Ruang legar |
Papan Kenyataan yang padat dengan informasi |
Menghijau pokok pokok pasu yang sentiasa disiram |
Maklumat lengkap untuk kegunaan warga IPGM |
Papan tanda nama...lama walaupun selepas 2008-2010 jawatan di lantik oleh KPM: Jawatan Ketua Unit Kaunseling Pentadbir |
Damai |
SETELAH DUA TAHUN BERADA DI BILIK KAUNSELING YG SATU BLOK DENGAN PENTADBIRAN PENGARAH MEMBERI AKU SEBUAH BILIK KOSONG UNTUK DIUBAH MENJADI BILIK KAUNSELING DENGAN SEBARANG PERUNTUKAN.......MAKNA KATA TIADA PERUNTUKAN....
ALHAMDULILLAH CABARAN INI ADALAH MENZAHIRKAN SIAPA DIRI KITA SEBENAR....IBARAT SEBUTIR BENIH WALAUPUN KITA DIBUANG KE LAUT TETAP AKAN MENJADI PULAU...AKHIRNYA KLINIK KAUNSELING YANG AKU IDAMKAN MENJADI KENYATAAN.
5. CADANGAN KLINIK KAUNSELING ASAS
Ruang untuk berilusi...pejabat tanpa dinding |
Perkakasan yg kubawa lari dari bilik kaunselor pentadbir memandangkan zerro costing |
5.1 Bilik klinik kaunseling (UNIT)
Sebuah bilik yang mempunyai keluasan yang sesuai untuk menempatkan bilik terapi, bilik alat pengujian, bilik kelompok, bilik kaunseling individu ,anjung tamu dan ruang pejabat.
Ceria |
Cadangan bilik berhampiran Unit Hal Ehwal Pelajar atau mana-mana bilik yang sesuai. Bilik sekarang juga sesuai jika ianya dapat diubahsuai tetapi ianya sekarang dijadikan galeri maka adalah elok Klinik Kaunseling ditempatkan di tempat lebih bersesuaian mengikut pertimbangan pihak pentadbiran.
Semuanya dibuat sendiri |
Hias dengan apa yang ada |
Syukur dengan nikmat Allah |
Ruang BIBLIO THERAPY |
TERAPI minda |
Kata motivasi disetiap sudut |
Biblio Therapy |
Anjung Tamu merupakan tempat utama yang menjadi daya
penarik dan penyembuhan. ’Pandang pertama’ yang memerlukan daya tarikan seolah
mengalu-alukan tetamu yang datang. Bilik ini memerlukan:
1.
Set
kerusi rehat
2.
Bunga
perhiasan
3.
Cermin
4.
Meja
pelawat
5.
Peti
sejuk
6.
Coffee
Corner
7.
Meja
pejabat
Failing sistem |
Bilik yang menempatkan peralatan untuk terapi. Ianya menyediakan ruang terapi kepada klien seperti:
5.1.1 Massage therapy
Terapi urutan menggunakan mesin pengurut yang terdapat
dipasaran. Cadangan jenama OGAWA atau Takshima sesuai untuk pelbagaian aktiviti dan mudah
digunakan oleh klien. Rasionalnya ianya agak mahal dan sudah pasti klien tidak
dapat membelinya dirumah sendiri. Dua jenis mesin yang dicadangkan iaitu:
1. Mesin
berbentuk kerusi urut
2. Mesin
untuk urutan kaki sahaja
5.1.2 Aroma
therapy
Terapi
aroma merupakan tereapi menggunakan haruman-haruman semulajadi yang mana ianya
berbentuk minyak, cecair, pepejal dan
spray. Saya mencadangkan agar ditempatkan aroma terapi yang bersesuaian dengan
suasana institut iaitu:
1. Lampeberger
Aroma
2. Pati
/ minyak haruman rawatan
3. Jeli
beraroma
4. Lilin
beraroma
5.1.3 Audio
therapy
Terapi audio menggunakan alunan muzik, dan zikir. Keperluan asas untuk terapi ini.
1. Radio Hi-fi
2. Head phone
3. CD yang bersesuai yang boleh didapatkan dari pasaran atau
koleksi peribadi pegawai kaunseling sendiri.
4. Rak CD
5.1.4 Visual
therapy
Bilik Therapy |
Terapi
visual adalah sejenis terapi yang menggunakan gambar, lukisan dan juga koleksi
benda maujud. Saya sarankan untuk klinik kaunseling ini kerjasama dengan pihak
Jabatan Kajian Sosial untuk mendapatkan gambar atau lukisan yang bersesuaian.
1.
Optical illusion
2. 3
D Collection
3. Lukisan
pemandangan pelbagai
4. Dan
lain-lain yang bersesuaian
5. Cermin
besar
5.1.5 Video
Therapy
Terapi ini menggunakan video atau koleksi cerita dari
petikan-petikan filem. Terapi ini masih kurang popular di negara kita tapi
ianya sangat meluas di lauar negara. Terapi ini memerlukan keperluan asas
seperti:
1. Televisyen
2. Pemain VCD
3. VCD pilihan yang
bersesuai yang boleh diperolehi dari pasaran dan juga pusat sumber.
5.1.6 Art therapy
Terapi ini sangat meluas digunakan dan di IPDA sendiri
ianya sangat diminati oleh para pelajar terutamanya. Ia sering digunakan dalam
kursus-kursus anjuran unit kaunseling sendiri. Untuk terapi ini kemudahan asas
sedia ada dan dibekalkan oleh pihak setor dari masa ke masa.
1. Kertas lukisan
2. Crayon
3. Pensil warna
4. Water Colour
5. Kertas Warna
6. Kertas Mahjong
7. Alat tulis
5.1.7 Play therapy
Terapi ini sangat
popular digunakan untuk merawat trauma dan juga klien yang kurang
bercakap. Terapi mainan ini memerlukan pelbagai peralatan mainan yang boleh
didapatkan dari kedai mainan dan ianya perlu kan bahan-bahan asas seperti
1. Rak menyimpan (sedia ada)
2. Barang permainan mengikut konsep
3. Meja jepun
4. Takungan Pasir
Ilusion |
5.1.8 Terapi Fizikal
Ujian Psikometrik |
Terapi ini
melibatkan senaman kenastetik dan juga peralatan-peralatan bantuan senaman. Di
klinik kaunseling kita tidak memerlukan terlalu banyak alatan senaman untuk
kegunaan klien memadai dengan beberapa alat senaman yang bersesuai. Antaranya:
1. Punch Box ( Boxing Equipment)
2. Alat pejalan kaki
3. Basikal statik
4. Excercise Mat
5. Bola
Kelengkapan ujian Psikometrik ...pigeon hole lama yang dicat dan diubahsuai |
5.1.9 Lain-lain
keperluan untuk bilik ini ialah
1. Sinki
2. Cermin
3. Bunga hiasan
4. Kabinet sudut untuk menempatkan peralatan
Kutip je bahan terbuang dan buat semula |
kitar semula |
5.1
Bilik
Alat Pengujian Psikologi
Bilik yang menempatkan alat-alat pengujian psikologi dan
juga kesihatan asas serta bahan-bahan
pembacaan. Di bilik ini juga dijadikan ruang terapi iaitu Biblio therapy.
5.4.1 Alat
Pengujian Psikologi yang boleh ditempatkan di Klinik Kaunseling
1. Inventori Personaliti Tajma
2. Inventori Personaliti Sidek
3. Inventori Personaliti Warna Sidek
4. Inventori Pengurusan Tekanan
5. Inventori Minat
6. Inventori Kiarsey
7. Inventori Gaya Bercinta
8. Inventori Organisasi Yang Menyelesakan
9. Senarai Semak Kebimbangan 1 dan 2
10.
Senarai
Semak Masalah Mooney
Alat-alat pengujian psikologi ini hanya boleh ditadbir
oleh kaunselor bertauliah dan juga dengan bimbingan kaunselor.
5.4.2 Alat pengujian kesihatan
1.
Penimbang
berat badan
2.
Pengujian
tekanan darah
3.
Pengujian
tahap gula
4.
Pengujian
kolestrol
Alat-alat mudah ini boleh digunakan dengan bantuan
kaunselor sahaja dan mengikut prosedur keselamatan kesihatan. Kaunselor
bertauliah boleh menggunakan peralatan-peralatan ini.
5.4.3 Biblio Therapy
1.
Komputer
untuk access internet
2.
Bahan
Bacaan untuk kesihatan mental
3.
Koleksi Bacaan ilmiah yang sesuai untuk kesihatan
mental yang dijilid sendiri oleh Pegawai Kaunseling
4.
Pekeliling-pekeliling
perkhidmatan yang sesuai
5.
Modul-modul
kaunseling dan psikologi
6.
Prosiding
seminar Kaunseling dan Psikologi
7.
Kertas
kerja atau penulisan ilmiah berkait dengan Kaunseling Dan Psikologi
5.1 Bilik Kaunseling Kelompok
Bilik ini menyediakan ruang untuk sesi kelompok
dijalankan. Kebiasaannya sesi kelompok dijalankan dalam kapasiti tiga hingga
sepuluh orang. Kelompok yang ideal adalah lima orang. Bilik ini juga dijadikan
ruang untuk Dance Therapy dan Relaksasi.
Bilik ini memerlukan keperluan asas seperti:
1.
10 buah
kerusi ’banquet’
2.
Permaidani
3.
Radio
Hi-fi
1.
Excercise
Mat (tikar)
5.2
Bilik
Kaunseling Individu /Konsultansi dan bilik pegawai
Kaunseling individu memerlukan bilik yang agak privasi
kerana ianya melibatkan dua individu sahaja iaitu kaunselor dan klien. Oleh itu
ianya boleh digunakan sebagai bilik pegawai kaunseling sendiri. Memandangkan
pihak institut akan menerima dua orang kaunselor maka adalah bersesuaian
disediakan dua buah bilik yang yang berasingan. Keperluan asas bilik pegawai
kaunseling sedia ada telah diperolehi:
1. Meja pejabat
2. Kerusi
3. Kerusi klien
4. Kabinet berkunci
5. Rak fail
Penambahan kepada bilik pejabat ini adalah :
1. Dua buah kerusi sesi
2. Meja sudut.
3. Papan
penyataan (soft board)
4. White
board
5.1
Bilik
Ketua Unit Kaunseling
Bilik yang sama dengan bilik pegawai kaunseling kerana ketua unit juga menjalankan aktiviti
kaunseling. Barangan sedia ada boleh digunakan semula
untuk bilik ini. Antaranya:
1. Meja pejabat
2. Kerusi
3. Kerusi klien
4. Kabinet berkunci
5. Rak fail
6. White
board
7. Papan
penyataan (soft board)
8. Kabinet
besi
9. Komputer
Penambahan
kepada bilik ketua unit ini adalah :
1. Komputer
riba untuk kegunaan kursus atau bengkel yang akan digunakan oleh semua kaunselor.
2. Dua buah kerusi sesi
3. Meja sudut.
Akhirnya 31 Julai 2010 aku meninggalkan legasi ini dengan penamatan kontrak dengan pihak IPGM yang mana kontrak aku telah ditamatkan oleh aku sendiri kerana cukuplah aku berkhidmat dengan IPDA yang aku cintai. Aku sudah tidak kuat untuk berjuang berlawan dengan manusia manusia yang zalim dan cukuplah bagi aku dengan nikmat yang Allah kurniakan untukku. Cukuplah dengan kata kata hina dan menyakitkan. Hanya pada Allah SWT aku berserah dan kembalikan segala urusan. Alhamdulillah dengan MARKAH PRESTASI YANG MENJUNAM YANG DIBERIKAN OLEH PENGARAH yang menabur pasir ke dalam periuk nasiku. Allah itu Maha Adil takkala mereka menabur pasir mereka lupa Allah SWT itu ada dan pasti membalasnya. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.....
Hanya Allah Maha Mengetahui.
Impianku sejak aku berusia 16 tahun akhirnya berakhir pada 31 Julai 2010.
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment