kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT CURTAIN KEDAH (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Thursday, September 19, 2013

MISKIN TERHORMAT......PENDIDIKAN JALAN KELUAR KEMISKINAN bukannya subsidi ataupun BR1M (mohon terasa).


Nama beliau Hateem (tak pasti sangat spellingnya) dan saya temui beliau di Chadni Chowk di Delhi. Kerjanya seorang penarik beca sahaja. Ada anak 4 orang dan tinggal di sebuah bilik sewa yang digambarkan olehnya SEBESAR 2 buah beca.

Saya suka melihat ke bawah untuk buat diri rasa bersyukur. Dalam masa yang sama, tak lupa perhati di atas supaya kita tak rasa macam hebat sangat macam tak ada orang lain lebih hebat dari kita.

Saya berbual dengan Hateem hanya lebih kurang 5-10 minit sahaja. Sambil saya belikan sebotol air Pepsi untuk beliau. Satu yang saya belajar dari beliau ialah bagaimana beliau sangat positif dalam hidupnya. Lelaki ini sentiasa senyum dan Bahasa Inggerisnya mampu difahami sedikit sebanyak.

Menariknya, anak sulong Hateem sedang dalam pengajian di universiti dalam bidang kejuruteraan. Katanya, bilik sewanya tidak bertingkap dan anak-anaknya belajar di ruang bumbung yang menjadi tempat menyidai pakaian. Lagi terpukul, beliau mahu anaknya di universiti itu keluar dan tidak bekerja dengan kerajaan ataupun dengan swasta tetapi menjadi ikon dan guru kepada kanak-kanak gelandangan di sekitar Chadni Chowk. Lalu saya tanyakan, bagaimana dengan kontrak biaya pengajian? Jika di Malaysia, pasti ada kontrak pembiayaan yang mewajibkan graduan bekerja dengan penaja mereka.

Jawapan beliau membuat saya terpukul...beliau biayai pengajian anaknya sendiri. Beliau menabung dari anaknya kecil supaya anak-anaknya mampu untuk jadi graduan yang tidak terikat. Buktinya, anaknya yang baru 2 tahun di Universiti kini menjadi idola dan memberi inspirasi kepada rakan setinggan yang lain termasuk adik-adiknya. Selain itu, anaknya juga masih mengekalkan pointer tertinggi untuk setiap semester. Alasannya, malu jika tidak mampu membawa visi pengorbanan bapanya untuk setiap rupees yang dibelanjakan.

Tiada rumah besar, tiada tv besar, tiada TV satelit, tiada pakaian mahal dan tiada makanan mewah. Kebanyakannya dilabur kepada pendidikan. Padanya, pendidikan adalah jalan keluar kemiskinan. Beliau sendiri tidak berpeluang mendapat pendidikan dan beliau tidak mahu anaknya juga jadi begitu.

BINGGO!!

PENDIDIKAN JALAN KELUAR KEMISKINAN bukannya subsidi ataupun BR1M (mohon terasa). Perkara sama yang saya dan sahabat di RUmah Pengasih Warga Prihatin buat, pendidikan diutamakan. Memang mewah anak-anak dengan ilmu walaupun makan dan tempat tinggal hanya sekadarnya sahaja. 12 orang anak-anak kami di Universiti juga dah ikrar nak balik semula ke Prihatin untuk tabur jasa pada adik-adiknya pula dan membangunkan komuniti kecil itu.

Beliau seorang penarik beca dengan bayaran sekitar 10-20 rupees untuk setiap perjalanan. Dalam masa yang sama, beliau juga ringan tulang untuk bekerja sebagai pemunggah barang sementara menunggu pelanggan. Dapatlah sekitar 20-30 rupees setiap task. Di samping itu, beliau ikat kontrak pergi dan balik hantar budak sekolah oleh keluarga berpendapatan sederhana di sekitarnya. Bukan setakat ikat kontrak, beliau juga ikat perut dan makan tidak lain hanya dari bekal yang dibawa dari rumah.

Dalam beca beliau ada minuman sejuk untuk dijual (itu yang saya beli Pepsi dan beri beliau minum sekali). Bijak juga orang ini mencari ruang rezeki dan tidak membazirkan masa.

Satu prinsip yang saya pelajari dari beliau ialah "Hidup untuk cari penyelesaian bukan mencari alasan". Baik...saya dapat pelajaran yang saya kutip dari tepi jalan. Ya, pelajaran tidak semestinya datang dari mereka berstatus doktor atau professor. Ia boleh datang dari sekecil kanak-kanak gelandangan di tepi jalan. Adakah kita sudi nak buka mulut berbual dengan mereka?

Di sudut hati saya memikirkan, alangkah bertuahnya kita di Malaysia. Walaupun tidaklah maju sangat (walaupun PM selalu cakap negara di landasan yang betul untuk jadi negara maju), dan sebahagian pemimpin-pemimpinnya juga ada yang ala-ala "Inspektor Shahab" punya korup. Sedarlah rakanku, dunia di sebelah sana ada orang yang lebih teruk tetapi sentiasa memikirkan penyelesaian dan bukan alasan. Kalau kita tengok negara yang maju, mungkin kita rasa teraniaya tapi bila tengok negara yang lagi teruk...mesti akan buat kita rasa bersyukur.

Kita ni, PTPTN pun kalau boleh taknak bayar semula, bila kerja nanti pula lari-lari bayar cukai. Bila tak puas hati sahaja dengan pemerintah, dialah orang pertama yang memperjuangkan nasib pembayar cukai (dia sendiri pun tak bayar). Jika hari ini kita masih mampu bayar Astro Byond punya bil sampai RM150, bayar UNIFI sampai 150, sewa rumah kondo sampai beriban, bayar loan kereta sampai RM1000 dan boleh lagi hujung minggu sekali sekala pergi Sunway Lagoon, rasanya anda hilang layak nak mengeluh dan menuding jari pada orang lain. Fikirkan penyelesaian bukan siapa nak disalahkan.

Kalau cerita ini tidak membuatkan anda yang mengeluh kesah dengan hidup anda langsung tidak rasa malu, saya rasa anda tak ada kemaluan (kalau ada pun, mungkin tak boleh pakai).

Sekian.


SAIFUL NANG
Coret Tertangguh dari India


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in