Betapa bersyukurnya sebab bila ada bacaan doa selamat dan tahlil untuk kedua ibubapa serta seluruh keturunanku dibuat oleh pihak jemaah masjid Bukit Tinggi dan cukup 44 orang jemaah. Alhamdulillah.
Majlis ini juga sempena kesyukuran kehadiran orang baru dalam hidup kami Muhammed Safiyullah Abdullah, Sayiddah Safiyyah bt Shahril, hari lahir Pak Su Shahrizal dan Bri (suami Najah) dan kesyukuran buat Abang Zul dan Kak Siah serta Pak Cik Rahman (gardener) yang dapat peluang menunaikan Fardhu Haji tahun 2010 ini...semoga Allah mempermudahkan semua urusan perjalanan hidup kami dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah buat semua.
Sepanjang hari siang dan malam bermula dari malam Jumaat menyiapkan bahan-bahan untuk dimasak sebab kali ini tak pakai katering dan aku masak dengan keluarga saja. Kak Not masakkan ketupat pulut hitam dan temamkan pergi membeli belah di Pasar Tok Jalai dan pasar Jitra..yang kesiannya kat Laili asyik kena ikut Mak Ngah pergi shoping..inilah seronoknya bila masak sendiri.Banyak menu yang nak disediakan .Ada ketupat pulut biasa dan pulut hitam, ketupat nasi, rendang , kuah kacang, kuah lodeh, soto ayam, nasi daging ( chef Yati) ,keateaw,mee,bihun sup daging dan tulang (menu istimewa Dat masak) makaroni bakar dan puding( menu Najah) ,buah tembikai merah dan kuning....lain-lain tu kuih raya.
Bahagian potong memotong Shahril ngan Dat pun kena buat sendiri dan yang menyeronokkan tu Aziah yang baru lepas pantangpun kena turun tolong masak sama..apa lagi dibantu oleh Balqis dengan Alif..
Alhamdulillah walaupun semua menu disediakan oleh sendiri semuanya menepati rasa dan standard kualiti yang sangat menepati ISO 9001.inilah untungnya kalau selalu tolong mak dan mak chak Zauyah memasak jadi bila orang tua-tua dah tak ada kamilah kena masak sendiri.
Terima kasih kepada seluruh keluargaku dan sahabat-sahabatku yang hadir dan bagi yang tak hadirtu ..jagn risau Shikin faham sebab masing-masing ada halangan yang tak dapat nak dielakkan. Walaupun melalui SMS saje ramai yang hadir dan harap maaf bagi rakan-rakan dan saudara yang tak terjemput sebab adatlah kan.
Keluarga Abg Zul & Kak Siah,Ana,Najah,Ameng, Emma&Sobri, Wan Sham&family, KFaridah&AZul, Tan&Asmah, Azulida&mama,Kak Long Aziah&family, K Koliah&A Nabil, Rozita&Ami, Gayah&family, Kak Rohaya&family, Mak Ndak& famliy, Kak Zakiah&KFaezah, Kak Faezah&family, Kak Yati &C Shaari, Ani&family, Kak Na&A Yusof, Kak Chik &family, Eshah&Razak, Kak Muzainah&Ustz Rahim, Nizam&Niza,Zohari&family, Azizi&Shibah&family, Zulfitri&Niza, Zul&Niza,Jalil &family, Kak Ilah, Kak Umi Ustazah Alia&anak-anak, Tok Imam Cikgu Lah dan jemaah masjid Bukit Tinggi, kawan-kawan Shahril dan Adik serta jiran-jiranku yang tak tersebut nama. kehadiran semua mengembirakan hati ini. 
Semoga Allah memurahkan rezeki seluruh keluargaku dan terima kasih atas segala usaha yang disumbangkan sponsor dan juga tenaga yang dicurahkan. InsyaAllah nanti kalau ada peluang kita buat lagi. Terutama buat Kak Not&Abg Burn,Yati&Dat, Shahril &Aziah,Adik dan Abg Zul&K Siah sekeluarga.Semoga apa yang kita lakukan ini walaupun sedikit akan sampai pahalanya untuk kedua ibubapa yang kita yang sangat kita cintai serta seluruh keturunan kita.AMIN...InsyaAllah nanti kita buat lagi. Alhamdulillah
(Banyak lagi gambar tapi dalam kamera Shahril)
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin



No comments:
Post a Comment