kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (226) suara hatiku (203) cinta....kasih..sayang...hubbyku (157) Alhamdulillah (153) nikmat Allah (145) ilmu (110) CHAPTER HIDUPKU..... (101) belajar (90) kerjayaku (79) Puisi/Sajak/Gurindam (75) memori oh memori (75) cabar minda (71) D'Perantauan (66) 1 entri 2 stories (65) nasihat (62) Aku Adalah Aku (56) Penulisan (53) BUKU (51) keluargaku (49) berita (47) kerjayaku...kemahiran (47) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Anak Pomen (35) Mari Melancong (35) dari seorang sahabatku (35) Travel logku (30) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) My Dreams Come True (27) resepi aku (27) ESQ165 (23) pengalaman (22) BUKU SOLO (21) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (20) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) katalog buku (15) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) Doaku (12) art theraphy (12) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) IABU (10) ANEKDOT (9) Pengumuman (9) berkebun (9) hobi (9) Aku Banggali (8) BEDAH BUKU (8) PENTING (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) penerbitan (8) Aku Poshtun (7) CONTEST D'moontest (7) Hari Rayaku. (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) Ayah (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) SELAMAT HARI GURU (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) shikin sayang (5) Aidilfitri (4) Bookreview (4) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Majlis Perkahwinan (4) Musibah (4) kreativiti (4) pakistan (4) perniagaan (4) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) Karya Kreatif (3) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) isbn (3) kemahiran (3) umrah (3) ADIKKU (2) Aidiladha (2) Aku Boss (2) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) Business (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) Cikgu Shikin Sayang (2) FAKTA VS AOTA (2) Forever Living (2) Forever Loving (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) HARI GURU (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Kepimpinan (2) LABAIKK MINI MART (2) Mak Dan Ayah (2) Mengembara (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) balik kampung (2) e book (2) mindset (2) my video (2) pohon syurga (2) AI Skill (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Chapter hidupku (1) Chinese New Year (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) Entrepreneur (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) INFOGRAFIK (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Iron lady (1) KAKAK (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Kursus Online (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) Takziah (1) Tun Hasmah (1) UB (1) menulis (1) storybook (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Friday, June 30, 2017

BERSENDIRIAN ...


Kita tidak perlu bersedih kerana hidup bukan untuk bersedih hati.' Kejayaan' sukar untuk didekati kepada Orang yang jiwanya sensitif dan selalu bersedih hati .

Tetapi...

Ada masanya kita perlu bersembunyi
Ada masanya kita perlu bersendirian
Ada masanya kita perlu kesunyian
Ada masanya kita perlu keseorangan
Ada masanya kita perlu berdiam diri
Ada masanya kita perlu memerhati

Kerana...
Dalam kesunyian itu kita tahu 'kelemahan' kita
Dalam bersendirian itu kita tahu siapa 'kawan'
Dalam bersembunyi itu kita tahu 'musuh' kita
Dalam keseorangan itu kita tahu 'siapa' diri kita
Dalam memerhati itu kita nampak 'peluang'
Dalam berdiam diri itu kita dapat 'mendengar'

Apa yang kita perlu buat..?? Berfikirlah !!

Asahkan kembali bakat dan potensi diri kita
Kalau kapak tumpul tajamkan kembali
Kalau parang tumpul asahkan kembali
'Kalau tersesat kembali kepangkal jalan'
Pelajarilah sesuatu apa yang kita 'dapat'

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

YA ALLAH..langsaikanlah hutangku


Artinya:
“Ya Allah, Rabb yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Qur’an). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah).
Ya Allah, Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelahMu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang luput dari-Mu. Lunasilah utang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR. Muslim no. 2713)


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

PILIHAN YANG BIJAK


Pinjam catatan Shukor Salleh:
Kita nampak senang hari ini kerana kita berjaya sembunyikan susah kita.

Kita nampak hebat hari ini kerana Tuhan menutup segala keaiban kita.

Astaghfirullah. Ampunkan dosa-dosa ku dan dosa-dosa rakan-rakan ku yang membaca luahan hati ku... amiin.

'Jawapan' perjalanan hidup ini mengejar impaian dunia dan akhirat ketika aku sendirian malam di tepian pantai mengadap laut.

Semoga jawapan ini menjadi pedoman buat rakan-rakan sepejuangan ku.

________
Kita susah orang mengata, kita senang pun orang mengata.

Pilih senang sajalah!

--------
Kita tak buat orang mengata, kita buat pun orang tetap mengata.

Pilih buat sajalah!

---------
Kita malas pun orang mengata, kita rajin pun orang mengata.

Pilih rajin sajalah!

---------
Kita gagal pun orang mengata, kita berjaya pun masih orang mengata.

Pilih berjaya sajalah!

----------
Kita miskin pun orang mengata, kita kaya pun orang masih mengata.

Pilih kaya sajalah!

------------
Mulut orang mana boleh tutup, tak perlu susah payah nak fikirlah. Kita buat apa pun mereka tetap tak puas hati.

Biarlah mereka tu. Biarkan saja.

Kita buat sajalah apa yang kita suka, kita akan bahagia, pilihan kan di tangan kita.

Buktikan saja dengan keputusan. Kejayaan dan rezeki kan hadiah dari Tuhan.

Semoga kita semua di rahmati Allah.:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Sunday, June 25, 2017

ALHAMDULILLAH


ALHAMDULILLAH aku masih punya adik beradik saudara mara di dunia ini. Walaupun ini kali kedua merasa  malam raya dan pagi raya seorang diri. Adik beradik pakat atuq masa nak balik berhari raya bersama -sama. Syukur sangat . Allah takdirkan ku punya adik beradik sendiri. 24 thn tapa ayah dan 11 tahun tanpa mak tp setiap tahun adik beradik tetap beraya bersama. Cuma thn ni merasa seorang diri sbb anak buah masih si NICU di Taiping dan seorang baru keluar KPJ Taiping. Tapi mereka Shahril Shahrom n  Nor Aziah Osman tetap balik juga sbb tak sampai hati ku beraya seorang diri. Siap bawa ketupat rendang,nasi arab dan kek special bekal dari Noorhayati Shahrom dan Padat Jan. Kakak Normishah Shahrom dan abang  Abu Bakar  pula macam biasa petang raya akan sampai dari Belantik sbb setiap thn akan raya di rumah mak n ayah di sana dan bermalam di Teratak Aish. Raya ketiga Shah Non dan Manja Rohani serta Yati sekeluarga akan balik berhari raya. Hanya Allah yang mengetahui betapa bersyukurnya memiliki adik beradik. Semoga Shahrizal Shahrom bahagia sll bersama keluarga.  In sha Allah suatu hari nanti enam adik beradik kami dapat berhari raya bersama sama serentak.

Bagi mrk yg punya ibubapa, datuk nenek,anakanak ,adik beradik dan saudara mara hargailah mereka. Nikmat kasih sayang itu terindah dalam hidup ini. Alhamdulillah dengan nikmat Allah SWT.

Macam manalah insan yg tunggal di dunia ini tanpa sesiapa. Allahurobbi...apa perasaan mereka.....tanpa sesiapa. Pesan Rasulullah SAW agar kita menyantuni anak yatim piatu yg tidak punya tempat bergantung. Sebab tu kita kena ingat saat kita gembira ada insan lain yg menangis .
#yatimpiatu
#santunimereka
#ALHAMDULILLAH
#terimakasihadikberadikku
#sujudsyukur
#terimakasih

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

SALAM EID FITRI 1438H

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
*Taqabbalallahu minna wa minkum.*

_Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapat keampunanNya..._
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Text dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri.
* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
• ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★Hari Raya!★ 。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN....

🌹🌺🌻🌼🌸Noor Ashikin Shahrom🌺🌻🌼🌸🌹
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Thursday, June 15, 2017

ANDAI KITA MATI


_Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang  kita akan buat?_

_Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?_
_Mari kita baca jawapannya..._
------------------------------------------------

_Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)_

_*KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?*_

_*Satu*_
 _Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)_

_👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?_

_👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."_

_*Dua*_
_Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti._

_*Tiga*_
_Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh._

_*Empat*_
_Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah._

_*Lima*_
_Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah._

_*Enam*_
_Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?_

_1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga_

_2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan_

_3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka_

_4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur_

_5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)_

_6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan._

_7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat_

_8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)_

_9. Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan_

_10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya_

_11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia._

_12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)_

_13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar_

_14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa._

_15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi._

_16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati_

_17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan._

_18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia._

_19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan_

_20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh_

_21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian_

_22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2._

_*Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah*_:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda..

.salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Wednesday, June 14, 2017

Speak Up


My husband ...Do you
still remember how you used to get my heart?
still remember how you convince me to accept your love?
still remember how you write to me?
still remember how happy you are when I receive your love?
still remember how you  first kissed ?
still you remember how you convince me to be your  wife?
still remember the promises that you say?
that you will prove to everyone, that my choice would not be wrong?
that I would be happy? will love, protect and cherish all my life?

My husband
 ...
I remember every thing we have been through all this time ..
my husband ...
I have chosen you, I entrust my life, my happiness to you ..

my husband ..
what happened to you?
why did you let yourself lonely?
Was treasure who sue you?? so you submerge yourself in work?
no .. my husband ... do not say it for me too ...
if I demanded property, I would not choose to marry  you..
I just want a simple life with someone who loves me .. 
I love and
 have children from you ..

My husband
 ... what's wrong with me?
so that you sink into your world without hearing my cries?
please .. do not let your job, take your joy and even our love  ...
You know I will never leave you for whatever reason .. 
because
 I have chosen you ..
I'm responsible with my choice ..
but I'm afraid my love missing you ..

I believe in every word, even though every day you deny your promise,
but I still believe you'll keep your promise 
ya
 tomorrow .. tomorrow ... 
I'm
 sure you'll remember your promise and keep it ... 
every
 day I believe ..
I want us to fix all of this .. I want us to be happy ...


I love  you  and  really  miss  you.

Your  wife,

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Tuesday, June 13, 2017

Kehidupan


Kehidupan ini penuh dengan cabaran.
Hari ni AllahSWT menjawab persoalan yang bermain di kepala ini dengan mnghantarkan seorang insan yg berjaya dan cemerlang dalam hidupnya. Aku sangat mengagumi insan ini kerana dia sangat berdikari dan sangat berjaya dalam dunia keusahawaan dan juga akademik.
Rupanya beliau merasa diri tersisih dari keluarga dan juga dalam sosial kehidupannya. Semua melihat dia seorang yang sangat berdikasi, menolong dan membantu orang lain dalam menyelesaikan masalah dari sekecil kecilnya sehinggalah masalah yang besar. Beliau rasa dirinya tidak dihargai oleh orang lain kerana dalam hidupnya bila dia berada dalam kesusahan tidak ada sesiapa yang membantunya untuk menyelesaikan dan dia sendiri terpaksa berusaha dan berdiri sendiri sehinggalah masasalahnya selesai. Suami dan anak-anak pun menganggap dia seorang yang berdikari dan menganggap beliau boleh menyelesaikan semuanya sendiri. Beliau meluahkan rasa sedih dan terkilan. Merasakan dirinya tidak disayangi.
Sebagai seorang sahabat aku hanya mampu membantu membuka minda beliau agar melihat dari perspektif lain. Maka bermulalah......
Kenapa ?
Siapa ?
Yang lebih penting?
Mengapakah ?
Dimanakah?
Bagaimana?
Apa?
😭😢😪😓😦🤔🤕😈👺👽🤖👻💀
Akhirnya selepas 1 jam berdikusi beliau berkata..
"Subhanallah...rupanya kak sangat beruntung Allah SWT sangat sayangkan kerana Allah SWT yang membantu kak menyelesaikan semua tanpa bantuan dari orang yang pernah kak bantu. Lapangnya dada bila bercakap dengan kaunselor ni"😍😍😍😍😍😍😍
Allah SWT menghantar insan lain untuk menjawab persoalan yang sama dalam fikiran aku. orang melihat diri kita lebih hebat dan berdikari tetapi orang lupa kita juga insan yang perlukan perhatian, kasih sayang, belaian , pujian, penghargaan dan bantuan.
#kaunselor
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

*MENJIWAI SAKI BAKI RAMADHAN*


Assalamualaikum wbt..



Bulan Ramadhan adalah bulan berpuasa dan mendirikan solat malam.
HAKIKAT YG PERLU KITA HADAM BAHAWA, setiap detik dan minit di sepanjang  bulan Ramadhan adalah AMATLAH berharga..

Maka kerana itu para salaf dan para sahabat radhiallahu anhum amat menanti hari - hari yang penuh bermakna ini dari satu tahun ke satu tahun berikutnya tatkala menangisi pemergian Ramadhan dan mendoakan agar ketemu lagi Ramadhan yg akan datang.
Oleh yg demikian itu di awal2 bulan Rejab lagi mereka sudah mula berdo'a memohon kpd Allah SWT,
*Ya Allah lintaskanlah kami  bulan Rejab dan Sya'aban dan sampaikanlah Ya Allah ( sehingga ) kami bertemu bulan Ramadhan*

Beribadah puasa dan Qiyam di Bulan Ramadhan sungguh akan memberi kesan yang hebat pada jiwa2 yg beriman.
Justeru bersegeralah kita memacut lebih hebat lagi mengisi tiap detik sisa - sisa hari di bulan Ramadhan ini dengan Qiraat Quran dan Solat Malam.

Semoga bermanfaat:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Sunday, June 11, 2017

Mak Ngah Sayang Tehah


27 tahun yang lalu kau lahir ke dunia. Hari yang sama Mak Ngah mendaftar diri sebagai Guru Pelatih .
Hari ni genap 27 tahun terjun dalam dunia perguruan.
16/6/1990 mendaftar diri sebagai Guru Pelatih di INSTITUT PERGURUAN SULTAN IDRIS , TANJUNG MALIM.. hari yang sama my baby Nur Fatihah Zulkifli lahir ke dunia.  Lahirnya seorang anak saudara sebagaimana aku lahir sebagai seorang guru. Aku lah sebagai seorang yg tidak pernah terlintas untuk menjadi seorang guru atau pendidik dan akhirnya kini aku menjadi seorang Pensyarah Kanan di INSTITUT AMINUDDIN BAKI yang mendidik bakal Pengetua dan Guru Besar serta barisan pemimpin sekolah.

Semuanya adalah aturan Allah SWT untuk hambanya. Impianku untuk menghabiskan pengajianku diperingkat Phd dan bergelar Dr masih dlm kekaburan yang belum pasti bila berakhirnya percaturan ini. Allahuakbar yg mengatur perjalanan hambaNya. Anak saudaraku kin bergelar Dr Nur Fatihah Bt Zulkifli yang berkhidmat di Hospital Besar Kangar.

Mak Ngah masih terkapai-kapai dalam mengejar impian. My baby Nur Fatihah Zulkifli semoga beroleh keberkahan dalam hidup dan mencapai segala impian di hati. Semoga Allah SWT limpahkan rahmat buatmu. Bagi Mak Ngah  tehah tetap baby mak ngah selama lamanya. My sweet little angle. Luv you so much:)
Mak Ngah tiada hadiah yang istimewa buat Tehah melainka doa yang kutitipkan buat mu. Hanya Allah SWT yang mengetahuinya. Semoga Allah SWT kurniakan bahagia dan merahmatimu selalu. Semoga Allah SWT menjaga dan melindungimu dari setiap ain yang jahat serta melimpahi dirimu dengan kebaikan, keselamatan, kesihatan, kenimatan, kekuatan, kasih sayang, cinta sejati, rezeki yang melimpah ruah, ilmu yang bermanfaat, keampunan dan sentiasa membawamu ke jalan syurga Allah SWT. Jagalah dirimu. Mak Ngah sayang Tehah dunia dan akhirat.

ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in