kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Thursday, October 28, 2010

Chapter Hidupku 6: Episod Junjung Tilam

" Bukan Kin..kak chik lah.." " Dia yang kencing kata orang..tengok orang tak basah pun dia yang basah"
"Dah tok sah duk lawan gaduh lagi..pergi junjung tilam tu jemur sat gi harin satu kampung"
Abang Tam lah jadi mangsa kena angkut tolong pegi jemur..
Ha..ha.ha.. sebenarnya kami dua-dua memang kaki kencing malam..mak selalu kata " Sampai kahwin nanti duk kencing tilam tak taulah...suami kena junjung tilam."
"Tak pa..Abang Tam ada dialah junjung tilam nanti.."
Abang Tam gelak saja...kerja dia .kalau masa cuti sekolah bila time dia balik dari MRSM Kulim kami tidur bersama dan akhirnya esok pagi kami kena junjung tilam...
Malam waktu tidur bukan main lagi berpelukan sebab tu bila pagi lawan gaduh junjung tilam...
Peristiwa junjung tilam ni bukannya selalu tapi dalam seminggu tu adalah sekali dua ...
Ini adalah disebabkan oleh pada siangnya bukan main ligat bermain dan bila malam tak sedarlah..tapi yang peliknya asal mimpi buang air je esoknya memanglah kencing betul atas tilam...
Rentetan kenangan ni tak boleh dijual beli sebab mana ada orang yang boleh cerita balik kisah mereka...aku memang selalu kencing malam masa aku di sekolah rendah..kadang-kadang tersedar tapi tak sempat sampai bilik air...
"Ni kena tidur dalam bilik air baru dia tau...ni tak boleh minum air banyak-banyak sebelum tidur tak kan nak pakai lampin sampai ua kut.."
Inilah puncanya Kak Not tak nak tidur dekat aku sebab dia takut sat lagi dia pula yang dituduh kencing malam.

Satu ketika tu masa aku di sekolah rendah cuti sekolah, Mak Cik Nani dengan kak Chak datang dan minta kebenaran dari mak untuk bawa aku ikut pergi kenduri saudara mara dia. mak pesan kat Mak Chik Nani..
"jangan bagi dia minum air anyak dan mai sangat sat lagi dia kencing malam malu kat orang.."
"Kin..sebelum pi tidur ..pi bilik air dulu sebab sat lagi silap haribulan kencing kat tilam orang."..
"Baik mak cek ingat..cek tak kan kencing malam punya....janji mak bagi pi.'
aku pu ikut Mak Chik Nani rasanya seminggu jugalah sebab aku memang rapat dengan Kak Chak..
Hari sebelum kenduri punyalah seronok sebab dekat kampung ada adat buat kuih , gotong royong goreng kersik, potong- potong kayu api dan buat balai..seronoknya tak terhingga..
Hari pertama aku ikut pesan mak sebelum tidur pergi buang air dulu dan ambil air sembahyang sebelum tidur macam biasalah..bila masa tak letih memang ikut petua sebab mak memang ajar aku abamil air sembahyang sebelum tidur.
Hari kedua memang seronok sangat sebab siap ada ghazal pati dan juga time ni orang sibuk masak lauk kenduri dan siap bahan-bahan untuk kenduri esaok.. malam berinai..kelam kabutlah akupun berinai sama..seronok..macam aku pula nak kahwin masa tu umur 9 tahun... sama usia Siti Aishah kahwin degan Rasulullah itulah yang Mak Chik Nani bagitau.
Mak Chik Nani pesan jaga perilaku supaya anak dara dia yang comel ni nanti kahwin buat meriah lagi..itulah pesan Mak Cik Nani kat aku sebab aku ni anak kesayangan dia juga sebab Kak Cha sangat sayangkan aku macam babydoll dia sebab tu siap pakai cantik-cantik macam anak patung siap tocang rambut dan berbedak..
malam ketiga...paling kelakar sebab pengantin berinai dan oleh kerana Kak Chak baik sangat dengan sepupu dia yang nak kahwin ni jadi kami tidur dalam bilik pengantin...atas katil pengantin lagi...nak tahu apa terjadi? Tekalah?
"Alahai ni air apa ni basah kat tilam ni..?..entah Kak Chak pegang seluar aku," Kin kencing malam ye?" "Eh...mana ada...kalau kencing mestilah basah"..
"Pelik..tak kan kak ?(tak ingat nama) yang kencing..woi pengantin kencing malam ke?
"Eh mana ada...tak kan aku dah tua ni kencing malam ...malulah!...

Misteri.....jeng-jeng Mission Imporsible......

Tengah malam..Aku terjaga
"Alamak basah ni..aku dah kencing malam..alamak sat lagi mesti kena marah".
"Nak buat apa ni...nak buat cam ne ni..?
Aku bangun turun dari katil terus pergi tukar seluar kebetulan beg aku ada dalam bilik dan seluar yang dah basah tu cepat cepat aku masukkan dalam beg plastik baju yang dah pakai.
Kemudian apa lagi naik tidur semula tapi sebelah tempat yang tak basah lah. Strategi.
Esoknya riuh rendah lah cerita dikalangan keluarga kata anak dara kencing malam...tapi tetap jadi misteri...

Kebetulan petang kenduri tu ayah dan mak atang ke rumah kenduri aku ikut sama bertolak ke Sungai Setar sebab To Nek aku meninggal dunia...jadi semua tu menjadi kenangan aku..tapi aku cerita juga kat Kak Chak lepas tu masa aku pi tidur rumah mak Chik nani masa cuti sekolah berikutnya..

"Ha..ha..rupanya Kin yang kencing malam..habis heboh cerita kata anak dara kencing malam rupanya anak dara Mak Cik Nani yang kencing malam ye"
"Sejuk sangat mana boleh tahan..lepas tu bilik air jauh..Kak Chak lah tak ajak ambil air sembahyang dulu sebelum tidur.."
"Oh...cek berdua tak sembahyang Isyak lah semalam ?" kata Mak Cik Nani.
"Alamak..kantoi....he..he.. kak Chak pun terlupa sembahyang malam tu.letih sangat duk pakai inai!"

Aku masa kecil memang selalu kencing malam sampai tingkatan 2 sebab pantangnya aku kalau letih sangat. Sebenarnya dari segi psikologi memang ada lekatan yang berlaku dalam hidup aku dan trauma yang menyebabkan aku sering bermimpi buang air sebab itu aku sering kencing malam."

Macam-macam ikhtiar mak buat makan belalang bakarlah, patung gigit pusatlah dan sapu minyak angin tapi hakikatnya semua iu adalah punca lekatan. Aku mula kecing malam masaumur aku 8 tahun dan mengikut kajian bila aku dah jadi kaunselor ini ini adalah salah satu lekatan yang berlaku dalam hidup aku .

Alhamdulillah semua tu terhenti bila aku mula period masa tingkatan dua dan sejak dai hari tu aku dah tak kencing malam lagi. Tapi ada masanya aku memang tak sempat nak pergi bilik air dan aku memang dah boleh komunikasi dengan mimpi aku bila aku bermimpi buang air aku akan kata kat diri aku ini mimpi cepat bangun...tapi kalau mimpi dalam mimpi...harus..aku kencing malam juga..kelakar bila mengingati peristiwa ni tapi itulah yang berlaku..
Orang lain pun ada yang kencing malam juga dan selalunya mereka ni kena marah tapi aku tak kena marah sebab aku ni budak cerdik dan ada strategi dan selalunya ada saaja orang yang backing aku.
Sebab tu aku suka makan belalang bakar sebab sedap..assal dapat belalang besar saja memang kami akan panggang sebab aku suka sangat manis rasa macam udang bakar.
p/s:setiap yang dicoretkan bukan bahan untuk dipublisiti...jadi jgnlah disalahertikan dan disalahgunakan... :)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in