AL FATIHAH
BUAT IBUKU
HJH SITI ESAH MOHAMAD..
"Ya Allah, sampaikanlah seumpama pahala bacaanku kepada roh emak... Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahanya, muliakanlah kedatangannya, lapanglah kuburnya dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih... "-Kami semua akan sentiasa mengingati & merindui emak...
Emak yang sentiasa aku rindui..bu...Berderai air mataku tatkala aku membaca Yasin untukmu,
Jatuh bercucuran bak hujan di saat aku mengenangkan pengorbananmu,
Belum sempat aku membalasnya takdir telah menjemputmu pulang terlebih dulu,
Dikau pergi saat aku masih perlukan belaianmu.
Emak...
Ku kirimkan sebaris doa senada kasih sayangku,
Tidak terbanding kasihmu bak seluas langit membaluti bumi nan kedinginan,
Pergimu dengan keredhaan bersatu dalam kehilangan dipandangan sepiku,
Anakmu di dunia ini akan meneruskan perjalanan bersama pesan dan amanahmu.
Emak...
Betapa aku amat merindui dirimu yang telah lama lena dalam pembaringan,
Setiap belaianmu tika membesarkan aku bersemadi kukuh dalam hatiku,
Syahdu dan pilu rasanya berjauhan darimu walau bukan itu pintaku,
Aku redha dan ikhlas dalam langkahmu menuju ILLAHI.
Emak...
Walau seketika anakmu alpa,
Kasihmu sentiasa menjadi ingatan abadi bagi diriku,
Membawa hidayah keinsafan seorang anak,
Dalam menjalani kehidupan duniawi.
Emak.
Bersemadilah dengan aman,
Semoga rohmu diberkati Yang Esa,
Doaku tidak pernah kering meniti bibirku buatmu sentiasa,
Dikaulah ibuku di dunia dan akhirat.
Kenagan mak bersama Mak Chaq Piah semasa nak hantar Yati belajar ke Manchester 1992
Bersama Mak Chak Zauyah dan arwah Pak Chak Osman yg terlalu banyak berbakti kepada kami.
Mak bersama adik kesayanganya Tan Zahari
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment