|
Bangunan Pentadbiran KML |
Alhamdulillah berakhir sudah program bagi minggu ini....fuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhh lega!!!!!
Banyak yang aku belajar bila menjadi Ketua Jawatan Kuasa di KML ini..ini adalah kali kedua jadi Ketua AJK...memang sangat mencabar iman....tapi prinsip aku cuma satu kerja biar enjoy tapi mungkin orang tak boleh terima cara aku...
|
Always Smile.....senyum selalu.... |
Kalau kita mempermudahkan kerja orang Allah akan mempermudahkan kerja kita itu saja kata kunci yang aku selalu pegang....Janji Allah lebih dari segala-galanya bukan manusia yang menilai kita tapi Allah.
|
Memang suka senyum...tapi orang tetap kata aku ni garang....ish...ish...ish |
Alhamdulillah tugas yang diamanakah telah berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Cabaran macam selalulah ....mana ada kerja yang tak ada cabaran...Apa yang penting segalanya berjalan dengan baik...walaupun ada salah faham dan sikap negetif itu adalah adat dalam pekerjaan.
|
Lepas ni tak de lagi puteri-puteri Ayahman nak tunggu aku balik dari kerja... |
Pengalaman dua puluh tahun aku berkecimpung dalam dunia pendidikan ....secara jujurnya cabaran tetap ada dan kerjasama bukalah mudah diraih...Aku tidak ingin mengubah apa-apa yang telah indah disusun tetapi lebih suka untuk mempermudahkan kerana aku snediri suka kerja yang dipermudahkan dan enjoy...mengapa aku akan membebankan orang lain.. Apa yang penting pembahagian tugas yang adil dan saksama...
Pengalaman bekerja aku melihat sikap yang kurang menyenangkan yang kadang-kadang mungkin dianggap biasa. Dalam sesebuah organisasi kita biarlah ada sikap suka membantu dan mempermudahkan bukannya sikap suka bertepuk tangan bila orang susah...Lagi satu aku rasa sikap memper'gunakan' orang yang baru adalah satu sikap yang tidak sihat.
|
Indahnya kediaman aku.......heheheheheh |
|
Sejauh mata memandang |
Dalam organisasi perlu ada sikap membimbing dan tunjuk ajar...Yakinlah Allah akan mempermudahkan segala urusan kita bila kita mempermudahkan urusan orang lain. Janganlah yang sedap kita je yang rasa tapi yang basi bagi kat orang....kat pepatah orang kedahlah..
Tanggungjawab kita sebagai penjawat awam bukanlah mudah..janganlah kita berkira-kira atau terlalu berkira dengan kerja yang kita lakukan sebab kita tak tahu kadang-kadang kita telah 'mencuri' dalam kerja kita jadi 'GANTI' lah apa yang kita curi itu dengan keikhlasan kita menjalankan tugas.
|
Stadium KML |
Selama 10 bulan aku berkhidmat di KML aku rasakan ianya adalah satu suasana yang baru.... Labuan bukanlah tempat buangan orang yang slah atau dipulaukan ....walau hakikatnya ianya hanyalah sebuah Pulau Kecil..
|
Garaj ...Dewan Mutiara |
Ada pendapat mengatakan 'Jangan cuba mengubah keselesaaan orang pulau?...dan Jangan cuba Mengubah "...pada mulanya aku tidak faham tetapi sekarang aku faham maksud sinis ini...Siapa sebenarnya orang pulau?????
|
Dewan Mutiara |
Budaya Kerja Cemerlang adalah terletak pada diri kta sendiri bukan pada orang lain... biarlah manusia sekeliling kita menilai kita ...dan sememangnya kita bukanlah manusia yang hebat dan smepurna tidak ada kelemahan...berilah tunjuk ajar agar suatu ketika Allah akan membantu kita tak kala kita memerlukan ...
|
Kuarters kediaman...indahnya |
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu)-untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya"..AL MULK :2
Biarlah Allah yang menilainya..
Sesungguhnya Allah suka kepada seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan tekun dan bersungguh-sungguh."
Riwayat Baihaqi
TERIMAKASIH KEPADA SEMUA INDIVIDU YANG TERLIBAT DALAM MEMBANTU AKU MENJAYAKAN PERLAKSANAAN PROGRAM PEMENTORAN INI. HANYA ALLAH YANG MEMBERI BALASANNYA. KEPADA ALLAH AKU KEMBALIKAN SETIAP URUSAN. YANG BAIK ITU DARI ALLAH DAN HIDAYAHNYA DAN LEMAH ITU DARI DIRIKU SENDIRI.
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment