kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (222) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (152) nikmat Allah (145) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) Puisi/Sajak/Gurindam (75) kerjayaku (75) memori oh memori (75) cabar minda (70) 1 entri 2 stories (65) D'Perantauan (65) nasihat (62) Aku Adalah Aku (47) berita (47) keluargaku (47) kerjayaku...kemahiran (45) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Penulisan (35) dari seorang sahabatku (35) BUKU (32) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) My Dreams Come True (27) Travel logku (27) resepi aku (27) ESQ165 (23) Aku Anak Pomen (22) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (19) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) ANEKDOT (7) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) IABU (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) shikin sayang (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) isbn (3) kemahiran (3) ADIKKU (2) Aidilfitri (2) Ayah (2) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) Forever Living (2) Forever Loving (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) Kepimpinan (2) LABAIKK MINI MART (2) Mengembara (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aku Boss (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) Chapter hidupku (1) Chinese New Year (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) Entrepreneur (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) KAKAK (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) menulis (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Tuesday, April 8, 2014

Jika Arwah Ibu Masih Ada.......Selamat Hari Lahir !

 As-Salam

Perginya ibu ku HAJAH SITI ESAH MOHAMAD  selepas 9 bulan kami kembali dari menunaikan fardhu Haji pada tahun 2006.
Tahun ini sudah hampir 8 tahun ibu ku pergi meninggalkan kami sekeluarga.

Namun,

Tarikh keramat 08 April 1951 ini sentiasa dalam ingatan di mana tarikh ibuku dilahirkan ..

Jika ibuku masih ada, alangkah bahagianya hidup ini.
Alhamdulillah dengan nikmat kasih sayang yang Allah SWT anugerahkan buatku dan keluarga walaupun hanya seketika...Allah lebih menyanyangimu .
 Akan ku ucap "Selamat Hari Lahir Ibuku Yang ke-63 Tahun" serta ku kucup pipinya tanda kasih sayang seorang anak dan akan ku hadiahkan hadiah yang membuatnya bahagia..

Tetapi

Hanya doa yang dapat mengiringimu wahai ibuku yang cantik jelita.
InsyaAllah, akan ku kirimkan doaku dan bacaan yassin untukmu.. Semoga ibu tenang di sana dan ditempatkan di tempat-tempat orang yang beriman. Aamin..

Yang menyayangimu,
-Anakmu-




:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Chapter Hidupku 38: UMRAH RAMADHAN 2009/1430H


Labbaik Allahumma labbaik…labbaik ‘ala syarika laka labbaik. Innalhamda..wanni’mata. Laka walmulk… Laa syari.ka lak…… 
Telah sekian lama terdetik di hati ini untuk kembali menjejakkan kaki kembali ke Tanah Suci Makkatul Mukarramah dan Al-Madinatul Munawwarah.
 Impian dan harapan berserta doa tiap masa dilafazkan baik di hati mahu pun di bibir kerana keinginan itu sentiasa memuncak. Alhamdulillah, hasrat  tercapai apabila mendapat ilham dari Allah SWT untuk  sentiasa berazam menunaikan umrah berulangkali. Alhamdulillah takkala aku diuji dengan ujian yang bertalu-talu Allah memberikan aku hadiah yang terisitimewa...... Umrah Ramadan 2009 selama14 hari. Ini merupakan kali ketiga aku dijemput pulang ke mekah dan Madinah. Alhamdulillah.Alhamdulillah...Alhamdulillah.


Saat ini aku diuji Allah dengan pelbagai dugaan yang menimpaku. Tapi aku bersyukur kerana ujian Allah ini menjadikan aku hambaNYA yang teristimewa. Serahkanlah segala urusan kepada Allah kerana Allah lebih mengetahui.Seseorang yang tidak menyerahkan segala urusan hidupnya kepada Allah, bermakna dirinya tidak mendapat inayah daripada Allah SWT. Dirinya ditolak dan dijauhkan oleh Allah, ditutup pintuNya. Nauzubillah...
 Dalam keadaan ini, maka nafsu berperanan ke atas dirinku dan menguasai segala tindak-tanduku. Akibat nafsu akan merenggangkan hubunganku dengan Allah.Aku takut jiwaku menjadi keras, menjadi insan yang hatinya tertutup untuk menerima kebenaran. Dirinya sering menghadapi kekejian Tidak ada lagi amal perbuatan dan kata-katanya menjadi ibadah. Inilah akibatnya kepada manusia yang menolak inayah, taufiq dan hidayah Allah. Aku bersyukur di saat jiwaku merudum aku dibawa pulang menunaikan  Umrah. Bersama hati yang terluka, jiwa yang berderai aku kembali pada Allah SWT.

Justeru, mohonlah kepada Allah agar Allah mudahkan segala urusan hidup dan rezeki kita. semoga Allah memelihara kita daripada segala kesulitan dalam mencari rezeki. Janganlah Allah jadikan kita berada dalam kesusahan dan menjadi manusia yang bakhil disebabkan kurnia rezeki Allah kepada kita. bersyukurlah dengan ujian dan nikmatNya. 

 Janganlah kita menjadi hambaNya yang jauh dariNya. Pohonlah kepada Allah semoga rezeki yang dikurniakan kepada kita menjadi sebab untuk kita melaksanakan ketaatan kepadaNya, dan menjalankan tugas-tugas kehambaan. Alhamdulillah walaupun aku hilang seluruh aset dan  tabunganku kepada insan yang aku cintai.Aku bersyukur kerana Allah SWT menjaga imanku. Aku redha dengan ketentuanNya buat diriku yang hina ini. Doakan agar Allah membuka pintu mata hati kita untuk melihat hukum-hakam Allah dan janganlah Allah menyerahkan urusan hidup kita kepada diri kita sendiri.
  
Bertuahnya aku menunaikan Umrah Ramadhan ini. Dalam bulan Ramadan ini memanglah umat Islam berpusu-pusu ke Makkah dan Madinah untuk beribadat kerana bulan ini adalah bulan berlumba-lumba beribadat . Saat ini aku melupakan segala masalah yang aku alami. Fokusku hanyalah beribadah. Di sana tempatnya dijanjikan Allah lebih berkat dan banyak pahalanya berbanding dengan tempat-tempat lain. Jika mempunyai wang eloklah mengambil peluang ini sementara badan masih sihat walafiat.Doaku agar seluruh keluargaku dan keturunanku akan menjadi tetamu Allah. Aameen.  Apabila Allah mengurniakan kepada kita nikmat inayahNya kepada kita, maka Allah akan mementingkan segala urusan hidup kita dalam semua urusan hidup di dunia ini.

 Allah akan membantu dan menolong aku dalam setiap urusan besar atau kecil, berat atau ringan, mudah atau payah. Allah akan mencurahkan segala kemurahannya kepada diriku. Maka apa jua yang aku hadapi dalam hidup ini akan menjadi baik, indah dan bermakna. Inilah yang dikatakan sebagai berada di bawah keredhaan Allah. Aku hanyalah hamba yang dapat merasai kurniaan ini tidak akan putus-putus memuji Allah SWT, dan tidak akan terhenti daripada melakukan amal kebaikan kerana Allah memilih aku berada dekat dengan pintu rahmat dan nikmatNya. Inilah juga tanda kita berada di bawah naungan payung taufiq dan petunjuk Allah.
 
Ku sedar aku adalah makhluk yang dicipta oleh Allah yang bersifat dengan sifat kehambaan dan tidak boleh melebihi atau melampaui daripada sifat tersebut. 

Adanya manusia kerana Allah yang mengadakannya. Ini juga bermakna diri kita bukanlah hak milik kita, tetapi ia adalah hak milik Allah. Allah mengajar ku mendakwa sesuatu yang bukan milik kita dan bukan kepunyaan kita. Maka aku seharusnya tahu dan menyedari hakikat diri ini adalah makhlukNya dan hambaNya. Semoga Allah kurniakan diriku  sifat kehambaan ; kefakiran, kehinaan, kelemahan dan ketidakmampuan. 

Manakala sifat-sifat ketuhanan antaranya ialah Maha Kaya, Maha Megah, Maha Kuasa, Maha Kuat. Berdasarkan kepada hakikat inilah manusia hendaklah bergantung kepada sifat-sifat Allah. Aku redha Ya Allah....

Manusia yang sombong dan bermegah dengan ilmu, kekayaan, keilmuan, kekuatan adalah sifat-sifat membesarkan diri dengan sifat-sifat Allah yang tidak sepatutnya menjadi milik kita. Kepandaian, kekayaan dan sifat-sifat yang dikurniakan Allah kepada kita. Berilmunya kita kerana Allah yang memberikan kita ilmu. Kayanya kita kerana Allah yang memberikan kekayaan kepada kita.
Menikmati juadah berbuka puasa yang mungkin tidak dapat dijumpai di Malaysia, iaitu rutab bersama-sama dengan zabadi dan duqqah,  dimakan bersama dengan roti.
Manakala kita dikatakan orang kaya, orang berilmu dan sebagainya itu adalah sebutan manusia yang pada hakikatnya bukanlah hak milik kita. Manusia yang mengaku dengan sebenar-benar bahawa kekayaan, kepandaian dan lain-lain lagi adalah hasil ciptaannya adalah menjadi dosa kerana menyamakan taraf sifat Allah dengan sifat manusia. 

Semoga Allah jauhkan kita termasuk dalam golongan manusia yang menyombong diri dan sememangnya tidak layak untuk kita menyatakan demikian. Begitu juga jangan sesekali kita membayangkan bahawa itu adalah hasil usaha dan tangan kita.

 Dengan memahami keadaan ini, maka akan berhajat kepada Allah agar Allah memberikan pertolongan kepada kita. Keadaan ini seumpama kita karam di dalam lautan yang luas dan bergelombang yang besar membadai. Waktu itu tidak ada yang mampu membantu dan menolong kita melainkan Allah yang dapat menyelamatkan diri.


 Berpeluang mengerjakan umrah di bulan Ramadhan yang mana kelebihannya lebih besar sebagaimana Nabi S.A.W bersabda, “Umrah pada bulan Ramadhan menyamai haji, atau haji bersamaku”.Bagi mereka yang berkelapangan dan berkemampuan, elok juga sekali-sekali mengambil peluang pada bulan ini untuk mendapatkan fadilat yang sangat besar ini, selain mendapat pengalaman berharga merasai suasana berpuasa dan bertarawih di bumi berkat.

Jika kita bergantung kepada yang lain selain Allah, dan mengharapkan bantuannya, maka ia tidak memberi apa-apa makna dan tidak berguna. Saat ini tidak ada dalam ingatan kita selain mengharapkan bantuan yang sememangnya dapat membantu kita. Ini kerana kita memang mengetahui daya kekuatan dan kelemahan diri kita. Yang pastinya kita tidak mampu menyelamatkan diri kita sendiri.


Kita berkeyakinan sepenuhnya bahawa jika kita tidak diselamatkan atau dibantu, maka kita berhadapan dengan kematian. Perasaan iman seperti inilah yang dikehendaki oleh Allah dan dikatakan sebagai seorang yang mempunyai iman yang mantap. Apabila perasaan mengharap seperti ini yang pastinya diterima oleh Allah jika kita memohon sesuatu kepadaNya. Inilah kunci rahsia Allah dalam menerima dan menolak permintaan hambaNya. 
 Bertarawih dan berqiyaam di Masjid Nabawi di belakang imam-imam yang masyhur. Antara mereka yang pernah menjadi imam sepanjang saya berada di Madinah ialah: Syeikh Huzaifi, Syeikh Qasim, Syeikh Thubaiti, Syeikh Solah Budair, Syeikh Ali Syeikh, Syeikh Mu’aiqili, Syeikh Juhani, dan Syeikh al-Ghamidi.

   
Syukur Alhamdulillah....aku hamba Allah yang bertuah kerana setiap kali aku ditimpa kesusahan, diuji dengan pelbagai dugaan yang menggoncang imanku tarikh keramat 08.08.09 yang menghancurkan seluruh perasaan akhirnya terubat setelah 09.09.09 aku pergi menunaikan UMRAH RAMADHAN

DOAKU AGAR SELURUH KELUARGAKU, INSAN-INSAN TERSAYANG, SAHABAT-SAHABATKU  SERTA ANAK-ANAK DIDIKKU MENJADI TETAMU ALLAH.
SYUKUR AKU HAMBANYA YANG HINA INI SERING DIJEMPUT PULANG KE BAITULLAHILHARAM DAN MADINAH AL MUNAWARAH.
SEMOGA AKU AKAN BERULANGKALI PULANG KE SANA DAN AGAR ALLAH SWT MEMAKHBULKAN IMPIAN TERAKHIR DALAM HIDUPKU.

AAMEEN YA RABBAL A'LAMIN

Wednesday, April 2, 2014

Alhamdulillah....Alhamdulillah....Alhamdulillah.......SELAMAT HARI LAHIR....Pokok Bunga Tecoma @ Tabebuia Pentaphylla D' TERATAK AISH

INDAHNYA BANDARAYA ALOR SETAR YANG DIANUGERAHKAN DENGAN BUNGA TACOMA YANG SERENTAK MEWARNAI.....
 SELAMAT HARI LAHIR BUAT INSAN YANG AMAT KU SAYANGI....HINGGA KE AKHIR HAYATKU
Happy Birthday, dear Husband. I wish that your demand for my love is never ending!
Happy Birthday for the handsomest, smartest, loving, inspiring and simply the best husband in the world! Lots of love, hugs and kisses coming your way!
Only you with your generous heart could warm my world with so much love. Happy Birthday for my husband and my true love!
Today on you birthday my heart wants to sing, 
The smile on my face when I look at my ring. 
My life is yours my heart I give, 
Until we die and while we live.
 What's the best gift I could give you on your Birthday today? A perfect kiss? A loving hug? A few buckets of love? A beautiful message? Even all of this put together as your Birthday gift wouldn't be enough, because you are so dear to me. Happy Birthday to the most special person in my life! 

 Happy Birthday, sweetheart! I'm so glad that God sent you into this world! 


We fight, we make up, 
We share secrets over a coffee cup.
Sometimes you're my friend, sometimes a guide,
You are the person in whom I take pride.
May you get the best of everything in life!
 Happy Birthday, dear husband. May you always fly high in life and touch all your dreams. With lots of love, your wife.
It seems such a great day to say that you make this world a better place to live in. I'm glad to have met you. May all your Birthday wishes come true!
 Happy Birthday, sweet honey! Wish that you always have loving family and friends standing by your side every birthday.


I'm so lucky to be blessed with a man like you in my life. Work may let me down, but I know that when I come home, you are always there to pull me up. Wishing you a very loving and warm Happy Birthday.

 Today is a perfect day to tell you that you are the most amazing person I have ever met in all my life. Warm wishes for a Happy Birthday to you!


You suddenly look more mature, wise, smart, clever and beautiful. Is it a miracle of the heavens or is it your Birthday today? So let's celebrate this special day of your life! 
 Happy Birthday to the love of my life and the husband of my dreams! Wishing you all the best today and throughout the coming year! 
 As we travel the way of life, my love for you grows stronger every day. May your Birthday shimmer with all of the colors you dream of!
 On this special day I want you to know, 
I love you more than I could write in words or show.
I want to love you for the rest of my life, 
There won't be day when I tell good-bye!

HIDUP INI IBARAT POKOK BUNGA TECOMA...
KITA MARAH BILA DAUNNYA LURUH MENYEMAKKAN KAWASAN LAMAN RUMAH...TAPI KITA LUPA BAHAWA SETELAH SEMUA DAUNNYA LURUH DIA AKAN MENGHIASKAN LAMAN KITA DENGAN BUNGA INDAH BERGUGURAN....... INDAHNYA MENIKMATI BUNGA SEKARANG.

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

CHAPTER HIDUPKU 38.6 : 08.08.09 .....09.09.09

surah Ali’ Imran  ayat 31.
” Katakanlah (wahai Muhammad): ” Jika kamu benar mencintai Allah ikutilah daku, nescaya Allah akan mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
Inilah kisah yang menjadi sejarah dalam hidupku....chapter hidupku...
ini kisah hidupku........
Sesungguhnya bercerita tentang jodoh adalah sesuatu yang amat misteri....begitulah juga aku. Setelah menolak cinta yang didamba sejak usiaku remaja akhirnya aku memutuskan agar menerima sebuah cinta yang hanya berasaskan  sebuah pertemuan singkat yang akhirnya membawa kepada sebuah sulaman kasih dan sayang selama setahun. Aku memutuskan untuk menerima cinta dari manusia yang asing dariku  yang cukuplah aku kenalkan sebagai "Muhammed Safiyullah". Aku mengenalinya pada awal tahun 2008 yang mana pertemuan kami bermula di luar negara ketika aku bercuti dan dari perkenalan singkat itu kami mula beremail, ber skype dan akhirnya selepas setahun kami memutuskan untuk mengakhirkan perhubungan kami dengan ikatan perkahwinan.
Segala persiapan telah ku atur tanpa pengetauan keluarga kerana aku tinggal sendirian dengan adik bongsuku dan kami jarang berkngsi cerita. Begitu juga dengan ahli keluargaku kerana mereka punya keluarga dan cukuplah mereka mengetahui bahawa aku sudah bersedia untuk membuka hatiku buat sekian kalinya.
Ini bukanlah kali pertama aku mengatur perkahwinanku. Kalau hendak dikatakan serik mungkin aku telah serik untuk berangan-angan. Tapi aku redha dengan takdir hidupku selama ini yang mempunyai segala-galanya dalam hidupku yang mengajar aku erti sebuah kehidupan. Segala persiapan:
*baju pengantin...siap
*borang nikah ....siap dah ditangan Tn Hj Abdullah IMAM Masjid khairiah ku
*katering ....siap
*hiasan dalam ....siap
*jemputan ....siap
.............. dan sebagainya telah ku aturkan.
kalau baju pengantinku....bukan sepasang tapi dalam almariku ada 10 pasang baju yang telah siap ku tempah dan aku tak pernah buang .....
Pada hari Khamis 07.08.09 seperti mana yang telah kami aturkan Muhammed Safiyullah akan tiba bersama keluarganya iaitu ibu dan anaknya dari London yang menaiki penerbangan tiba pagi ke Alor Setar kerana sebagaimana yang kami rancangkan majlis pertunangan daan perjumpaan keluarga akan berlangsung serentak pada  hari ini. Memandangkan semua ahli keluargaku berkumpul termasuklah bapa saudaraku dari Penang dan adik beradikku yang lain yang tinggal sekitar Alor Setar berkumpul dirumahku. hanya Allah yang Maha Menegtahui betapa bahagia dan berdebarnya hati seluruh ahli keluargaku menanti tiba-tiba jam 10 pagi Muhammed menelefonku dan memaklumkan bahawa dia tidak menaiki kapal terbang pagi dari KLIA kerana ada masalah dengan pihak imegresen. Terus diletak telefon . Bila aku menelefon berulangkali dia hanya minta aku bersabar dan dia akan cuba untuk tiba kapal terbang tengahari atau malam. 
Aku tak mengimpikan adat Melayu...bagi diriku cukuplah mengikut apa yang Islam anjurkan....
Ketika mendengar apa yang dia ucapkan ketika itu apa yang aku rasa hanyalah lemah seluruh badanku tetapi aku kuatkan dan memberitahu keluarga akan bersabar dan akhirnya hinggalah penerbangan terakhir dia tidak sampai. Aku yang bagaikan orang yang hilang arah menanti di Lapangan terbang Sultan Abdul Halim hingga penerbangan terakhir. Allahuakbar.....inilah saatnya aku bagaikan wajhku kaku kalau dihiris  setitik darahpun tidak mengalir lagi. Aku tidak menangi dan meraung. Apa yang aku ucapkan hanya Alhamdulillah...Alhamdulillah....Alhamdulillah..ya Allah jagalah imanku...hidupkanlah aku dalam Islam dan matikanlah aku dalam Islam. Ketika ini aku berada dalam kerekaku sehinggalah akhirnya pintu lapangan terbang ditutup kerana semua staf mula beredar pulang. 

Saat ini aku bersyukur kerana Allah menjagaku.....sahabatku Emma dan Sobri datang ke Airport dan akhirnya memujukku pergi minum..di restoran D' Titi Gajah yang dah mula lengang. Disini aku meluahkan segala-galanya pada mereka. namun setitis air mata tidak turun dari mataku. Akhirnya selepas sejam berada di sini aku pulang ke rumah dan seluruh ahli keluargaku yang gembira bagaikan diserang garuda semuanya senyap sunyi dan tidak ada sepatah ayatpun yang keluar. 

Muhammed Safiyullah Bin Abdullah ..Insan terpuji pilihan Allah
Aku hanya beritahu bahawa Muhammed tak datang dan dia tak boleh datang. Ketika ini akau bagaikan sebatang pokok yang mati sejuk dan kaku. Aku tak mampu menangis atau menjerit. Aku hanya mampu tersenyum dan kata Takpa Allah ada denganku. Semua keluagaku  bagaikan hilang akal memikirkan  kesan dan apa yang orang akan cakapkan esoknya....kerana esok selepas Asar jemputan seramai 500 orang akan datang dan khemah yang dipasang sudah dihias. Aku hanya menjawab "Takpalah esokkan kita nak buat baca doa selamat nak Kin nak ke Mekah dan kenduri arwah jadi kenduri tetap diteruskan"..Aku bangun dan terus naik ke atas bilikku. 
Bilik tidurku...yang menjadi saksi .
Semalaman aku tidak tidur dan terus berfikir dan berfikir dan berfikir. Aku mandi dan selesai mandi aku terus bermunajat kepada Allah SWT hingga ke pagi. Aku hanya meluahkan perasaan kepada Allah dan menyerahkan seluruh urusanku kepada Allah.
” … Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” – [Surah At-Talaq, 65: 2-3]
Sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui.....
Wamakaru wama karullah...kita merancang Allah SWT itu sebaik perancang.
Pagi Jumaat 08.08.09 sesudah sebelum solat subuh aku mandi sunat Jumaat dan ketika inilah baru aku rasa puas mandi memabasahi seluruh rambutku yang panjang mengurai. Sekali aku mengada cermin dalam bilik air dan memandang wajahku. 
"Ya Allah inilah ujian buat diriku..aku redha dengan ketentuanMu aku redha dengan takdirMu...tetapkan imanku..hidupkanlah aku dalam Islam dan matikanlah aku dalam Islam...."
Aku senyum dan tanganku mencapai gunting dihadapanku .....
dan saat ini aku memegang rambut yang sudah mencecah punggungku yang sangat aku sayang....
zappppppppp......aku memotong rambutku hingga paras atas bahuku.
aku rasakan bagai seluruh masalahku hilang dari dalam fikiranku..
Wajah pada 08.08.09
Selepas sembahyang Subuh aku turun dengan memakai pakaian pengantin ku....
Bagaikan bidadari syurga aku senyum dan tidak  langsung  menampakkan wajah yang susah hati.
Aku turun dan ajak Laili pembantu rumah kakakku untuk  ambilkan gambar aku .
Laili yang tak terkata apa-apa terus akur dengan permintaanku dan aku  nampak wajah ahli keluargaku, wajah ibu saudara dan bapa saudaraku yang sedih dan menitiskan air mata.
Mungkin mereka bimbang dengan keadaanku....
Jam 10.00 pagi
"Hajah, jangan lupa sat gi pukul 11.30 datang masjid dengan wali na" suara dari telefon , iaitu suara Tn Hj Abdullah Iman Khairah Bukit Tinggi.
"Tuan haji., saya minta maaf akad nikah dibatalkan hari ni" jawabku
"Astaqfirullahalazim....." suara menjawa dan terus telefon dimatikan.
10 minit kemudian ,
Tok Iman dan Mak Aji terpacak di depan rumahku dan Mak Aji terus bertanya.
Aku hanya menjawab  " Pengantin lelaki tak dapat datang,...takpa lah kenduri petang ni lepas Asar  dan malam  lepas Isyak tetap dijalankan tok Imam jangan lupa jemput semua orang masjid datang"
mak Aji  dari awal menangis mendengar ...biasalah orang tua pasti akan sedih memandangkan  emak dan ayahku sudah tiada.
Selepas Asar jemputan mula datang dan setiap yang datang mengucapkan tahniah dan ada yang tercari-cari di mana Muhammed. Aku hanya jawab dia tak ada  dan nak jumpa datanglah malam dengan orang-orang masjid. Subhanallah itulah kekuatan yang Allah berikan untukku untuk terus berdiri meraikan para jemputan yang datang bertali arus.Dengan tangan yang berinai merah dan senyum yang mengukir aku telan semua dan pasrah dengan ketentuan Allah.
 Alhamdulillah ramai jemputan yang datang siang terutama orang perempuan. Aku sengaja buat kenduri selepas Asar kerana bulan Syaaban ramai yang berpuasa. Dengan  berkat ini jugalah aku diberikan kekuatan dari Allah menerima segalanya yang Allah berikan.
 Masa lepas Isya hampir 100 orang masjid datang ke rumah dan kebetulan malam ini adik angkatku dari Yaman dan kawan-kawannya  yang telah mengetahui tentang ceritaku datang dengan pakaian lengkap dan memang mereka menjadi tumpuan mata orang-orang masjid yang datang dan masing-masing mencari yang mana satu  Muhammed.
Biarlah Muhammed Safiyullah menjadi memori indah dalam hidupku. Aku tidak pernah menyesal mengenali dan menyayanginya. Inilah jodoh dan pertemuanku dengan insan yang aku kenali dalam hidupku. Aku pasrah dengan ujian Allah. Semoga Allah menjaga Muhammed Safiyullah dalam Islam dan biarlah ia kekal dalam Islam hingga ke akhir hayatnya. Biarlah kalimah syahadah yang diucapkan setiap kali  kami mengakhiri perbualan kami selama setahun lapan bulan kekal dalam hatinya hingga ke akhir hayatnya.
Pada Allah aku bermohon agar dia tetap dalam Islam. biarlah Muhammed Safiyullah bin Abdullah menjadi misteri dalam keluargaku. Aku amat menyayanginya dan aku menerimanya kerana Islam apabila dia mengucapkan dua kalimah syahadah selepas enam bulan kami berkenalan. Syahadah itulah menjadi cincin pertunanganku....namum aku tidak mendapat hakku untuk menerima maharku darinya....hanya Allah Maha mengetahui di mana Muhammed Safiyullah Bin Abdullah. Al fatihah buat dia tidak pernah kutinggalkan dihujung doaku agar Islam itu sentiasa bersamanya.Aameen Ya Rabbal Alamin
Walaupun seluruh dunia meninggalkanku....aku pasrah...aku redha inilah takdirku...Alhamdulillah
09.09.09  Selasa aku berangkat ke Madinah menunaikan UMRAH RAMADHAN 

Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi permaisuri hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?
Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.
Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.
Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan.  3 perkara penting yang perlu difahami:
1. Hikmah pengajaran
Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.
2. Asbab bertemu jodoh
Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.
3. Takdir
Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha. (http://alongwairnazz.wordpress.com/2009/02/02/jodoh-ketentuan-allah/)

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Tuesday, April 1, 2014

ALHAMDULILLAH DENGAN SYUKUR DENGAN SEGALA NIKMAT YANG ALLAH KURNIAKAN


JIKA KITA TIADA REZEKI...
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan 
menjaga harta dunia.
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.

JIKA IBU BAPA KITA SUDAH TIADA,
 PERCAYALAH ALLAH SWT SENTIASA BERSAMA KITA,
 WALAUPUN SELURUH ISI DUNIA MENINGGALKAN KITA SELAMANYA,
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
Bersabar.
Bersyukur.
Berusaha.
Berdoa.
Bertawakal.
(Datuk Dr Maznah Hamid)

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

1 APRIL..... HAPPY BIRTHDAY SWEET LOVE....buat ABANG


HAPPY BIRTHDAY SWEET LOVE....buat ABANG
wish you the best,
best life, best carreer, best health,
best faith, best iman N islam,
+ semoga Allah semakin sayang padamu
selamanya.....SAYANG ABANG DUNIA DAN AKHIRAT

Ya Allah kau berikanlah dia kebaikan di dunia dan akhirat..
aku cinta dia setulus cinta ku..
bahagiakanlah dirinya selamanya...
sejujur hati aku beri hati ini padanya
namun aku redha apa pun cubaan dari Mu Ya Allah..
tapi kau bahagiakan lah dia dengan kebaikan yang dia lakukan..
andai benar dia untuk ku,,
dekatkan hatinya dengan hatiku..
andai aku jujur dengannya,,
tunjukkan kejujuran cintanya padaku...
Ya Allah berilah rahmat atas hubungan yang sudah lama bertapak di hati ini...
ku tak mampu hidup tanpa memori dia di sisiku walaupn pelbgai halangan
menghalang hubungan kami..
aku tetap redha dan tetap menerimanya sebahagian dari kenangan hidupku..

Ya Allah berilah rahmat mu yg indah pada hari lahirnya hari ini
agar dia sentiasa mengingatiku hingga akhir hayatku..agar dapat berjaya dalam hidupnya..
maafkan Sayang Abang...SADnA..
rabbana taqabbal minna ya maula.


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in