kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Tuesday, July 27, 2010

2010 ..bermakna 39 episod telah kulalui

 Alhamdulillah ,,,aku yakin Allah mengaturkan sesuatu yang terbaik untuk aku dan setiap apa yang aku lalui selama ini adalah pengajaran dari Allah agar aku mengenal manusia disekeliling aku.... banyak yang aku pelajari tentang kasih, sayang,benci dan dendam...aku bersyukur kerana aku adalah insan yang tetap sama yang aku kenal diriku..aku bersyukur kerana aku ada diriku.. Alhamdulillah aku bukanlah manusia yang suka bercakap tentang keburuka orang lain dan aku bersyukur kerana aku dapat mengenal manusia yang berada disekelilingku. Kakadang-kadang inilah peluang untuk aku mengenal manusia disekelilingku.Alhamdulillah.

Mungkin orang di sekelilingku melihat aku sebagai seorang yang terlalu sombong, penting diri, ego , kedekut, cakap besar, besar diri dan sebagainya. tetapi aku bersyukur aku bukanlah manusia yang mereka fikirkan kerana mereka tidak mengenaliku. Mungkin silapku juga kerana tidak membuka ruang untuk orang lain mengenaliku. Aku adalah manusia yang susah untuk merendahkan diriku sebab sejak azali aku ditakdirkan sebagai seorang yang besar dan tinggi..walaupun aku cuba untuk merendahkan diriku tetapi aku tetap gagal kerana aku sukar mengubah fizikalku.Mungkin inilah sesuatu yang aku tidak sedar bahawa perkataan merendah diri tu apa sebenarnya? Humble...lowprofile...rendah diri...pening sebenarnya ...aku memang tak boleh faham.

Bila aku bercakap orang kata aku nak menunjuk-nunjuk sedangkan hakikatnya aku ingin berkongsi dengan orang disekelilingku. Bila aku bercerita ada yang di depanku berpura-pura suka ...rupa-rupanya cerita aku dah gah seMalaya..bila aku ditanya...seikhlas hati aku memberikan jawapan tidak timbul riak di dalm hatiku tapi sebaliknya adalah nanti khabarnya sampai di telingaku ...mengatakan aku ...Kadang-kadang aku hairan kenapa maanusia lain disekellingku suka mendengar dari orang lain..kenapa tidak bertanyakan pada diriku sendiri...tidak ada apa yang inginku rahsiakan tentang kehidupanku kerana bagi aku kehidupan aku sangat unik dan Allah ciptakan aku sebagai manusia yang sangat sempurna..Alhamdulillah aku bersyukur dengan setiap pemberian Allah kepada diriku ....aku tak pernah kurang walaupun sedikit. Allah sentiasa mengatur yang terbaik untuk aku...walaupun mungkin orang lain berkata aku manusia yang serba negetif tapi aku yakin pada Allah bahawa aku adalah hambanya yang terbaik dan seindah ciptaan aku bersyukur aku adalah Hjh Noor Ashikin bt Hj Shahrom @ Hjh Siti Esah anak kepada kedua ibubapaku yang sangat penyayang dan memiliki sebuah kehidupan yan sangat indah..memiliki adik beradik yang sangat baik dan saling sayang menyayangi dan memiliki sahabat-sahabat yang sangat ikhlas. Alhamdulillah.

Semoga Allah memanjangkan usiaku dan seluruh insan yang menyayangiku terutama keluarga, tunang dan sahabat2ku agar dapat beribadat ke jalan Allah. Semoga Allah melimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan penuh keberkatan dan kemakmuran agar dapat kami gunakan ke jalan fisabilillah dan keredhaan Allah. Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kehidupan yang terbaik buat diriku dan semua insan dalam hidupku dengan penuh kebaikan ,kesejahteraan, ketenangan dan kebahagaan. Semoga aku dapat meringankan beban insan-insan disekelilingku yang banyak membantuku terutama keluarga dan sahabat-sahabatku. Terima kasih kerana sentiasa memberi aku tunjuk ajar dan aku bersyukur pada Allah kerana Allah mengurniakan kehidupan yang baik buat semua. Sesungguhnya teguran yang diberikan walaupun secebis ayat ku bersyukur kerana kalian ikhlas dan sentiasa mendoakan kebaikan buat diriku. Alhamdulillah kerana aku dikurniakan kehidupan yang terindah...



Jatuh bangun..onak dan duri itu adalah ranjau kehidupan di atas pentas dunia yang pelakonnya adalah kita...wataknya adalah manusia dan biarlah ia menjadi episod indah yang akan membuatkan terukirnya senyuman tak kala kita mengenangkannya.......Aku bersyukur kerana keindahan dalam kehidupan yang aku lalui...dalam kehidupan , dalam kerjaya dan dalam persahabatan dan juga percintaan..2010 ..bermakna 39 episod telah kulalui.



:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in