Olahragawati dan Olahragawan IPSI 1992..(Raffi) |
Bersama ahli sepasukan....memang sangat membanggakan... |
Chapter 21 ini adalah chapter yang sebenarnya sangat indah dalam hidupku..Allah SWTmengurniakan aku anugerah-anugerah yang aku kejar dalam hidupku..aku sememangnya pecinta sukan dan sukan adalah hidup aku. Allah memakhbulkan impian aku untuk menjejakkan kaki ke Malaysia Timur. Walaupun aku melepaskan tiket ke Sabah pd tahun 1990 kerana memenuhi impian ayah untuk menjadi guru. Alhamdulillah Allah mengurniakan aku dengan kegemilangan dunia sukan ini.
Alhamdulillah aku berjaya menjadi Olahragawati IPSI 1992 dan sekali gus memenuhi impian ayahku untuk melihat aku pergi jauh dalam sukan. Bayangkan setiap hari ayah akan telefon untuk bagi semangat untuk berlatih walaupun jauh. Dan ayah membeli pelbagai kelengkapan untuk aku walaupun dia tahu semua ada sponser. Inilah punca yang menghilangkan rindu 'home sick' aku dan akhirnya aku dapat menerima kenyataan kenapa aku ditakdirkan menjadi guru.
Pestarama ZON F..melayakkan akumenyertai Pestarama 1992 ke Sarawak selapas memecahkan dua rekod cakera dan lembing dan tempat kedua lontar peluru |
Selepas menjadi Olahragawati IPSI aku juga berjaya melayakkan diri aku ke Pestarama di Kuching,Sarawak. Aku juga berjaya menjadi Olahragawati Kejohanan Olahraga Amatur Perak JUN 1992 selepas memecahkan dua rekod dalam acara kegemaran aku...sebab aku bukanlah pelari pecut dan event padang sajalah yang melayakkan aku..Tapi ketika ini sangat menguja diriku sebab aku sangat tegap sebab dapat menyamai berat ideal aku...Bayangkanlah sehari lari 10km maunya tak turun berat badan..tapi sekarang..aku dah tak mampu nak jogging lagi sebab takut impact kat lutut.
Olahragawati Kejohanan Olahraga Amatur Perak |
Abang Wan (Shaiful Riduan Mahali) classmate,pragtikumate, dan org yg byk bagi semangat pada aku..abang Wan tak dapat pergi ke Pestarama. |
Walaupun seksi ketika ini aku lebih banyak pakai pakaian yang longgar dan jubah serta tudung labuh..jadi seksi pun taklah ketara sangat. Tapi ketika ini aku bukanlah perempuan yg nak memikat lelaki sebab dalam hati aku cuma ada cinta pertamaku sahaja..Walaupun ramai lelaki yg meminang jawapannya hanyalah 'Tolak'. Aku hanya ada kehidupanku yang ceria dengan dunia sukanku sahaja..
Wajah yang menjadi igauan lelaki..tak comei pun orang minat gak.. |
Julai 1992..tarikh tak ingat tapi ada catat dalam nota...tapi buku nota tertinggal kat rumah.Inilah impian aku dalam dunia sukan...sampai ke peringkat yang tertinggi...yg boleh aku capai.Alhamdulillah Allah memakhbulkan impian aku dan terima kasih mak dan ayah yang tak pernah lepas memberikan sokongan padu pada diri aku..nantilah aku akan tulis semula surat-surat yg ayah kirim untuk kenangan seluruh keluarga dan anakcucu aku nanti.. Ayah dan mak adalah penyokong yang paling kuat dalam hidup aku dan juga motivator utama aku.
Kenaangan bersama rakan-rakan aku dan juga kelas sebelah yang jadi peserta. |
Kontigen pasukan olahraga dan kebudayaan IPSI Pestarama 1992 |
Kenangan bersama insan yang sangat aku suka di IPSI...Nawawi Kelasah...insan yang menyanyikan lagu Allycat kat aku dan selalu ikuti perkembangan aku..hehehe. |
Bermulalah detik perjalanan ke Kuching ,Sarawak..Lapangan Terbang Subang.
Beautiful Iron Lady..impian menjadi kenyataan... |
Diapit oleh dua orang Iron Man IPSI..Kamaruddin n Shahrolrazi |
Pengalaman naik kapal terbang..haahhaha memang lucu dalamkapalterbang ini rupanya ada yang fobia@ takut naik kapal terbang..siap waktu naik ni ada yang tak berani nak sembang sebab takut kapal terbang terhempas...yang lawaknya dalam kapalterbang tu adalah Pak Cik tua yang naik kapal terus baca doa punyalah kuat dan siap doa dalam bahasa Melayu...siap sebut janganlah kapal terbang ini terhempas...wahhhhhh apa lagi ada juga geng aku yang naik biru muka pucat lesi naik kapal terbang sebab mabuk kapalterbang..Alhamdulillah aku happy jelah sepanjang perjalanan sebab impian aku tercapai..menang kalah tak penting yang penting dapat pergi Pestarama.
Dalam kapal terbang kebetulan aku duduk sebelah Rafi...gossip paling liar...aku girlfriend dia.. |
Setibanya di Lapangan Terbang Kuching...wah bukan main posing lagi macam delegasi perwakilan ke lkuar negara...photoshoot..sampai kat atas tangga kapal terbang.....
Delegasi IPSI ke Pestarama Olahraga Kuching 1992 |
Sebaik tiba kami di bawa ke Maktab Perguruan Rejang untuk menginap dan menunggu hari kejohanan...seronok sebab dua minggu kami berkampung di sini...sangat seronok.
Di atas Stadium Terbuka Kuching ,Sarawak |
Happynye aku..tiada perkataan yang dapat aku gambarkan melainkan...tagkap gambar banyak-banyak ayah ngan mak pesan. |
Sesungguhnya setiap sesuatu anugerah itu ada ujian diseballiknya dan itulah yang terjadi dalam hidupku...aku bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan buat diriku..Alhamdulillah..hanya dunia sukan inilah yang mengubat hati aku yang kecewa kerana cinta pertama ku telah dimiliki oleh insan lain..cinta pertama yang sangat susah untuk aku padam...nantilah aku cerita..bila ada kekuatan dan aku akan upload video sekali..hahahaha..kan kenangan saja buat pe nak simpan dalam hati lagi.
Iron Ladies n iron Man IPSI masa raptai Kejohanan Pestarama |
Semasa perasmian..aku tak ikut untuk perbarisan sebab event aku selepas perasmian... |
Teman setia aku semasa Pestarama...sapa lagi kalau tak Raffi.. |
Sebahagian dari pasukan kami..ada yang Pestarama Kebudayaan |
Tetap bertudung labuh walaupun pergi melawat sebab aku takut dengan godaan nafsu remaja ketika ini |
Hanafi dan Nizam..insan yang banyak berkongsi cerita suka dan duka dalam hati aku..terimakasih kerana pernah menyayangi aku...aku menghargai setiap kasih dan sayang yang kalian berikan.. |
Sememangnya inilah kenangan terindah dalam hidup Dunia Sukan ku...aku sangat hargai segala ruang dan peluang yang aku dapat dalam hidupku..aku redha bahawa aku hanya dapat membawa pulang pingat gangsa sahaja untuk IPSI dan apa yang banyak aku bawa balik ole-ole dari Sarawak...tetapi itulah kesalan yang paling menikam hati aku sebab aku beli banyak cenderahati tapi aku tak beli apapun untuk ayah aku.....aku belikan tabung ukiran untuk ayah tapi dia berkecil hati sebab aku tak belikan bekas aburokok daripada pasu..
"Sampai hati anak ayah tak belikan ayah tempat rokok...semua beli untuk emak dan adik-adik saja....tak pa lah ayah tak mau apa..ayah nak anak ayah happy dan capai impian sudahlah..nanti bagi kat ayah baju jersey Pestarama tu boleh ayah pakai..."itulah kata-kata ayah yang masih terpahat dalam hatiku....
Gambar mak,adik mat, Shahril dan Amin....ini saja gambar yang tinggal sebab gambar lain dah di'curi' dari album aku sebab ini adalah koleksi gambar terkakhir...... |
Aku dan keluarga sempat bergambar sebaik aku pulang dari Pestarama....almaklumlah..filem banyak lagi..lima roll filem jugalah... Segalanya adalah sangat indah melainkan aku mengecilkan hati ayah sebab tak beli apa yang ayah hendak...sebab :
"Ayah...chek sayang kat ayah..chek tak mau ayah hisap rokok dan kalau boleh ayah berhentilah hisap rokok sebab tu chek beli tabung sebab chek tau ayah suka simpan duit" kata aku untuk pujuk ayah..
"Tak palah ..anak ayah sayang kat mak lebih..semua beli kat mak..kain batik panjang, pasu, cadar tenun Sarawak, dan semua kat mak saja"...rajuk ayah sambil membelek-belek barang2 cenderahati yang aku bawa balik...
Inilah ayah dengan Amin..tengok tu memang tak leh pakai baju kalau duk dlm rumah. |
16 Ogos aku balik ke Slim River untuk sambung praktikum yang mana aku dah tinggalkan praktikum selama 2 minggu untuk Pestarama dan terus cuti separuh penggal kedua selama seminggu di rumah...Malam ayah hantar aku balik naik bas..macam biasalah..
" Anak ayah ni takmalulah...dah besarpun duk cium dan peluk ayah depan orang ramai"...sebaik saja aku bersalam dengan mak dan ayah.
"Anak ayah kena belajar sungguh-sungguh dan capai impian dan cita-cita..sambung belajar sampai tahap yang tertinggi..ayah tau anak ayah boleh dan anak ayah pandai.."...pesan ayah sambil mencium aku di dahi.
"Ayah kena berhenti hisap rokok tau...janji"kata aku.
"Bulan depan ayah berhenti terus"...kata ayah..
"Janji?"...balas aku dengan tersenyum sebab ayah dah janji nak berhenti hisap rokok.
"Ayah tak sihat...kalau apa-apa jadi pada ayah....Kin janji jaga mak dan adik- adik dan mesti janji sambung belajar sampai tahap tertinggiyang Kin boleh..ayah tau anak ayah pandai" kata-kata ayah yang sentiasa terpahat dalam hatiku.
"31 Ogos ni..Kin balik cuti tak?"tanya mak
"Tak mak..chek nak ikut Kak Hasna pi Port Dickson..bolehlah ya..sebab cuti 3 hari saja"..balas aku.
"Tak pa pi lah..lagipun Kin bukan pernah pergi bercuti dengan kawan-kawan"tambah mak.
"Nah ambik duit ni buat belanja..pandai-pandai berjimat nanti simpan sampai habis praktikum.Ayah ngan mak pi ambik nak balik nanti..kirim salam kat Mak Long dan Tok Wan kat Slim River sama"...pesan mak...dan ayah hanya tersenyum sambil mengangkat beg aku..
"Ingat pesan ayah"
"Janji"sambil aku angkat tangan melambai dan seolah-olah berikrar.....
Itulah janji aku dengan ayah dan janji ayah dengan aku untuk berhenti hisap rokok selama-lamanya.
24 September 1992..
Ayah mengotakan janji untuk berhenti hisap rokok selama-lamanya:
24 September 1992 bersamaan 27 Rabiulawal 1413 ayah kembali selamanya ke pangkuan rahmah Allah. |
Pada hari ayah dikebumikan aku telah kebumikan segala cita-cita dan impianku dalam dunia sukan.. hati aku telah terpadam untuk bersukan dan akumenjadi fobia setiap kali menjejakkan kaki ke stadium dan padang..Aku tahu aku tidak ada hati lagi untuk menangis mengenang kesedihan dalam hidup aku..Aku hanya ingat janji pada ayah dan janji yang hanya aku menerimanya dari mulut ayah sendiri dan itulah pelukan dan ciuman terakhir dari ayah yang sangat aku sayang.
Pada hari ayah meninggal cadar tenun Sarawak menutupi katil ayah..dan batik lepas Sarawak menutupi jenazah ayah.Apa yang menyedihkan aku dan meruntun jiwa aku mak langsung tak dapat menatap wajah ayah saat akhir ayah diusung keluar kerana terlalu kehilangan ayah...Yang menjadikan aku kuat ketika itu hanyalah janji aku pada ayah.
Ayah pada 25 November 1947 dan meninggal dunia pada 24 September 1992 selepas lapan hari hari lahir ke lima tahun adik bongsuku Amin..Dan mak berusia 41 tahun dan Kak Not masih di UITM,Yati di Pusat Persediaan ke UK di Shah Alam,adik Mat tunggu result SPM dan Shahril baru darjah lima...Shahril seorang yang sangat aktif sukan dan Shahril juga trauma seperti aku sebab ayah meninggal pada hari yang sama menghantar Shahril lawan bola sepak peringkat daerah di Stadium.
Chapter hidupku yang menguburkan segala impian dan dunia sukan ku...dunia sukanku terkubur bersama ayah selama-lamanya.....apa yang ada padaku hanya JANJI pada ayah.
No comments:
Post a Comment