kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (226) suara hatiku (203) cinta....kasih..sayang...hubbyku (157) Alhamdulillah (153) nikmat Allah (145) ilmu (110) CHAPTER HIDUPKU..... (101) belajar (90) kerjayaku (79) Puisi/Sajak/Gurindam (75) memori oh memori (75) cabar minda (71) D'Perantauan (66) 1 entri 2 stories (65) nasihat (62) Aku Adalah Aku (59) Penulisan (55) BUKU (51) keluargaku (49) berita (47) kerjayaku...kemahiran (47) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Anak Pomen (36) Mari Melancong (35) dari seorang sahabatku (35) Travel logku (30) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) My Dreams Come True (27) resepi aku (27) ESQ165 (23) pengalaman (22) BUKU SOLO (21) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (21) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) katalog buku (15) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) Doaku (12) art theraphy (12) HOMEMADE SOAP (11) IABU (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) ANEKDOT (9) Pengumuman (9) berkebun (9) hobi (9) penerbitan (9) Aku Banggali (8) Aku Poshtun (8) BEDAH BUKU (8) PENTING (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) CONTEST D'moontest (7) Hari Rayaku. (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) Ayah (5) Cikgu Shikin Sayang (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) SELAMAT HARI GURU (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) shikin sayang (5) Aidilfitri (4) Bookreview (4) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Majlis Perkahwinan (4) Musibah (4) anak dagang di perantauan (4) kreativiti (4) pakistan (4) perniagaan (4) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) Karya Kreatif (3) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) isbn (3) kemahiran (3) umrah (3) ADIKKU (2) Aidiladha (2) Aku Boss (2) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) Business (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) Forever Living (2) Forever Loving (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) HARI GURU (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Kepimpinan (2) LABAIKK MINI MART (2) Mak Dan Ayah (2) Mengembara (2) PROJEK (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) balik kampung (2) e book (2) mindset (2) my video (2) pohon syurga (2) AI Skill (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Chapter hidupku (1) Chinese New Year (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) Entrepreneur (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) INFOGRAFIK (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Iron lady (1) KAKAK (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Kursus Online (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) Takziah (1) Tun Hasmah (1) UB (1) menulis (1) storybook (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Tuesday, September 9, 2014

Kerinduan yang tiada penghujungnya...


DOA SEBAIK SAHAJA MELIHAT KAABAH
 

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ،
اللهُ اَكبَر ،اللهُ اَكبَر ،اللهُ اَكبَر ،
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ  الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٍ . أَعُوْذُ بِرَبِّ الْبَيْتِ مِنَ الْكفْرِ وَالْفَقْرِ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَضِيْقِ الصَّدْرِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم .

 اللَّهُمَّ زِدْ بَيْتَكَ تَشْرِيْفًا وَتَكرِيْمًا وَتَعْظِيْمًا وَمَهَابَةً وَرِفْعَةً وَبِرًا وَزِدْ يَارَبِّ مِمَّن شَرَّفَهُ وَكرَّمَهُ وَعَظَّمَهُ مِمَّنْ حَجَّهُ وَاعْتَمَرَهُ تَشْرِيْفًا وَتَكرِيْمًا وَتَعْظِيْمًا وَمَهَابَةً وَرِفْعَةً وَبِرًّا.

Maksudnya ;
Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Tidak ada Tuhan melainkan Allah,
Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung .
Tidak ada Tuhan yang disembah  dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya, Tuhan yang memerintah segala sesuatu, bagiNya segala pujian dan Dialah Tuhan yang berkuasa ke atas tiap-tiap suatu, ku mohon berlindung dengan Tuhan yang empunya rumah ini (Kaabah) daripada kekufuran, kemiskinan, azab kubur, sempit fikiran, rahmat Allah dan sejahteranya mencucuri ke atas Saidina Muhammads.a.w, keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan, kebaikan, dan tambahkanlah kurniaMu kepada sesiapa juga yang memuliakannya (Baitullah) dan membesarkannya dari kalangan yang mengerjakan haji dan umrah dengan kemuliaan, kebesaran dan kebajikan.
AAMEEN YA RABAL A'LAMEEN

Labaikallahhummalabaik...labaikalah syari kalakalbaik...rindunya hanya Allah yang Maha Mengetahui..Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar
sudah  dua tahun aku tidak pergi ke sana..Ya Allah rindunya...
doa2.jpg
semua gambar ini diambil dari tabletku sendiri pada akhir kunjunganku tahun 2012.
Semoga Allah menjemputku lagi...... 
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”

Read more: http://ibuberbicara.blogspot.com/2012/12/solat-dhuha-doa-dan-cara-melaksanakannya.html#ixzz3CnO9hc7L
 besarnya nikmat yg KAU kurniakan buat hambaMU yang hina ini
 Subhanallah
 Alhamdulillah
 Allahuakbar
 MasyaAllah
 Tabarakallah
 Barakallah
 Ya Allah kurniakanlah nikmat ini buat semua ahli keluargaku,insan2 yang menyayangiku dan sahabatku
sampaikanlah kami dibumi Mu ini lagi 
 Limpahkanlah rezeki yang melimpahruah buat kami hambaMu yang hina ini
 Kurniakanlah rezeki yang halal dan berkat buat kami



“Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon kepadaMu agar dapat melakukan perbuatan-perbuatan yang baik, agar dapat meninggalkan semua perbuatan yang mungkar/buruk, agar aku mencintai orang-orang miskin, dan agar ENGKAU mengampuni dan menyayangiku..

dan agar ENGKAU mengampuni dan menyayangiku..

dan agar ENGKAU mengampuni dan menyayangiku..

Dan jika ENGKAU hendak menimpakan fitnah/malapetaka bagi suatu kaum, maka wafatkanlah aku dalam keadaan tidak terkena fitnah itu.

Dan aku memohon kepadaMU rasa cinta kepadaMU.. dan cinta kepada orang-orang yang mencintaiMU..

Dan aku juga memohon cinta kepada amal perbuatan yang akan mendekatkan diriku untuk mencintaiMU…”

(Hadis Riwayat Ahmad –hasan sahih, di akhir hadis ini, Rasul SAW bersabda, “Sesungguhnya doa tersebut merupakan hal yang benar, maka pelajarilah[hafallah] dan perdalamlah.”)
YA ALLAH AKU INGIN KEMBALI KE MEKAH DAN MADINAH  LAGI DAN LAGI....MAKHBULKANLAH HAJIAT DAN PERMINTAANKU
MAKHBULKANLAH IMPIAN TERAKHIR HIDUPKU

AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN
(TOLONGLAH AAMENEN KAN DOA SHIKIN.)
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas
luahan hati Sayang Shikin

Monday, September 8, 2014

CHAPTER HIDUPKU 40 : 4. 8. 010 PENGHIJRAHANKU KE LUAR NEGERI KEDAH .....TANAH TUMPAH DARAHKU


(Inilah CATATAN KU PADA  OKTOBER 2010 YANG LALU)
Alhamdulillah ,,,aku yakin Allah mengaturkan sesuatu yang terbaik untuk aku dan setiap apa yang aku lalui selama ini adalah pengajaran dari Allah agar aku mengenal manusia disekeliling aku.... banyak yang aku pelajari tentang kasih, sayang,benci dan dendam...aku bersyukur kerana aku adalah insan yang tetap sama yang aku kenal diriku..aku bersyukur kerana aku ada diriku.. Alhamdulillah aku bukanlah manusia yang suka bercakap tentang keburukan orang lain dan aku bersyukur kerana aku dapat mengenal manusia yang berada disekelilingku. Kakadang-kadang inilah peluang untuk aku mengenal manusia disekelilingku.Alhamdulillah.


Mungkin orang di sekelilingku melihat aku sebagai seorang yang terlalu sombong, penting diri, ego , kedekut, cakap besar, besar diri dan sebagainya. tetapi aku bersyukur aku bukanlah manusia yang mereka fikirkan kerana mereka tidak mengenaliku. Mungkin silapku juga kerana tidak membuka ruang untuk orang lain mengenaliku. Aku adalah manusia yang susah untuk merendahkan diriku sebab sejak azali aku ditakdirkan sebagai seorang yang besar dan tinggi..walaupun aku cuba untuk merendahkan diriku tetapi aku tetap gagal kerana aku sukar mengubah fizikalku.Mungkin inilah sesuatu yang aku tidak sedar bahawa perkataan merendah diri tu apa sebenarnya? Humble...lowprofile...rendah diri...pening sebenarnya ...aku memang tak boleh faham.

Bila aku bercakap orang kata aku nak menunjuk-nunjuk sedangkan hakikatnya aku ingin berkongsi dengan orang disekelilingku. Bila aku bercerita ada yang di depanku berpura-pura suka ...rupa-rupanya cerita aku dah gah seMalaya..bila aku ditanya...seikhlas hati aku memberikan jawapan tidak timbul riak di dalm hatiku tapi sebaliknya adalah nanti khabarnya sampai di telingaku ...mengatakan aku ...

Kadang-kadang aku hairan kenapa maanusia lain disekellingku suka mendengar dari orang lain..kenapa tidak bertanyakan pada diriku sendiri...tidak ada apa yang inginku rahsiakan tentang kehidupanku kerana bagi aku kehidupan aku sangat unik dan Allah ciptakan aku sebagai manusia yang sangat sempurna..Alhamdulillah aku bersyukur dengan setiap pemberian Allah kepada diriku ....aku tak pernah kurang walaupun sedikit. Allah sentiasa mengatur yang terbaik untuk aku...walaupun mungkin orang lain berkata aku manusia yang serba negetif tapi aku yakin pada Allah bahawa aku adalah hambanya yang terbaik dan seindah ciptaan aku bersyukur aku adalah Hjh Noor Ashikin bt Hj Shahrom @ Hjh Siti Esah anak kepada kedua ibubapaku yang sangat penyayang dan memiliki sebuah kehidupan yan sangat indah..memiliki adik beradik yang sangat baik dan saling sayang menyayangi dan memiliki sahabat-sahabat yang sangat ikhlas. Alhamdulillah.

Semoga Allah memanjangkan usiaku dan seluruh insan yang menyayangiku terutama keluarga, tunang dan sahabat2ku agar dapat beribadat ke jalan Allah. Semoga Allah melimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan penuh keberkatan dan kemakmuran agar dapat kami gunakan ke jalan fisabilillah dan keredhaan Allah. Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kehidupan yang terbaik buat diriku dan semua insan dalam hidupku dengan penuh kebaikan ,kesejahteraan, ketenangan dan kebahagaan. Semoga aku dapat meringankan beban insan-insan disekelilingku yang banyak membantuku terutama keluarga dan sahabat-sahabatku. Terima kasih kerana sentiasa memberi aku tunjuk ajar dan aku bersyukur pada Allah kerana Allah mengurniakan kehidupan yang baik buat semua. Sesungguhnya teguran yang diberikan walaupun secebis ayat ku bersyukur kerana kalian ikhlas dan sentiasa mendoakan kebaikan buat diriku. Alhamdulillah kerana aku dikurniakan kehidupan yang terindah...


Jatuh bangun..onak dan duri itu adalah ranjau kehidupan di atas pentas dunia yang pelakonnya adalah kita...wataknya adalah manusia dan biarlah ia menjadi episod indah yang akan membuatkan terukirnya senyuman tak kala kita mengenangkannya.......Aku bersyukur kerana keindahan dalam kehidupan yang aku lalui...dalam kehidupan , dalam kerjaya dan dalam persahabatan dan juga percintaan..2010 ..bermakna 39 episod telah kulalui.
http://shikinsayang.blogspot.com/2010/07/2010-bermakna-39-episod-telah-kulalui.html

Teratak 11B-2.1 KML

Updated over a year ago · Taken at KML,Labuan
dalam kesepian dan kelapangan yang tak tau nak buat ape? rumah luas dan kosong...pusing kiri dan kanan nampak didinding je...rindu rumah ...





Inilah Teratak ku di Kolej Matrikulasi Labuan...bemulanya episod episod baru dalam kehidupan yang membawa seribu misteri ke Labuan.
Alhamdulillah Allah mempermudahkan segala urusan ku semoga setiap apa yang aku lalui akan dipermudahkan oleh Allah SWT. semoga perjalanan dan perjuangan ku ini hanya kerana Allah SWT. Hanya kerana Allah aku melalui semua perjalanan dan perubahan  ini. 

Dah dapat pejabat baru,
Dah dapat rumah untuk tinggal
Dah dapat klien kelompok
Dah dapat klien Individu
Dah dapat kawan baru
dan apa yang  berubah di KML aku dipanggil MISS HJH NOOR ASHIKIN... kira rasa muda lah dan aku panggil pelajar Girls and Boys....dan  mereka panggil pensyarah SIR, Madam dan Miss...jadi ini perubahan barulah...
dan apa yang penting Alhamdulillah dah sembuh dari demam dan selsema. Alhamdulillah


Read more: SAYANG SHIKIN ....SIHAT....SELESA...SUPERB...SUPREME SUCCES...SOFISICATED..SEDERHANA http://shikinsayang.blogspot.com/search?updated-max=2010-08-15T20:16:00-07:00&max-results=10&start=10&by-date=false#ixzz3ChtVPFLO

Apa yang mereka kenal hanyalah 
Nama: BONDA HJH NOOR ASHIKIN BT HJ SHAHROM
Status: Berkahwin
Umur :40 tahun
Suami: Warganegara Asing  


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Thursday, September 4, 2014

RESEPI -RESEPI ISTIMEWA REMPAH SERBAGUNA MAKTEH BATU 10


Resepi Nasi Arab 
Bahan-Bahan untuk Ayam dan Nasi 
1 kg beras basmati (basuh dan toskan) 
1.5 liter air (untuk air rebusan ayam) 
2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja) 
1 tin kecil kacang peas 
1 cawan kismis 
3 biji cili merah 
3 biji cili hijau 
3 sudu besar minyak 
5 sudu besar minyak sapi 
3 sudu besar serbuk rempah serbaguna MAKTEH BATU 10 
(bancuh dengan sedikit air) 
Pewarna merah 
Bawang goreng 
Garam dan gula secukup rasa 
2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat) 
1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu) 
1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas) 


Bahan-Bahan Tumis
 
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih (dimayang) 
3 cm halia 
2 inci kulit kayu manis 
3 kuntum bunga lawang 
5 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga 
2 sudu kecil jintan manis 
1 sudu kecil jintan putih 
1 pokok daun sadri (daun sup) hiris 
1 pokok daun ketumbar 

Bahan-Bahan untuk Sos Salatoh
 
Buah tomato masak 
Cili hijau (ikut kepedasan masing-masing) 
Bawah putih 

Bahan-Bahan untuk Sos Zabadi 
Yogurt 
Timun 
Lobak merah 
Timun 
Bawang besar 
Tomato 
Limau nipis 

Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam 
1) Air disukat dalam periuk dan direbus terlebih dahulu. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan. 
2) Masukkan ayam dengan segera sementara mendidih. Ayam yang banyak direbus boleh dijadikan air rebusan yang lain. 
3) Masukkan labu bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam. 
4) Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk ayam juga. 
5) Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana kuat. 
6) Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu. 


Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi 

1) Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam kuali atau periuk yang lain.
2) Kemudian barulah diisikan minyak masak dalam kuali dan goreng bahan-bahan tumis sehingga naik bau dan garing. 
3) Masukkan bahan-bahan yang ditumis dalam periuk air rebusan ayam yang disediakan terlebih dahulu dan masukkan garam secukupnya. 

4) Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau dengan rata. 
5) Masukkan cili merah, cili hijau, air, gula dan garam. Biarkan mendidih. 
6) Cucikan beras sampai bersih (beras ini adalah warna kekuningan). 
7) Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa. 
8) Taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis semasa nasi telah masak. 
9) Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih. 
10) Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak. 
11) Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering. 
12) Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori. 

Cara-Cara untuk Memasak Ayam 
1) Ayam disusun dalam dulang untuk dibakar. Percikkan atas ayam dengan sedikit air sejuk, panaskan oven/ grill kepada suhu 200°C. 
2) Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan pewarna merah. Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian bawah ayam.
3) Ayam yang sudah siap diletakkan dengan garam secukup rasa. 
4) Masukkan ayam ke dalam oven/ grill dengan sekejap lagi kerana hendak membalikkan ayam tersebut supaya bahagian bawah juga dapat dipanaskan. 

Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Salatoh 
1) Campurkan semua bahan untuk salatoh. 
2) Tambahkan air dan garam secukupnya.
3) Semua bahan dikisar sekali dan akhirnya disediakan untuk campurkan dalam nasi dan ayam. 

Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Zabadi 
1) Campurkan yogurt dengan timun yang dicincang halus.
2) Campurkan dengan potongan lobak merah. 
3) Akhirnya, sos ini dihidangkan bersama dengan potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis. 
Cara masak bagi Nasi Arab adalah lebih kurang sama dengan nasi ayam, tetapi ayam akan direbus dengan bahan-bahan rempah, air rebusan dan kemudian digunakan untuk memasak nasi. Ayam tersebut pula akan dibakar. Keistimewaan Resepi Nasi Arab telah menarik perhatian pelbagai bangsa untuk mengisi perut di restoran-restoran atau cafe yang terkenal dengan makanan tersebut, samada Orang Melayu, Orang Cina dan Orang India, kadangkala termasuk juga Orang-orang Arab. 

Nasi Daging



Sate Daging atau Ayam
400 gram daging / ayam (tanpa tulang) - dipotong kecik
1/2 sudu teh garam
40 gram gula
lidi sate - direndam dengan air
3 sudu besar minyak masak
1 batang serai - dititik utk merenjis sate
Bahan dikisar :
4 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
2 biji buah keras
1 cm lengkuas
4 sudu rempah Serbaguna
2 sudu besar air asam jawa sederhana pekat
4 sudu besar santan ( ganti dgn susu cair pun boleh)
1 batang serai
Cara Membuat Sate :
Perap daging / ayam dengan bahan kisar, garam dan gula selama 3 jam ( lebih elok diperap semalaman)
Cucuk daging / ayam pada lidi sate. Lebihan bahan perap dicampur dengan 3 sudu besar minyak masak dan renjis gunakan serai yang telah dititik semasa proses pembakaran sate.
Kuah Kacang Sate
300 gram kacang tanah - disangai
100 gram gula pasir
150 gram gula merah
40 gram asam jawa
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan minyak masak
Bahan - Bahan Kisar :
2 biji buah keras
1 sudu besar ketumbar biji - disangai
1 sudu kecil jintan putih - disangai
1 susu kecil jintan manis - disangai
2 hiris lengkuas
2 hiris halia muda
20 tangkai lada kering - direbus
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
7 batang serai - dihiris
20 gram udang kering
Cara Membuat :
Satukan gula merah dan asam jawa - diramas dengan air yang cukup untuk mendapatkan air asam jawa. Bancuh kacang tanah kisar Satukan semua bahan dan gaul rata. Panaskan minyak dalam kuali
dan tumis bahan kisar hingga garing.Masukkan gula, garam, ajinomoto dan serbuk kunyit dan gaul rata
Masukkan bancuhan gula merah, air asam jawa dan kacang tanah tadi ke dalam bahan tumis.
Masak atas api yang sederhana hingga keluar minyaknya 

RESEPI SOTO SPECIAL

Sup
1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)
2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional
3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk
5. 2 inci halia muda, ditumbuk
6. 1 inci lengkuas, ditumbuk
7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang
8. Setengah paket REMPAH SERBAGUNA MAK THE BATU 10  dibuat pes
9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)
10. 20 biji lada hitam, dititik
11. 2 biji buah keras, kalau suka
12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih
sekurang-kurangnya satu jam
13. 3 sudu makan minyak masak
14. Gula dan garam
Cara
1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan pes REMPAH , biarkan sehingga naik bau
5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya
Pegedil
1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
2. ½ cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
3. ½ cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk
8. 10 biji lada hitam, dititik
9. ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa
11. 2 biji telur, dipukul
12. 2 cawan minyak untuk menggoreng
Cara
1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.
Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula
Cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.
D. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Wednesday, September 3, 2014

Gunakan Tanpa Was Was .....MOFA.MY

 Selamat Datang ke   MOFA.MY
Kami menjual pelbagai produk KEGUNAAN HARIAN YANG HALAL LAGI MENYAKINKAN. Pengilang Muslim. Jangan ragu! Kualiti produk sama seperti jenama terkenal diluar sana. Bertukar kepada yang lebih menyakinkan dan sokonglah Produk Orang Kita!
KATALOG PRODUK KEGUNAAN HARIAN

Untuk membuat pembelian, masukkan nilai di ruang kuantiti bagi setiap produk yang anda ingin beli, selesai klik butang TEMPAH SEKARANG.

 Pencuci Pinggan Mangkuk MOFA DISH
Cecair Pembersih Pinggan Mangkuk yang kuat menanggalkan minyak namun lembut pada tangan.
Net Weight : 1kg

Price / Harga : RM6.00

 Pembasuh Pakaian 
MOFA KLEEN
Cecair Pembersih Pakaian diformulasikan untuk membersih dan memelihara pakaian, memudahkan gosokkan, menjadikan pakaian bersih dan sangat harum. Halal & Tanpa bahan bersumberkan haiwan.
Net Weight : 2.8kg

Price / Harga : RM19.00


 Pelembut Kain 
MOFA SOFT
Pelembut Pakaian Tanpa Lemak Haiwan. Halal, Vegetarian dan Mesra Alam. Menjimatkan dan menyenangkan setiap gosokkan. Sangat harum dan membuatkan pakaian lembut dan wangi sepanjang hari.
Net Weight : 2kg

Price / Harga : RM14.00

 DRZ-AREV5

Net Weight : 30ml
Price / Harga : 
RM190.00 180.00

PROMO price + FREE Delivery !

DRZ Advanced Reviving Serum with AREV5 Stem Cell. Lebih Muda Berseri Dalam Masa 28 Hari. 
Atasi masalah kulit anda seperti kulit kusam, muka berjerawat, masalah pigmentasi, muka kering & berkedut dalam masa28 hari !
AREV5 adalah produk kecantikan yang dikeluarkan oleh pengusaha muslim tempatan yang menepati prinsip syariah. Ia menggunakan bahan-bahan organik dari Switzerland, Perancis, Italy dan Monaco yang terbukti secara saintifik untuk memperlahankan proses penuaan kulit.

 Famili Deodorant

Net Weight : 60ml
Price / Harga : RM6.50

Deodoran Anti-Peluh ini sesuai untuk digunakan dari remaja sehingga dewasa.


 Papaya Shampoo

Net Weight : 250ml 
Price / Harga : RM10.00

Menggunakan enzim betik yang secara saintifik terbukti untuk memperbaiki rambut yang rosak dan melembutkan rambut. Gunakan setiap hari untuk rambut yang berkilat dan lembut.
Rossa Shampoo

Net Weight : 250ml 
Price / Harga : RM10.00

Syampu yang dirumus khas dengan ekstrak daun bunga raya untuk membersih dan menyejukkan kepala serta menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
 Puraria Whitening Soap

Net Weight : 75gm
Price / Harga : RM12.00

Mengandungi Ekstrak Herba Pueraria Mirifica dan Arecha Catechu (pinang muda) untuk mencerahkan dan menegangkan kulit secara semulajadi. Gunakan setiap hari pada wajah dan seluruh badan untuk kesan yang optima. Untuk menegangkan kulit, biarkan pada kulit 3-5 minit sebelum membilas. Tanpa SLS, SLES dan Paraben
 Sabun VCO

Net Weight : 75gm
Price / Harga : RM12.00

Minyak Kelapa Dara sebagai pelembap dan emolien kulit semulajadi.Gunakan pada wajah dan badan untuk kulit yang lebih lembut dan licin. Tanpa SLS, SLES dan Paraben.
Sporty Deodorant

Net Weight : 60ml
Price / Harga : RM6.50

Untuk penjagaan diri, sesuai untuk semua jenis kulit mahupun yang berkulit sensitif. Deodoran anti peluh ini boleh menghalang bau badan.Rasa yakin dan segar sepanjang hari

 Glycerine Soap Base

Net Weight : 1kg
Price / Harga : RM19.00

Pembuatan sabun sendiri dapat mengelakkan anda dari bahan-bahan sintetik yang tersembunyi dalam sabun yang dikeluarkan secara komersial, adakalanya bahan wangian atau tambahan yang digunakan boleh menyebabkan gangguan hormon, antara lain-lain kesan dan mungkin tidak begitu sesuai pada kulit atau badan anda. Anda boleh buat sendiri menambah ramuan semula jadi seperti Bauan Serai Wangi, Limau Purut yang mana bau-bauan ini merangsang kesegaran badan dan minda.

Whitening Bath Gel

Net Weight : 1000ml
Price / Harga : RM16.00

Diperkayakan dengan kebaikan Susu, Madu Lebah, Vitamin B3 dan Ekstrak Pinang Muda yang digunakan turun temurun sebagai herba memutihkan kulit. Mandian Pemutih ini membersih, mencerahkan dan melembutkan kulit. Gunakan setiap hari untuk kesan yang optima.

Nak beli pm atau whatapps SHIKIN
01126437052

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in