kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Tuesday, November 12, 2019

Cemburu Seorang Perempuan.....

Betapa kuat dan hebat hati seorang perempuan dalam  soal cemburu tetap tak akan ada yang dapat memahami.

Memang mudah melafazkan kata redha tapi secara praktikalnya tidak akan ada insan dapat memahami erti kata redha yang sebenarnya.

Shikin sememangnya seorang yang sangat lemah. Sedari kecil memang seorang anak yang terlalu rapat dengan ayah dan selalu buat hal. Semuanya kerana hendak menangi ayah berbanding adik beradik lain.  Selalu sakit dari kecil dan tidak boleh berpisah jauh dengan ayah dan emak.  Selalu menang dalam persaingan merebut hati ayah. Hinggakan semasa kecil sukar untuk berjauhan dengan ayah. Sanggup gagalkan diri dalam ujian semata-mata tak mahu masuk sekolah asrama. Sanggup  cederakan diri sebab nak selalu dekat dan manja dengan mak dan ayah. Seorang yang sangat cemburu bila adik beradik lain  mendapat  tumpuan lebih. Selalu protes dengan keputusan yang  dibuat. Memberontak, melawan dan sewaktu dengannya. Tapi Allah SWT takdirkan diri ini akur dengan permintaan ayah dan tidak sanggup menghancurkan impian ayah.  Impian ayah adalah impian yang akan diteruskan.

Masa kecil kalau ada perempuan yang menghampiri atau mendekati ayah dengan niat terpesong Shikinlah anak yang akan memberontak dan sanggup bergaduh dengan orang hanya untuk pertahankan  ayah hanya milik emak. Ayah hanya milik kami adik beradik. Kalau ada orang usik kata ayah nak kahwin lain Shikinlah yang akan protes dan mengamuk. Sanggup mogok makan dan sanggup ikut ayah sampai tempat kerja sebab control ayah.
Itulah Shikin seorang anak perempuan yang sangat control ayah. Jadi mak tak perlu risau orang lain rampas ayah dari mak sebab Shikin lebih dasyat cemburu dan control ayah.

Tetapi kini Shikinlah yang dianggap perampas kebahagiaan orang lain. Sememangnya sesuatu yang selalu yang Shikin sendiri tak boleh terima. Sejak awal Allah SWT uji shikin dengan meletakkan rasa setia pada insan yang bernama Abang sehingga 16 tahun dalam permainan perasaan yang tiada penghujungnya.

Allah SWT uji diri ni dengan menghantar empat kali pinangan dari isteri meminang Shikin untuk suami mereka. Empat kali wanita meminang Shikin tapi semuanya ditolak kerana terlalu berat untuk berpoligami. Dulu hanya sanggup berpoligami hanya Abang dan sanggup lalui caci dan nista dari orang kerana kasih sayang padanya. Apa yang tidak dikeji dan apa yang tak dihina hingga ke  tujuh keturunan disindir kerana menyayangi insan bernama Abang. Pernah tanya pada Allah SWT kenapa takdirkan hati ni untuk menyintai Abang. Satu kerja yang sia sia bagai menanti bulan jatuh ke riba.

Selepas hati pasrah dan  lupakan Abang Allah SWT datangkan ujian berbentuk kasih sayang dalam hidup ini hingga hilang segala aset dan harta hanya kerana menyintai insan yang salah dalam hidup ini. Hilang kasih dan gantinya hanyalah bebanan menanggung komitmen kewangan yang tinggi dan air mata sahaja penggantinya.

Alhamdulillah atas ujian yang Allah SWT berikan dan hati ini masih kuat mempertahankan diri ini. Bertali arus peminangan ditolak hanya kerana Allah SWT sahaja yang tahu betapa diri ini takut dan hilang keyakinan pada insan bernama lelaki. 44 peminangan hanyalah jadi koleksi.

Percaturan Allah SWT untuk diri ini beretakkan madu. Manis madu untuk diminum tetapi bermadu bukanlah mudah dan tidak ada seorang perempuan yang mahu dirinya dimadu. Walaupun boleh menerima kehadiran perempuan lain dalam hidupnya tapi bukan mudah untuk memadam rasa cemburu. Cemburu itu api yang ditiupkan syaitan dalam hati agar sentiasa tidak puas hati dan tak redha.  Shikin tahu walaupun kahwin atas persetujuan isteri pertama dan dia berulang kali mengatakan redha tapi bukan mudah untuk membuang cemburu.

Shikin sendiri yang kuat cemburu dalam hidup ini. Sehingga kini bagaikan dalam mimpi dan masih mencari ruang untuk menerima hakikat hidup berkongsi kasih sayang. Walaupun senyum di wajah tetapi
 hakikat dihati tuhan sahaka yang Maha Mengetahui. Cemburu seorang perempuan bukanlah mudah. Hatta terhadap anak sendiripun boleh ada rasa cemburu inikan pula hidup bermadu.

Kadang kadang pelbagai perasaan bersalah menghantui diri ini. Rasa bersalah menjadi orang ketiga dalam kebahagiaan rumah tangga orang lain. Rasa bersalah mengambil masa orang lain. Allah SWT sahaja yang tahu betapa sakitnya hati ini. Mungkin sebab itu Allah SWT berikan ilmu kaunseling untuk diri ini. Kaunseling sangat membantu untuk menjaga diri ini dari tergelincir dengan mainan emosi. Alhamdulillah Allah SWT berikan Shikin kemampuan menulis dalam hidup ini.

Pernah Shikin pertikaikan kenapa emas yang indah di depan mata perak juga yang menjadi buruan. Ini kerana Shikin rasakan diri ini hanya ibarat perak  dan emas tu adalah madu Shikin. Penerimaan diri dia terhafap Shikin buatkan Shikin rasa bersalah dan menyesal membuat keputusan berkahwin. Permainan psikologi yang lebih hebat. Walaupun Shikin berkongsi suami yang dia cinta dia boleh redha dan layan Shikin degan baik. Bagaikan permaisuri. Hebat. Layanan yang diberikan oleh dia membuatka Shikin lebih rasa bersalah.

Menyesal. Hanya Allah SWT yang tahu. Hati ini terlalu lemah. Shikin seorang yang sangat tak kuat. Shikin hanya ada Allah SWT dalam setiap keputusan yang Shikin buat. Adik beradik tidak pernah masuk campur dalam urusan Shikin sedari dulu. Berbanding dia ada ibu, bapa, anak lelaki lima orang dan  keluarga yang sangat rapt dalam kehidupan mereka.  Cemburu dengan segala yang dia miliki. Perempuan yang cantik rupa paras, ada pegangan agama yang kuat, ada zuriat keturunan yang ramai, keluarga yang sangat kuat sokongan. Ketika dia diberitahu  suaminya ada perempuan lain dalam hidup seluruh keluarga berikan moral support yang tinggi kepadanya.  Berbanding Shikin tiada apa apa ...usia dah tua, rupa paras jauh panggang dari api, zuriat???? itu hak Allah SWT. Keluarga tak pernah menghalang apa keputusan dibuat. pandai buat pandailah tanggung sendiri. Mak dan ayah dah bagi didikan yang sempurna jadi gunakanlah setiap ilmu yang diberi. Hanya pesan mak dan ayah jadi sokongan.

Hanya Allah SWT  mengetahui hati ini. Allah SWT takdirkan hidup ini jalannya bermadu. AllahSWT yang menulisnya. Kalam Allah SWT itu pasti. Semoga Allah  takdirkan yang terbaik dan kepada Allah SWT Shikin serahkan hati ini. semoga Allah menjaga setiap langkah dan keputusan Shikin hanya kerana Allah SWT.

Jagalah hati ini agar tidak cemburu. jauhkan dari hasad dan dengki. Hati ini hanya milik Allah. Pemilik hati ini yang menjaganya. Sesungguhnya Shikin sangat lemah sebagai seorang yang bergelar perempuan. Bahagiakanlah kami didunia dan di akhirat. Allah SWT jagalah hati ni.

Buat Habib semoga dapat berlaku adil dalam kehidupan ini. Maafkan andai ada khilaf diri ini kerana sesungguhnya aku tidak sempurna.  Maaf andainya air mata ini mengalir kerana cemburu itu bukan milikku tapi  takdir Allah Swt untukku. Semoga masa mendatang adalah dalam keredhaan Allah SWT buat kita sekeluarga.
Suamiku jalan syurgaku.



:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in