kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Thursday, July 29, 2010

POT LUCK Special dari Jabatan BNK IPDA hari ini....

Pilu rasa hati bila mengenangkan saat-saat akhir bersama saudara-saudaraku kat IPDA ni terutamanya Jabatan BnK, Pusat Sumber dan 'klien-klien' yang menghargai kehadiranku diIPG Kampus Darulaman. Hari ini  hari yang agak sibuk buat kami semua sebab masing-masing sibuk dengan ISO, MQA, dan pelbagai aktiviti lagi ..aku pula hari ini sibuk dengan surat penangguhan Melapor Diri , Nota Serah Tugas, Laporan penggal Pertamaperkhidmatan dan jug FAIL MEJA....apapun memang sibuk sungguh IPDA hari ini .Tapi sayang aku terlupa nak snap gambar masa duk kelam kabut ni...
Dalam kesibukan hari ini terasa sangat saat-saat  yang semakin hampir untuk aku meninggalkan IPDA. Terimakasih  Kak laila, En Shokkeri, Kak Mus,Lee Wahab, Lee Ahmad, Kak Zu , Aishah, and Kak Sharina yang besar hati menjamu aku makan hari ini. Wah ..memang makan besar hari ini. 
Kenangan yang tak mungkin akan aku lupakan. Walaupun semua sangat sibuk hari ini dan dalam keadaan tertekan masing-masing  tetap melapangkan masa meraikan aku...apapu I love all of you.... Terima kasih kerana mendoakan aku ditempat baru...  
Sori Intan , Kak Shimah and geng pusat sumbersebab hari ini aku tak sempat nak menganggu kalian ...al maklumlah hari ini hari yang sangat sibuk dan terima kasih kerana selalu melayan aku ke Pusat Sumber seama empat tahun. Aku akui aku sangat rapat dengan geng Pusat Sumber. Bukannya tak rapat dengan yang lain tapi ap yang aku pati selama  empat tahun di IPDA....pusat sumber adalah tempat  PSKM aku yang sangat akrab selain dari JBnK, JSains, SULDP,JAPIM,JBM,HEP,Unit IT ,UP dan Asrama. Jabatan lain tu bukanlah tak rapat tapi aku jarang-jarang pergi ...kalau pergipun sebab ada urusan rasmi....tapi aku pasti aku akan merindui geng bilik cetak, Haji, Rhzan, Kzaman,BangLan dan apa yang pasti klien-klien aku yang tak dapat aku sebutkan nama di sini . terima kasih kerana sentiasa berkongsi perasaan, fikiran dan masalah dengan aku.....semoga klien-klien aku akan bahagiadi dunia dan akhirat..semoga sentiasa dirahmati Allah SWT dan bebas dari tekanan dan juga bebanan yang ada di dalam fikiran...serahkanlah hati dan jiwa kita kepada Allah SWT kerana Allah tidak pernah menghampakan kita...dekatkanlah diri kita dengan Allah kerana Allah sentasaa bersama kita.....sama-samalah kita mendoakan kebaikan buat semua di sekeliling kita terutamanya buat keluarga kita di IPDA...walaupun terkadang kita terasa hati dan kecewa dengan saudara kita yang mungkin terlajak atau menyinggung hatikecil kita yang sangat mudah terguris...Maafkanlah... dan aku (Shikin) pohon ampun dan maaf kerana sepanjang berada di IPDA mungkin ramai yang terkecil hati dan terguris perasaan denganku. Maafkanlah diriku yang tersangat lemah ini.....terima kasih kerana mencatat memori dalam hidupku..dan mendewasakan diriku. Salam sayang dari Shikin.



:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Tuesday, July 27, 2010

Breif pelarasan folio pensyarah untuk MQA

Pening-pening aku yang duk dengar pun pening....masing-masing duk pening nak MQA...
Wah ada  yang tertinggal, terlebih, terubah, dan berinovasi....
Apapun memang pening untuk MQA ni.
Selamat meng'copy lah...aku pun dah lama tinggal mengajar jadi memang bila tengok pensyarah pening duk atur fail ni....aku pun naik pening juga.
Apapun selamat menjalankan tugas sebagai pensyarah buat Lee G, LeWahab, kak Laila,kakMusalmah and Kak Aishah. Buat KJ Cik Shokkeri apapun selamat bertugas.


:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

NOTA SERAH TUGAS

NOTA SERAH TUGAS

(Isikan dalam 3 salinan)

KANDUNGAN


BIL PERKARA:
1. Surat Penyerahan & Akuan Terima
NOTA SERAH TUGAS
2. Senarai Tugas Jawatan
3. Kedudukan Terakhir Tugas-Tugas Yang Belum Selesai
4. Senarai Harta Benda & Peralatan Pejabat
5. Kedudukan Kewangan/Akaun dll.
6. Fail Meja.
7. Manual Prosedur Kerja.
8. Hal-hal lain.

SURAT PENYERAHAN DAN AKUAN TERIMA NOTA SERAH TUGAS


a) Adalah saya HJH NOOR ASHIKIN BT HJ. SHAHROM KETUA UNIT
yang memegang jawatanKAUNSELING PENTADBIR D44 (TERBUKA)
di Jabatan / Unit PENTADBIRAN INSTITUT PERGURUAN DARULAMAN dari tarikh 01.08.2006 hingga31.07.2010
bersama-sama ini menyertakan NOTA SERAH TUGAS sepertimana diarahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui surat JPA.193/6/3-4(20) bertarikh 19 Julai 1985.

Disertakan juga bersama-sama ini FAIL MEJA/ MANUAL PROSUDER KERJA.



Diserahkan oleh:                                                     Disemak oleh:

………………………………………….

( NOOR ASHIKIN BT HJ SHAHROM )                     (HJ. HASHIM BIN ASMAN)

*Pegawai Yang Akan Bertukar                            * Ketua Jabatan Sekarang.




:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

2010 ..bermakna 39 episod telah kulalui

 Alhamdulillah ,,,aku yakin Allah mengaturkan sesuatu yang terbaik untuk aku dan setiap apa yang aku lalui selama ini adalah pengajaran dari Allah agar aku mengenal manusia disekeliling aku.... banyak yang aku pelajari tentang kasih, sayang,benci dan dendam...aku bersyukur kerana aku adalah insan yang tetap sama yang aku kenal diriku..aku bersyukur kerana aku ada diriku.. Alhamdulillah aku bukanlah manusia yang suka bercakap tentang keburuka orang lain dan aku bersyukur kerana aku dapat mengenal manusia yang berada disekelilingku. Kakadang-kadang inilah peluang untuk aku mengenal manusia disekelilingku.Alhamdulillah.

Mungkin orang di sekelilingku melihat aku sebagai seorang yang terlalu sombong, penting diri, ego , kedekut, cakap besar, besar diri dan sebagainya. tetapi aku bersyukur aku bukanlah manusia yang mereka fikirkan kerana mereka tidak mengenaliku. Mungkin silapku juga kerana tidak membuka ruang untuk orang lain mengenaliku. Aku adalah manusia yang susah untuk merendahkan diriku sebab sejak azali aku ditakdirkan sebagai seorang yang besar dan tinggi..walaupun aku cuba untuk merendahkan diriku tetapi aku tetap gagal kerana aku sukar mengubah fizikalku.Mungkin inilah sesuatu yang aku tidak sedar bahawa perkataan merendah diri tu apa sebenarnya? Humble...lowprofile...rendah diri...pening sebenarnya ...aku memang tak boleh faham.

Bila aku bercakap orang kata aku nak menunjuk-nunjuk sedangkan hakikatnya aku ingin berkongsi dengan orang disekelilingku. Bila aku bercerita ada yang di depanku berpura-pura suka ...rupa-rupanya cerita aku dah gah seMalaya..bila aku ditanya...seikhlas hati aku memberikan jawapan tidak timbul riak di dalm hatiku tapi sebaliknya adalah nanti khabarnya sampai di telingaku ...mengatakan aku ...Kadang-kadang aku hairan kenapa maanusia lain disekellingku suka mendengar dari orang lain..kenapa tidak bertanyakan pada diriku sendiri...tidak ada apa yang inginku rahsiakan tentang kehidupanku kerana bagi aku kehidupan aku sangat unik dan Allah ciptakan aku sebagai manusia yang sangat sempurna..Alhamdulillah aku bersyukur dengan setiap pemberian Allah kepada diriku ....aku tak pernah kurang walaupun sedikit. Allah sentiasa mengatur yang terbaik untuk aku...walaupun mungkin orang lain berkata aku manusia yang serba negetif tapi aku yakin pada Allah bahawa aku adalah hambanya yang terbaik dan seindah ciptaan aku bersyukur aku adalah Hjh Noor Ashikin bt Hj Shahrom @ Hjh Siti Esah anak kepada kedua ibubapaku yang sangat penyayang dan memiliki sebuah kehidupan yan sangat indah..memiliki adik beradik yang sangat baik dan saling sayang menyayangi dan memiliki sahabat-sahabat yang sangat ikhlas. Alhamdulillah.

Semoga Allah memanjangkan usiaku dan seluruh insan yang menyayangiku terutama keluarga, tunang dan sahabat2ku agar dapat beribadat ke jalan Allah. Semoga Allah melimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan penuh keberkatan dan kemakmuran agar dapat kami gunakan ke jalan fisabilillah dan keredhaan Allah. Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kehidupan yang terbaik buat diriku dan semua insan dalam hidupku dengan penuh kebaikan ,kesejahteraan, ketenangan dan kebahagaan. Semoga aku dapat meringankan beban insan-insan disekelilingku yang banyak membantuku terutama keluarga dan sahabat-sahabatku. Terima kasih kerana sentiasa memberi aku tunjuk ajar dan aku bersyukur pada Allah kerana Allah mengurniakan kehidupan yang baik buat semua. Sesungguhnya teguran yang diberikan walaupun secebis ayat ku bersyukur kerana kalian ikhlas dan sentiasa mendoakan kebaikan buat diriku. Alhamdulillah kerana aku dikurniakan kehidupan yang terindah...



Jatuh bangun..onak dan duri itu adalah ranjau kehidupan di atas pentas dunia yang pelakonnya adalah kita...wataknya adalah manusia dan biarlah ia menjadi episod indah yang akan membuatkan terukirnya senyuman tak kala kita mengenangkannya.......Aku bersyukur kerana keindahan dalam kehidupan yang aku lalui...dalam kehidupan , dalam kerjaya dan dalam persahabatan dan juga percintaan..2010 ..bermakna 39 episod telah kulalui.



:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

RENUNGAN BUAT SUAMI ( LELAKI )..kiriman seorang teman...

( buat ISTERI…ketahuila anda sangat istimewa di sisi Allah…


Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Karena dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam ...
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis karenamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, karena keputusanmu, kau merosak kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis karenamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?

Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN
" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "
Lalu TUHAN menjawab
" Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini"..
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TETESAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal
..Apa itu Ya TUHAN ??
bahwa "Betapa BERHARGAnya dia"...

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu berHARGA... Dan sangat berHARGA.


Bertuahlah seorang perempuan yang bergelar ISTERI kerana telah lengkap sebahagian IMANnya dan penuhilah sebahagian lagi dengan ibadah kepada Allah SWT, dan peliharalah kehormatannya sebagai seorang ISTERI SOLEHAH yang taat pada perintah suaminya selagi mana tidak mengingkari perintah Allah.

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin...doakan Shikin pun jadi ISTERI yang SOLEHAH

Thursday, July 22, 2010

Kemahiran menggunakan SKYPE

Pertama kali dalam hidup dapat berkkomunikasi menggunakan skype dengan anak-anak bonda kat Chicago,USA.
Sebelum ini memang duk guna YM je tapi tak seronok langsung.Inilah kelakarnya bila dah tua baru tau guna komunikasi modern sekarang. Tapi masalahnya kalau orang lain tak  tak guna macam mana kita nak berkomunikasi.

tapi kalau budak-budak sekarang  kecil-kecil  dah pandai guna FB, Skype dan juga semua perisian ni.  Hari ini aku dah pandai guna semua ni juga tapi nak kena paksa semua kawan-kawan, adik beradik dan tunang aku guna semua ni. Jimat belanja.
Kalau telefon 30 minit dah habis 15pound .Kalau guna Skype free. kan senang. Sekarang aku pun kena beli akaun Skype juga.

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Mee Mamak stail Chef Shikin....warisan keluarga

120 gm udang sederhana besar@daging @ayam
1 kg mee kuning
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah(mesin)
2 sudu besar cili merah
½ sudu asam jawa@cuka
3 sudu besar susu pekat manis
8 sudu kecil minyak masak
15 gm tauge dibuang ekornya
3 keping tauhu
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
2 biji telur
2 keping cucur keras
1 keping kalkete
garam secukup rasa
5 salad@ daun bawang
sebiji limau kasturi
cili merah

Cara:

Panaskan minyak,tumis bawang putih dan merah hingga kekuningan.Masukk, cili, & air asam jawa.Biar(2 min) hingga naik baunya . Masukkan tauhu, udang @ daging@ ayam@sotong.Setelah masak, campurkan mi, kicap cair & pekat...masukkan susu pekat. Pecahkan telur dan taugeh@kubis/ Biarkan hingga masak sebelum dihias dgn potongan limau & salad & cili merah.:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Tuesday, July 20, 2010

Kueteaw goreng special Kak Tana Cikgu Zaki

Resepi ini aku belajar semasa pergi rumah cikgu Tn Hj Ahmad Zaki masa dia peencenhari itu. Inilh kelebihannya bila masuk dapur dan kebetulan masa tu Kak Tana masa kueteaw jadi aku dapatlah resepi ni dan bila balik cuba buat sendiri memang sedap dan sekarang boleh dikatakan tiap kali aku masak mesti teruja.


Bahan A:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar lada hitam
5 biji cabai melaka

Bahan B:
1 peket kueteaw
300 gm udang basah
100 gm taugeh
20 gm kucai
4 biji telur

Kicap
Sos tiram
garam
gula

Cara buat senang je:
Mesin semua bahan A sampai hancur. Kemudian tumiskan sampai naik bau dan garing. Masukkan udang dan bila separuh masak masuk bahan perasa dan masukkan telur. Bila nampak agak suku masak masukkan kueteaw ,taugeh dan kucai. Goreng sampai masak.

Bahan perasa boleh tambah ikut rasa sendiri. Tapi aku tak pakai pak Aji naik moto sebab boleh jadi botak kepala nanti.

okey selamat mencuba.

Sedappppppp...selamat mencuba.
Aku tulis resepini sebab takut terlupa kalau lama tak memasak.

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Mee sampoi....atau me kuah

120 gm udang sederhana besar@daging @ayam


1 kg mee kuning

2 ulas bawang putih

3 ulas bawang merah(mesin)

2 sudu besar cili merah

½ sudu asam jawa@cuka

3 sudu besar susu pekat manis

8 sudu kecil minyak masak

15 gm tauge dibuang ekornya

3 keping tauhu

1 sudu kecil kicap cair

1 sudu besar kicap pekat

2 biji telur

2 keping cucur keras

1 keping kalkete

garam secukup rasa

5 salad@ daun bawang

sebiji limau kasturi

cili merah

Cara:

Panaskan minyak,tumis bawang putih dan merah hingga kekuningan.Masuk, cili, & air asam jawa.Biar(2 min) hingga naik baunya . Masukkan tauhu, udang @ daging@ ayam@sotong.Setelah masak, campurkan mi, kicap cair & pekat...masukkan susu pekat. Pecahkan telur dan taugeh@kubis/ Biarkan hingga masak sebelum dihias dgn potongan limau & salad & cili merah.

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Monday, July 19, 2010

Keajaiban Dunia: Seven Wonders of The World...YE KE?

"KEAJAIBAN DUNIA"


Di salah satu tugas pelajaran kelas geografi para pelajar diminta untuk membuat senarai apa yg mereka fikir merupakan "Tujuh keajaiban dunia" ketika ini.

Walaupun ada beberapa ketidak sesuaian, sebagian besar daftar berisi :

1.Piramid di Mesir
2.Taj Mahal
3.Borobudur
4.Panama Canal
5.Empire State Building
6.St Peter'S Basilica
7.Tembok China
8.Taman tergantung Babylon
9.Grand Kanyon
10. Teracotta
etc

Ketika mengumpulkan senarai pilihan ,si guru memperhatikan seorang pelajar,
Seorang gadis pendiam..Yg belum mengumpulkan kertas tugasannya.. .

Jadi sang guru bertanya kepadanya, apakah dia mempunyai kesulitan dengan senarainya..
Gadis pendiam itu menjawab "Ya sedikit, saya tidak boleh memilih kerana sangat banyaknya"

Sang guru berkata "Baik katakan pada kami apa yg kamu miliki, dan mungkin kami boleh membantu memilihnya.....

Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca,

Saya fikir"TUJUH KEAJAIBAN

adalah :

1. Boleh bersyukur
2. Boleh merasakan
3. Boleh ketawa n bernafas
4. Boleh mendengar...dia ragu lagi sebentar n kemudian melanjutkan. ...
5. Boleh berpikir
6. Boleh mencintai
7. Boleh dicintai...

Ruang kelas tersebut sunyi seketika....
Pernah kah kita berfikir ,,,,
Betapa "AJAIB"nya.. .
Jantung n Paru2 kita bekerja
dengan sendirinya u pernafasan n peredaran darah kita tanpa bantuan mesin apapun??
Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada pngeksploitasi manusia n kita menyebut nya "KEAJAIBAN", sementara Kita lihat lagi semua yang telah TUHAN lakukan untuk kita, kita menyebutnya sbg BIASA...

Bersyukurlah untuk apa yg telah Kita dapatkan sampai saat
Ini, karena sesungguhnya semua itu merupakan suatu "KEAJAIBAN". ..

TUHAN tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu Biru, bunga selalu mekar, n matahari selalu bersinar....

Tapi ketahuilah bahwa ...Dia selalu memberi...Pelangi disetiap badai..
Senyum disetiap air mata..Berkat disetiap doa..

Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan perjalanan..dan nikmatilah n bersyukur lah..

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Pasangan Ideal.....match in heaven.



:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Sunday, July 18, 2010

RUMAH ANAK YATIM SHIFA SETAPAK

salam

Apa khabar, harap semuanya sejahtera.
Sebenarnya saya nak minta tolong, harap sudi forward rayuan saya to
semua kenalan
Saya sedang berusaha beli rumah untuk anak yatim shifa.

Face book: anak yatim shifa setapak

Saya dah ada 20%. Ingat bank boleh bagi 80%. Tapi bagi 58% sahaja.
Deposit dah bayar.

Tinggal 40 hari saja lagi untuk due.

Doakan semoga ada hamba ALLAH yang datang bantu. kalau tidak terpaksa
batalkan pembelian Urusan pembelian dibantu secara percuma oleh Encik Azaine PEGUAM dari Tetuan Azaine & Fakhrul Sdn Bhd.

Boleh hubungi beliau untuk pengesahan 03-40215544( Puan Zarina)

 Saya dah bayar RM 122,550.00
(DEPOSIT - WANG INI TAK AKAN DIKEMBALIKAN KALAU BATAL PEMBELIAN)

Ambank bagi pinjam RM 700,000.00 (58%)
Duit saya jual rumah n 1 kereta RM 150,000.00
Sumbangan orang ramai RM 50,000.00
Jumlah terkumpul RM 1,022,250.00
Harga rumah RM 1,222,250.00 (kurang RM200,000.00)
TOLONG FOWARD E-MAIL TO KAWAN2 DAN
MINTA SEMUA KAWAN2 E-MAIL PADA KAWAN2 MEREKA tentang perkara ini.
Tolong ye.

RM1.00 seorang pun jadilah. SECARA ONLINE BANKING
Nama Akaun: Persatuan Kebajikan Teratak Shifa KL/SEL
No. Account :

514066-429233 Maybank
076-202-200449- 4 Ambank
 1438-0005685- 05-9- CIMB

Ada pelepasan cukai: LHDN. 01/35/42/51/ 179-6.6367


Terima kasih

Hajjah Che Tom Binti Ujang
Pengasas/Pengerusi
Rumah Anak Yatim SHIFA

017-3387959
03-40234818 (Fax)



)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Friday, July 16, 2010

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

 Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal
seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan
keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di
luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk
rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang
yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan
padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi
ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun
satu ayat..."

Wassalam,

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Tujuh kalimat



Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia
terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta
diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih
laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak
melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap
selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap
perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan
berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak
diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad

Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak
terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,
mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-
mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Adakah cinta memerlukan sebab?


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan

di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Seandainya...............

Seandainya diri kita pernah ditipu orang…
Seandainya diri kita pernah dikhianati orang…
Seandainya diri kita pernah difitnah orang…
Seandainya diri kita pernah dihina orang…
Seandainya diri kita dizalimi orang…Sakitnya hati hingga tidak bertegur sapa selama berhari-hari…berbulan-bulan…bahkan bertahun-tahun pun ada.Retak serta lukanya hati hingga berdendam seluruh keturunan hingga generasi ke generasi.
Bencinya hati hingga tidak mahu bertentang wajah bahkan bayang-bayang pun tak mahu melihatnya kerana dosanya terhadap kita terlalu pedih bila terkenang-kenang.
‘sedangkan nabi maafkan umatnya inikan pula kita…Itu nabi tapi aku hanya manusia biasa!’….satu perpatah yang sering terdengar jika hati keras untuk tidak memaafkan orang…

Apa Allah kata…..
Adakah engkau sudah berbuat baik kepada orang yang berbuat JAHAT kepadamu?
Adakah engkau telah memaafkan orang yang telah MENGANIAYAMU?
Adakah engkau telah menghubungkan silaturahim kepada orang yang memutuskan hubungan denganmu?
Adakah engkau telah menginsafkan orang yang telah MENKHIANATIMU?
Adakah engkau telah bercakap atau menegur orang yang telah MENGUSIRMU (tdk mahu menegurmu)?
Sesungguhnya, Aku tidak memandang kepada wajah kamu dan tidak kepada kecantikan kamu akan tetapiAku memandang kepada hati kamu. Aku suka jika kamu memiliki sifat-sifat tersebut.

Sebahagian petikan hadis qudsi.
Maka andainya ada manusia lain pernah berbuat dosa kepada diri kita lalu ia memohon maaf. Terimalah kemaafannya kerana kita hanyalah hamba yang tidak berupaya….sedangkan Allah itu lagi Maha PEMURAH dan Maha MENGASIHANI….maka layakkah seorang hamba berbuat demikian?

Jika manusia itu tidak memohon maaf kepada kita maka cubalah ikhlas untuk memaafinya kerana Allah itu lagi Maha PENGAMPUN…maka layakkah seorang hamba bersifat sedemikian?

Ingatlah….dan sedarlah diri ini jua tidak terlepas dari berbuat dosa…lalu kepada siapa kita memohon keampunan? kita mengharapkan Allah mengampuni dosa kita lalu….

Ya Allah, Ampunkanlah segala dosaku... Berkatilah hidupku di dunia ini... Aku mohon petunjuk dariMu...

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

14 Things Money Cannot Buy

1. Money can buy a bed, but it cannot buy sleep. (wang boleh membeli katil, tetapi tak dapat membeli kenyenyakan tidurnya).
2. Money can buy food, but not appetite. (wang boleh membeli makanan, tetapi bukan selera makannya).
3. Money can buy a house, but not a home. (wang boleh membeli rumah, tetapi bukan kenyamanannya).
4. Money can buy luxuries, but not culture. (wang boleh membeli kemewahan, tetapi bukan budayanya).
5. Money can buy finery, but not beauty. ((wang boleh membeli dandanan, tetapi bukan kecantikannya).
6. Money can buy amusement, but not happiness. (wang boleh membeli kesenangan, tetapi bukan kebahagiaannya).
7. Money can buy sex but not love. (wang boleh membeli seks, tetapi bukan cintanya).
8. Money can buy companions, but not friends. (wang boleh membeli teman, tetapi bukan persahabatannya).
9. Money can buy position, but not respect. (wang boleh membeli jabatan, tetapi bukan kehormatannya).
10. Money can buy medicine, but not health. (wang boleh membeli ubat, tetapi bukan kesehatannya).
11. Money can buy blood but not life. (wang boleh membeli darah, tetapi bukan nyawanya).
12. Money can buy a clock but not time. (wang boleh membeli jam, tetapi bukan waktunya).
13. Money can buy a computer, but not brains. (wang boleh membeli komputer, tetapi bukan kepandaiannya).
14. Money can buy a book, but not knowledge. (wang boleh membeli buku, tetapi bukan pengetahuannya).

Maknanya dalam hidup ini kita bleh beli semuanya secara zahirnya tetapi secara batinnya kita tak miliki satu apapn dalam dunia melalui wang.....tiada bahagia yang kita kecapi dengan wang tapi tanpa wang kita akan mengalami kesukaran dalam mendapatkan apa yang menenangkan akal dan fikiran kita/

p/s:setiap yang dicoretkan bukan bahan untuk dipublisiti...jadi jgnlah disalahertikan dan disalahgunakan...

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Saturday, July 10, 2010

SEJARAH PERJALANAN ISRA’ MIKRAJ.

 Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda S.A.W. disuci dengan air zamzam dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Isra’” itu.



Semasa Isra’ (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa) Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah S.A.W ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah) Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :


I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S menerima wahyu daripada Allah. III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S dilahirkan). Dalam perjalanan itu juga Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib Antaranya:-



1) Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.


2) Tempat yang berbau harum, Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

3) Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu : Itulah orang- orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4) Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. 5) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka . Kata Jibrail : Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.


6) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba. 7) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir merekakembali seperti biasa. Kata Jibrail : itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail : Itulah orang yang kanan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menginakan) orang.

10)Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal tapi sudah terlambat.
11)Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail : Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.


12)Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail : Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai tua. 13)Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala ambia’ dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah) Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


1. Langit Pertama : Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu jumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
2. Langit Kedua : Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S dan Nabi yahya A.S.
3. Langit Ketiga : Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
4.Langit Keempat : Naik tangga keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S
5. Langit Kelima : Naik tangga kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
6. Langit keenam : Naik tangga langit keenam : Bertemu dengan nabi-nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk 70 000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh : Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S bersabda. “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada mala mini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if , maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah.

Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S bersabda : “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu : Subhanallah, Walhamdulillah, Wa la ila ha iilah allahuakbar dan La Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim.
Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga. Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah

dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang(Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan : Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu
tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka beserta dengan Malik penunggunya.


9. Tangga kesembilan : Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul- Muntaha . Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.

10.Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul – Nya.

Allah S.W.T : Ya Muhammad Rasullah : Labbaika Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan Sulaiman yang
tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angina. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai
penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka
dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik
umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah “arasy”. Aku berikan habuan daripada
kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mu dan umat mu 50 (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S kemudian nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W meraya kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas Sembilan kali meraya, (setiap kali dikurangkan 5 waktu) akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul- Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudianya menjadi (saksi) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum Hijrah).







:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

HAYATI PERISTIWA ISRA’ MIKRAJ


Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan dan keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad s.a.w. Orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Isra’ Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi. Manakala keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu ada yang terus membenarkan nabi seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut dan ada pula yang bersikap menolak terus cerita nabi dan kembali murtad daripada Islam.


Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian dua orang yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua insan yang disayangi semakin bertambah dan jika kita fikirkan dari segi logik akal maka dakwah Islam akan terhenti.

Namun kuasa Allah melebihi segala-galanya iaitu selepas penolakan dakwah oleh penduduk Taif, nabi telah dihiburkan dengan Isra’ Mikraj dan seterusnya didizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah. Dalam peristiwa di Taif iaitu ketika penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam malah telah melontar batu kea rah nabi sehingga berlumuran darah.

Kita dapat melihat nabi telah diberi peluang untuk menang mudah iaitu tawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit bawah jagaannya sebagai emas tetapi di tolak oleh nabi sebagaimana nabi menolak tawaran malaikat penjaga bukit yang ingin menghancurkan penduduk Taif yang begitu degil dengan menjatuhkan bukit ke atas penduduk Taif.

Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke Saidatul Muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi Isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadi rebutan 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan.

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Wednesday, July 7, 2010

Resepi Mee pecal...cara akulah

Saladnye:


200 gm Kacang panjang
200 gm Tauge
200 gm Pucuk ubi
2 biji Timun
100 gm Terung belanda
200 gm Kangkung
celurkan degan air panas.

Telur rebus
Bawang goreng

3 keping Tempe goreng
3 keping Tauhu goreng
500gm Mee kuning



Kuah:

20 biji Cili kering goreng kering dengan minyak yang sedikit
10 biji Bawang merah goreng tanpa minyak
10gm Asam jawa gorengdgn minyak sedikit
10 gm Belacan goreng dengan minya yang sedikit

Gula melaka
Gula putih
Garam
Ubi cekur

Daun limau purut

100g Kacang tanah goreng dulu dan mesin


Cara membuat kuah:

mesin semua dan campurkan dengan air panas.
bland semua sekali...tak payah susah-susah.

rasa garam dan gula ...

Janji sedap





Seronoknya dapat masak sebab ramai kawan-kawan boleh makan...hanya Allah yang tahu betapa seronoknya bila kita masak orang lain makan...dan menikmatinya..aku sememangnya suka sangat memasak...



:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Surat dari PENJUAL RUJAK PATAH HATI.

 Wajahmu memang MANGGIS, watakmu juga MELONkolis, tapi hatiku NANAS krn cemburu, SIRSAK napasku, hatiku ANGGUR lebur.Ini DELIMA dlm hidupku,
memang SALAKku, jarang APEL malam minggu.Ya Tuhan, mohon BELIMBINGANmu, kalo mmg perPISANGan ini baik utkku, SEMANGKA kau bahagia dengan yang lain> > TTD: SAWOnara.

Berikut surat balasan dari pacarnya yg ternyata tukang sayur...

Membalas KENTANG suratmu itu, BROKOLI sudah kubilang, jangan tiap dateng
rambutmu selalu KUCAI, JAGUNGmu gak pernah dicukur. Disuruh dateng malem minggu, ehh nongolnya LABU. ditambah kondisi keuanganmu makin hari makin PARE, kalo mo nelpon aja mesti ke WORTEL dulu...CABE dehhhhh

TTD, KAILAN !!

wah....pening juga nak faham.....cuba fahamkan

)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Kisah Benar - Jenazah yang istimewa dan dirahmati

Tanpa berfikir panjang, saya terus ‘copy & paste’ kan artikel tersebut untuk bacaan para pengunjung blog ini. Semoga apa yang diceritakan ini memberikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua.

Mari kita hayati kisah ini sama-sama…


Kisah-kisah yang ingin saya paparkan di sini kalau ia boleh menyentuh perasaan dan ketidakselesaan muslimin-muslimat, saya mintak maaf banyak-banyak. Niat saya hanya nak berkongsi cerita dengan para muslimin-muslimat sekalian.

Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar

Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia. Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.


Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.
kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar.

Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama.
Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!

Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian.

Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!

Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.

Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!

Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam ‘freezer’ (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.

Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.

Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.
“Nampak macam no hospital nie”, getus hati ustaz M.
“Hello, ustaz M ye?”… satu suara bertanya.
“Ya, ustaz M bercakap”.
“Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?”, sang suara meminta kepastian.
“Imam…imam. …yanng mana satu….ermm. .oh…ya. .ya..ingat. .ingat… “, ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.
“Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?”, beritahu sang suara ringkas.

“Ok..ok…, sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! “,
balas ustaz M.

Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari ‘pending’. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.

Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah ‘prosedur’ yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar.

Bismillahir Rohmaanir Rohiim…… Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik ’stretcher ‘ peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan. ..
Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh?

Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling.

Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku…terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan “ALLAH”!

Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.

Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan?….

Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya.

Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT

Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.
Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu lain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.

Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Menyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita.

Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari
Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan
sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.

Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini.
Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, “Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa….. ……… ……… .”. Tiba-tiba imam ini terdiam….

Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya.
Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu’ nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.

Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.


Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf
hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh
diucapkan selepas itu melainkan, “Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun…” .
Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini.


Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi…dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia….Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan…

Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.
Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?… .

Ya,
Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M…

Subhanallah!

Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ;

“Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka
muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok
melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah…Ya Allah..Ya
Allah……. ……”
Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa
ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!

SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!

Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!

Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.

Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.

Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi
kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.
Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh
amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.

Wallahua’lam.


"Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam” yang didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut:

[101] “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”.



SEBARKAN PADA YANG LAIN…..





:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

HIKMAH PENYAKIT BAGI SEORANG MUSLIM/MUSLIMAH

Assallamuallaikum warohmatullohi wabarokatuh,
Audzubillahhiminnas aitonirozim Bismillahirrohmanir rohim.

Innalhamda lillah, nahmaduhu wa nastaiinuhu wa nastagfiruh, wana’uudzubillahi min syuruuri anfusinaa wa min sayyiati a’maalinaa, mayahdihilahu fala mudilla lah, wamayudlil fala haadiyalah, wa asy hadu ala illaaha illallah, wahdahula syariikalah, wa asyhadu anna muhammadan a’bduhu wa rosuuluh.Amabadu,



Salawat serta salam kita sampaikan kepada penghulu para Nabi, panutan kita Nabi Besar Muhammad SAW, para keluarganya, para sahabatnya dan semua pengikutnya yang taat kepada ajarannya sampai Hari Kiamat kelak.

Sebagaii makhluk hidup manusia tidak akan bisa menghindarkan diri dari rasa sakit atau menderita suatu penyakit, baik yang menimpa dirinya, keluarganya, sahabatnya atau tetangganya. Hanya mungkin kadar dan jenisnya yang berbeda satu sama lainnya. Sebagai orang yang beriman tentu saja kita harus bisa menyikapinya kondisi/keadaan tsb secara positive. Untuk itu saya ingin mencoba menyampaikan suatu Risalah yang berjudul “HIKMAH PENYAKIT BAGI SEORANG MUSLIM/MUSLIMAH” yang mudah-mudahan bermanfaat bagi kita sekalian.



Berbagai macam penyakit yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba- Nya merupakan bagian dari cobaan, yang merupakan Sunattullah dan ditetapkan berdasarkan rahmat dan hikmah-Nya. Sesungguhnya Allah tidak menetapkan sesuatu takdir/ketetapan, melainkan didalamnya terkandung kebaikan dan rakhmat bagi hamba-Nya. Di dalamnya terkandung hikmah yang amat besar yang tidak mungkin bisa dinalar oleh akal manusia.



Ibnul Qayyim, rahimmullah, berkata :” Andaikata kita bisa menggali hikmah Allah yang terkandung dalam ciptaan dan urusan-Nya,maka tidak kurang dari ribuan hikmah. Namun akal kita sangat terbatas, pengetahuan kita terlalu sedikit dan ilmu semua mahluk akan sia-sia jika dibandingkan dengan ilmu Allah. Sebagaimana sinar lampu yang sia-sia di bawah sinar matahari. Dan ini pun hanya kira-kira, yang sebenarnya tentu lebih dari sekedar gambaran ini.”


Berikut ini sebagian kecil dari hikmah dari suatu penyakit bagi hamba Allah :

1. Sikap sabar dalam menghadapi penyakit. Jika seseorang, benar-benar beriman, maka segala urusannya merupakan kebaikan. Jika ia mendapat kesenangan, maka ia bersyukur dan ketika ia mendapat kesusahan , ia bersabar. Rasullullah SAW bersabda :” Sungguh menakjuban urusan seorang mukmin, sesungguhnya semua urusannya merupakan kebaikan, dan hal ini tidak terjadi kecuali bagi orang mukmin. Jika dia mendapat kegembiraan, maka dia bersyukur dan itu merupakan kebaikan baginya, dan jika mendapat kesusahan, maka dia bersabar dan ini merupakan kebaikan baginya”.


2. Menghapuskan dosa dan kesalahan. Penyakit itu, merupakan sebab pengampunan bagi kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan seseorang. Dan terkadang penyakit itu merupakan hukuman dari suatu dosa yang pernah dilakukan seseorang.
Allah SWT berfirman : (Audz..) “Wa maa asoobakum mim musiibatin fa bimaa kasabat aidiikum wa ya’fuu ‘an kasiir.” yang artinya : “Dan musibah apapun yang menimpamu adalah karena perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahan mu)”. (QS Asy-Syuuro:30)

Dicepatkannya hukuman bagi seorang mukmin di dunia justru baik baginya, sehigga dengan itu Allah akan menghapuskan dosa-dosanya dan ia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan bersih dan selamat. Salah satu HR Bukhari menyatakan: “Tidaklah seorang muslim/muslimat tertimpa suatu penyakit atau sejenisnya, melainkan Allah akan menggugurkan dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya”



3. Ditulis/dicatat berbagai kebaikan dan derajat ditinggikan. Diantara hikmah penyakit, jika seseorang bersabar, ia akan diberi pahala dengan dituliskan kebaikan dan diangkatnya derajat. Dari Abu Hurairah, Radiallahu Anh, Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya seseorang benar-benar memiliki kedudukan di sisi Allah, namun tidak ada satu amal yang bisa menghantarkannya ke sana. Maka Allah senantiasa mencobanya dengan sesuatu yang tidak disukainya, sehingga dia bisa sampai pada kedudukan yang dikehendaki Allah”.



4. Jalan menuju surga. Surga tidak bisa diperoleh melainkan dengan sesuatu yang tidak disukai jiwa manusia.“Surga itu dikelilingi dengan hal-hal yang tidak disukai dan Neraka itu dikelilingi dengan berbagai macam syahwat.” (HR. Bukhari).



5. Membawa keselamatan dari api Neraka. Rasulullah SAW bersabda :”Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka “. (HR. Al-Bazzar).



Rasulullah SAW juga pernah bersabda “Janganlah kamu mencaci maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran2 besi.”(HR. Muslim).



6. Mengembalikan hamba kepada Rabb nya dan mengingatkan kelalaiannya. Diantara hikmah penyakit adalah mengembalikan hamba yang tadinya jauh dan lalai dari mengingat Allah agar kembali kepadanya. Kesadaran ini akan membuat dia berhenti dari perbuatan dosa dan maksiat yang biasa ia lakukan. Biasanya seseorang ketika sehat wal’afiat suka tenggelam dalam perbuatan dosa dan maksiat. Dia sibuk dengan urusan dunia dan melupakan Rabb-nya. Syaitan mempergunakan kesempatan ini untuk membuatnya lalai dan menyeretnya kekubangan syahwat dan kedurhakaan. Oleh sebab itu dengan cobaan suatu penyakit, maka baru dia merasakan kelemahan, kehinaan dan ketidak mampuan dihadapan Rabbnya. Penyakit bisa membuka kesadaran bahwa engkau sangat membutuhkan Allah. Tidak sesaatpun engkau tidak membutuhkan- Nya. Sehingga hatimu selalu bergantung kepada Allah. Syaikul Islam Ibnu Taimiyyah berkata:”Musibah yang diterima karena Allah semata, lebih baik bagimu daripada nikmat yang membuatmu lupa mengingat-Nya”.



7. Mengingatkan nikmat Allah yang lalu dan yang ada. Diantara hikmah penyakit adalah mengingatkan nikmat dan karunia Allah yang dilimpahkan kepada kita. Berapa banyak nikmat yang diberikan Allah kepada kita dan berapa banyak malapetaka yang dihindarkan dari kita. Banyak nikmat yang kita lalaikan tatkala kita dalam keadaan sehat. Maka bencana berupa penyakit yang ditimpakan kepada kita bisa mengingatkan terhadap nikmat yang melimpah di sekitar kita.



8. Mengingatkan keadaan saudara-saudaranya yang sedang sakit. Kesibukan seseorang dalam hidupnya untuk mencari harta kekayaan dan keadaannya yang segar bugar, bisa membuatnya tidak memikirkan keadaan saudara2nya yang sedang sakit. Lalu hatinya terketuk apabila dia sendiri terkena musibah sakit untuk memenuhi hak-haknya. Yaitu mengunjunginya, membantu keperluannya, meringankan musibah yang menimpanya, menghiburnya, membantu penyembuhannya, mendoakannya agar segera sembuh dll.



9. Menyucikan hati dari berbagai macam penyakit. Keadaan yang sehat bisa mengundang seseorang untuk bersikap sombong, bangga, dn takjub kepada diri sendiri. Namun jika penyakit telah menguasainya dan penderitaan merundung dirinya, maka jiwanya bisa menjadi lunak, hatinya menjadi lembut, sifat-sifat kurang baik seperti sombong, takabur, dengki dan membanggabanggakan diri bisa hilang, lalu akhirnya akan tunduk dan pasrah kepada Allah serta akan tekun beribadah.



10. Penyakit merupakan nikmat dan anugerah. Karena cobaan dan ujian itu merupakan nikmat, maka orang-orang shaleh justru gembira sekiranya mendapat cobaan itu, tak berbeda jika mereka mendapat kesenangan. Nabi SAW telah menyebutkan bahwa cobaan para Nabi dan orang Shaleh antara lain adalah penyakit. Beliau bersabda:”Dan sesungguhnya salah seorang di antara mereka benar-benar merasa gembira karena mendapat cobaan, sebagaimana salah seorang diantara kalian merasa gembira karena mendapat kelapangan”



Demikianlah pencerahan singkat yang dapat saya sampaikan, semoga bermanfaat khususnya bagi diri saya sendiri dan umumnya untuk kita semua. Segala kekurangan datangnya dari kebodohan dan kekurangan ilmu yang saya miliki, sedangkan segala kebaikan datangnya dari Allah Subhanahu wa ta’ala. Amin.



Subhanaka Allahumma wabihamdika, asyhadu alla Illaha illa Anta, astagfiruka wa atuubu ilaik.



Wassallamualikum Warrohmatullohi Wabarokatuh.

Puri Bintaro 13 Rajab 1431 H

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Tuesday, July 6, 2010

Ya Nabi Salam Alayeeka..Maher Zain

جـِئتَ بَعدَ العُسر يُسرًا
رَبُّنا أعلاكَ قـَدرًا
يا إمامَ الأنبياءِ
أنتَ فى الوجدان حَىٌّ
أنتَ لِلعـَينـَين ضـَىٌّ
أنتَ عِندَ الحَوض رىٌّ
أنتَ هادٍ وَصَفىٌّ
يا حَبيبى يا مُحَمَّد
يا نـَبىّ سَلام عَلـَيكَ
يا رَسول سَلام عَلـَيكَ
يا حَبيب سَلام عَلـَيكَ
صَلـَواتُ اللـَّه عَلـَيكَ
يَرتـَوى بـِالحُبِّ قـَلبى
حُبِّ خـَير رُسل رَبّى
مَن بـِهِ أبصَرتُ دَربى
يا شـَفيعى يا رَسولَ اللـَّه
أيُّها المُختارُ فينا
زادَنا الحُبُّ حَنينا
جـِئتـَنا بـِالخـَير دينا
يا خِتامَ المُرسَلينَ
يا حَبيبى يا مُحَمَّد
Anta noorol lahy fajran (You are the light of Allah at dawn)
Jeita baadal osry yosran (You came after the hardship as convenience)
Rabbona aalaka kadran (Our God raised up your position)
Ya imam al anbeya'ee (Oh Imam (Leader) of the Prophets)
Anta fel wejdany hayyon (You are alive in sentiment)
Anta lel aynayny dayyon (You are the light of eyes)
Anta endal hawdy reyyon (You are the irrigation at the Hawd (basin))
Anta haden wa safeyyon (You are the absolutely pure guide)
Ya habeeby ya muhammad (My beloved Muhammad)
Ya nabey salam alayka (Oh Prophet, peace be upon you)
Ya rassool salam alayka (Oh Messenger, peace be)
Ya habeeb salam alayka (Oh beloved, peace be)
Salawatol lah alayka (The prayers of Allah be)
Yartawee bel hobby kalby (My heart irrigates with love)
Hobby khayry rosly rabby (The love of the best of Messengers of my God)
Man behee absarto darby (Whom by him I have seen my path)
Ya shafee'ee ya rassool allah (My intercessor, Oh Messenger of Allah)
Ayyohal mokhtaro feena (Oh, the chosen out from us)
Zadanal hobbo haneena (Love boosted up the nostalgia)
Jeitana bel khayry deena (You came for us with religious peace)
Ya khetamal morsaleena (Oh, final Messenger)
Ya habeeby ya muhammad (My beloved Muhammad)

Turkish

Gönüllerde hasretin var
Yürekler aşkınla çarpar
Sensiz dünya bizlere dar
Selam sana ey kuddusi yar..

English

Where submission , faith and patience
You conveyed the noble message
Brought this light through your guidance
Peace be upon you my beloved
Ya habibi ya Muhammad
Ya nabi salam 'alayka
Ya rasol salam 'alayka
Ya habib salam 'alayka
salawatu Allah alayka


Urdu

Teri mohobbat ke mehek sey
Yeh zamin o asman abad hai
Rahmat ki bersat ati hai
Dil o jan ya rasool allah

Arabic
أيها المختار فينا
زادنا الحب حنينا
جئتنا بالخير دينا
يا حبيبي يا محمد
ياختام المرسلين
يا حبيبي يا محمّد

(Ayoha al mokhtar fena
Zadana al hobo hanena
Ji'tana bel khayr dena
Ya khetama al morsalen
Ya habebi ya muhammed)
Ya nabi salam 'alayka
Ya rasul salam 'alayka
Ya habeb salam 'alayka
Salawat Allah'alayka





(Sorry if there is any spelling mistakes)
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

InsyaAllah Lyric French: Maher Zain


Si parfois tu as du mal à avancé si tu te sent seul, si tu te sent paumé.


Quand la nuit s'éternise, que l'obscurité t'oppresse même désemparé, même si tu sais quelle voie suivre.

Ne baisse pas les bras et ne perd pas espoir car Allah est toujours proche de toi..



Refrain1:

Incha'allah..x3

Tu trouveras ta voie

Incha'allah..x3

Tu trouveras ta voie



Si parfois tu commet tans de fautes que pour te repentir tu pense qu'il est trop tard.

Tellement confus des mauvais choix que tu fais qui rend tout ton esprit et emplisse ton cœur de haut.

Ne baisse pas les bras et ne perd pas espoir car Allah est toujours proche de toi..



Refrain1



Vas vers Allah, il n'est jamais très loin, fais lui confiance lève tes mains et pris Ouh Ya Allah guide nos pas et protège nous de l'errance.

Tu es le seul qui puisse

'nous montrer la voie'x4



Refrain2:

Incha'allah..x3

Nous trouverons notre voie

Incha'allah..x3

Nous trouverons notre voie
 
Versi Inggeris:

لـَو فى يوم

خـَدِتنا مَعاصى أو ذنوب

وخافِت قـُلوبنا

ما تِقدَر تِتوب



وتِشكى الرّوح

ومين بـِالسِّرّ ليه نِبوح

ومين الـّى يـِقدَر

يـِداوى الجُروح



مِدّ إيديك، تِلقاه دايمًا حَوَليك

هوّ اللـَّه قـَبلـَك حاسِس بيك



إن شاءَ اللـَّه

ها تلاقى الطـَّريق



Law fee yoom (If one day)

Khadetna ma'assy aw zonoob (We were dragged by sins)

W khafet olobna (And we were afraid)

Ma teidar tetoob (Whether we could repent or not)



W teshky el rooh (Our souls complain,)

W meen bel serr leeh nebooh ('At whom can we trust our secrets?)

W meen elly yeidar (And who can)

Yedawy el gorooh (Heal our wounds?')



Medd edeek, tel'ah dayman hawaleek (Ask for help, you always find Him)

Howwa allah ablak hasses beek (You always find Allah)



Insha Allah (By the well of Allah)

Ha tla'ee el taree (You'll find your way)

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in