Labbaik Allahumma labbaik…labbaik ‘ala syarika laka labbaik. Innalhamda..wanni’mata. Laka walmulk… Laa syari.ka lak……
Telah sekian lama terdetik di hati ini untuk kembali menjejakkan kaki kembali ke Tanah Suci Makkatul Mukarramah dan Al-Madinatul Munawwarah.
Impian dan harapan berserta doa tiap masa dilafazkan baik di hati mahu pun di bibir kerana keinginan itu sentiasa memuncak. Alhamdulillah, hasrat tercapai apabila mendapat ilham dari Allah SWT untuk sentiasa berazam menunaikan umrah berulangkali. Alhamdulillah takkala aku diuji dengan ujian yang bertalu-talu Allah memberikan aku hadiah yang terisitimewa...... Umrah Ramadan 2009 selama14 hari. Ini merupakan kali ketiga aku dijemput pulang ke mekah dan Madinah. Alhamdulillah.Alhamdulillah...Alhamdulillah.
Saat ini aku diuji Allah dengan pelbagai dugaan yang menimpaku. Tapi aku bersyukur kerana ujian Allah ini menjadikan aku hambaNYA yang teristimewa. Serahkanlah segala urusan kepada Allah kerana Allah lebih mengetahui.Seseorang yang tidak menyerahkan segala urusan hidupnya kepada Allah, bermakna dirinya tidak mendapat inayah daripada Allah SWT. Dirinya ditolak dan dijauhkan oleh Allah, ditutup pintuNya. Nauzubillah...
Dalam keadaan ini, maka nafsu berperanan ke atas dirinku dan menguasai segala tindak-tanduku. Akibat nafsu akan merenggangkan hubunganku dengan Allah.Aku takut jiwaku menjadi keras, menjadi insan yang hatinya tertutup untuk menerima kebenaran. Dirinya sering menghadapi kekejian Tidak ada lagi amal perbuatan dan kata-katanya menjadi ibadah. Inilah akibatnya kepada manusia yang menolak inayah, taufiq dan hidayah Allah. Aku bersyukur di saat jiwaku merudum aku dibawa pulang menunaikan Umrah. Bersama hati yang terluka, jiwa yang berderai aku kembali pada Allah SWT.
Justeru, mohonlah kepada Allah agar Allah mudahkan segala urusan hidup dan rezeki kita. semoga Allah memelihara kita daripada segala kesulitan dalam mencari rezeki. Janganlah Allah jadikan kita berada dalam kesusahan dan menjadi manusia yang bakhil disebabkan kurnia rezeki Allah kepada kita. bersyukurlah dengan ujian dan nikmatNya.
Janganlah kita menjadi hambaNya yang jauh dariNya. Pohonlah kepada Allah semoga rezeki yang dikurniakan kepada kita menjadi sebab untuk kita melaksanakan ketaatan kepadaNya, dan menjalankan tugas-tugas kehambaan. Alhamdulillah walaupun aku hilang seluruh aset dan tabunganku kepada insan yang aku cintai.Aku bersyukur kerana Allah SWT menjaga imanku. Aku redha dengan ketentuanNya buat diriku yang hina ini. Doakan agar Allah membuka pintu mata hati kita untuk melihat hukum-hakam Allah dan janganlah Allah menyerahkan urusan hidup kita kepada diri kita sendiri.
Bertuahnya aku menunaikan Umrah Ramadhan ini. Dalam bulan Ramadan ini memanglah umat Islam berpusu-pusu ke Makkah dan Madinah untuk beribadat kerana bulan ini adalah bulan berlumba-lumba beribadat . Saat ini aku melupakan segala masalah yang aku alami. Fokusku hanyalah beribadah. Di sana tempatnya dijanjikan Allah lebih berkat dan banyak pahalanya berbanding dengan tempat-tempat lain. Jika mempunyai wang eloklah mengambil peluang ini sementara badan masih sihat walafiat.Doaku agar seluruh keluargaku dan keturunanku akan menjadi tetamu Allah. Aameen. Apabila Allah mengurniakan kepada kita nikmat inayahNya kepada kita, maka Allah akan mementingkan segala urusan hidup kita dalam semua urusan hidup di dunia ini.
Allah akan membantu dan menolong aku dalam setiap urusan besar atau kecil, berat atau ringan, mudah atau payah. Allah akan mencurahkan segala kemurahannya kepada diriku. Maka apa jua yang aku hadapi dalam hidup ini akan menjadi baik, indah dan bermakna. Inilah yang dikatakan sebagai berada di bawah keredhaan Allah. Aku hanyalah hamba yang dapat merasai kurniaan ini tidak akan putus-putus memuji Allah SWT, dan tidak akan terhenti daripada melakukan amal kebaikan kerana Allah memilih aku berada dekat dengan pintu rahmat dan nikmatNya. Inilah juga tanda kita berada di bawah naungan payung taufiq dan petunjuk Allah.
Ku sedar aku adalah makhluk yang dicipta oleh Allah yang bersifat dengan sifat kehambaan dan tidak boleh melebihi atau melampaui daripada sifat tersebut.
Adanya manusia kerana Allah yang mengadakannya. Ini juga bermakna diri kita bukanlah hak milik kita, tetapi ia adalah hak milik Allah. Allah mengajar ku mendakwa sesuatu yang bukan milik kita dan bukan kepunyaan kita. Maka aku seharusnya tahu dan menyedari hakikat diri ini adalah makhlukNya dan hambaNya. Semoga Allah kurniakan diriku sifat kehambaan ; kefakiran, kehinaan, kelemahan dan ketidakmampuan.
Manakala sifat-sifat ketuhanan antaranya ialah Maha Kaya, Maha Megah, Maha Kuasa, Maha Kuat. Berdasarkan kepada hakikat inilah manusia hendaklah bergantung kepada sifat-sifat Allah. Aku redha Ya Allah....
Manusia yang sombong dan bermegah dengan ilmu, kekayaan, keilmuan, kekuatan adalah sifat-sifat membesarkan diri dengan sifat-sifat Allah yang tidak sepatutnya menjadi milik kita. Kepandaian, kekayaan dan sifat-sifat yang dikurniakan Allah kepada kita. Berilmunya kita kerana Allah yang memberikan kita ilmu. Kayanya kita kerana Allah yang memberikan kekayaan kepada kita.
Menikmati juadah berbuka puasa yang mungkin tidak dapat dijumpai di Malaysia, iaitu rutab bersama-sama dengan zabadi dan duqqah, dimakan bersama dengan roti. |
Semoga Allah jauhkan kita termasuk dalam golongan manusia yang menyombong diri dan sememangnya tidak layak untuk kita menyatakan demikian. Begitu juga jangan sesekali kita membayangkan bahawa itu adalah hasil usaha dan tangan kita.
Dengan memahami keadaan ini, maka akan berhajat kepada Allah agar Allah memberikan pertolongan kepada kita. Keadaan ini seumpama kita karam di dalam lautan yang luas dan bergelombang yang besar membadai. Waktu itu tidak ada yang mampu membantu dan menolong kita melainkan Allah yang dapat menyelamatkan diri.
Jika kita bergantung kepada yang lain selain Allah, dan mengharapkan bantuannya, maka ia tidak memberi apa-apa makna dan tidak berguna. Saat ini tidak ada dalam ingatan kita selain mengharapkan bantuan yang sememangnya dapat membantu kita. Ini kerana kita memang mengetahui daya kekuatan dan kelemahan diri kita. Yang pastinya kita tidak mampu menyelamatkan diri kita sendiri.
Kita berkeyakinan sepenuhnya bahawa jika kita tidak diselamatkan atau dibantu, maka kita berhadapan dengan kematian. Perasaan iman seperti inilah yang dikehendaki oleh Allah dan dikatakan sebagai seorang yang mempunyai iman yang mantap. Apabila perasaan mengharap seperti ini yang pastinya diterima oleh Allah jika kita memohon sesuatu kepadaNya. Inilah kunci rahsia Allah dalam menerima dan menolak permintaan hambaNya.
Syukur Alhamdulillah....aku hamba Allah yang bertuah kerana setiap kali aku ditimpa kesusahan, diuji dengan pelbagai dugaan yang menggoncang imanku tarikh keramat 08.08.09 yang menghancurkan seluruh perasaan akhirnya terubat setelah 09.09.09 aku pergi menunaikan UMRAH RAMADHAN
DOAKU AGAR SELURUH KELUARGAKU, INSAN-INSAN TERSAYANG, SAHABAT-SAHABATKU SERTA ANAK-ANAK DIDIKKU MENJADI TETAMU ALLAH.
SYUKUR AKU HAMBANYA YANG HINA INI SERING DIJEMPUT PULANG KE BAITULLAHILHARAM DAN MADINAH AL MUNAWARAH.
SEMOGA AKU AKAN BERULANGKALI PULANG KE SANA DAN AGAR ALLAH SWT MEMAKHBULKAN IMPIAN TERAKHIR DALAM HIDUPKU.
AAMEEN YA RABBAL A'LAMIN
No comments:
Post a Comment