismikallahuahya waamut


:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

SELAMAT HARI LAHIR KE 36 THN...ADIK MAT....SHAHNON BIN HJ SHAHROM

SELAMAT HARI LAHIR KE 36 TAHUN
 SELAMAT HARI LAHIR 
ADIK MAT  (SHAHNON BIN SHAHROM) KE 36 THN
KENANGAN SEMASA KONVOKESYEN MASTER UUM 2003

KENANGAN MASA KITA PERGI TANGKAP GAMBAR DENGAN AYAH....UMUR BERAPA WAKTU NI TEKA?

2010..30 JULAI...AIRPORT  hantar  nak ke Labuan

bersama Ani, Shuhada dan Adik Mat
Ya Allah, Bukakanlah pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan,pintu-pintu kenikmatan, pintu-pintu keberkatan,pintu-pintu kekuatan,pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurgaMu BUAT ADIKKU SHAHNON BIN HJ SHAHROM@HJH SITI ESAH..Panjangkanlah umurnya tingkatkanlah imannya, berkatilah hidupnya dan rahmatilah dirinya bersama keluarga yang dikasihinya..isteri dan anak-anaknya..Makhbulkanlah doa-doa dan impian hidupnya..bahagiakanlah dia di dunia dan akhirat....Yaarhamarrahimin  .Amin Ya Rabbal A'lamin

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

HIKMAH RENUNGAN BERSAMA.....SIAPA...SIAPA...SIAPA...????

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia
mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal
kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.


Siapakah org yg KEDEKUT ?

Orang yg kedekut ialah org yg  tidak suka berkongsi ilmu dengan orang lain......


Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia di sekelilingnya......

P/S kita sering berdoa menjadi manusia yang berguna pada nusa...bangsa...dan agama...tapi apakah kita bersedia untuk dipergunakan oleh orang lain untuk kepentingan nusa..bangsa dan semestinya agama ISLAM......renung-renungkanlah...


 :)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Sunday, December 19, 2010

BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud :
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu :

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.  

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.  

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.  

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.  

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.  

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.  

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.  

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.  

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.  

11. Rasulullah s.a.w bersabda :  "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran  itu ialah Yassin.  Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.  

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada  setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.  Mereka berdoa dan  meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut  menyembahyangkan jenazahnya".  

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin  sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.  Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa  bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan  setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan   amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya  tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

12 BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT


Barisan pertama:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki.

Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :  "mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka, mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan di dunia maupun di akhirat".  Firman Allah "aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku (yg menunjukkan kekuasaan ku), itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka"
 


Barisan ke-2
:
Diiringi dari kubur dlm bentuk babi hutan
.  

Datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup, sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk".  Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat, maka diletakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu


Barisan ke-3
:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
.
"Mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu
mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.  Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka
"

Barisan ke-4
:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut

"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli.  Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal".


Barisan ke-5
:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai

Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang
mahsyar "mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah.  Inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.


Barisan ke-6
:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan

Mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.


Barisan ke-7
:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut

Mereka-mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran


Barisan ke-8
:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala ke bawah & kaki ke atas

Mereka adalah orang yg melakukan zina.  Tempat mereka juga adalah di neraka.  Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka"


Barisan ke-9
:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh

Mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya


Barisan ke-10
:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta

Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.


Barisan ke-11
:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta, gigi panjang seperti
tanduk lembu jantan bibir
terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg
menjijikkan.

Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.


Barisan ke-12
:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama, mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.

Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg
beramal salih & melakukan kebaikan.  Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu, & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat..  Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan,kasih sayang & keredhaan Allah swt.

 
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Belajar Hidup Susah

Kediaman rasmi aku buat sementara waktu ini......

Hari ini aku memang rasa sangat-sangat tercabar sebab buat kali pertama aku merayau-rayau di pekan Labuan dengan ditemani pelajar aku..itupun nasib baik dia nak ikut aku....ini semua adalah cabaran buat aku yang tinggal di perantauan  ni. Kalau aku selalu bergantung pada orang dan sahabat aku memang lah aku manusia yang paling teruk dalam dunia ni ..aku tak suka bergantung kepada sesiapa pun sebab aku dari dahulu biasa berdikari....tapi sejak kebelakangan ini Allah menduga aku dengan pelbagai dugaan  untuk mengajar aku hidup lebih berdikari..aku bukan anak manja mak dan ayah aku lagi...aku dah kena hidup berdikari..dulu bila aku dekat rumah aku dikelilingi oleh keluarga ku...ada kakak dan adik-adik serta ipar yang sentiasa menghulurkan bantuan.... aku tak pernah rasa hidup susah dan   aku tak perlu risau walaupun aku berhadapan dengan masalah yang besar tapi kini aku keseorangan di perantauan dan aku pertama kali belajar bahawa hidup aku perlu berdikari.
Rumah aku yang sentiasa lapang dan kemas..sebab tak de barang da..semua yg ada hanya barang asas saja.
Masalah pertama aku di Labuan adalah kenderaan....aku tak ada kenderaan kat sini ...dah empat bulan aku di sini memang susah hidup aku kat sini sebab terpaksa menumpang orang ...sampai bila aku nak menumpang..waktu orang suka boleh lah....tapi kalau orang tak suka....tak kan nak terhegeh-hegeh menumpang orang...Hari ini aku dah nekad  aku keluar ke Labuan kononnya nak keluar seorang diri tapi rupanya aku ni penakut juga ..bukan takut sesat tapi takut nak naik kenderaan awam...jadi nasib pelajar aku tu nak ikut aku jadi dialah temankan aku merayau-rayau.

nak beli motor ke...kereta...istikarah dahululah....2011 aku buat keputusan
 Merayau punya merayau akhirnya kami pergi window shopping alat elektrik...ingatkan nak window shoping je alih-alih ada offer sampai 30% pula tu..dua bulan lalu aku memang nak beli mesin basuh ngan peti ais yang sesuai dengan akulah...standard aku je..buka branded punya oranglah...kat labuan ni barang elektrik memang mahal berbanding dengan semenjung dan sabah..kataje  pulau bebas cukai tapi barang elektrik mahal gila-gilalah... akhirnya setelah 5 buah kedai kami merayau aku buat keputusan beli ....jangan tak beli.. gaji tak masuk lagi...jadi apa lagi yang ada kalau bukan duit plastik aku.. jadi cucuk ajelah...akhirnya aku beli mesin basuh dan peti sejuk . Sekarang aku tak perlu basuh baju dengan tangan lagi dan tak perlu makan ikan bilis dansardin lagi sebab boleh beli ikan dan makanan lain...inilah cabaran selama empat bulan aku makan makanan segera je kecuali hari sabtu ahad sebab boleh keluar beli ikan dengan sayur. Selama ini tiada siapa yang tahu yang aku ni makan ikan bilis dengan sardin dan paling menyeksakan aku terpaksa  makan sayur yang layu sebab kalau dah beli dua hari tak simpan dlm peti sejuk alamatnya layulah..alhamdulillah sekarang aku beli peti sejuk jadi boleh  borong sayur dan buah untuk satu minggu...
Masalah seterusnya bila dah beli mesin basuh...bila mesin sampai..
1. paip air ngan mesin jauh
2. plug pula jauh..


nak tau berapa harga ni....RM5885.00....boleh beli motorsikal baru ..aku beli SAMSUNG 7KG AUTO W90V3

bila tarik mesin dekat dgn plug..jauh dari paip..tarik dekat dengan paip jauh dari plug...alahai..extantion wayer pula tak dak kat rumah aku ni..nak pergi pinjam kat mana...nak keluar beli kena pergi bandar balik..aduh..pusing-pusing..at last aku merayau-rayau kat dalam kolej mencari solution...akhirnya setelah hampir satu kolej aku tawaf aku 'jumpa' satu extantion wayer....esok aku pulangkanlah...p/s mesti tuan  dia cari esok...ha..ha..ha.. nakal juga aku ni..sebab  hari ini aku nak membasuh baju yang dah hampir seminggu tak berbasuh sebab tangan aku terkehel....orang tak tahu betapa sakitnya tangan aku ni..yang terkehel ..tak bersebab..nak kena cari tukang urut lah pula...

nak beli yang macam ni tapi...tengok bujet lah...aku beli yg satu pintu je...SAMSUNG RA19FCTS

Sepetang aku membasuh dan mengeringkan pakaian aku dalam rumah sajalah sebab hujan tak boleh nak sidai di luar. Sekarang ni satu rumah bau soflan...rasa macam kedai dobilah pula..

Sambil membasuh aku memasak dan makan apa yang ada lah sebab tadi sempat juga aku suruh apek drebar taxi berhenti beli sayur dan buah-buahan kat peladang..untuk bekalan aku tiga hari sebab lagi tiga hari aku balik kampung..ye..ye..ye.. aku nak balik Kedah..aku rindu kat rumah dan adik beradik aku.. kebetulan 23 hb tu adik beradik aku masih ada kat kedah  sebab anak sedara aku kawin....makngah jugalah yang belum pasti tarikh lagi ni... apapun KUN FA YA KUN   dan Allah yang Maha Mengetahui...Kita merancang tapi Allah yang lebih merancang untuk kita..Aku hanya mampu berusaha dan berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusan aku dan perkahwinan aku adalah hak Allah dan aku yakin Allah mengaturkan yang terbaik untuk diriku. Semoga Allah merahmati kami dalam perkahwinan yang diredhai dan diberkati di dunia dan akhirat.AMIN

 :)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in