kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT CURTAIN KEDAH (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Sunday, March 30, 2014

CHAPTER HIDUPKU 37: KLINIK KAUNSELING......LEGASI YANG KU TINGGALKAN

Legasi yang kutinggalkan untuk semua warga yang kucintai IPDA atau IPGM Kampus Darulaman. Mungkin ramai  yang ternanti episod dalam hidupku yang seterusnya. Sebenarnya banyak peristiwa yang berlaku dalam hidupku. Selepas semua yang aku impikan tercapai dalam hidupku.....Allah memberikan aku sedikit ujian agar aku lebih kuat dan tabah...Alhamdulillah sepanjang empat tahun aku bersam IPDA walaupun perit dan duka yang terlalu menyakitkan aku pasrah dan redha dan aku tetapkan teruskan impianku untuk IPDA yang aku sayangi. Walaupun legasi yang ku tinggalkan sudah tidak ada dan setelah aku tinggalkan segalanya berubah kerana sikap manusia yang menghapuskan setiap legasi yang kutinggalkan. Dalam chapter ini aku sertakan kertas kerja pembinaan KLINIK KAUNSELING IPDA yang selalu aku kongsikan dengan rakan kaunselor yang lain. Prinsip hidupku...SHARING dan biarlah orang lain dapat melebarkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Malaysia.
Walaupun di belakang pintu...Klinik kaunseling ini tetap terisi
1.            PENGENALAN

Meja utama ...
            Bilik kaunseling pentadbir merupakan bilik yang khusus untuk menyediakan ruang sesi dan kelompok kecil. Bilik yang teraputik perlu diwujudkan bagi memudahkan proses perhubungan menolong yang teraputik dilaksanakan. Mengikut perancangan  pada tahun 2008 tiga orang Kaunselor Pentadbir akan ditempatkan di IPG iaitu seorang Ketua Unit Kaunseling   44 (Terbuka) dan seorang Kaunselor Pentadbir   41 (Terbuka) dan seorang Kaunselor Pelajar   41 (terbuka). Pada 1 Ogos 2008 Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman menerima Ketua Unit Kaunseling 44 (Terbuka) iaitu Kaunselor Hajah Noor Ashikin Bt Hj Shahrom  . Walaubagaimanapun penambahbaikan wajar dilakukan bagi mendapatkan sebuah bilik kaunseling yang lebih mengarah kepada sebuah unit yang dapat digunakan sepenuhnya oleh warga IPDA yang mana ianya ke arah penubuhan sebuah  “KLINIK KAUNSELING“ yang mana sebuah unit yang dapat dioptimumkan penggunaan ke arah penyembuhan dan perawatan bagi  klien. ’Klinik Kaunseling’  adalah sebuah tempat yang memiliki ciri-ciri sebuah bilik yang boleh memberikan penyembuhan dan perawatan kepada klien. Klinik Kaunseling dapat dioptimumkan penggunaannya memandangkan setiap insan memerlukan penyembuhan dan perawatan dari aspek kesihatan terutama kesihatan mental. Menjadi tanggungjawab majikan untuk menyediakan kemudahan ’merawat’ kakitangan supaya warga institut lebih produktif dan berinovasi dalam menjalankan tugas. ’Klinik Kaunseling’ juga belum terdapat di mana-mana Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia, jadi saya ingin mewujudkan ’Klinik Kaunseling’ di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang mana ianya bersesuaian dengan Institut ini sendiri yang menjadi ’bencmark’ bagi Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. 
2.            OBJEKTIF
2.1 Mewujudkan bilik yang teraputik dan kondusif untuk kegunaan klien.
2.2 Mewujudkan ’Klinik Kaunseling’ secara berperingkat .
2.3 Memberikan perawatan dan penyembuhan kepada klien semasa mengunjungi bilik kaunseling.
2.4 Menyediakan ruang yang selesa, merawat dan menyembuhkan di samping perkhidmatan yang ditawarkan.
2.5 Menceriakan suasana bilik sesuai dengan perkhidmatan kaunseling yang disediakan untuk memeberikan perawatan dan penyembuhan kepada klien.
3.            MATLAMAT
2.1 Mewujudkan ruang kerja dan sesi yang teraputik dan kondusif untuk kemudahan klien dan pengguna keseluruhannya.
2.2 Menjadi model ’Klinik Kaunseling’ pertama di Institut Pendidikan Guru

4.         RASIONAL
4.1 Setiap individu yang berurusan dengan pegawai kaunseling adalah dalam keadaan yang kurang atau tidak stabil, maka ruang yang selesa dan menenangkan dapat memberi perawatan pertama sebelum memulakan sesi bersama pegawai kaunseling.
4.2 Klien yang mengunjungi bilik kaunseling memerlukan perawatan dan penyembuhan memerlukan  keadaan yang menyembuhkan.
4.3 Institut Pendidikan Guru merupakan tempat untuk melatih guru maka pensyarah dan warga institut sendiri perlu menjaga kestabilan diri supaya dapat memberi perkhidmatan yang berkualiti.

4.4 Klinik Kaunseling yang diwujudkan dapat dijadikan model bilik kaunseling yang ideal kepada pelatih-pelatih kaunseling memandangkan IPDA merupakan institut yang dimartabatkan sebagai institut yang pakar dalam bidang kaunseling.


SETELAH DUA TAHUN BERADA DI BILIK KAUNSELING YG SATU BLOK DENGAN PENTADBIRAN PENGARAH MEMBERI AKU SEBUAH BILIK KOSONG UNTUK DIUBAH MENJADI BILIK KAUNSELING DENGAN SEBARANG PERUNTUKAN.......MAKNA KATA TIADA PERUNTUKAN....
ALHAMDULILLAH CABARAN INI ADALAH MENZAHIRKAN SIAPA DIRI KITA SEBENAR....IBARAT SEBUTIR BENIH WALAUPUN KITA DIBUANG KE LAUT TETAP AKAN MENJADI PULAU...AKHIRNYA KLINIK KAUNSELING YANG AKU IDAMKAN MENJADI KENYATAAN.



:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in