As-Salam
Perginya ibu ku HAJAH SITI ESAH MOHAMAD selepas 9 bulan kami kembali dari menunaikan fardhu Haji pada tahun 2006.
Tahun ini sudah hampir 8 tahun ibu ku pergi meninggalkan kami sekeluarga.
Namun,
Tarikh keramat 08 April 1951 ini sentiasa dalam ingatan di mana tarikh ibuku dilahirkan ..
Jika ibuku masih ada, alangkah bahagianya hidup ini.
Alhamdulillah dengan nikmat kasih sayang yang Allah SWT anugerahkan buatku dan keluarga walaupun hanya seketika...Allah lebih menyanyangimu .
Akan ku ucap "Selamat Hari Lahir Ibuku Yang ke-63 Tahun" serta ku kucup pipinya tanda kasih sayang seorang anak dan akan ku hadiahkan hadiah yang membuatnya bahagia..
Tetapi
Hanya doa yang dapat mengiringimu wahai ibuku yang cantik jelita.
InsyaAllah, akan ku kirimkan doaku dan bacaan yassin untukmu.. Semoga ibu tenang di sana dan ditempatkan di tempat-tempat orang yang beriman. Aamin..
Yang menyayangimu,
-Anakmu-
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment