kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Monday, February 10, 2020

Takdir Cintaku Untuk Cita-Citaku Shikin Sayang @ Hjh Noor Ashikin Binti Hj Shahrom KB.PA



Sayangi diri sendiri dan belajarlah menyayangi orang lain disekeliling kita kerana itulah jambatan kepada cinta dan sayang Allah SWT... Katakanlah: Jika kamu mengasihi Allah, ikutilah aku (Muhammad SAW), niscaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosamu. Dan Allah Pengampun lagi Penyayang.(Ali Imran:31). Sedari kecil aku diajar hidup berdikari dan pergantungan yang tinggi pada Allah SWT. Mak dan Ayah selalu cakap Allah SWT sentiasa bersamaku dan doa Mak dan Ayah sentiasa mengiringi aku walaupun satu ketika mereka telah tiada.  Dari kecil aku diajar membuat keputusan sendiri dan walaupun kekadang aku silap memilih jalan aku, Mak dan Ayah tak pernah menyalahkan aku atau menghukum aku. Mereka hanya menegur dan memberikan aku nasihat agar aku lebih berhati hati dalam mengambil sebarang tindakan.
            Sedari kecil aku diasuh menjadi diri aku sendiri tanpa dibayangi oleh sesiapapun. Mak dan Ayah tak pernah membandingkan aku dengan kakak atau adik-adik aku. Tidak pernah sekalipun dalam hayat aku mendengar mereka berkata cuba jadi macam kakak atau adik atau sesiapa pun. Mak dan Ayah tak pernah berkata cuba tengok individu itu mereka lebih baik atau lebih hebat.  Mak dan Ayah selalu bercerita kisah kisah yang berlaku dalam kehidupan tapi mereka tidak pernah berkata tentang orang. Kalau bercerita Ayah selalu akan cerita tentang diri dia dan harapan dan cita - cita dia   impian-impian yang dia susun dan anyamkan dalam kehidupan dia. Manakala Mak pula kalau bercerita akan ceritakan tentang kisah kisah epik silam cerita Awang, Tok Selampit, Pak Pandir dan bila dewasa Mak sering bercerita tentang kisah tauladan yang dia baca dalam kitab atau surat khabar. Mak selalu berpesan agar jangan tersalah memilih kawan dan menjaga tingkahlaku dan tutur kata. Kehidupan yang singkat yang Allah SWT berikan untuk aku bersama Ayah selama 21 tahun dan Mak 35 tahun  sebenarnya adalah sangat bernilai berbanding adik beradik aku yang lain kerana mereka banyak hidup di asrama dan adik adik pula sudah pasti kurang masa bersama Mak dan Ayah sebab mereka lebih muda dari aku.  Aku sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dilahirkan pasangan yang sangat penyayang dan hidup dengan penuh kasih sayang sehingga mereka sering dicemburui oleh individu lain. Hanya pesan mereka sentiasa sama. Aku Adalah Aku; Jadilah Diri Sendiri.
            "Macam mana nak rasa bela anak kalau dah tak biasa beranak"......satu isu yg menyentap jantung hatiku. Aku bersyukur walaupun aku tak punya anak sendiri tetapi Allah kurniakan aku 'kurnia'  yang sangat hebat dalam hidupku. Mungkin inilah hikmah Allah SWT untukku. Memang benar aku tak pernah mengandung dan melahirkan anak. Tapi semasa hayatku masa mak mengandungkan adik bongsuku selama enam bulan mak berulang alik admited di hospital dan menjadi tanggungjawab aku untuk membantu ayah menjaga adik yang mana masa tu kakak sulongku Normishah Shahrom tinggal di asrama KSAH dan Noorhayati Shahrom tinggal di MRSM Terengganu. Shahnon tingkatan 1 dan Shahril  baru lima tahun jadi aku dan Shahnon lah berulang alik tengok mak di hospital sementara waktu petang ayah akan bawa Shahril untuk melawat mak. Itulah rutin mak selama 6 bulan sehingga adik aku Shahrizal dilahirkan. Masa mak lahirkan adik mak tak dibenarkan keluar wad kerana ada komplikasi darah tinggi. Persiapan adik lahir dari buat tilam, sarung tilam, lampin semua aku yang sediakan dengan dibantu oleh ayah. Ayah pesan kalau buat awal takut ada masalah, jadi arwah ayah hanya benarkan kami buat persediaan dari. Hari pertama adik lahir ayah bawa balik uri dan Tok yang tolong uruskan dan itulah kali pertma aku tengok uri dan sejak tu kalau daging dalam plastik ditempat beku aku akan fobia untuk masak sebab menyerupai uri. Umur adik dua hari ayah bawa balik adik dengan berbalutkan kain pelikat warna hijau. Memang itulah kali pertama aku kena uruskan bayi kecil bagi mandi, sediakan lampin, bedung dan berikan susu. Tok masa tu tak berani nak uruskan adik sebab adik terlalu kecil. Dan hunjung minggu kak Not akan balik dari asrama dan menguruskan urusan penjagaan adik. Memang betul aku bukan kakak yang pandai mengasuh adik seperti kakak lain dan sememangnya aku jaga adik sejak lahir dan akulah yang selalu buaikan dia tidur dan pernah leher ini jadi buai untuk buaikan adik tidur. Masa adik lepas pantang ayah bawa adik jijak mimbar masjid kerana adik sangat istimewa. Sampai malam tidurpun aku uruskan adik sebab lepas keluar wad pun mak terpaksa masuk wad jadi kamilah yang mengasuh adik. Tambahan lepas SPM pula lepas tu jadi masa adik bayi sampai dia boleh berjalan aku yang uruskan. Masa kecil aku tak panggil adik Shahrizal sebab panggilan Amin adalah sebati hinggakan ayah dan mak pun panggil Amin.
            Tahun 1990 aku masuk maktab itulah kali pertama aku tinggalkan keluarga dan rumah untuk belajar. Kasih dan sayang aku untuk adikku mungkin tak sama macam ibu bapa tapi sejak aku pegang duit sendiri dengan elaun cikgu pelatihku akan simpan untuk belikan mainan, baju, dan buku untuk adik-adikku...sebab sejak aku kecil ayah ajar aku agar kongsi setiap rezeki yang Allah kurniakan dengan keluarga. Alhamdulillah aku bersyukur kerana aku sangat bertuah kerana ada duit sendiri dari aku sekolah....memang aku mewah dengan duit ringgit sebab aku pelajar yang aktif sukan dan selalu dapat duit bonus sukan.
            Ujian Allah 24 Sept 1992 ayah kembali ke rahmatullah dan adik bongsuku hanya berusia 5 tahun dan Shahril 11 tahun. Pada kali terakhir aku berjumpa dengan ayah selepas pulang dari Pestarama Sarawak 18 Ogos adalah hari terakhir dalam detik hidupku menerima amanat dari ayahku untuk menjalankan tanggungjawab untuk jaga ahli keluargaku kerana ayah kata ayah dah tak lama lagi akan tinggalkan kami. Pada aku itu hanyalah gurauan tapi itulah pertemuan akhir kami saat ayah hantar aku balik  di stesen bas ekspress. Pesan ayah "Jagalah keluarga...dan Kin mesti sambung belajar sampai tahap yang tertinggi yang mampu..ayah tahu kemampuan Kin" Tiap minggu telefon pun itulah pesan ayah. Sampailah hari terakhir ayah kembali selamanya pesan ayah tetap sama.
            Bermula dari tahun 1992 aku mengambil alih tanggungjawab menjaga keluarga...memang aku tidak ada anak tapi dengan rezeki yang aku peroleh, wang pencen ayah dan simpanan ayah kami hidup dan dengan itulah juga membantu kakak, dan adik-adikku menghabiskan pengajian dan adikku Shahnon masuk TLDM kerana terpaksa memilih untuk bekerja dari menyambung pelajaran. Memang benar aku tak punya anak tapi tanggungjawabku dan amanah ayah buatku tetap aku pegang.
            Semua pelik kenapa aku tolak berpuluh pinangan dari ramai lelaki yang datang ...tapi jawapannya hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Alhamdulillah aku tak pernah menyesal untuk tidak berkahwin. Aku bangga setiap kali adik adikku berjaya dengan cemerlang. Aku pegang janji dgn ayah dan mak untuk menyanyangi adik beradikku sehingga hujung nyawaku. Alhamdulillah aku memang garang dan sangat tegas dan mungkin caraku menyebabkan adik-adik rasa aku tak sayang mereka. Mungkin sebab ini aku hanyalah dirasakan tidak menjalankan tugasku. Walapun hanya seketika aku memikul tanggungjawab ayah sementara Yati dan Kak Not habis belajar tapi itulah masa aku tahu apa peranan ibubapa dan betapa besarnya peranan ibubapa. Tak perlu melahirkan anak untuk tahu apa itu peranan sebagai ibubapa.
            Alhamdulillah tahun 1996 Yati dan kak Not habis belajar dan aku menyambung pelajaranku di UPMT selama tiga tahun tapi setiap hari menelefon mak tanpa pernah selang kerana aku tahu aku bukanlah jenis yang manja tapi aku tak boleh hidup tanpa mendengar suara mak. Tahun 1999 aku tamat pelajaran dan kembali berkhidmat di Kedah dan tinggal dengan emak dan adik-adikku. Aku sememangnya kakak yang garang kerana aku tak mahu adik-adik aku terlibat dengan masalah sosial. Memang aku mengawal pergaulan adik-adik sebab ayah selalu berpesan agar jaga pergaulan kerana kawan akan menentukan kita siapa. Alhmdulillah adik-adik semua jenis sembahyang dan taat pada agama dan Allah memberikan keluargaku rahmat kasihsayang dengan mengurniakan ipar duai yang baik yang memahami mak seorang yang sakit dan selalu bergantung kasih dgn anak-anak.
            Syukur Alhamdulillah semua keluargaku berjaya walaupun bukanlah pegang jawatan tinggi tapi cukup untuk diri masing-masing. Disember 2005 -Februari 2006 aku menunaikan ibadah haji bersama mak dan adikku Shahrizal...segalanya indah dan aku bersyukur kerana aku diberi peluang mengerjakan haji bèrsama mereka. Alhamdulillah dengan nikmat Allah SWT. Mak selalu kata walaupun aku tak punya anak tapi aku bela adik dari dalam kandungan sampailah bawa pergi haji. Mak bapa  lain belum tentu boleh bagi segala pendidikan yang cukup buat seorang anak tapi itulah aku yang membesarkan adik kandungku sendiri dari dalam kandungan mak.
Cuma pesan mak yang aku pegang.....
"Sekiranya mak mati nanti biarlah adik hendak duduk dengan siapa yang dia suka , jangan halang dia walaupun kin yang bela adik dari kecil. Biarlah dia pilih haluan hidup dia ..jangan paksa dia untuk ikut telunjuk kin. ..dia ada akal dan iman yang sempurna sejak kecil diasuh dengan kasih sayang jadi dia akan punya akal dan iman dalam menjalani hidup dia. Kin redhalah dengan kehidupan dia sbb kalau Kin tak redha adik-adik hidup tak akan bahagia.....”
            Jawapanku....aku redha dengan semua adik beradikku dan tidak pernah ada sekelumit rasa benci atau dendam. Kerana Allah kurniakan aku ahli keluarga yg terbaik dengan didikan yang sempurna dari ibu dan ayahku. Tiada perempuan yang hodoh di dunia....yang mungkin ada hanyalah perempuan yang malas. Jodoh, ajal, rezeki, itu semua rahsia Dia. Sehebat manapun kita dalam mencorak kehidupan kita, takkan mampu kita selaraskan dengan perancangan Dia. Jodoh setiap orang sudah ditentukan. Sama ada bertemu di dunia ataupun di alam sana, kita takkan pernah tahu. Dekatkan diri pada Dia sebelum kita bersandar pada kasih ciptaanNya, kerana kasihNya umpama sehampar lautan luas. Jadilah hamba yang mendamba cinta Allah sebelum mencari cinta manusia. Bila Dia kasih, Dia akan berikan jodoh yang terbaik untuk kita, jodoh yang sentiasa meletakkan Dia di carta paling tinggi. Allah itu sebaik-baik perancang. Mungkin dengan tertundanya mengecapi alam perkahwinan itu adalah untuk mengajar kita tentang makna menghargai. Kita akan lebih menghargai mereka di sekeliling kita sebelum ditemukan dengan si dia sebagai pelengkap kehidupan. Kita akan lebih menghargai ‘dia’ yang Allah hadirkan setelah satu penantian. Mungkin juga dengan tertundanya sesuatu pertemuan itu, Allah persiapkan kita untuk menjadi lebih matang, lebih baik untuk bakal ‘si dia’. Mungkin juga dengan tertundanya pertemuan itu, Allah sedang mempersiapkan ‘si dia’ yang terbaik sebagai imam atau makmum kita di alam perkahwinan kelak. Mungkin tertundanya pertemuan itu untuk membuatkan kita lebih meneliti rezeki yang lainnya rezeki menyambung pelajaran, rezeki berbakti kepada ibu bapa dan sebagainya. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.
            Sedangkan kita juga belum tahu, antara kafan dan gaun pengantin, mana yang kita akan sarung dahulu; antara jodoh dan maut, yang mana akan melamar dahulu. Pesan Mak pada aku sentiasa terpahat dihati agar aku menjadi diri sendiri  dan Mak sentiasa memberikan kepercayaannya buat aku dalam setiap keputusan yang aku lakukan. Pesan Ayah juga sama dari kecil Ayah selalu berkata aku anak dia yang hebat dan luar biasa. Aku sentiasa percaya akan kata kata Ayah dan Mak yang sentiasa positif untuk diri aku. Pesan Mak pula jadilah diri aku , jaga amal ibadah dan biarlah adik beradik aku dengan kehidupan yang mereka pilih. Pesan Mak lagi, doa Mak sentiasa bersama aku walaupun Mak sudah tiada di mukabumi ini. Mak dan Ayah  tidak pernah berkata jangan selain daripada jangan melakukan apa yang Allah SWT SWT larang. Pesan mereka semuanya berbentuk yang suruhan bukan larangan. Pesan Ayah dan Mak ini akan aku pegang hingga akhir hayatku.
            Kerjaya sebagai seorang kaunselor adalah takdir yang telah Allah SWT tetapkan untuk diriku walaupun tidak pernah terlintas dalam hati suatu ketika aku bergelar kaunselor. Diam tak diam dah hampir dua puluh tahun aku terjebak dalam bidang kaunseling ini.  Walaupun ada kata kata sinis yang sering menyindir. Abaikan setiap kata negatif yang dilemparkan kepada diriku agar aku dapat peluang untuk berkongsi dan menyampaikan ilmu yang sedikit ini untuk manfaat insan-insan yang memerlukannya. Legasi Unit Bimbingan Dan Kaunseling Al Qanaah menjadi satu impian dalam hidupku. Ke mana sahaja aku ditugaskan aku akan menyediakan Unit Bimbingan Kaunseling yang terbaik untuk kutinggalkan. Aku melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti usahawati untuk belajar mengenai perniagaan..terima kasih kepada Datuk Wira Maznah Hamid dan rakan rakan dalam USAHAWATI yang banyak membantu dan mengenalkan aku dengan dunia USAHAWAN  yang sebenar. Belajar bertatih semula dalam kehidupanku.....pelbagai onak, ranjau dan duri ku lalui ...hanya Allah tempat aku mengadu....Aku bersyukur walaupun aku tidak mempunyai lebihan dari pendapatan tetap setiap bulan aku diberikan Allah daya dan upaya untuk meneruskan kehidupanku dengan melakukan pelbagai perniagaan.biarlah pendapatan kecil tapi halal dan berkat. Dari SSFG TRADING....maka semuanya aku tradingkan hinggalah lahirnya Labaikk MRNAS Selamat Enterprise, Selamat Curtain Kedah dan Labaikk Halal Mart.
            Hidup ini ibaratkan perjalanan keretapi yang telah ditetapkan rel laluannya. Akan tiba di suatu stesen akan berhenti untuk mengambil penumpang lagi dan meneruskan perjalanan lagi sehinggalah sampai ke destinasi. Dalam sepanjang perjalanan ini kita pasti mengenali ramai orang yang masuk dan keluar dalam hidup kita. Alhamdulillah dengan nikmat yangg Allah SWT kurniakan buat diriku. Allah maha mengetahui dan segalanya adalah milik Allah SWT. Semoga Allah SWT memberikan aku ilham dan hidayahNya untuk meneruskan perjuangan dalam menyampaikan ilmu ini. Semoga coretanku ini dapat menjadi hadiah yang teristimewa buat setiap insan yang sedang dalam pencarian dan insan yang tidak pernah berputus asa dengan nikmat Yang Maha Esa.

Biodata penulis

Hajah Noor Ashikin Binti Hj Shahrom KB.PA merupakan seorang Kaunselor Berdaftar, Kaunselor Jabatan, Pensyarah Kanan, Jurulatih, Motivator dan juga seorang penulis bebas yang sedang berkhidmat di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Penulis buku Aku Adalah Aku Jadilah Diri Sendiri (Aplikasi Ilmu Kaunseling Dalam Kehidupan) dan Aku Anak Pomen Chapter Hidupku. Al Fatihah Buat Ayah Haji Shahrom Bin Rahim Dan Ibuku Hajah Siti Esah Bt Muhamad.



:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in