kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Monday, February 10, 2020

Amanat Ayah Tunjang Cita-Citaku Shikin Sayang


Kata Buya Hamka, lemparkanlah cita-citamu ke langit tinggi, kalau jatuh tersangkut di awan…jangan kau buangkan cita-citamu di darat andai ia jatuh terus mengalir ke laut. Teringat suasana konvokesyen...Alhamdulillah sepanjang hidup ini baru tiga kali aku berpeluang untuk menaiki pentas menerima Sijil, Ijazah dan Sarjana. Aku hanyalah pelajar biasa dan bukanlah pelajar yang popular dalam akademik...kecuali masa sekolah rendah sahaja setiap semester dapat nombor 1, 2 dan ataupun selalu merangkul habis subjek terbaik kira tidak memberi peluang kepada orang lain. Tapi masa sekolah menengah aku hilang tumpuan untuk belajar dan lebih fokus pada bidang sukan jadi semasa sekolah menengah kalau naik pentas pun sebab terima anugerah Olahragawati Terbaik setiap tahun...masa itu apa yang aku fikir glamour dan sering menjadi tumpuan semua. Alhamdulillah siapa sangka pelajar yang gila glamour ini sebenarnya bertuah dan akhirnya boleh berjaya...remaja yang tak nak bersekolah akhirnya menjadi pegawai kerajaan... Alhamduilillah.
            Semasa aku di Tingkatan 6   Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar, Alor Setar aku memang sudah nekad hendak belajar bersungguh-sungguh nak jadi akauntan sebenarnya kerana aku beralih dari kelas sains tulen dan mengambil perakaunan...mungkin inilah cita-cita aku yang sangat aku suka sebab mengira duit sahaja...tetapi Allah menakdirkan aku menerima tawaran sebagai guru melalui program Sijil Perguruan di Institut Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim...masa itu aku tidak mahu menerima tapi memandangkan harapan ayah dan mak jadi aku teruskan juga  untuk mengikuti bidang yang paling aku tak  minati atau tersenarai dalam cita-cita aku. Aku dilahirkan untuk menjadi guru. Alhamdulillah.
            Takdir Cintaku Untuk Cita-Citaku...itulah pilihan yang aku  ada,walaupun aku pendamkan segala cinta dalam  benak hatiku apa  yang penting selepas kakak  sulongku dan adikku  pulang menamatkan pengajian di United Kingdom...aku  berazam meneruskan perjalanan hidupku...aku  terus  memandang  kehadapan. Semasa menjadi guru di sekolah Sekolah Kebangsaan Seberang Nyonya banyak aku belajar...suka...duka...cinta dan cita-cita. Syukur Alhamdulillah dengan pengalaman yang diberikan oleh Allah SWT. Ingat lagi  macam  mana aku  sering difitnah  dengan Guru Besar  aku yang  baik  hati  yang  jujur  dalam  membimbing aku sebagai  seorang staf  beliau dan juga  sebagai seorang  adik. Hamdi banyak membimbing aku mengenal dunia IT dan juga memberi peluang untuk memperkembangkan diri. 
            Tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan sangat membantu bila aku menyambung pelajaran di IPTA... terbayang ketika itu Hamdi banyak memberi semangat untuk sambung pelajaran...akhirnya aku dan Nor Hasni mengambil keputusan mengisi borang STPM dan kami ambil exam dan dapatlah 3P 2R. Kami berdua menyahut cabaran dan   kami memilih UPM sebagai destinasi pilihan pertama. Aku memohon untuk Sains Sukan sebagai pilihan pertama manakala Nor Hasni cikgu Bahasa Inggeris memohon TESL.
            Alhamdulillah  kami  berdua  mendapat  tawaran masuk UPM tapi  aku   saja  yang  dapat  tambahan satu  lagi huruf “T” di belakang UPMT di Terengganu  maka  terpisahlah kami  berdua. Tapi kami bertekad akan bergelar siswazah...kami mendaftar pada 11.06.1996...bermulalah perjalanan bergelar Mahasistua...pada usia 25 tahun. Perjalanan aku dalam dunia akademik tidak pernah berhenti sebab memegang amanat ayah agar aku meneruskan pengajian hingga ke tahap tertinggi. Akhirnya Jun 1996 aku mendapat tawaran belajar walaupun sebenarnya aku tidak berminat dengan bidang ini tapi inilah takdirku. Pada tahun 1996 aku menerima tawaran untuk menyambung pelajar di Jepun dalam bidang Bahasa Jepun  dan juga menerima tawaran temuduga untuk belajar Bahasa Perancis di Perancis tapi semuanya terkubur bila dalam masa yang sama aku mendapat tawaran belajar di UPM Terengganu...kata mak "Belajarlah di Malaysia sebab mak tak sanggup berjauhan dengan anak -anak mak lagi”..Kerana tiga tahun adik Yati belajar kat UK menyebabkan dia serik..jadi sebab sayangkan mak aku menerima tawaran di UPM Terengganu dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling walaupun ianya adalah pilihan aku yang keempat sahaja masa mengisi borang. Inilah takdirku menjadi seorang guru bimbingan dan kaunseling dan akhirnya aku mengambil lesen Kaunselor dan dapat bergelar Kaunselor. Alhamdulillah sepanjang di UPMT aku dapat empat kali Sijil Dekan. 
            Kebebasan otak fikiran semasa bergelar mahasiswi membawa aku mengenal berbagai gelagat manusia.  Di sini mengenal erti manusia dan mengenal erti persahabatan... percintaan... perpisahan... permusuhan... hasad dengki dan  apa  yang  penting  semasa di universiti  pengalaman hidup  sangat  berharga…jatuh...bangun dalam  bergelar Mahasistua. UPMT persisiran pantai... jadi aku bagaikan pulang ke pangkuan alami hidupku yang tak dapat dipisahkan dengan laut...pantai. Tetapi  apa  yang penting  setiap   hari  aku  berjalan di persisiran  Laut China Selatan sambil  menghirup udara  segar dan menuip bait  bait  puisi  rindu...yang  seronoknya  ketika  di  universiti  dunia  percintaan yang tak  boleh  dilupakan...  bercinta  dengan   buku dan juga  ketika  ini  Abang pulang dalam diari  hidup aku…beremail...bertelefon setiap  hari...memang  indah  hidup dalam percintaan...akhirnya aku berjaya dapat Sijil Dekan setiap  semester sebab ada pembakar semangat.
            Terima kasih CAJ@Abang Long Rosli yang  banyak  membantu aku  belajar  di UPMT, sahabatku Halawiah Safinas…adik-adikku  Eshah, Salhasniza, Lenny, Shiqin, Liza dan ramai lagi  yang  banyak  mengajar  erti  kehidupan di kampus.  Paling aku hargai  pengalaman  bersama  adikku Hashimi, Prof kesayanganku Prof Sham, Pak Din, Dr Sha (Saharudin Dato Omar) dan juga Razaruddin yang   mengajar  aku  erti  kasih sayang kesetiaan  dan  ketaatan kepada Allah SWT…Aku bergelar mahasiswa dalam  Bacelor Pendidikan Bimbingan Dan Kaunseling dan Alhamdulillah  aku  lulus  cemerlang. Akhirnya bergraduat dengan CGPA 3.43
            Kisah cinta di kampus memang gila antaranya yang paling tak boleh dilupakan dalam hati dan fikiran ini selamanya ....Razarudin Ibrahim....kelakar dan sangat kelakar...Razarudin ni senior di UPMT dan memiliki semua kualiti yang diidamkan oleh perempuan solehah dan tapi memandangkan ketika itu mungkin aku ni tak cukup  solehah jadi ianya hanyalah tinggal kenangan. Kalau nak cerita di sini memang melucukan...ada tak perempuan berani meminang lelaki....inilah yang perkara paling gila pernah aku buat iaitu pergi meminang si Razaruddin ni.....memang kerja gila tapi ini betul-betul kenangan manis sebab masa itu ...aku warded kena serang tebuan dan dapat idea tulis surat kepada dia serta yang menjadi posmennya Aishah.  Memanglah katapun cinta kampus...Aku bertanya dan dia dengan sopan memberikan jawapan......dengan menghantar surat jawapan ke tiga tempat yang berbeza. Pertama alamat kampus, kedua ke alamat rumah di Taman Wira Mergong dan ketiga ke alamat rumah sewa di Tok Jembal. Surat itu aku terima seminggu sebelum bercuti sebulan pergi menunaikan umrah. Itulah sebabnya semasa pergi umrah bayangan Razaruddin sentiasa membayangiku...kenangan oh kenangan semuanya tinggal kenangan.
            Aku berpeluang pertama kali menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah pada Disember 1997 hingga Januari 1998. Aku bersyukur kepada Allah SWT dengan nikmat yang Allah SWT kurniakan. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke bumi barakah Madinah dan Mekah dalam hidupku. Hanya Allah Yang Maha mengetahui betapa besarnya rahmat yang Allah berikan buatku. Di kala orang lain sibuk berkuliah tiba-tiba aku mengambil cuti selama sebulan menghilangkan diri.....pergi menunaikan umrah dengan Arwah Pak Chak Ishak dan Mak Chak Norma ibubapa kepada sahabatku Chek Halawiah Safinas serta ahli keluarga yang lain. Inilah rezekiku. Perjalanan mengerjakan umrah dan ziarah sangat sederhana dan kami sangat bahagia sebab pengalamanku pertama kali pergi ke sana. Pelbagai kontroversi yang wujud tapi aku rempuh sahaja sebab kalau ikut semua apa yang orang cakap semua benda tak ke mana. Alhamdulillah perjalanan ke sana dan setiap perbelanjaan mencukupi. Semasa umrah kami tinggal di pangsapuri yang disewa oleh Pak Chak secara berkumpulan. Macam biasa setiap hari kami akan memasak dan beribadah seperti biasa. Ada masanya beriktikaf di Masjidil Haram sehingga ke pagi dan mengerjakan ibadah sebanyaknya. Bermunajat dan berzikir. Syukur pada Allah SWT dengan nikmat yang tidak terhingga. Kenangan mengerjakan umrah pada tahun 1997-98 ini tidak mungkin ku lupakan kerana penuh dengan keindahan. Beribadah di kala Masjid masih tidak ada pembangunan dan pelbagai perubahan yang kita lihat...Semasa disana juga banyak ujian yang ku lalui antaranya setiap yang aku jumpa pasti menyerupai "Razarudin" seorang hamba Allah yang telah bertapak di hatiku tanpa ku sedari....sepanjang di sana ujian sangat besar buatku kerana mengingati insan yang wujud dalam hatiku dan bukan mahramku....Alhamdulillah hatiku jinakkan dengan zikir dan taubat pada Allah.....Inilah antara dugaan yang besar di sana. Ketika di sana juga emak ketika itu sakit tenat dan aku sendiri memang sakit tapi kuasa Allah sangat besar, pelbagai kaedah rawatan yang kucari dan syukur Alhamdulillah sekembalinya dari tanah suci emak semakin pulih dan Allah memakhbulkan doaku .
            Doa......ada orang bertanya...pergi Mekah tak doakah minta kahwin...itulah soalan yang sehingga hari ini tidak ada daya untukku menjawabnya.  Aku hanya hamba Allah yang hina dan setiap apa yang aku hendak Allah cukupkan. Syukur dengan nikmat yang Allah kurniakan buat diriku yang hina dan nestapa ini. Allah Maha Memakhbulkan setiap doa......Aku pasti doaku dimakhbulkan Allah SWT...lambat atau cepat bukanlahurusanku tapi ianya adalah hak Allah SWT...hak aku hanya meminta pada Allah dan siapalah  aku utk mempertikaikan hak Allah SWT...Aku bersyukur kerana Allah memakhbulkan doa-doaku dan pasti termakhbul...kerana itu janji Allah..bermohonlah kepada Aku@Allah kerana pasti akan aku makhbulkan.......Ingatlah janji Allah itu pasti dan positiflah dengan setiap ucapan doa kita.Aamin.
            Dalam ramai- ramai yang bergraduat dalam keluargaku hanya aku seorang sahaja yang dapat merasa nikmat emak bersama pada hari graduasi sebanyak dua kali iaitu semasa Ijazah dan Sarjana...adik beradik yang lain tidak berpeluang kerana keadaan yang menghalang. Setiap manusia memiliki impian....begitu juga diriku..impianku masuk ke universiti kali pertama adalah kerana memenuhi impian ayah dan mak nak tengok anak perempuan kesayangan mereka masuk universiti dan bergelar siswazah... Syukur Alhamdulillah tiga  tahun berhempas pulas akhirnya segulung ijazah dalam genggaman.
            Bersyukurnya kami yang dapat bergraduat kali pertama dari UPM Terengganu dengan Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling......bukan Kaunseling Ikan tapi kaunseling manusia....Specialnya kami bergraduat tidak di UPM induk maupun di dalam kampus sendiri. Kami bergraduat di Seri Negeri Terengganu. Tun Hamdan bin Sheikh Tahir Censelor UPM yang menyampaikan ijazahnya.  Alhamdulillah kami semua bergraduat dengan cemerlang walaupun tak terbilang hahahahaha sebab tak dapat First Class kecuali Murniyati @Neng  yang dapat kelas pertama. Kejayaan.....jika kau telah melalui kejayaan terhadap sesuatu dalam perjalanan hidup gembirakanlah hatimu, kerana itu adalah kebahagiaan yang dianugerahi Tuhan dalam adunan usaha fikir, batin serta zahir bernaung di bawah ikatan persahabatan dan persaudaraan. Buat semua sahabatku yang seperjuangan di universiti semoga berjaya di dunia dan akhirat. Setia memori indah kekal abadi selamanya....Maafkan aku seandainya ada yang terkilaf bicara…tersadung senda.
            Percaturanku tidak terhenti di sini sahaja..sebaik  sahaja aku dapat posting balik ke Alor Setar aku mendaftar di UUM dalam bidang Sarjana Sains Pengurusan Pendidikan sebab ini saja  yang boleh aku pohon dengan tanpa syarat dan akhirnya aku mendaftar secara separuh masa dan berjaya bergraduat dengan pointer yang memuaskan iaitu 3.43 dan akhirnya pada tahun 2003 aku berjaya dianugerahkan Sarjana. Daulat Tuanku.....aku menerima Sarjana Sains Pengurusan Pendidikan dari Al-Sultan Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Syukur Alhamdulillah dengan rahmat yang Allah kurniakan buat aku. Sekali lagi aku bersama keluarga menyertai majlis konvokesyen bersama mak, kakak, adik-adik, ipar, anak-anak saudara dan kawan-kawan.  Emak dan Abang adalah orang yang banyak menggalakkan aku untuk terus belajar dan dengan berkat kesabaran dan sokongan padu dari semua akhirnya aku berjaya menghabiskan Sarjana dan bergraduat pada 20 September 2003..... Bilalah agaknya nak menyiapkan PhD pula?  Macam biasalah kalau konvokesyen mesti terima bunga.....mengimbas kembali perit getir aku menyiapkan sarjana ini sebenarnya sangat melucukan. Sebab sepanjang tiga tahun berulang alik hujung minggu Jumaat dan Sabtu ke UUM, Sintok di Sekolah Siswazah untuk menyiapkan sarjana ni.  Peringkat awal memang bersemangat sebab biasalah penyapu baru....masa ni ada sumber inspirasi yanag sentiasa bagi galakan. Abang setiap hari akan bertanya hal pelajaran dan memang dia ni bab motivasi kira A lah...lagipun tak ada topik lain nak cerita jadi bolehlah untuk mengisi masa lapang.
            Apa yang pasti Mak adalah sumber inspirasi buat aku.....sepanjang aku sambung belajar mak sentiasa akan bagi semangat untuk aku meneruskan pelajaran. Mak tak pernah putus asa beri semangat .Kadang-kadang memang tak ada langsung mood nak belajar tapi bila mak  cakap semangat aku kembali membuak-buak untuk belajar. Aku sambung belajar sebab menyahut cabaran bahawa aku sememangnya "anak ayah yang cerdik"  dan itulah kata-kata yang selalu aku pegang..."Sambung Belajar Sehingga Tahap tertinggi Yang Kin Mampu"...mhmmmm nampaknya  Master sudah selesai tapi PhD sekarang tergendala sementara kerana banyak perkara yang belum selesai. Masa exam..mak sentiasa menemani aku untuk baca buku dan sentiasa baca Yaasin semasa exam aku berlangsung...Inilah amalan yang selalu mak buat untuk anak-anak ketika kami menduduki peperiksaan. Mungkin sebab inilah aku tak siap-siap lagi PhD sebab tak ada motivasi dan suntikan semangat.....InsyaAllah akan aku teruskan jua perjuangaan ini... Mak selalu kata pelajaran sangat penting dan dengan pelajaran kita boleh mengubah dunia. Manusia boleh mengubah nasib dengan ilmu. Mak dan Ayah selalu berpesan kalau nak dunia dengan ilmu....kalau nak akhirat dengan ilmu.....jadi ilmu adalah segala-galanya...Kata-kata mak dan ayah sentiasa menjadi pegangan dalam hidup aku yang tak akan pernah merasa jemu untuk meneruskan perjuanganku. InsyaAllah perjuanganku untuk menamatkan PhD yang dah dua tahun terbengkalai akan aku sambung bila  isu-isu dalam hidupku diselesaikan. Semoga aku beroleh kekutan untuk meneruskan impianku. Aamin
            Sepanjang  perjalanan hidup ini aku bertuah walaupun tidak  memiliki apa yang aku impikan tapi Allah memberikan yang terbaik untuk diriku. Sebagai hambanya aku bersyukur dengan nikmat yang diberikan....siapa sangka budak nakal yang protes tak nak belajar dan banyak kontroversi akhirnya menjadi Kaunselor atau Pegawai Kaunseling...Apa yang membahagiakan aku setiap kali melihat wajah mak. Semua ini adalah anugerah dari Allah SWT walaupun apa yang kita rancang adalah lain tapi sebenarnya Allah mengaturkan sesuatu yang terbaik untuk kita.Sebagai manusia biasa kita perlu berusaha dan biarlah Allah yang menentukan yang terbaik dengan kita..hanya Allah yang mengetahui setiap perjalana hidup kita ini. 

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in