koleksi peribadi dikongsi bersama insan2 disayangi

kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (212) suara hatiku (198) nikmat Allah (140) Alhamdulillah (129) cinta....kasih..sayang...hubbyku (127) ilmu (103) belajar (87) CHAPTER HIDUPKU..... (80) Puisi/Sajak/Gurindam (72) memori oh memori (72) kerjayaku (69) D'Perantauan (65) cabar minda (63) nasihat (58) keluargaku (42) Chef Shikin...cooking skill (39) berita (39) kerjayaku...kemahiran (39) cabar diri... (37) Pergilah bercuti (35) 1 entri 2 stories (34) dari seorang sahabatku (32) Mari Melancong (30) Usahawan (29) dugaan..ujian hidup (29) Siapa kau...dihatiku? (24) resepi aku (24) ESQ165 (23) My Dreams Come True (21) pengalaman (21) Motivasi diri (19) sunnah (17) lucu... (16) teratak aish (15) Travel logku (13) tin@teratak aish (13) art theraphy (12) HOMEMADE SOAP (11) Premium Beautiful (11) Tazkirah (11) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) USAHAWATI UTARA. (10) Harilahirku....Shikin Sayang (9) PENTING (8) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) Terapi (7) berkebun (7) hobi (7) imotivasi.com (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) kemahiran belajar. (6) program (6) EID MUBARAK (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Joke of the day (5) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (5) Pengumuman (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) cinta....kasihsayang... (5) dari blog MITI's (5) lucu (5) Falsafah...fail sampah (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) Istikharahku (4) LEGASI (4) Musibah (4) Datuk Maznah Hamid (3) Fig Colector (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BUKU (2) CAT WORLD (2) Doaku (2) FAKTA VS AOTA (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Majlis Perkahwinan (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) my video (2) Aku Adalah Aku (1) BAHAYA.... (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) DAO (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IABU (1) Jadilah Diri Sendiri (1) Kedah Negeriku (1) MAS (1) Pekeliling oh pekeliling (1) Penulisan (1) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) SELAMAT HARI GURU (1) T (1) UB (1) al (1) pohon syurga (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Friday, May 22, 2015

IMPIAN ADALAH KEKUATAN DIRI ..DAO

kenangan indah bersama DAO

No. 1 KEKUATAN FOKUS [Tidak sesuai untuk dibaca oleh orang yang tidak ingin berimpian] Kita dilahirkan di dunia ini bukan untuk hidup tanpa matlamat diri malah kita semua dilahirkan untuk memiliki impian tanpa henti. Kita mempercayai bahawa di dalam diri terdapat satu kekuatan istimewa yang mampu membawa perubahan kehidupan diri dan orang lain kepada perubahan yang lebih baik lagi. Sekarang bayangkan sejenak bentuk kehidupan yang kita impikan selama ini, adakah impian ini mampu bertukar menjadi realiti hidup atau hanya mainan fantasi?

 Malangnya bagi ramai di antara kita, impian yang dinanti-nantikan telah diliputi dengan kekecewaan rutin hidup seharian sehinggakan kita hilang minat berusaha untuk menaklukinya. Hari berganti hari berlalu, keinginan bagi mengubah masa depan menjadi lebih baik mula terhakis sedikit demi sedikit sehingga akhirnya impian yang ingin digapai lenyap begitu sahaja.
Tiada impian untuk dimiliki maka tiada lagi keyakinan diri untuk berimpian lagi di lain hari. Impian terkubur di dalam diri selamanya. Saya tidak mahu impian disia-siakan, saya berhasrat kehidupan saya ini dapat membantu semua orang bagi mencetuskan impian kembali di dalam diri dan menjadikannya satu kenyataan hidup. Saya ingin mengingatkan semua orang bahawa mereka masih mempunyai kekuatan istimewa yang tidak terbatas di dalam diri, dan ianya akan bangkit semula bila mereka benar-benar memahami cara penggunaan sebenar kekuatan ini. Dan saya akan bantu tunjukkan bagaimana untuk membangkitkan, memahami dan menggunakan kekuatan yang ada dan selaraskannya dengan impian yang ingin dimiliki. AO Tribe 19

KEKUATAN FOKUS Terdapat beberapa kekuatan yang kita perlu pelajari, antara kekuatan yang saya akan kongsikan kali ini adalah ‘kekuatan fokus’. Ramai yang masih tidak menyedari bahawa kita mampu mereka-bentuk gaya kehidupan apabila kita berjaya memfokuskan seluruh sumber hidup yang ada ke satu arah yang ingin dituju. Daya tumpuan dan kawalan fokus secara konsisten merupakan intipati utama bagi membina kekuatan fokus diri. Kedua-dua ini akan membantu penambahbaikan dalam apa-apa sahaja gaya kehidupan yang dipilih dan ianya akan membentukkan kehidupan menjadi lebih unik dan istimewa. Salah satu sebab mengapa hanya segelintir sahaja di antara kita berjaya mencapai tahap ini adalah kerana kebanyakkan kita tidak pernah menjuruskan daya fokus ke arah potensi diri yang ada. Ramai yang tidak begitu serius dalam menguruskan kehidupan dan tidak pernah cuba untuk menguasai sesuatu gaya kehidupan dengan sempurna. Dan saya percaya ramai yang gagal dalam mencapai kehidupan diimpikan kerana mereka terlalu fokus serta menguasai perkara-perkara kecil yang tidak memberi kesan besar ke atas kehidupan. Mereka sepatutnya menumpukan perhatian kepada satu-satu perkara utama yang benar-benar perlu dikuasai dan memberi impak besar kehidupan secara maksimum.

 #1 : MEMAHAMI FOKUS ANDA Saya pernah lalui masalah ini, dan seringkali mengalah apabila wujud kesangsian di hati sama ada benda yang difokus ini akan menguntungkan atau sebaliknya. Saya mula cek diri, saya dapati saya mempunyai masalah untuk memahami apakah sebenarnya yang saya perlu fokus. Saya mula mengambil pen dan kertas, saya cuba tulis perkara pertama yang saya perlu fahami iaitu ‘memahami apakah sebab utama saya lakukannya’. Bunyi soalan kelihatan agak senang tetapi bagi saya adalah sebaliknya. Soalan ini merupakan kunci emas kehidupan saya. Jika saya tidak jumpa jawapannya maka saya akan tersekat di tahap ini selama-lamanya. BAGAIMANA MENGUASAI FOKUS 20 AO Tribe

 #2 : MENELITI PERBEZAAN KUALITI HIDUP ANTARA ORANG BERJAYA, ORANG BIASA DAN GAGAL Kehidupan saya mula berubah, kekuatan fokus saya terus meningkat dipacu laju bagi mencari jawapan kunci emas ini. Kehidupan orang yang sudah berjaya menjadi sasaran penyelidikan, saya cuba meneliti apakah perbezaan kualiti hidup antara orang berjaya, orang biasa dan orang gagal. Bagaimana orang yang hidup serba kekurangan boleh mencipta gaya kehidupan yang gemilang manakala orang hidup serba mewah boleh berakhir dengan kehidupan yang kecundang? Apakah pengajaran yang dapat dipelajari dan apakah amaran kehidupan yang patut dihindari? Rahsia kehidupan yang bermanfaat dan bermakna? #3 : MENCARI TUJUAN KEHIDUPAN Soalan demi soalan kehidupan saya cuba fahami, akhirnya segala soalan ini berjaya diselesaikan dengan satu keputusan yang konkrit. Saya membuat keputusan bahawa saya akan menggunakan kehidupan ini untuk melakukan seberapa banyak sumbangan (menambah nilai) yang kekal kepada kehidupan orang lain walaupun saya tidak wujud di dunia ini lagi. Saya berharap sumbangan ini akan menjadi bekalan di akhirat di kemudian hari. Saya mula memberi fokus kepada potensi diri yang ada, kerana saya tahu dengan potensi diri ini saya akan dapat merealisasikan fokus utama saya iaitu menambah nilai kehidupan orang lain. Hari ini, saya berjaya membangkitkan kekuatan istimewa kerana dapat berkongsi idea dan perasaan bersama ratusan ribu orang melalui seminar, buku, video dan media sosial. Ramai yang telah berjaya mencapai status jutawan dengan perkongsian ilmu dan pengalaman saya. Saya rasa sangat bertuah kerana diberi peluang untuk lakukan yang terbaik dalam setiap perkongsian yang disampaikan. Saya rasa sangat bersyukur dan teruja kerana di sebalik perkongsian, saya juga dapat mempelajari sesuatu yang amat bermakna daripada perubahan kehidupan murid saya ini. Saya mencabar anda, cuba cari kekuatan fokus anda kemudian tumpukan segala tenaga dan usaha kepadanya. Saya berani jamin kehidupan anda pasti terpaksa berubah kepada tahap yang lebih baik jika anda berjaya memaksimumkan kekuatan istimewa ini. Jangan tunggu lagi, cepat cari!
http://aotribe.com.my/download/Majalah%20AO%20Tribe%20Edisi%20Mei%20%2312.pdf?inf_contact_key=dff4442a238f2d1ff71de8100db35a2be787c4aa13e6402a5e0ee92ff62ff8f1

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in