Suasana indah pemandangan dari wad
Cuaca mendung tiba tiba hujan.....itulah hidup kita tanpa diduga perubahan tiba tiba
Taman dari aras 7
Kembali bercahaya setelah mendung dan hujan lebat berlalu..itulah kehidupan
Wad ku
Bilik air
Panel plug pelbagai...... dan intercom
Kamera tv
Mhmmmmm...radio cassete juga disediakan
Selesa dan sangat selesa
mungkin semua tertanya tanya apa sebenarnya sakitku.....cukuplah Allah SWT, doktor dan misi yang menjagaku sahaja tahu
Bila malam.....1000 pm dah kena tidur dengan wayar berselirat diseluruh badanku
Bangun awal pagi solat subuh dan baca Quran...sambil layan unggas pagi
Mentari pagi yang menyinari bilik
Ruang rehat untuk tetamu...tapi aku redha dengan ketentuan Allah..cukuplah Allah SWT bagiku..
Sambil rehat meanti doktor kesayangan datang melawat .
KESIHATAN merupakan satu aset yang penting yang perlu dijaga oleh setiap individu. Khususnya dalam agama Islam, kesihatan itu perlu dititik beratkan kerana dengan menjaga kesihatan, seorang individu Muslim itu dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dan lebih sempurna.
Alhamdulillah nikmat Allah yang Allah kurniakan buat ku.
Oleh itu, setiap manusia sepatutnya tidak lupa mensyukuri nikmat yang tidak ternilai ini kerana nikmat inilah yang selalu dilupakan oleh manusia sepertimana hadits yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
"Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya: Kesihatan dan waktu luang".
Jelas daripada hadits ini, manusia selalu alpa dan lalai untuk beribadat ketika diberikan tubuh badan yang sihat dan menyalahgunakan nikmat kesihatan ini.
Dalam erti kata lain, leka dengan perkara lain yang kadangkala menjauhkan dirinya daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Sebaliknya apabila dia sakit atau ditarik nikmat sihat daripadanya barulah dia teringat hendak memperbanyakkan ibadahnya.
Memang tidak dinafikan lagi kesakitan itu adalah salah satu cara untuk memuhasabah diri, menebus dosa dan merupakan peringatan atas kelalaian dan keterlanjuran hambaNya untuk kembali kejalan yang benar.Justeru itu, biarlah kita sebagai seorang Mukmin tetap istiqamah dalam mengerjakan ibadah sekali gus mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala sama ada dalam keadaan sihat atau sakit.
Demi menjamin kesihatan yang baik, Islam juga menyeru supaya kita memberi hak pada setiap anggota tubuh badan agar dapat mencegah daripada penyakit kerana sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan cara hidup yang sihat seperti pemilihan makanan yang berkhasiat, melakukan aktiviti-aktiviti fizikal, di samping mendapatkan tidur dan rehat yang cukup.
Menjaga kesihatan dalam Islam bukanlah sekadar luaran sahaja tetapi makanan dari segi rohani juga harus dititikberatkan. Jiwa yang tidak disantap dengan pengisian ilmu yang berfaedah akan terasa seperti jiwa di dalam kekosongan.
Ilmu yang berfaedah sangat penting supaya kita lebih berpengetahuan misalnya ilmu agama. Dengan mengetahui syariat Islam yang diturunkan, kita sebagai umat Islam dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan seterusnya dapat mengamalkan setiap perkara yang disyariatkan dengan baik dan sempurna di sisi Allah Subhanahu Wata'ala.
Oleh yang demikian, mohonlah kepada Allah Subhanahu Wata'ala agar sentiasa diberikan kesihatan tubuh badan dan rohani kerana ianya adalah amalan yang disukai Allah sepertimana hadits Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
Bersyukurlah dengan nikmat sihat yang Allah SWT kurniakan buat kita.....
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment