kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Monday, October 25, 2010

Chapter 3:Rumah Baru ku


"Yeh..yeh kita ada rumah baru...rumah baru kita cantik..."melompat-lompat aku, Ka Not dan Yat..Mak yang sedang dukung adik Mat tersenyum.
"Alhamdulillah..tak perlu kita menumpang ceruk dapur orang lagi...tak pa lah kecik pun kita boleh ada rumah sendiri"..kata Mak yang tersenyum pada ayah.
"Cik ..Om..hampa duduk lah elok-elok di sini..kalau ada yang kurang tu pandai-pandailah nanti ubahsuai sikit-sikit"..kata Pak Chak..tuan tanah tempat rumah kami dibina.
Ayah beli rumah ni dari Pak Cik Omar yang kebetulan telah berpindah balik ke Yan kerana ada kampung sendiri..
Ayah merantau dari Sungai Setar Besar ke Alor Setar kerana mencari haluan sendiri dan dalam masa yang sama Tok kepada ayah memang berasal dari Alor Setar dekat kawasan Tambak Bungah dan akhirnya berpindah ke Jalan Pegawai juga..sebab tu ayah selesa untuk tinggal di Alor Setar.
Mengikut cerita ayah Tok Nek Salleh (Penghulu) dulu kahwin dengan Tok Nek (lupa nama) isteri tua dan ada tiga anak Tok Wan Rahim anak sulong, kemudian Tok Ngah Bakar dan To Su Arbai..isteri kedua Tok Bisu ada seorang je anak iaitu Tok Chik Mat dan yang ketiga Tok Nek Lasiah ada ramai anak termasuklah Tok Long Bakar, Tok Ngah, Tok Lang Dali, dan Tok Su...yang kini masih menetap di Sungai Star Besar. Manakala Tok Nek ikut Tok Su duduk di Jalan Pegawai dan mereka lah yang asal buka pondok mengaji dan belajar Al Quran kat Jalan Pegawai dulu.Tok Su ajak ayah buat rumah di tanah Tok Nek tapi ayah hendak berdikari....
Tok Nek Salleh orang kaya dan ada harta sampai ke Alor Setar dan kawan dengan Tok Hj Mohammad dan juga orang kaya Alor Setar sebab tu bila ayah datang ke Alor Setar ayah kerja dengan Tok Sham (Dato Hisham) adik ipar Tok Chik Mat dan juga dengan Pak Chak Hj Mohd Isa anak To Hj Mohamad..tapi ayah seorang yang survival dan sangat bertanggungjawab walaupun dia merantau ke Kedah ayah tetap tinggal dengan kakak ayah sendiri masa tu, sampailah ayah kahwin dengan mak dan beranak tiga baru mak dan ayah berpindah ke Vivipar dan seterusnya miliki rumah sendiri di Jalan Pegawai. Ayah selalu kata walaupun Tok nenek kita kaya kita jangan mengharap kekayaan keturunan ..ayah tak malu nak berusaha dengan tulang empat kerat ayah untuk besarkan anak-anak dan beli rumah sendiri walaupun dengan harga yang murah ketika tu. Ayah selalu kata 'Harta yang bernilai adalah anak-anak ayah dan ilmu..kalau nak kaya jadilah anak-anak yang soleh dan solehah dan terpelajar". Pada bulan pertama kami berpindah ke rumah ini masih belum ada elektrik jadi asyik guna lampu gaselin sampailah kemudiannya ayah masukkan elektrik dan paip air sendiri..Sebelum tu selalulah mak terpaksa pergi pasang paip getah dantunggu air dalam tong drum penuh dan beratur dengan budak-budak sekolah arap yang menyewa kat rumah Mak Chak..
Mak dan ayah adalah manusia yang sangat baik yang aku kenali dalam hidup aku..seanjang hayat aku tak pernah mendengar mak dan ayah bergaduh...Mak dan ayah bagiku adalah manusia yang sangat pengasih dan penyayang. Nanti aku akan ceritakan kisah mak dan ayah..
Berbalik ke rumah baru aku..rumah ini tak lah sebesar mana ..tapi masa aku usia 4 tahun setengah bagi baru rumah kami sangat sempurna ...rumah kami terletak di tengah-tengah kawasan perumahan orang kaya atau tanah lot..Semua rumah di situ adalah banglo-banglo yang mewah kerana rumah pegawai-pegawai kerajaan dan orang kaya..rumah kami hanyalah rumah papan yang di bina atas tanah lebihan dari tanah lot Hj Mohd Isa atau Pak Chak iaitu abang angkat ayah dan pusing-pusing adalah bau bacang ngan Tok Nek Salleh tapi bagi ayah...ayah sangat bersyukur dapat membeli rumah sendiri wlaupun dengan harga RM500/= sahaja dan ikut perjanjian selagi ayah nak duduk di sini ayah hanya perlu bayar sewa tanah sahaja dan itupun kalau mampu..tapi apa yang aku tahu memang Pak Chak sangat sayang kat ayah bagaikan anak sendiri. Begitu juga dengan Mak Chak Hjh Sofiah Hj Ali..anak orang kaya Titi Gajah Hj Ali Tauke Daging.semasa kecil aku hanya mengenali mereka bagaikan keluarga sendiri.

Rumah aku sangat cantik aku sangat sukakan rumah aku...rumah ini comel dan masa aku kecil dahulu tempat permainan aku adalah bawah rumah dan atas pokok jambu keling di tepi rumah...Istimewanya rumah ini rumah papan dan mak sangat menjaga kebersihan rumah dan di halaman rumah sentiasa bersih dan tak ada rumput yang tumbuh. Aku tak tau mana satu depan jadi aku hanya boleh katakan di utara rumah aku adalah sempadan tanah antara tanah lot Pak Chak dengan Tok Su Chan iaitu bapa saudara Pak Chak..orang kaya yang sombong...dan bukan aku mengata tapi itulah ujian kepada kami sekeluarga semasa tinggal disitu.
Sebelah selatan rumah adalah rumah Tok Wan Man dan Mak Tok. Barat rumah PakChak ,Timur kawasan tanah lapang seluas 25x60 kaki dan di akhir dengan rumah orang kaya...Umi,Tok..Tok Pah dll dan terusan Wan Mat Saman (Lebuh Raya Sultan Abdul Hamid) Barat laut rumah Tok Haji Minah dan disewa kepada Maniam, Pak Tam Man&Melur, rumah Tok Chik Chot, rumah Mak Ah Pak Syed, rumah cina dan Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama. Barat daya rumah Tok Wa Nah dan Wa E, Tok Wa Fazil dan Tok Pora dan Kedai Rahman...Timur laut kawasan rumah sewa Tok Su Can.rumah Saloma, Pak Kasim,he Putih, Ah Poh dll. Manakala kawasan tenggara adalah rumah kawan aku menyewa Adilah dan cina-tin.

Rumah aku kecil saja bagaikan berada di tengah-tengah danau orang kaya dan mungkin di sinilah banyak mengajar kami menjadi manusia yang berjaya..
Mak seorang yang sangat rajin dan waktu kami tinggal di sini mak selalu belajar memasak, menjahit dan juga dalam masa yang sama mak mengambil upah membasuh pakaian dan menggosok pakaian di rumah Mak Chak.. sebab tu kak Chik selalu panggil aku anak orang gaji Mak dia ..tapi masa aku kecilaku tak kisah bila apa saja orang nak panggil.
Apa yang pasti mak dan ayah sangat penyayang dan mendidik kami dengan sempurna...pelbagai suka duka pahit manis kami lalui bersama di rumah ini.
Nantilah aku akan ceritakan dalam chapter seterusnya...bagaimana kami lalui kehidupan selama 10 tahun di sini...asam garam kehidupan yang mengajar aku menjadi manusia..erti kasih sayang ,hasad dengki, cemburu, dan penghinaan...kemuliaan dan dunia kecil ku...

p/s:setiap yang dicoretkan bukan bahan untuk publisiti...jadi jgnlah disalahertikan dan disalahgunakan... :)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in