IPDA....IPGM Kampus Darul Aman, Jitra , Kedah.
Seindah dan segah namanya.....tanggal 1 Jun 2006 aku melaporkan diri sebagai warga kerjanya iaitu Pegawai Kaunseling Gred 41 T dengan sistem ganjaran gaji terbuka. Impianku sejak berusia 16 tahun tercapai untuk berada di IPDA. Sesungguhnya apa yang kita impikan pasti akan menjadi kenyataan...."Mohonlah padaKU pasti akan Aku makhbulkan".
Mungkin bagi orang lain pilihan yang aku buat untuk memasuki IPDA sebagai Pegawai Kaunseling adalah satu yang tidak bijak sedangkan dalam masa yang sama aku telah menerima tawaran sebagai Pensyarah di IPG Sultan Abdul Halim , Sungai Petani pada tahun yang sama. Inilah pilihan yang aku fikirkanyang terbaik untukku . Aku bersyukur kerana impian aku telah menjadi kenyataan. Aku semasa berusia 16 tahun sering ke IPDA yang ketika itu Kampus UUM meamang terpikat dengan suasana indah IPDA dan iainya tertanam padu dalam hatiku untuk suatu hari belajar atau bekerja di sini sebagai WARGA IPDA.
Alhamdulillah aku berjaya melanjutkan pelajaran di UUM dan tamat dengan Master Sains Peengurusan Pendidikan tahun 2003 dan seterusnya menjadi warga IPDA pada 1 Jun 2006.....Itulah takdir hidupku yang telah Allah catatkan suatu hari pasti belajar di UUM dan menjadi warga kerja IPDA. Berbekalkan kelulusanku sebagai Kaunselor Profesional akhirnya kau menjawat jawatan terbuka ini.....
Segala kegembiraan aku selepas pulang menunaikan Fardhu Haji Feb 2006 terjawab. Orang kata kalau kita balik Haji rezeki akan melimpah ruah kerana berkat dari pengorbanan kita berbelanja di jalan Allah. Memang benar dengan apa yang Allah janjikan. Rezeki aku melimpah ruah dan akhirnya aku beroleh rezeki yang tanpa diduga...tahun ini juga aku menerima pelbagai tawaran jawatan ...tetapi aku memilih menjadi WARGA IPDA kerana inilah impian yang telah 20 tahun aku impikan.
Semasa di IPDA aku bersyukur kerana mendapat Pengarah TN HJ SHAHIDAN dan Timbalan Pengarah HJ ISMAIL AHMAD yang sangat baik dan juga memahami kerjayaku sebagai Pegawai Kaunseling. Sepanjang perjalanan kerjayaku diterima dengan sangat baik oleh pihak pengurusan, rakan-rakan sekerja dan juga warga IPDA yang lain. Walaupun banyak juga kata kata sinis yang aku terima bila mana status SINGLE aku ddipertikaikan kerana aku terpaksa mengendalikan klien yang rata-rata berlatarbelakangkan BERKAHWIN. Tapi dengan kata semangat dan bimbingan serta kepercayaan yang diberikan oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah IPDA (2006-2008)
Semasa aku melaporkan diri sebagai Pegawai Kaunseling..Alhamdulillah mendapat kerjasama yang sangat baik dari Pengurusan. Mendapat bilik khas yang sangat indah dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Syukur pada Allah SWT aku juga mendapat rakan rakan sekerja yang sangat memahami tugasku ....walaupun terdapat juga suara-suara sumbang yang tidak puas hati dengan kehadiranku....pepatah Melayu berkkata walaupun rumah dah siap pahat tetap berbunyi...jadi abaikanlah semua aura-aura negetif yang kuterima.
Walaupun aku ni Pegawai kaunseling Pentadbir (2006-2008) aku tidak terasing dengan kawan kawan di Jabatan kaunseling , lagipun mereka adalahorang yang sebidang dengan aku jadi tak dellah terasing sangat cuma mereka mengajar dan aku pula menjalankaan kerjaya sebagai Kaunselor Profesional sepenuhnya.. Tak ada lagi buat program bagai macam semasa di sekolah.
Kalau ada aktiviti semuanya berkait rapat dengan kerja profesional sahaja dan sesekali membantu kerja kerja di Jabatan Kaunseling. Rosli Wahab @WAHABUN ni sahabat baik sejak melanjutkan pelajaran di UPM Terengganu. Sahabat yang banyak membantu dan menasihatkan ku.
Mereka juga tak pernah meninggalkan aku seandainya ada program program perkembangan untuk Kaunseling. Aku juga turut melibatkan diri. En Shukri, Rosli Wahab, Rosli Ahmad, Kak Laila, Kak Musalmah, Kak Zubaidah dan Aisyah antara kengkawan yang sealiran di Jabatan Kaunseling.
Aishah ni masa aku nak keluar dia baru masuk.
En Shukri Ismail ketua Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling...yang banyaka memberikan kerjasama walaupun kekadang ada juga rasa tergigit hahahaha
Rosli Ahmad...sahabat baik masa jadi Kaunselor di Daerah Kota Setar,,,dia juga adalah insan yang sangat banyak membantu dalam setiap kemahiran baru dalam kaunseling. Seorang yang sangat inovatif dan produktif.
Kak Laila Kasma. Kak Musalmah dan Kak Zuraida antara orang yang selalu menjadi rujukan semasa aku di IPDA. Sahabata baik Intan Shafina dan Rozita Osman juga selalu jadi teman lepak dan makan di Kafetaria.
Lagi satu kegembiraan kami kat IPDA ni POTLUCK dan kalau tak buat utk IPDA kat Jabatan Kaunseling boleh dikaatakan tiap bulan mesti ada. Ni lah yang mengeratkan kami. Hj Amir adalah org yang sangat rapat walaupun dari Jabatan Pendidikan Khas. Ramai sebenarnya sahabat sahabat di IPDA yg sangat baik dan memahami. Lumrahlah alam ini ada yang sukakan kita dan ada pula yang tidak menyukai kita. Pesan Aishah Tajuddin , kak Norhayati Zakaria, Arwah Shoaibi, Utzh Natrah, Kak Natrah, dan Kak Che Mas selalu terngiang di kepala tak kala mengimbau kembali kenangan di IPDA....segalanya sangat indah dan keindahan yang kita nikmati ini sebenarnya dicemburui oleh makhluk makhluk yang terpahat kesumat di hati.
Dugaan pertama yang kuterima adalah setelah enam bulan melapur diri ibuku yang tercinta meninggalkan aku buatt selamanya pada 25 November 2006 hari Jumaat. Alhamdulillah Tn Hj Ismail datang semasa hari terakhir mak dibawa pergi dan sokongan moral yg diberikan oleh para sahabatku juga sangat berharga.
Dugaan keduaku adalah selepas itu pada tahun 2008 Tn Hj Shahidan berpencen dan diukuti dengan Tn Hj Ismail juga...dan disinilah bermulanya dugaan yang sangat besar dalam hidupku dalam kerjayaku. Semasa pengurusan mereka aku adalah insan yang sangat bertuah sehinggakan markah prestasi 92% dan 94% tetapi rupanya selepas ketiadaan mereka aku diduga dengan hebat sekali apabila masuk pengarah baru.
Ketika sahabat-sahabatku di seluruh IPGM menerima kenaikan pangkat dari Pegawai Kaunseling DG41 ke Ketua Unit Kaunseling DG 44, Timbalan pengarah yang hanya baru datang bertugas enam bulan pada tahun 2008 telah membuat PENAMATAN KONTRAK untuk jawatan ku....Tanpa aku ketahui tiba tiba aku menerima panggilan dari pihak BPSK Bahagian Psikologi Dan Kaunseling Putrajaya memberitahu bahawa IPDA menamatkan kontrak aku. Sehinggalah membawa kepada rentetan peristiwa SUB turun ke padang untuk memantau kerja buat..tapi Alhamdulillah Allah memberikan aku kekuatan untuk mengharungi dugaan ini.
Ranjau Sepanjang bermula takkala mereka ingin menamatkan perkhidmatanku tetapi dalam masa yang sama BPSK menaikkan pangkatku ke Ketua Unit Kaunseling DG 44 T pada 1 Ogos 2008 sehingga 31 Julai 2010......
NANTIKAN SAMBUNGAN CHAPTER HIDUPKU PADA EDISI KE 37........
DEWAN KULIAH IPGM DARULAMAN........
KAFETARIA...TEMPAT SELALU LEPAK DENGAN INTAN DAN ROZITA......WAKTU MAKAN SAHAJA
INDAHNYA IPDA.........
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment