Dengan Nama Allah aku menulis.....
Alhamdulillah dengan nikmat yg Allah SWT kurniakan buat diriku. Allah maha mengetahui dan segalanya adalah milik Allah SWT.
"MACAM MANA NAK RASA BELA ANAK KALAU DAH TAK BIASA BERANAK"......satu isu yg menyentap jantung hatiku.
Aku bersyukur walaupun aku tak punya anak sendiri tp Allah kurniakan aku 'kurnia' !yang sangat hebat dalam hidupku. Mungkin inilah hikmah Allah SWT utkku.
Memang benar aku tak pernah mengandung dan melahirkan anak. Tapi semasa hayatku masa mak mengandungkan adik bongsuku selama enam bulan mak berulang alik admited di hospital n menjadi tanggungjawab aku untuk membantu ayah menjaga adik yg mana masa tu kakak sulong kuNormishah Shahrom tinggal di asrama KSAH dan Noorhayati Shahromtinggal di MRSM Terengganu. Shah Non tingkatan 1 dan Shahril Shahrombaru lima tahun jadi aku n Shahnon lah berulang alik tengok mak di hospital sementara waktu petNg ayah akan bawa Shahril untuk melawat mak. Itulah rutin mak selama 6 bulan sehingga adik aku Shahrizal Shahrom dilahirkan. Masa mak lahirkan adik mak tak dibenarkan keluar wad kerana ada komplikasi darah tinggi. Persiapan adik lahir dari buat tilam , sarung tilam, lampin semua aku yang sediakan dengan dibantu oleh ayah. Ayah pesan kalau buat awal takut ada masalah jd ayah hanya benarkan kami buat persediaan dari. Hari pertama adik lahir ayah bawa balik uri dan tok yang tolong uruskan dan itulah kali pertma aku tenok uri n sejak tu kalau daging dlm plastik ditempat beku aku akan fobia utk masak sbb menyerupai uri. Umur adik 2 hari ayah bawa balik adik dengan berbalutkan kain pelikat warna hijau. Memang itulah kali pertama aku kena uruskan baby kecil bagi mandi , sediakan lampin, bedung dan berikan susu. Tok masa tu tak berani nak uruskan adik sbb adik terlalu kecil. Dan hunjung minggu kak Not akan balik dari asrama dan menguruskan urusan penjagaan adik. Memang betul aku bukan kakak yg pandai mengasuh adik seperti kakak lain dan sememangnya aku jaga adik sejak lahir nan akulah yang selalu buaikan dia tidur dan pernah leher aku je jadi buai untuk buaikan adik tidur. Masa adik lepas pantang ayah bawa adik jijak mimbar masjid...kerana adik sangat istimewa. Sampai malam tidurpun aku uruskan adik srbab lepas keluar wad pun mak terpaksa masuk wad jadi kamilah yg mengasuh adik. Tambahan lepas SPM pula lepas tu jd masa adik baby sampai dia boleh berjalan aku yg uruskan . Masa kecil aku tak panggil adik Shahrizal sebab panggilan Amin adalah sebati hinggakan ayah n mak pun panggil Amin.
Tahun 1990 aku masuk maktab itulah kali pertama aku tinggalkan keluarga dan rumah utk belajar. Kasih n sayang aku utk adikku mungkin tak sama macam ibu bapa tapi sejak aku pegang duit sendiri dgn elaun cikgu pelatih Ku akan simpan utk belikan mainan, baju, n buku untuk adik adikku...sebab sejak aku kecil ayah ajaq aku agar kongsi setiap rezeki yg Allah kurniakan dgn keluarga. Alhamdulillah aku bersyukur kerana aku sgt bertuah krn ada duit sendiri dari aku sekolah....mmg aku mewah dgn duit ringgit sb aku pelajar yg aktif sukan dan sll dapat duit bonus sukan.
Ujian Allah 24 Sept 1992 ayah kembali kerahmatullah n adik bongsuku hanya berusia 5 thn dan Shahril 11 tahun.Pada kali terakhir aku berjumpa denga ayahselepas pulabg dr Pestarama Sarawak 18 Ogos adalah hari terakhir dlm detik hidupku menerima amanat dari ayahku untuk menjalankan tanggungjawab untuk jaga ahli keluargaku krn ayah kata ayah dah tak lama lagi akan tinggalkan kami. Pada aku itu hanyalah gurauan tapi itulah pertemuan akhir kami saat ayah hantar aku baLik di #Stesen bas ekspress. Pesan ayah "Jagalah keluarga...dan kin mesti sambung belajar sampai tahap yg tertinggi yg mampu..ayah tahu kemampuan kin" Tiap minggu telefon pun itilah pesan ayah. Sampailah hari terakhir ayah kembLi selamanya pesan ayah tetap sama.
Bermula dari thn 1992 aku mengambil alih tjwb menjaga keluarga...mmg aku tK ada anak tp dgn rezeki yg aku peroleh , wang pencen ayah dan simpanan ayah kami hidup dan dengan itulah juga membantu kakak, dan adik adikku menghabiskan pengajian dan adikku Shahnon masuk TLDM krna terpaksa memilih utk bekerja dari myambung pelajaran. Memang benar aku tK punya anak tp tjwbku dan amanah ayah buatku tetap aku pegang.
Semua pelik kenapa aku tolak berpuluh pinangN dari ramai lelaki yg datang ...tapi jawapannya hanya Allah yg Maha Mengetahui. Alhamdulillah aku tak pernah menyesal utk tidak berkahwin. Aku bangga setiap kali adik adikku berjaya dg cemerlang.
Aku pegang janji dgn ayah dan mak utk menyanyangi adik beradikku sehingga hujung nyawaku. Alhamdulillah aku memang garang n sangat tegas dan mungkin cara ku menyebabkan adik2 rasa aku tak sayang mrk. Mungkin sbb ini aku hanyalah dirasakan tidak menjalankan tugasku. Walapun hanya sementara aku memikul tjwb ayah sementara Yati n kak Not habis belajar tp itulah massa aku tahu apa peranan ibubapa dan betapa besarnya peranan ibubapa. Tak perlu melahirkan anak untuk taHu apa itu peranan sbg ibubapa.
Alhamdulillah tahun 1996 Yati n k Not habis belajar n aku menyambung pelajaranku di UPMT selama tiga tahun tpi aku tiap tiap hari menelefon mak tanpa pernah selang krn aku tahu aku bukanlah jenis yg manja tpi aku tak boleh hidup tanpa mendengar suara mak.
Thn 1999 aku tamat pelajaran dan kembali berkhidmat di Kedah n tinggal dgn emak dan adik2ku. Aku sememangnya kakak yg garang krn aku tak mahu adik adik aku terlibat dgn masalah sosial. Memang aku mengawal pergaulan adik2 sbb ayah sll pesan agar jaga pergaulan krn kawan akan menentukan kita siapa. Alhmdulillah adik2 semua jenis sembahyang dan taat pd agama n Allah memberikan keluargaku rahmt kasihsayang dgn mengurniakan ipar duai yg baik yg memahami mak seorang yg sakit dan selalu bergantung kasi dgn anak2.
Syukur Alhamdulillah semua keluargaku berjaya walaupun bukanlah pegang jawatan tinggi tp cukup utk diri masing2....
Dis 2005 -Feb 2006 ku menunaikan Haji bersama mak dan adikku Shahrizal...segalanya indah dan aku bersyukur krna aku diberi peluang mrngerjakan haji bèrsama mrk. ALHAMDULILLAH dengan nikmat Allah SWT. Mak selalu kata walauphn aku tak punya anak tapi aku bela adik dari dalam kandungan sampailah bawa pergi haji. Mak bapak lain belum tentu boleh bagi segala pendidikan yg cukup buat seorang anak tp itulah aku yg membesarkan adik kandungku sendiri dr dalam kandungan mak....
Cuma pesan mak yang aku pegang.....
"SEKIRANYA MAK MATI NANTI BIARLAH ADIK NAK DUDUK DENGAN SIAPA YG DIA SUKA , JANGAN HALANG DIA WALAUPUN KIN YG BELA ADIK DARI KECIL. BIARLAH DIA PILIH HALUAN HIDUP DIA ..JANGAN PAKSA DIA UTK IKUT TELUNJUK KIN. ..DIA ADA AKAL DAN IMAN YG SEMPURNA SEJAK KECIL DIASUH DGN KASIH SAYANG JADI DIA AKAN PUNYA AKAL DAN IMAN DALAM MENJALANI HIDUP DIA. KIN REDHALAH DENGAN KEHIDUPAN DIA SBB KALAU KIN TAK REDHA ADIK2 HIDUP TAK AKAN BAHAGIA.....
Jawapanku....aku redha dgn semua adik beradikku dan tidak pernah ada sekelumit rasa benci atau dendam. Kerana Allah kurniakan aku ahli keluarga yg terbIk dgn didikan yg sempurna dari ibu dan ayahku.
AL FATIHAH BUAT AYAH HJ SHAHROM BIN RAHIM DAN IBUKU HJH SITI ESAH BT MUHAMAD
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment