Doa ketika Sakit 10
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً
Ertinya
: Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan
menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca "
Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia,
sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang
kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan
kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)
كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه البخاري)
Ertinya
: Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan
Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta
perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak
iaitu : "Aku berlindung dengan
kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk
berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat
jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)
أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ
اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ
أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ
Ertinya
: Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad,
adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas "
Bacalah "Dengan nama Allah yang
mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari
kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan
dengan namaNya engkau disembuhkan" Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna biru :
أنه
شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له
رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله
ثلاثا , وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Ertinya
: Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang
terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan
berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan
bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari. ( Riwayat Muslim)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض
Imam Ibn Qayyim berkata “dari kaedah pelindung dan penyembuh dari hasad mata dan yang sepertinya adalah membaca dau Qul ( Surah An-Naas dan Al-Al-Falaq) dan Al-fatihah, ayat Kursi dan lain-lain doa dari hadis nabi” iaitu antaranya seperti di atas. (At-Tibb al-Nabawi, hlm 168)
SYUKUR ALHAMDULILLAH DENGAN NIKMAT KESIHATAN YANG ALLAH KURNIAKAN BUAT DIRI KITA...
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
WALAUPUN SAAT WARDEN INI KULALUI SEORANG DIRI...SYUKUR KEPADAA ALLAH KERANA MENGURNIAKAN KEKUATAN UNTUK KUTEMPUHI KEHIDUPAN INI. HANYA ALLAH WALIKU....
ALLAH SWT MENYAYANGIKU....ALHAMDULILLAH DENGAN KASIH SAYANG ALLAH BUATKU.....
ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment