Dua puluh tahun yang lalu 1 Disember 1992 ....aku mula mendaftar diri sebagai seorang Guru Sandaran Terlatih DG 6 dengan kelulusan PSR/PM dari Institut Pendidikan Guru Sultan Idris. Setelah selesai praktikum yang sangat meruntun hati dan perasaan sebagaikan mati ....aku tidak dapat menerima kenyataan bahawa ayah insan yang hendak aku menjadi seorang guru sudah tiada lagi di dunia ini. Aku hidup hanya atas dasar janji aku pada ayah dan aku hanya menerima hakikat bahawa ini adalah takdir hidupku. Atas keprihatinan Pengarahku Dr Hussein ketika itu aku ditukarkan 24 jam dari SK Kuala Tahan , Tembeling Pahang oleh Bahagian Sekolah ke Negeri Kedah. Atas nasihat Cikgu Saboor insan yang membantu aku pulang ke Kedah aku memilih Langkawi kerana aku diberi pilihan sama ada Baling /Sik , Langkawi atau SK Sg baru (tetapi mengajar pra sekolah) akhirnya aku memilih SK KUAH, 07000 Langkawi , Kedah sebagai destinasi pertama aku mendaftar sebagai guru...disinilah bermulanya perjalanan hiudpku sebagai seorang guru.Dengan gaji permulaan RM724.00 dan Elaun RM115.00 semuanya RM839.00.
Hari pertama aku mendaftar adalah 30 November 1992 yang mana aku dihantar oleh Pak Chak Osman ,dan Mak Chak Zauyah yang mana aku ke sana ditemani mereka sebab mak sememangnya sudah tidak mampu untuk menguruskan diri dan anak-anak kerana sering sakit. Pak Chak dan Mak Chak bagaikan mengambil alih tugas ayahku dan banyak yang mereka berkorban untuk kami adik beradik.Pak Chak bawa Zulraini@Atan, Zuraida dan juga Md Zaki menemani aku.. Aku sememangnya insan yang bertuah kerana miliki jiran yang lebih mulia dan semoga Allah menemukan kami di akhirat kelak. Pak Chak dan Ayah sangat rapat dan mungkin kerana inilah Pak Chak seolah-olah mengambil alih tugas ayah membesarkan kami dan menjadi penjaga kami adik beradik. Mak aku sering sakit dan keluar masuk hospital dan ketika ini kehidupan kami sangat sukar dan hanya Allah yang tahu betapa besarnya jasa dan pengorbanan Mak Chak dan Pak Chak buat kami sekeluarga. ....walaupun tiada kaitan darah hubungan kami tapi sememangnya ALlah mengurniakan hati yang mulia buat mereka sekeluarga. Hanya Allah yang mampu memberikan kurnia dan balasan buat mereka yang sangat berjasa.....Pak Chak dan Mak Chak menghantar aku dan inilah kali kedua aku menjejakkan kaki ke Langkawi sebab semasa di semester akhir di IPSI aku pernah berkunjung ke Pulau Lagenda ini bersama Kak Sarijah, Saridah dan juga Kak Ros ke rumah Kak Hashumah. Tak sangka pula aku terpelanting ke sini dengan ketentuan Allah. Dan Pak Chak berikan aku duit belanja RM1000.00 dan nilainya sangat besar...ketika itu melebih sebulan gaji aku.
Selama sebulan aku menumpang di rumah Kak Halimah dan Abg Helmi yang merupakan sahabat Pak Chak di JKR Langkawi...dan selam sebulan inilah aku dilayan dengan sangat baik oleh Kak Halimah dan Abang Helmi bagaikan adik sendiri. Subhanallah betapa besarnya pertolongan yang Allah beri kepada diriku. Aku bersyukur pada Allah kerana setiap kesukara yang aku lalui di Langkawi dipermudahkan oleh Allah SWT.Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah berikan. Akhirnya aku mendaftar di SMK KUAH bersama dengan 9 orang guru lain pada hari yang sama di sekolah ini..iaitu Bersama Rozana, Rokiah, Azimah, Rosmah, Ustaz Zaim, Al Latiff, Zuraimi, Latip Badri, dan Yusri. Inilah kali pertama aku bergelar seorang guru. Aku ditugaskan mengajar di sesi petang bersama Rokiah , Zaim, Latip Badri dan Al Latif...tapi selepas beberap bulan Al Latif berpindah ke Sekolah K.Kedawang. Aku sangat rapat dengan AL Latif yang aku panggil Yang Chik sebab dia sendiri panggil aku Yang Chak...yang kecil dan yang besar...kami sangat rapat.
Selepas sebulan aku berada di SK Kuah kami mengambil keputusan menyewa rumah En Halim di Penggarak dengan sewaan RM600 sebulan yang mana kami kongsi seramai lima orang dan semua bujang. Jadi bermulalah episod tinggal di rumah bujang dan InsyaAllah akan kuceritakan nanti. Aku mengajar di sebelah petang di Darjah 3 dan mengajar matapelajaran Bahasa Melayu, Matemataik, Pendidikan Jasmani dan Kemahiran Hidup......Pengalaman pertama masuk kelas............kalau diingatkan memang sangat lucu..dan tak boleh aku lupakan sampai mati..
Hari pertama aku masuk kelas...dan memegang kelas 3 S atau kelas campuran yang mana dalam kelas ini tidak dikategorikan mengikut kepandaian...rojak..keadaan yang pertama aku masuk kelas ...kelas punyalah berbau busuk dengan pelajar yang tidak terurus dan keadaan kelas yang hiruk pikuk.. Trauma aku kehilangan ayah masih kuat terasa dan aku smeemangnya benci untuk menjadi seorang guru dan semasa praktikum aku ditempatkan mengajar kelas yang agak baik dan pelajar Darjah 5 dan 6. jadi kawalan kelas dan faham bahasa itu sangat tinggi...tapi bila realiti aku mengajar di berikan kelas yang berkeceridau macam dalam kandang kambing...terjerit-jerit dengan budak kecil....aku jerit suruh diam...sekali..semua masih bising... kali kedua aku jeritkan...masih lagi berkeliaran...kali ketiga aku jeritkan suruh diam...makin bising kelas dan akhirnya apa aku buat???????
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
Hari pertama aku mendaftar adalah 30 November 1992 yang mana aku dihantar oleh Pak Chak Osman ,dan Mak Chak Zauyah yang mana aku ke sana ditemani mereka sebab mak sememangnya sudah tidak mampu untuk menguruskan diri dan anak-anak kerana sering sakit. Pak Chak dan Mak Chak bagaikan mengambil alih tugas ayahku dan banyak yang mereka berkorban untuk kami adik beradik.Pak Chak bawa Zulraini@Atan, Zuraida dan juga Md Zaki menemani aku.. Aku sememangnya insan yang bertuah kerana miliki jiran yang lebih mulia dan semoga Allah menemukan kami di akhirat kelak. Pak Chak dan Ayah sangat rapat dan mungkin kerana inilah Pak Chak seolah-olah mengambil alih tugas ayah membesarkan kami dan menjadi penjaga kami adik beradik. Mak aku sering sakit dan keluar masuk hospital dan ketika ini kehidupan kami sangat sukar dan hanya Allah yang tahu betapa besarnya jasa dan pengorbanan Mak Chak dan Pak Chak buat kami sekeluarga. ....walaupun tiada kaitan darah hubungan kami tapi sememangnya ALlah mengurniakan hati yang mulia buat mereka sekeluarga. Hanya Allah yang mampu memberikan kurnia dan balasan buat mereka yang sangat berjasa.....Pak Chak dan Mak Chak menghantar aku dan inilah kali kedua aku menjejakkan kaki ke Langkawi sebab semasa di semester akhir di IPSI aku pernah berkunjung ke Pulau Lagenda ini bersama Kak Sarijah, Saridah dan juga Kak Ros ke rumah Kak Hashumah. Tak sangka pula aku terpelanting ke sini dengan ketentuan Allah. Dan Pak Chak berikan aku duit belanja RM1000.00 dan nilainya sangat besar...ketika itu melebih sebulan gaji aku.
Selama sebulan aku menumpang di rumah Kak Halimah dan Abg Helmi yang merupakan sahabat Pak Chak di JKR Langkawi...dan selam sebulan inilah aku dilayan dengan sangat baik oleh Kak Halimah dan Abang Helmi bagaikan adik sendiri. Subhanallah betapa besarnya pertolongan yang Allah beri kepada diriku. Aku bersyukur pada Allah kerana setiap kesukara yang aku lalui di Langkawi dipermudahkan oleh Allah SWT.Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah berikan. Akhirnya aku mendaftar di SMK KUAH bersama dengan 9 orang guru lain pada hari yang sama di sekolah ini..iaitu Bersama Rozana, Rokiah, Azimah, Rosmah, Ustaz Zaim, Al Latiff, Zuraimi, Latip Badri, dan Yusri. Inilah kali pertama aku bergelar seorang guru. Aku ditugaskan mengajar di sesi petang bersama Rokiah , Zaim, Latip Badri dan Al Latif...tapi selepas beberap bulan Al Latif berpindah ke Sekolah K.Kedawang. Aku sangat rapat dengan AL Latif yang aku panggil Yang Chik sebab dia sendiri panggil aku Yang Chak...yang kecil dan yang besar...kami sangat rapat.
Apa yang aku buat????? MERAUNG sepuas-puasnya aku meraung atau menangis macam orang kena hesteria dan akhirnya semua budak terdiam dan yang kelakarnya aku meangis sampai tak boleh berhenti dan memang dah macam orang kena sawan tangis sebab aku memang tak boleh menangis sebab kilang air mata aku dah rosak sebab banyak menangis bila ayah tiada....ketika ini kebetulan Ustaz Zaim lalu di kelas aku dan dia menarik aku keluar dari kelas dan aku dengar dia bagi arahn dekat budak-budak dan dia ajak aku keluar dari bilik darjah... memang trauma aku masih belum hilang. Jadi tangisan aku menyebabkan semua pelajar terdiam dan takut dan aku pula memang tak boleh nak berhenti jadi memang berderau air mata aku....Inilah pengalaman dalam hidup aku dan Ustaz ada bagi aku kata2 semangat dan sejak hari itu aku memang rasa dah jatuh hati dekat Ustaz kerana kata-kata yang dilafazkan...hahahahah memori yang sangat sadis dalam hdiup aku bergelar sebagai seorang guru... inilah catatan perjalanan hidupku yang bermula sebagai seorang Guru Sandaran terlatih DG 6 di Sekolah Kebangsaan Kuah..Langkawi..
Nantilah aku sambung cerita Chapter hidupku ini bila aku punyai waktu lagi...InsyaAllah aku akan bercerita kerana aku ingin memori ini disimpan dan dikongsi bersama anak-anakku dan juga keluargaku yang aku sayang serta dengan dunia anak didikku yang banyak mengajar aku menjadi manusia...merekalah yang mengajar aku menjadi guru...merekalah anak didikku yang mengajar erti menjadi seorang pendidik...kerana adanya mereka aku menjadi seorang guru.
Akulah Cikgu Shikin Sayang
SMK Kuah 1992-1994
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment