'' Anak sungai lagi kan berubah, Ini pula hati orang.. ''
Tapi..hati ini bukan anak sugai
tak mungkin ia kan sama
Keikhlasan, kesetiaan dan kasih sayang
Punca menguatkan pertalian ini
Tapi..hati ini bukan anak sugai
tak mungkin ia kan sama
Keikhlasan, kesetiaan dan kasih sayang
Punca menguatkan pertalian ini
Abang,
Kaulah lelaki pertama
Yang berjaya membuka pintu hati ini
Untuk merasai
Betapa indahnya
Sesuatu yang bernama CINTA
Kaulah lelaki pertama
Yang berjaya membuka pintu hati ini
Untuk merasai
Betapa indahnya
Sesuatu yang bernama CINTA
Abang..
Deru ombak yang memukul pantai
adalah umpama laungan suara hati ini
menjerit-jerit melaungkan nama abang..
Kicau burung yang berlagu merdu
Umpama suara rindu ini
yang rindukan pertemuan
Lembut bayu yang mengusap rerambutku
Selembut perasaanku yang inginkan usapan mesramu
Deru ombak yang memukul pantai
adalah umpama laungan suara hati ini
menjerit-jerit melaungkan nama abang..
Kicau burung yang berlagu merdu
Umpama suara rindu ini
yang rindukan pertemuan
Lembut bayu yang mengusap rerambutku
Selembut perasaanku yang inginkan usapan mesramu
Abang..
Adakah aku keterlaluan dalam menyintaimu?
Di manakah aku seharusnya berdiri?
Salahkah aku meletakkan harapan tinggi menggunung?
Persoalan ini tiada noktah..
Abang..
Kicau burung di tepi pantai
Bersama deru ombak dan bayu lembut..
Adalah bukti..
kasih sayang, rindu dan cinta dunia buat Abang..
Percayalah Abang..
aku akan menjadi milikmu kelak..
Adakah aku keterlaluan dalam menyintaimu?
Di manakah aku seharusnya berdiri?
Salahkah aku meletakkan harapan tinggi menggunung?
Persoalan ini tiada noktah..
Abang..
Kicau burung di tepi pantai
Bersama deru ombak dan bayu lembut..
Adalah bukti..
kasih sayang, rindu dan cinta dunia buat Abang..
Percayalah Abang..
aku akan menjadi milikmu kelak..
Dan padaMu YAALLAH
Aku bermohon
Sekiranya dirinya adalah tercipta buat diriku
Dan aku tercipta untuk dirinya
Maka KAU satukanlah kami
Dengan keredhaanMU
Dengan RestuMU
Dengan HidayahMU
Agar kami bahagia
Sehingga ke akhir hayat kami
InsyaAllah..
Sayang Abang Dunia Akhirat...
Kuah, Langkawi
20 Feb 1993
...hanyalah catatan kenangan yang abadi buat selamanya dalam lipatan sejarah hidup ini....
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment