koleksi peribadi dikongsi bersama insan2 disayangi

kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (212) suara hatiku (198) nikmat Allah (140) Alhamdulillah (127) cinta....kasih..sayang...hubbyku (127) ilmu (102) belajar (87) CHAPTER HIDUPKU..... (80) Puisi/Sajak/Gurindam (72) memori oh memori (72) kerjayaku (69) D'Perantauan (65) cabar minda (63) nasihat (58) keluargaku (42) Chef Shikin...cooking skill (39) kerjayaku...kemahiran (39) berita (38) cabar diri... (37) Pergilah bercuti (35) 1 entri 2 stories (34) dari seorang sahabatku (32) Mari Melancong (30) dugaan..ujian hidup (29) Usahawan (28) Siapa kau...dihatiku? (24) resepi aku (24) ESQ165 (23) My Dreams Come True (21) pengalaman (21) Motivasi diri (19) sunnah (17) lucu... (16) teratak aish (15) Travel logku (13) tin@teratak aish (13) art theraphy (12) HOMEMADE SOAP (11) Premium Beautiful (11) Tazkirah (11) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) USAHAWATI UTARA. (10) Harilahirku....Shikin Sayang (9) PENTING (8) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) Terapi (7) berkebun (7) hobi (7) imotivasi.com (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) kemahiran belajar. (6) program (6) EID MUBARAK (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Joke of the day (5) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (5) Pengumuman (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) cinta....kasihsayang... (5) dari blog MITI's (5) lucu (5) Falsafah...fail sampah (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) Istikharahku (4) LEGASI (4) Musibah (4) Datuk Maznah Hamid (3) Fig Colector (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) CAT WORLD (2) Doaku (2) FAKTA VS AOTA (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Majlis Perkahwinan (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) my video (2) BAHAYA.... (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) DAO (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) Kedah Negeriku (1) MAS (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) SELAMAT HARI GURU (1) T (1) UB (1) al (1) pohon syurga (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Wednesday, February 10, 2016

10 Februari 2016




Subhanallah...Subhanallah...Subhanallah
Lama sangat tak buat kenduri di Teratak Aish. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah SWT yg menentukan setiap perancangan . Bukan untuk menyambut hari lahir tapi inilah yang aku nak kongsikan...semasa hayat ayah selalu menghargai anak2 dengan hadiah hari lahir walaupun bukan seperti org lain dgn meniup lilin dan belon tapi cukup dengan hadiah istimewa pen sebatang dan ucapan mengucapkan doa panjang umur....dan doa2 yang mengiringi anak anak semoga berjaya di dunia dan akhirat. Tapi bila ayah meninggal dunia 24.9.1992 selepas sebulan Khairulnajmi Zulkifli lahir ke dunia.....mmg hilang nikmat hari lahir tapi bersyukur sebab tahun 1993 dah pegang gaji penuh sebagai guru dan sejak tu setiap tahun beli kek hadiahkan kepada mak sebab melahirkan aku ke dunia ni. Amanat ayah utk jaga mak dan adik beradik setelah dia tiada...memang mak dan ayah bukan org kaya tapi nilai ingatan, impian dan harapan utk anak anak sangat aku pegang. Allah SWT berikan makna yg berbeza bagi setiap orang dlm mengingati umur. Malah aku menghitung masa menjadi seorang guru juga dengan hari lahirNur Fatihah Zulkifli pd 11.6.1990...26th dah rupanya bergelar seorang guru.
Nikmat beli kek untuk mak Allah berikan untuk aku ..walaupun di mana aku tetap sambut hari lahir dgn mak. Alhamdulillah hari lahir yg sangat bermakna dalam hidupku takkala AllahSWT berikan aku tarikh hari lahirku 13 Zulhijjah dan 10 Februari pada tahun 2006 jatuh pada saat aku menunaikan haji 2005/2006 bersama emak dan adik bongsuku dan kami pulang ke Malaysia jatuh hari lahir adikku Noorhayati Shahrom pada 16.2.2006. Masya Allah betapa rindunya 13 Zulhijjah sambut hari lahir di Mekah dalam Masjidil Haram sambil melengkapkan urusan haji bertahlul dengan mak dan adik. Allah yang Maha Mengetahui betapa bersyukurnya aku. Selepas selesai haji berangkat ke Madinah dan 10hb Februari 2006 sekali lagi sambut hari lahirku di sisi Baginda Rasulullah SAW di dalam Raudhoh dan betapa indahnya bersama mak di dlam Raudhah sambil bermunajat. Hanya Allah Maha Mengetahui...Allah SWT mengaturkan kenangan yg terindah dalam hidupku di samping insan yg aku sayang. Segalanya adalah aturan Allah SWT sbb thn 2003 dan 2004 dah dapat tawaran haji tp keadaan kesihatan mak dan kewangan belum mengizinkan. Allah SWT lebih mengetahui apa yg kita rancang. Semoga doa mak berpanjangan sbb mak kata doa mak akan sentiasa bersama aku walaupun mak dah tiada di mukabumi ni. Aku yakin dgn doa yang tidak pernah terhalang dan mustajab doa seorang ibu. Aku redho sekali lagi ujian Allah SWT bila 25.11.2006 selepas Raya Aidil Fitri terakhir dalam hidupku bersama mak tak kala Allah SWT menjemput mak kembali pada hari lahir arwah ayah dan juga hari lahir kakak Normishah Shahrom yang ke 37thn . Begitu bermakna hari lahir dalam hidup kami ..bukanlah mengikut budaya orang luar..tapi ianya aturan Allah SWT.
Aku bersyukur walaupun sudah 24tahun ayah dan 10 tahun mak kembali kepada Allah SWT aku tetap dapat meraikan dengan caraku sendiri, walaupun tak akan difahami oleh sesiapa. Walaupun sedikit sedekah jariah untuk mak dan ayah serta doa buat mereka dari seorang anak yg sangat lemah ini akan berpanjangan,wpun mereka sudah tiada doaku agar aku mampu menabur bakti untuk kedua mereka. Walaupun kekadang aku cemburu dgn org lain yg masih punya mak dan ayah, semoga mereka rebut dan tamak dalam memenangi hati ayah dan ibu mereka. Aku bukanlah anak yg baik dan sempurna malah seorang anak yg selalu menyusahkan mak dan ayah sejak aku dilahirkan kerana anak yg cacat dan Dyslegsia dengan pelbagai masalah kesihatan dan kedegilan...tapi aku bersyukur kerana ayah dan mak memberikan yg terbaik buat aku dan semua adik beradik.
Alhamdulillah kemarin 10.2.2016 walaupun tanpa dirancang Allah SWT makhbulkan hajatku untuk buat Bacaan Yaasin 44 ,tahlil dan doa selamat serta sedikit kenduri di Teratak Aish. Semoga Allah SWT makhbulkan hajat dan doaku serta semua yg sudi datang untuk sama sama membaca Yaasin. Allah SWT adalah sebaik perancangan, sudah bertahun aku merancang tapi penuh dgn pelbagai halangan dan dugaan. Semoga Allah SWT mengeluarkan aku dari segala permasalahan dalam hidupku dan memakhbulkan hajatku dan doaku untuk diriku,suamiku, keluargaku, adik beradikku seibu sebapa, adik beradik angkatku,jiran jiranku, saudara maraku, insan2 yg menyayangiku, guru2ku, anak2 didikku, sahabatku, rakan2ku dan seluruh umat Islam. Semoga Allah berikan kesihatan dan umur yg panjang buat semua dalam keberkahan . Semoga Allah SWT berikan kesembuhan buat kami yang sakit. Berikan kesihatan yg baik Mak Chaq ku Hjh Sofiah Hj Ali, hjh Normah dan Hjh Zauyah Bacha agar kami anak2 dapat menumpang kasih. Semoga aku sihat dan kaya dalam iman dan barakah .Semoga Allah SWT makhbulkan doa akhirku di sisi kekasihku abadi Nabi Muhammad SAW .Aameen Aamen Aameen Ya Rabbal Alameen
AL FATIHAH BUAT......
KEKASIHKU NABI MUHAMMAD SAW DAN SELURUH KELUARGA DAN SAHABAT BAGINDA
MAK HJH SITI ESAH BT MUHAMMAD
AYAH HJ SHAHROM BIN RAHIM
ABAH HJ ISHAK
PAK HJ MOHD ISA B MUHAMMAD
PAK CHAQ HAJI OSMAN BIN HASSAN
OMAK DAN ABAH TOK OMPEK
SERTA SELURUH AHLI KELUARGAKU ,GURU GURUKU DAN ANAK DIDIKKU SERTA SAHABATKU YG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH
AAMEEN YA RABBAL ALAMEEN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in