Logo Sekolah SMK Jabi |
Bangunan utama....... tar yang sponsor pada tahun 2001 ...hasil kerja bersama Hjh Siti Aminah PK 1 ketika itu |
Lanskap yang semakin menarik |
Kod KEA 2178 |
Tempat jatuh lagikan di kenang inikan pula tempat aku bertugas yang paling lama..6 Tahun hanya disekolah ini. Ini bermakna aku berjaya menyahut cabaran Dato Hj Hassan Hashim utk mengajar atau bertugas di sini lebih dari lima tahun.
Segala- galanya di sini...di bawah pentadbiran tiga orang pengetua :
1. Hjh Azizah Salam
2. Hjh Esah Mohamad Sham
3. Hj Zulkifli Khamis
Segalanya berubah...Alhamdulillah semakin hebat.. |
Tapak perhimpunan sebelum 2000 memang sangat menyedihkan sebab berlubang lubang dan org luar terutama pihak atas asyik lepas tangan dan pelbagai tekanan yang diterima oleh SMK JABI akibat dari SOALAN MATEMATIK yang berbaur politik...dan ketika aku masuk sekolah ini memang Pengetua HJH AZIZAH SALAM ketika itu sangat dingin dengan aku atas tiga sebab....PERTAMA Jawatan kaunselor yg aku pegang dibayangioleh kaunselor kesayangan beliau yg kini merupakan Prof Madya di UUM, KEDUA aku dari sekolah SMK Sultanah Asma dan dia memang ada ketidakserasian dengan PN HJH CHE HASNAH ABDULLAH kerana mereka ada cerita silam yg sukar dipadam....KETIGA sebab aku ni dihantar secara pentadbiran oleh Datuk HASSAN HASHIM maka ...setelah beberapa lama aku di SMK Jabi barulah aku tahu kenapa dia dingin terhadap aku..tapi akhirnya seblum dia bersara barulah dia ceritakan segala kisah yg menyebabkan dia trauma dan mengalihkan trauma kepada aku.....tapi syukurlah dia sedar selepas peristiwa kematian guru di SMK Jabi ..Pn Hurriyah Menawwar yg sangat baik...suka pokok bunga dan masakan..... sehingga hari ini aku masih ingat pada Kak Hurriyah yang baik hati..Al Fatihah buat Kak Hurriyah Menawar.
Wakaf Ilmu yang di sponsor oleh Kerajaan Negeri dan Bapa Angkat Z&Z |
Alhamdulillah semasa bersama Datin Siti Amina@Kak Siti, Kak Ton, dan beberapa PK yang masukdan keluar (maaflah lupa nama)...banyak pembangunan yang dibuat dan diteruskan oleh guru-guru di sini. Cikgu-cikgu yang sezaman yang banyak berhempas pulas untuk bangunkan SMK Jabi ...Maslela, Rubiah, Rahmah, Zakaria, Koliah, Sharon Niza, Mariah, Noraziah, Faredah, Faridah,Tom, Rodziyah, Shuib, Hasan HH, Ramli, Mahyuddin, Raziwafa, Muzainah, Uts Rahim, Utz Nordin, Haslinda, Ramlee Latif, Hasiah,Utz Azhar Ropeah, Roudzoh, Latipah, Hj Ahmad ...mhmmmmm memang ramai yang terlupa nama...dan yang dah meninggalkan SMK Jabi.
Keanangan yang sangat aku suka ketika berada di sini adalah ketika bersama dengan cikgu-cikgu untuk bertungkus lumus membangunkan jabi walaupun orang luar memandang jjabi sekolah yang ppaaling teruk dengan pelbagai masalah tapi kami guru-guru dan pentadbir tidak pernah putus asa...Masa era kami ada Bapa Angkat Sekolah iaitu Z&Z yang banyak menyalurkan dana ke sekolah melalui zakat dan projek pembangunan. Syukur dengan kehadiran Datuk Syed Jamal yang banyak memberikan peruntukan dan menolong menyalurkan kepihak atasan dengan kerajaan negeri ketika itu. Bapa angkat sekolah ini sebenarnya adalah usaha Datin Siti Aminah jadi bila Kak siti keluar banyak juga yang keluar dan aku sebagai pemegang amanah pun akhirnya keluar dari SMKJ 2006 dan memandangkan selepas HJH ESAH MOHD SHAM sebagai pengetua bersara...dan datang dengan polisi baru akhirnya bapa angkat sudah hilang bersama dengan keluarnya aku dari SMK Jabi.
Banyak projek yang kami bawa masuk ke SMK Jabi bersama guru-guru dan juga pelajar SMK Jabi....
Antara Projek Pembangunan dlm tempoh 6 tahun:
1. Projek Tar
2. Unit Bimbingan Dan Kaunseling
3. Wakaf Ilmu
4. Laluan Gajah Menyusur
5. MAJALAH SEKOLAH
6. Ladang Nangka dan buah Naga
7. Gerbang Sekolah
8. Projek Bilik Khas : Bilk Mesyuarat, Pejabat, Bilik Guru, Kafetaria, Surau dan Perpustakaan
Lanskap baru...syabas |
Alhamdulillah kini SMK Jabi telah berwajah baru dan bertambah makmur...
Enam tahun aku bersaka di SMK Jabi dan syabas buat teman-teman yang masih di SMK Jabi dari dulu hingga sekarang...Al Fatihah buat sahabatku yang telah meninggal dunia..ShahronNiza, Hashim dan Kak Hurriyah...merekasememangnya rakan setugas yang sangat hebat dan komited pada tugas. Orang yang sentiasa memberikan kerjasama ketika tugas diberikan.
Kenangan gurru bersama dengan PnHjh Esah Mohd Sham....pengetua yang sangat aku sayangi.. |
Uniform PRS yang diasakan pada tahun 2003.....tapi rasanya sekarang PRS dahtakpakai uniform lagi |
My lovely PRS 2006 |
Gambar dari FB cikgu baru SMK Jabi |
kenangan Terindah |
CERIANYA AKU SEMASA DI SMK JABI
Bersyukur kehadrat Allah dengan segala yang Allah SWT kurniakan sepanjang aku di SMK Jabi:
1. Menunaikan fardhu haji
Teringat ketika menunaikan haji 2005/2006 ...aku membawa semua senarai nama pelajar ikut tingkatan dari tingkatan 1/2005 hingga tingkatan 5/2005 ...dan setiap nama merekka aku bacakan doa dihadapan Kaabah sehinggakan orang yang dalam Masjidil Haram pelik senarai appalah yang aku bawa..dan baca doa setiap seorang utk anak murid dan guru kelas mereka...Alhamdulillah semuanya lebih dari 1300 orang pelajar ..TAPI AKU TERLU MEMBAWA SEKEPING SAHAJA SENARAI NAMA..IAITU KELAS 5 AL SHAFIE..syukur Alhamdulillah dalam kelas meereka boleh dikaytakan kesemuanya aku ingat nama dan muka sebab mereka terlibat secara keseluruhan dallam program utk pelajar cemerlang SPM yang asyik kena hentam dengan aku setiap minggu sebab mereka wajib datang melapurkan diri setiap hari di UBDK AL QANAAH dan banyak tugasan yg aku berikan pada mereka sebab nak bantu mereka cemerlang...walaupun ada yg sakit hati dengan aku tp niat aku cuma nak mereka berjaya....
Teringat lagi bergaduh dengan Kak mariah gara-gara berebut budak...dia pula asyik buat program peerdagangan hahahaha n tanam pokok sayur...n aku pula asyik suruh depa buat karangan sampai beratus karangan BI dan BM maunya mereka tak lari....tapi alhamdulillah prestasi SPM tahun 2005 meningkat dan ramai yang dapat masuk Universiti... syukur Alhamdulillah
Teringat ketika menunaikan haji 2005/2006 ...aku membawa semua senarai nama pelajar ikut tingkatan dari tingkatan 1/2005 hingga tingkatan 5/2005 ...dan setiap nama merekka aku bacakan doa dihadapan Kaabah sehinggakan orang yang dalam Masjidil Haram pelik senarai appalah yang aku bawa..dan baca doa setiap seorang utk anak murid dan guru kelas mereka...Alhamdulillah semuanya lebih dari 1300 orang pelajar ..TAPI AKU TERLU MEMBAWA SEKEPING SAHAJA SENARAI NAMA..IAITU KELAS 5 AL SHAFIE..syukur Alhamdulillah dalam kelas meereka boleh dikaytakan kesemuanya aku ingat nama dan muka sebab mereka terlibat secara keseluruhan dallam program utk pelajar cemerlang SPM yang asyik kena hentam dengan aku setiap minggu sebab mereka wajib datang melapurkan diri setiap hari di UBDK AL QANAAH dan banyak tugasan yg aku berikan pada mereka sebab nak bantu mereka cemerlang...walaupun ada yg sakit hati dengan aku tp niat aku cuma nak mereka berjaya....
Teringat lagi bergaduh dengan Kak mariah gara-gara berebut budak...dia pula asyik buat program peerdagangan hahahaha n tanam pokok sayur...n aku pula asyik suruh depa buat karangan sampai beratus karangan BI dan BM maunya mereka tak lari....tapi alhamdulillah prestasi SPM tahun 2005 meningkat dan ramai yang dapat masuk Universiti... syukur Alhamdulillah
2. Business yang lumayan
3. Sarjana Sains
4. Jurulatih utama peringkat kebangsaan bg PRS dan AADK
5. Pembentang kertas kerja peringkat Kebangsaan
6. Penggubal Modul Kepimpinan Negeri dan kebangsaan
7. Penggubal Mdul PPDA negeri dan kebangsaan
8. Pengubal Modul Cism KPM
10. Penggubal Modul Trauma KPM
etc
5. Pembentang kertas kerja peringkat Kebangsaan
6. Penggubal Modul Kepimpinan Negeri dan kebangsaan
7. Penggubal Mdul PPDA negeri dan kebangsaan
8. Pengubal Modul Cism KPM
10. Penggubal Modul Trauma KPM
etc
5Mewakili negeri ke Seminar dan perbentangan kerja peringkat kebangsaan
Alhamdulillah semasa di SMK Jabi aku memang manusia yang sangat bahagia dan aku bersyukur kerana mendapat sahabat guru dan juga pengetua yang penyayang...adatlah kalau kat mana pun tetap ada yang tak sukakan kita tapi di SMK Jabi semuanya sangat membahagiakan.
Betapa bahagia mak sebab tengok anaknya terima anugerah dari Tuanku Sultan Abdul Halim Shah
Mak juga sangat ceria sebab ketika ni mak sihat dan adik adik mula graduasi . Shahril antara yg bertuah kerana mak sempat hadir majlis Konvokesyen.
Bahagianya mak sebab tahun yang sama 2005 kami menunaikan haji
Ketika di SMK Jabi aku adalah manusia yang penuh dengan ceria dan kalau garang tu nak buat macam mana .....hihihihi memang dah garang sejak menjadi guru...jadi memang aku adalah Kaunselor yang banyak guna pendekatan Gestald n REBT jadi memang tindakan aku lebih tegas dan lebih banyak berbentuk pendidikan. Aku selalu berpesan dengan budak yang nakal ...cikgu hanya nak awak berubah kerana kalau awak berjaya mengubah sikap awak menjadi manusia yang berakhlak dan berilmu akamu akan ubah tujuh keturunan kkamu menjadi manusia yang berguna.
Cikgu berjaya kerana adanya doa dari anak-anak murid cikgu.... sejak cikgu menjadi pendidik samada guru pra, guru bimbingan, guru PJ, guru bahasa, guru Sains, Guru matematik ataupun Kaunselor ...cikgu adalah manusia biasa dan doa anak-anak murid cikgulah yang menjadikan cikgu cemerlang...sebab tanpa anak murid cikgu siapalah cikgu...Ingatlah cikgu sentiasa doakan anak murid cikgu di akhir solat cikgu agar setiap anak murid yang pernah menjadi anak murid dan anak didik cikgu yang memanggil cikgu "CIKGU SHIKIN" cikgu sentiasa doakan agar anak-anak murid cikgu berjaya dengan cemerlang untuk dunia dan akhirat sertaa menjadi anak yang soleh/solehah buat kedua ibubapa anda....buat anakanda bonda ..kalian juga anak murid bonda...doa buat kalian tidak pernah putus selamanya.....sebab cikgu selalu kata...apalah hak cikguuntuk beroleh doa dari anak-anak murid cikgu kalau cikgu tak pernah doakan kalian....Salam sayang dari Cikgu Shikin Sayang
....
P/S GAMBAR YANG TERANG DAN CANTIK NI SEMUANYA AMBIL DARI ALBUM CIKGU NAIM BAHARUDIN...KREDIT UTK CNB YANG KELABU TU SNAP DAARINALBUM...SBNRNYA BERALBUM GAMBAR KKAT SMK JABI NAK SNAP SEMULA ALMAKLUMALAH.....
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment