kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Thursday, April 14, 2016

PENGGUNAAN BLOGSPOT DAN FACEBOOK SEBAGAI MEDIUM INTERAKSI DENGAN PELAJAR DAN KAUNSELOR

https://www.facebook.com/ubdksmkam.smkam
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua :)
Pada kali ini, Shikin akan berkongsi serba sedikit tentang kesan isu teknologi: Perkembangan teknologi di tempat kerja. Bagi memulakan perkongsian, shikin akan berkongsi tentang isu–isu mengenai teknologi dan kesan teknologi dalam konteks organisasi.
Isu Semasa
Teknologi merupakan pembangunan dan penggunaan alat bantuan seperti mesin, pengaturan dan proses yang menyelesaikan masalah serta memudahkan manusia dalam kehidupan seharian.  Di tempat kerja, teknologi banyak digunakan dalam urusan pentadbiran dan pengurusan kerja-kerja di pejabat. Antara contoh-contoh teknologi yang sering digunapakai di organisasi ialah seperti komputer, mesin fotokopi, mesin faks dan banyak lagi. Tidak dilupakan jugak bahawa internet merupakan salah satu daripada teknologi yang menjadi asas pada masa kini. Selain itu, kemudahan seperti emel dan jaringan sosial menjadi salah satu alat komunikasi utama.
Walaubagaimanapun, teknologi ini juga mewujudkan isu-isu di organisasi. Pertama, maklumat pengguna teknologi mungkin tidak terjamin kerahsiaannya oleh pengaturPROGRAM tersebut. Contohnya, maklumat pelajar-pelajar di sesebuahUNIVERSITI tmungkin terdedah kepada manusia yang tidak bertanggungjawab. Kedua, salah faham dalam komunikasi juga mungkin berlaku dengan penggunaan teknologi ini. Seterusnya, penyalahgunaan teknologi merupakan isu yang dianggap biasa. Sebagai contoh, pekerja di organisasi menggunakan kemudahan komputer dan internet untuk kegunaan peribadi. Kurang pengetahuan tentang teknologi juga membuatkan penyampaian sesuatu maklumat dalam organisasi terbatas dan membuatkan pekerjaan menjadi kurang efektif.
Setelah mengetahui isu-isu semasa dalam konteks organisasi, kami akan mengupas dengan lebih lanjut tentang kesan-kesan teknologi maklumat kepada organisasi.
 http://ubdkalqanaah.blogspot.my/?view=mosaic
 Kesan-Kesan Teknologi Maklumat Dalam Konteks Organisasi
POSITIF
NEGATIF
Memudahkan Kerja Seharian
Teknologi telah membantu pekerja di pejabat menjadi semakin mudah. Penggunaan mesin fotostat misalnya telah memudahkan pekerja untuk membuat salinan sesuatu dokumen.  Disamping itu penggunaan applikasi seperti Microsoft Word telah memudahkan pekerja dipejabat untuk membuat laporan, menaip surat dan sebagainya.

Jenayah siber
Pengguna Internet melakukan pelbagai jenis jenayah siber seperti penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer, kecurian maklumat, capaian secara tidak sah ke atas sistem, menyalin perisian secara tidak sah, pengintipan, judi siber, skim cepat kaya, pornografi, penggodam, penyebaran virus dan mel spam.
Menjimatkan Masa
Pekerja dapat menjimatkan masa mereka terutamanya jika ingin berurusan dengan organisasi lain. Pekerja hanya perlu menelefon, menghantar faks, berhubung melalui panggilanVIDEO, menghantar proposal, laporan melalui email dan sebagainya. Pekerja tidak perlu lagi pergi ke tempat berkenaan jika terdapat urusan. Hal ini dapat menjimatkan masa dan kos.


Penggodam maklumat
Penggodam dan pengganas siber yang bersikap sesuka hati juga memusnahkan data dan mengubah sistem computer. Mereka juga boleh menggunakan internet untuk mencuri maklumat sulit yang dimiliki oleh individu, syarikat dan organisasi dan memperoleh keuntungan melalui cara penjualan kepada pihak pesaing.
Memudahkan perhubungan.
Kecanggihan teknologi masa kini telah memberi banyak kemudahan komunikasi kepada seluruh masyarakat di dunia. Ianya amat mudah, hanya perlu menggunakan telefon, laman media sosial, Skype, Yahoo Messenger, Email dan sebagainya. Kemudahan komukasi ini banyak membantu organisasi untuk berhubungan di seluruh pelusuk dunia.
Kewujudan budaya plagiarism
Sebagai contoh, pekerja telah menyalahgunakan teknologi sebagai satu cara untuk memudahkan dan menyiapkan kerja mereka dengan meniru, menciplak dan ‘copy dan paste’ maklumat dan hasil kerja orang lain melalui internet.  Hal ini bukan sahaja menjejaskan amalan kesantunan malah ini juga akan mengakibatkan individu yang terlibat tidak melakukan sesuatu tugas dengan hasilnya sendiri..
Komunikasi yang lebih efektif
Penggunaan blog, media sosial (facebook, twitter dan myspace) dan forum menjadi medium yangPOPULARuntuk menyampaikan maklumat. Golongan pekerja zaman kini menjadikan laman sosial untuk menyebarkan maklumat terkini terutamanya kepada rakan- rakan mereka. Dengan cara ini maklumat dan info terkini lebih mudah untuk disampaikan dan lebih menyeluruh.


Sumber: Google


Berkongsi pendapat dan info terkini
Blog dan forum adalah medium yang terbaik untuk bertukar pendapat dan mendapatkan info terkini. Pekerja masa kini lebih berminat menggunakan forum untuk mencari maklumat terkini dan saling berkongsi pendapat mereka dengan rakan yang hanya dikenali di alam maya. Penyaluran maklumat dapat disalurkan dengan pantas ke seluruh dunia. Kini dengan perkembagan teknologi dalam komunikasi telah mempelbagaikan saluran untuk menyampaikan maklumat dan ianya juga lebih pantas.

Sumber dari link ini : Kesan Teknologi Maklumat

Jadual 1: Kesan-Kesan Teknologi Maklumat Dalam Konteks Organisasi
Kesan-Kesan Teknologi Maklumat Dalam Perspektif Kaunseling
1.     Sesetengah kaunselor menggunakan internet untuk menghubungi klien. Kaunselor pemulihan menggunakan laman sesawang untuk melakukan penilaian, perancangan dan perkhidmatan penghantaran (Patterson,2000). Klien yang mempunyai penyakit mental atau gangguan terutamanya serangan panic atau agoraphobia boleh mendapat manfaat daripada penggunaan internet yang membantu dalam kemahiran  berdikari dalam kehidupan terutamanya menggunakan penjagaan bersemuka. Pakar diet juga menggunakan laman sesewang seperti blog daripada kaunseling pakar pemakanan untuk mengetahui pemakanan yang sihat.
2.    Selain itu, penggunaan laman sesawang dapat membantu kaunselor dalam mencari maklumat untuk pembangunan kerjaya pelajar pelbagai maklumat semasa seperti informasi tentang kolej-kolej, pasaran pekerjaan, kemahiran yang asas dan pelbagai data dapat diperolehi dengan mudah diinternet.
3.    Perkhidmatan penghantaraan terus daripada teknologi kebanyakkan digunakan dalam pelbagai setting dalam terapi kaunseling. Tiga fungsi laman sesawang sesuai digunakan dalam kaunseling interaksi, asynchronous communication,komunikasi bersuara dan VIDEO persidangan. Ciri-ciri komunikasi ini membawa kepada jalan keunikan sama ada mempunyai kelebihan dan limitasi. Pelbagai  perkara yang perlu diambil berat seperti kekurangan tanda-tanda fizikal, potensi untuk menipu dan kerahsiaan. Walaubagaimanapun individu daripada hubungan yang berpanjangan dan perkhawinan berdasarkan laman sesawang menunjukkan potensi yang bermakna dan professional teraputik dalam hubungan klien dalam penggunaan laman sesawang.
4.    Selain itu pasukan sokongan di dalam talian untuk individu yang  mengalami kehilangan insan tersayang mempunyai keputusan positif yang sama. Peserta yang menggunakan talian ini dapat menjalinkan hubungan yang mesra didalam talian meskipun tidak pernah bersua disebabkan oleh sokongan yang diberikan. Kumpulan sokongan selalunya bukan membabitkan individu yang professional, malahan turut seperti melibatkan individu yang kehilangan orang tersayang, anoreksia dan isu lain. Kejayaan kumpulan sokongan dalam talian sangat penting untuk membincangkan kejayan kaunseling dan strategi teraputik. Kumpulan sokongan sosial dapat membangunkan model yang boleh digunakan didalam reka bentukPROGRAM dan penilaian.


 Peranan Kaunselor Dalam Mengendalikan Isu Teknologi
1.     Penguasaan Ilmu Teknologi
Perkembangan ilmu teknologi yang semakin pesat memerlukan kaunselor untuk meningkatkan pengetahuan mengenai penggunaan teknologi dalam membantu kaunselor menjalankan sesi kaunseling. Kaunselor boleh menghadiri kursus-kursus yang berkaitan bagi meningkatan mutu perkhidmatan yang disediakan untuk mengaplikasikan ke alam maya. 

2.    Maklumat yang tepat terhadap perkhidmatan kaunseling yang disediakan
Penggunaan teknologi memudahkan orang ramai mendapatkan pelbagai maklumat di alam maya, namun tidak semua maklumat adalah benar dan sahih. Hal yang demikian, kaunselor perlu memberi maklumat yang tepat kepada pengguna internet agar tidak berlaku salah faham atau penyalahgunaan maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan. Kemudahan untuk mendapatkan maklumat perkhidmatan kaunseling hendaklan disediakan agar pengguna internet mudah untuk mendapatkan keterangan daripada sumber yang sahih.  

3.    Kerahsiaan
Walaupun sesi kaunseling menjalankan teknologi sebagai medium perkhidmatan, kerahsiaan klien masih perlu dijaga bagi menjamin kesejahteraan klien. Dokumen perjalanan sesi hendaklah disimpan sebagai rujukan kaunselor.

4.    Akses internet yang lancar
Sebelum kaunselor memulakan sesi secara virtual, kaunselor dan klien haruslah memastikan kelancaran atau kelajuan internet di tempat mereka dalam keadaan yang bagus. Peranan organisasi dalam hal ini adalah penting dalam memastikan kelancaran internet di tempat mereka. Ini kerana akses internet yang baik akan memudahkan perkongsian maklumat diperolehi.
5.    Membentuk persekitaran yang terapeutik
Penggunaan teknologi ketika melakukan sesi seperti mengadakan sesi secara virtual mungkin akan menimbulkan rasa tidak selesa kepada klien, maka di sini peranan kaunselor adalah dengan mewujudkan suasana yang terapeutik agar sesi yang dijalankan berjalan dengan lancar. Persekitaran yang terapeutik ini boleh diwujudkan secara alam maya mahupun realiti. Penggunaan cermin mata khas ketika melakukan sesi boleh membantu klien merasakan seperti berada bersama-sama kaunselor dalam satu bilik yang direka khusus bagi mengendalikan sesi di alam maya.
6.    Memahami dan merujuk Akta Kaunselor 1998 sebelum menjalankan sesi
Akta Kaunselor 1998 telah menggariskan beberapa panduan yang kaunselor perlu patuhi ketika menjalankan sesi yang melibatkan penggunaan teknologi. Antara perkara –perkara yang telah digariskan itu adalah dibawah Perkara A.12.g dan A.12.h. 

 Bagaimana Teknologi Boleh Membantu?
Penggunaan Teknologi Informasi pada masa kini sememangnya sangat penting. Pengaruhnya sangat besar dan sangat berguna dalam dunia kaunseling. Ini kerana kaunselor tidak selalunya boleh berada di tempat-tempat tertentu pada bila-bila masa mereka diperlukan untuk memberi kaunseling. Dengan wujudnya teknologi informasi bagi membantu kaunselor, ianya dapat memudahkan dan mempercepatkan lagi tugas yang wajib mereka laksanakan.

  • MEDIA SOSIAL KOMUNIKASI

Penggunaa teknologi Informasi sebagai medium untuk memberikan bimbingan dan kaunseling sangatlah diperlukan pada masa kini terutamanya jika klien mereka mahukan respon yang cepat terhadap masalah mereka. Jadi sesi kaunseling dapat dilaksanakan dengan mudah menggunakan pelbagai applikasi seperti Messanger, wechat, Whatsapp dan lain-lain applikasi yang dirasakan amat berguna mengikut keselesaan klien. Ada sesetengah situasi yang kritikal seperti klien yang sangat beremosi, penggunaan teknologi amatlah penting bagi memberikan keselesaan pada klien kerana perbincangan secara bersemuka agak tidak memberikan privasi pada ketika itu.

  • DIGITAL

Penggunaan  teknologi informasi juga amatlah berguna dalam keberkesanan kaunseling terhadap klien. Sebagai contoh penggunaanVIDEOcam dimana kaunselor dan klient dapat berhubung secara visual dalam membincangkan krisis-krisis yang dialami apabila klien tidak dapat hadir pada temujanji. Ini membuatkan sesi kaunseling menjadi sangat efisien walaupun tidak duduk didalam satu bilik.. Maklumat-maklumat seperti gambar, pdf, informasi berita dan lain-lain boleh di hantar dengan cepat untuk dibaca oleh klien. Segala jadual waktu sesi kaunseling juga dapat dihantar oleh kaunselor kepada klient melalui teknologi informasi .

  • MULTIMEDIA

Melalui teknologi informasi sesi kaunseling dapat dilakukan dengan cara yang sangat kreatif seterusnya menimbulkan minat klien terhadap isu yang dibincangkan. Misalnya penggunaan power point yang boleh diletakkan gambar, audio dan lain-lain lagi membuatkan sesi kaunseling tidak bosan.
Oleh itu, teknologi informasi yang bersepadu amatlah membantu dalam dunia kaunseling. Ianya sangat berguna kepada kedua-dua belah pihak samada kaunselor mahupun klien jika digunakan dengan  cara yang sebaiknya.

  Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca entri ini. Terima kasih J

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in