Inilah  gambar  kenangan yang  menjadi  sejarah dalam  hidupku...mungkin  satu  ketika  aku cukup  sukar  untuk  berkongsi  cerita  derita  ini  tapi setelah  dua  tahun  berlalu  ku  rasakan  inilah  kenangan   dan  sejarah  hidupku  yang  sukar  ku  telan  satu  ketika  dahulu....mungkin  semua melihat  wajah  ceria  dan  juga  bahagia itu  adalah  gambar  pada  hari  perkahwinan  ku  yang sangat  dinantikan dalam  hidupku  bersama  dengan  insan yang  sangat  aku  cintai.
Dua tahun dahulu aku tidak pernah bercerita tentang gambar perkahwinan dlm koleksi albumku. 5 pasang baju pengantin dalam almari sering menjadi tanda tanya kepada sesiapa yang melihatnya.. Baju pengantin yang bernilai ribuan ringgit untuk diri sendiri yang masih belum pernah dipakai secara rasmi.
Pelamin anganku  musnah...setelah urusan  semua di pejabat  kadi  selesai...urusan  dengan  tok iman Hj Abdullah iman Masjid Bukit Tinggi dan para  saksi  siap  menunggu..wali-waliku  sedia  menanti...Siapa  yang  tak  bahagia  tak  kala  mendengar  kakak  kesayangan  yang  beberapa  kali  gagal  dalam percintaan  akhirnya  bersuara  untuk  mengakhiri  zaman  bujang...  Semua ahli  keluarga  bahagia  mendengar  dan semua  sanggup  mengorbankan  masa dan  wang  ringgit  semata-mata  meraikan  hari  bahagia  buat diri  ini..  Terima  kasih  keluargaku..walaupun sebelum  ini  aku  tidak  mahu .bercerita   lagi  tapi...bila  aku fikirkan  ianya  akan  menjadi igauan  selagi  aku  tidak  melepaskan  dari  hati  dan  perasaan  ini.
8.8.2009 adalah hari akad nikah yang telah dirancang dengan rapi buat diriku..katering dengan jemputan 500 orang siap ditempah dan rumah Teratak Aish dihias indah dan Alhamdulillah pada ketika yang sama aku telah merancang untuk menunaikan umrah. Ketika membuat jemputan ke majlis kenduriku aku tidak pernah memaklumkan kepada sesiapa bahawa itu adalah majlis akad nikahku...tapi sekadar menjemput untuk majlis kesyukuran..dan semeemangnya majlis itu tanda syukurku pada Allah dengan nikmat rezeki yang Allah SWT limpahkan buat diriku sebelum ini.
Allah SWT memberikan aku petunjuk tetapi aku sebenarnya yang tidak faham dan buta dengan semua ini. Inilah hakikat yang perlu aku telan dan pendam dalam hatiku. Aku membuat keputusan berkahwin dengan Muhammad Safiyullah bin Abdullah kerana aku ingin memadam insan yang pernah aku cintai seumur hidupku. namun niat aku ikhlas kerana aku sudah tidak tahan dengan tomahan dan juga caci yang aku terima.. Sebelum ini aku simpan semua kata-kata hina yang dilemparkan oleh keluarga insan yg terlalu aku cintai semata2 kerana aku buta dengan kasih sayang dalam hidupku. Semua hairan satu ketika aku punya mak mertua, pak mertua, abang ipar , kakak ipar dan juga madu...tetapi siapa suamiku????? Itulah kisah yang belum dapat aku buka di sini. Aku tidak pernah membenci malahan aku kasih dan sayang pada keluarga itu. Keputusan berkahwin dengan insan yang hanya aku kenali dengan satu pertemuan dan akhirnya selepas enam bulan berkawan aku terima untuk melangsungkan perkahwinan.. Siapa sangka itulah bencana dalam hidupku yang satu ketika semua orang pelik. (Chapter Hidupku...belum selesai.. akan aku sambung..cerita duka yang aku tangguhkan penulisan sbb aku menulis dengan hati yang penuh air mata) Mungkinkah niat perkahwinan itu tidak ikhlas wallahualam..tapi aku hanya memohon pada Allah agar aku diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini.
Selepas semua persiapan siap dan menanti hari hanya Allah mengetahui betapa bahagia hati ini. Tapi pada 6.8.09 aku menerima panggilan dari 'Muhammad Safiyullah'mengatakan dia tersangkut dalam prosedur perjalanan untuk datang ke Kedah dan tidak dapat datang dan ketika mendengar panggilan itu bagaikan tsunami merentap semua rasa bahagia. Dengan kedegilan hatiku aku tetap menunggu di Lapangan Terbang sehingga penerbangan terakhir...tetapi dia tidak datang...Aku menangis sehingga tidak ada air mata lagi..Terima kasih sahabatku Emma dan Sobri yang sanggup datang dan menemani aku ...aku tahu mereka sendiri masih kabur sehingga kini apa yang berlaku tapi tetap menemani aku menangis sepanjang malam. Esoknya 7.8.09 semua ahli keluargaku telah berkumpul dan mereka semua dengan penuh gembira dan bahagia pulang dengan wajah ceria ..tapi akhirnya terjelepok dilantai bila aku beritahu perkahwinan aku dibatalkan...kerana 'Muhammad Safiyullah' tidak dapat meneruskan perkahwinan kami.
Hanya Allah yang tahu betapa hati keluargaku hancur dan luluh dengan berita ini. Bagaimana hendak menutup malu? itulah yang berlegar dalam kotak fikirann kjeluargaku...tetapi aku bertanya apakah memalukan seandainya tidak jadi kahwin..? Adakah salahku aku tak berkahwin? Bukan aku insan pertama yang terbatal perkahwinan? Dan pelbagai persoalan menusuk pemikiran.......tetapi itulah hakikat bila hidup dalam masyarakat bukannya simpati tapi kata hinaan dan fitnah yang aku terima. Ini bukalah kali pertama aku tak jadi kahwin..Dan mungkin inilah ujian dalam hidupku. Alhamdulillah.
8.8.2009  Awal  pagi  semasa  bangun pagi  aku  yangsememangnya  semalaman  tak  tidur  akhirnya aku  mandi  sepuas-puasnya  dan ketika  di  cermin memandang wajah aku aku  hanya  nampak  rambut  aku yang  sangat  cantik  panjang  mencecah  pinggang....aku senyum dan  capai  gunting ..."Sraaaaaaaapppppp"  aku potong rambut  yang  menjadi kebanggaan ibu dan  ayah  aku hanya  tinggal  paras  telinga. Kemudian  aku  dengan pakai  baju  pengantin dan  ketika  semua keluarga  aku sedang  bersarapan  aku turun  dengan pakai  baju  penganting  yang  lengkap....." Cantik  tak?.......Ni  tak  nak  bagi  adik  beradik  kempunan  nak  tengok  pakai  baju  pengantin" kata  aku  dengan  nada  lawak  dan senyum  riang...bagia  aku  ketika  itu  hanyalah  jasad aku  saja  dibumi...roh  aku  tidak  bersama  aku  lagi..bila  aku  potong  rambut  aku  aku  niat  dalam  hati  inilah  tahlul  awalku..membuang  smeua  duka  dihatiku....tapi  aku  lihat  bapa  saudaraku  dan  juga  keluargaku ada  yang smebunyi-sembunyi  menitiskan air  mata...Aku  tahu  mereka  sayang  pada  aku  dan  tahu  aku  sembunyikan  duka  dihatiku.. Tapi aku rasa inilah  jalan takdir  hidupku.
Tok Iman awal-awal pagi melefon aku bertanya.." Hajah..nanti pukul berapa nak datang sign borang..sebab kalau boleh masa akad nikah tak perlu lagi nak kena temuduga dan..........................."macam-malam lagilah yang diberitahu..sebab Tok Imam excited nak akad nikah orang Belanda dengan orang Bukit Tinggi. Habis imam bercakap hanya sepatah jawapan aku
"Tn Haji..majlis akad nikah saya dibatalkan kerana pengantin lelaki tak dapat datang! "...tersekat ditekak ini nak bagi tahu dan akusambung wlaubagaimanapun majlis lain tetap saya teruskan...Tn Hj nanti datanglah ke rumah saya dengan rombongan masjid"
Majlis yang berlangsung sungguh meriah dan jemputan macam biasalah ramai dan ada jiran-jiran dan juga kawan-kawan jauh yang datang bertanya tentang majlis,.....jawab aku ringkas...kan jemputan majlis kesyukuran saya nak pergi mekkah....and yang bab menikah tu tak jadi. Ada yang datang berbisik-bisik sesama sendiri sebab tengok rumah yang dihias indah dan majlkis yang sangat hebat..masakan je memang killer ....terima kasih Zan Cathering yang menyediakan makanan yang sangat istimewa buat aku..memang best sbb bujetpun best. Nasi berempah, laksa, mee kuah dan cendol special dari Pak Su....memang semuanya seronok sebab nak meraikan Mak Ngah kesayangan kahwin.
Lepas Maghrib macam biasa majlis bacaan doa selamat dan juga bacaan yassin berjalan lancar dengan jemaah masjid yang seramai 60 orang datang dan memang aku bersyukur sebab mungkin ini juga menyebabka hati aku tidak gundah gulana dan aku redha dengan ujian Allah...Ketika itu aku sangka inilah ujian terhebat dalam hidupku...tetapi hakikatnya ini hanyalah satu persediaan pada ujian yang lebih besar dari Allah buat aku...
Habis majlis....macam biasalah rumah dah siap tukul masih bernbunyi...aku mula menerima satu persatu kata-kata hinaan dan cacian dari insan-insan yang sememangnya bersedia untuk bertepuk tangan...Alhamdulillah ini adalah ujian Allah yang ditimpakan buat diriku tapi ku pohon pada Allah janganlah ianya ditimpakan kepada ahli keluargaku selepas ini maupun insan-insan lain yang menyayangiku dan juga disekelilingku. Kerana ku tahu Allah mengujiku kerana aku layak untuk ujian ini...Tiap hari aku lalui kenyataan dnegan senyuman di wajah yang tiada siapa tahu betapa hati aku hancur...tapi bagai dikata kalau dah tiada hati apa lagi nak rasa ...tak rasa apa=apalah....hanya bahagia dan tenang kerana ini ketentuan ALlah buatku.
20.08.2009 Aku bersyukur pada Allah kerana aku pulang ke mekah buat kali ketiganya menunaikan UMRAH RAMADHAN...sesungguhnya aku tahu Allah sahaja yaang menerima hati aku yang hancur lebur...setiap kali aku pulang aku pulang dengan hati yang hancur,..tapi Allah tetap menerima aku...kali pertama aku pulang 1997 itu juga tahun aku tak jadi kahwin...2005 kali kedua aku pulang juga selepas beberapa bulan aku tak jadi kahwin kali kedua...dan akhirnya 2009 sekali lagi aku pulang ke Mekah dan mengadap kekasih ku Muhammad Rasulullah dengan hati yang lebur dan hancur pada manusia kali ketiga aku tak jadi kahwin.(NANTI AKAN ADA CERITA INI DLM SAMBUNGAN CHAPTER HIDUPKU..INSYAALLAH)Mungkin kerana itu biarlah aku kini punyai hubbyku dalam hidupku dan janganlah bertanya kenapa aku punya hubbyku..Hanya Allah Yang Maha Mengetahui kenapa aku punyai hubbyku kini. Alhamdulillah.
Allahuakbar...Allahuakbar..Allahuakbar...
Innalillahiwainnailahiragiunn.....itulah kata-kataku setiap kali aku ditimpakan ujian dari Allah..aku yakin pada Allah aku akan menerima ganjaran dari Allah yang tiada hitungannya dengan minda manusia...Alhamdulillah aku tenang ketika menunaikan Umrah Ramadhanku...di sana beberapa kali aku menelefon Muhammad Safiyullah dan sentiasa mendoakan insan-insan yang aku sayang walaupun hati aku lebur...dengan manusia tapi aku tetap tidak pernah mennyimpan dendam dan benci walaupun hidup aku dicaci dan diuji aku redha dengann ujian Allah dan tiada satu perasaan benci pada orang lain..biarlah orang sakit hati dan membenci diriku asalkan Allah SWT sentiasa sayang dan kasih padaku.. Ya Allah jangan Kau tinggalkan aku..janganlah Kau memalingkan wajahMu dari memandang hambaMu yang hina ini dengan penuh kasih dan saynagMu yang Maha Luas..itulah doaku pada Allah..Yaa Allah kurniakanlah aku kenikmatan memandang wajahMU dan juga kerinduan bertemu denganMu..ya Allah aku redha..aku redha..aku redha.
Bersyukur dengan ujian Allah dan nikmat yang Allah kurniakan buat diriku...ini bukanlah ujian yang terakhir dari Allah...tapi ini adalah persediaan Allah buat diriku dan aku yakin aku akan lulus ujian ini dengan CEMERLANG dan aku yakin Allah menguji aku kerana Allah menyediakan aku dengan persediaan yang cukup....inilah permulaan pada ujian yang lebih hebat dan aku bersyukur jiwa kental yang Allah kurniakan...apakah aku mapu untuk bercerita tentang ujian ujian seterusnya yang menimpa diriku..
Aku yakin setiap apa yang Allah uji kerana nikmat yang lebih indah Allah akan beri..INSYAALLAH SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN AKU BAHAGIA ITU.AMEEN
Kenapa aku sering diuji?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; `Kami telah beriman', sedangkan mereka tida diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta."
- Surah Al-Ankabut: 2-3
Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah al-Baqarah: 216
Kenapa aku diuji ujian seberat ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah al-Baqarah: 286
Bagaimana kan kuhadapi ujian ini?
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kenajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Ali Imran:200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecualikepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah al-Baqarah:45
Apa yang aku buleh dapat dari semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka"
- Surah at-Taubah: 111
P/S JANGANLAH KITA MENGEJI ATAU MENGUMPAT SESAMA SENDIRI KERANA KITA TIDAK TAHU APAKAH UJIAN-UJIAN ITU TIDAK MENIMPA DIRI KITA..ATAU KETURUNAN KITA.. SENTIASALAH BERDOA DAN BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH......DOAKAN KEBAHAGIAN BUAT DIRIKU DAN JUGA HUBBY KU.AMEEN.WALLAHUALAM....
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
Dua tahun dahulu aku tidak pernah bercerita tentang gambar perkahwinan dlm koleksi albumku. 5 pasang baju pengantin dalam almari sering menjadi tanda tanya kepada sesiapa yang melihatnya.. Baju pengantin yang bernilai ribuan ringgit untuk diri sendiri yang masih belum pernah dipakai secara rasmi.
8.8.2009 adalah hari akad nikah yang telah dirancang dengan rapi buat diriku..katering dengan jemputan 500 orang siap ditempah dan rumah Teratak Aish dihias indah dan Alhamdulillah pada ketika yang sama aku telah merancang untuk menunaikan umrah. Ketika membuat jemputan ke majlis kenduriku aku tidak pernah memaklumkan kepada sesiapa bahawa itu adalah majlis akad nikahku...tapi sekadar menjemput untuk majlis kesyukuran..dan semeemangnya majlis itu tanda syukurku pada Allah dengan nikmat rezeki yang Allah SWT limpahkan buat diriku sebelum ini.
Allah SWT memberikan aku petunjuk tetapi aku sebenarnya yang tidak faham dan buta dengan semua ini. Inilah hakikat yang perlu aku telan dan pendam dalam hatiku. Aku membuat keputusan berkahwin dengan Muhammad Safiyullah bin Abdullah kerana aku ingin memadam insan yang pernah aku cintai seumur hidupku. namun niat aku ikhlas kerana aku sudah tidak tahan dengan tomahan dan juga caci yang aku terima.. Sebelum ini aku simpan semua kata-kata hina yang dilemparkan oleh keluarga insan yg terlalu aku cintai semata2 kerana aku buta dengan kasih sayang dalam hidupku. Semua hairan satu ketika aku punya mak mertua, pak mertua, abang ipar , kakak ipar dan juga madu...tetapi siapa suamiku????? Itulah kisah yang belum dapat aku buka di sini. Aku tidak pernah membenci malahan aku kasih dan sayang pada keluarga itu. Keputusan berkahwin dengan insan yang hanya aku kenali dengan satu pertemuan dan akhirnya selepas enam bulan berkawan aku terima untuk melangsungkan perkahwinan.. Siapa sangka itulah bencana dalam hidupku yang satu ketika semua orang pelik. (Chapter Hidupku...belum selesai.. akan aku sambung..cerita duka yang aku tangguhkan penulisan sbb aku menulis dengan hati yang penuh air mata) Mungkinkah niat perkahwinan itu tidak ikhlas wallahualam..tapi aku hanya memohon pada Allah agar aku diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini.
Selepas semua persiapan siap dan menanti hari hanya Allah mengetahui betapa bahagia hati ini. Tapi pada 6.8.09 aku menerima panggilan dari 'Muhammad Safiyullah'mengatakan dia tersangkut dalam prosedur perjalanan untuk datang ke Kedah dan tidak dapat datang dan ketika mendengar panggilan itu bagaikan tsunami merentap semua rasa bahagia. Dengan kedegilan hatiku aku tetap menunggu di Lapangan Terbang sehingga penerbangan terakhir...tetapi dia tidak datang...Aku menangis sehingga tidak ada air mata lagi..Terima kasih sahabatku Emma dan Sobri yang sanggup datang dan menemani aku ...aku tahu mereka sendiri masih kabur sehingga kini apa yang berlaku tapi tetap menemani aku menangis sepanjang malam. Esoknya 7.8.09 semua ahli keluargaku telah berkumpul dan mereka semua dengan penuh gembira dan bahagia pulang dengan wajah ceria ..tapi akhirnya terjelepok dilantai bila aku beritahu perkahwinan aku dibatalkan...kerana 'Muhammad Safiyullah' tidak dapat meneruskan perkahwinan kami.
Hanya Allah yang tahu betapa hati keluargaku hancur dan luluh dengan berita ini. Bagaimana hendak menutup malu? itulah yang berlegar dalam kotak fikirann kjeluargaku...tetapi aku bertanya apakah memalukan seandainya tidak jadi kahwin..? Adakah salahku aku tak berkahwin? Bukan aku insan pertama yang terbatal perkahwinan? Dan pelbagai persoalan menusuk pemikiran.......tetapi itulah hakikat bila hidup dalam masyarakat bukannya simpati tapi kata hinaan dan fitnah yang aku terima. Ini bukalah kali pertama aku tak jadi kahwin..Dan mungkin inilah ujian dalam hidupku. Alhamdulillah.
![]()  | 
| Indahnya............. | 
Tok Iman awal-awal pagi melefon aku bertanya.." Hajah..nanti pukul berapa nak datang sign borang..sebab kalau boleh masa akad nikah tak perlu lagi nak kena temuduga dan..........................."macam-malam lagilah yang diberitahu..sebab Tok Imam excited nak akad nikah orang Belanda dengan orang Bukit Tinggi. Habis imam bercakap hanya sepatah jawapan aku
"Tn Haji..majlis akad nikah saya dibatalkan kerana pengantin lelaki tak dapat datang! "...tersekat ditekak ini nak bagi tahu dan akusambung wlaubagaimanapun majlis lain tetap saya teruskan...Tn Hj nanti datanglah ke rumah saya dengan rombongan masjid"
Majlis yang berlangsung sungguh meriah dan jemputan macam biasalah ramai dan ada jiran-jiran dan juga kawan-kawan jauh yang datang bertanya tentang majlis,.....jawab aku ringkas...kan jemputan majlis kesyukuran saya nak pergi mekkah....and yang bab menikah tu tak jadi. Ada yang datang berbisik-bisik sesama sendiri sebab tengok rumah yang dihias indah dan majlkis yang sangat hebat..masakan je memang killer ....terima kasih Zan Cathering yang menyediakan makanan yang sangat istimewa buat aku..memang best sbb bujetpun best. Nasi berempah, laksa, mee kuah dan cendol special dari Pak Su....memang semuanya seronok sebab nak meraikan Mak Ngah kesayangan kahwin.
Lepas Maghrib macam biasa majlis bacaan doa selamat dan juga bacaan yassin berjalan lancar dengan jemaah masjid yang seramai 60 orang datang dan memang aku bersyukur sebab mungkin ini juga menyebabka hati aku tidak gundah gulana dan aku redha dengan ujian Allah...Ketika itu aku sangka inilah ujian terhebat dalam hidupku...tetapi hakikatnya ini hanyalah satu persediaan pada ujian yang lebih besar dari Allah buat aku...
Habis majlis....macam biasalah rumah dah siap tukul masih bernbunyi...aku mula menerima satu persatu kata-kata hinaan dan cacian dari insan-insan yang sememangnya bersedia untuk bertepuk tangan...Alhamdulillah ini adalah ujian Allah yang ditimpakan buat diriku tapi ku pohon pada Allah janganlah ianya ditimpakan kepada ahli keluargaku selepas ini maupun insan-insan lain yang menyayangiku dan juga disekelilingku. Kerana ku tahu Allah mengujiku kerana aku layak untuk ujian ini...Tiap hari aku lalui kenyataan dnegan senyuman di wajah yang tiada siapa tahu betapa hati aku hancur...tapi bagai dikata kalau dah tiada hati apa lagi nak rasa ...tak rasa apa=apalah....hanya bahagia dan tenang kerana ini ketentuan ALlah buatku.
20.08.2009 Aku bersyukur pada Allah kerana aku pulang ke mekah buat kali ketiganya menunaikan UMRAH RAMADHAN...sesungguhnya aku tahu Allah sahaja yaang menerima hati aku yang hancur lebur...setiap kali aku pulang aku pulang dengan hati yang hancur,..tapi Allah tetap menerima aku...kali pertama aku pulang 1997 itu juga tahun aku tak jadi kahwin...2005 kali kedua aku pulang juga selepas beberapa bulan aku tak jadi kahwin kali kedua...dan akhirnya 2009 sekali lagi aku pulang ke Mekah dan mengadap kekasih ku Muhammad Rasulullah dengan hati yang lebur dan hancur pada manusia kali ketiga aku tak jadi kahwin.(NANTI AKAN ADA CERITA INI DLM SAMBUNGAN CHAPTER HIDUPKU..INSYAALLAH)Mungkin kerana itu biarlah aku kini punyai hubbyku dalam hidupku dan janganlah bertanya kenapa aku punya hubbyku..Hanya Allah Yang Maha Mengetahui kenapa aku punyai hubbyku kini. Alhamdulillah.
Allahuakbar...Allahuakbar..Allahuakbar...
Innalillahiwainnailahiragiunn.....itulah kata-kataku setiap kali aku ditimpakan ujian dari Allah..aku yakin pada Allah aku akan menerima ganjaran dari Allah yang tiada hitungannya dengan minda manusia...Alhamdulillah aku tenang ketika menunaikan Umrah Ramadhanku...di sana beberapa kali aku menelefon Muhammad Safiyullah dan sentiasa mendoakan insan-insan yang aku sayang walaupun hati aku lebur...dengan manusia tapi aku tetap tidak pernah mennyimpan dendam dan benci walaupun hidup aku dicaci dan diuji aku redha dengann ujian Allah dan tiada satu perasaan benci pada orang lain..biarlah orang sakit hati dan membenci diriku asalkan Allah SWT sentiasa sayang dan kasih padaku.. Ya Allah jangan Kau tinggalkan aku..janganlah Kau memalingkan wajahMu dari memandang hambaMu yang hina ini dengan penuh kasih dan saynagMu yang Maha Luas..itulah doaku pada Allah..Yaa Allah kurniakanlah aku kenikmatan memandang wajahMU dan juga kerinduan bertemu denganMu..ya Allah aku redha..aku redha..aku redha.
Bersyukur dengan ujian Allah dan nikmat yang Allah kurniakan buat diriku...ini bukanlah ujian yang terakhir dari Allah...tapi ini adalah persediaan Allah buat diriku dan aku yakin aku akan lulus ujian ini dengan CEMERLANG dan aku yakin Allah menguji aku kerana Allah menyediakan aku dengan persediaan yang cukup....inilah permulaan pada ujian yang lebih hebat dan aku bersyukur jiwa kental yang Allah kurniakan...apakah aku mapu untuk bercerita tentang ujian ujian seterusnya yang menimpa diriku..
Aku yakin setiap apa yang Allah uji kerana nikmat yang lebih indah Allah akan beri..INSYAALLAH SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN AKU BAHAGIA ITU.AMEEN
Kenapa aku sering diuji?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; `Kami telah beriman', sedangkan mereka tida diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta."
- Surah Al-Ankabut: 2-3
Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah al-Baqarah: 216
Kenapa aku diuji ujian seberat ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah al-Baqarah: 286
Bagaimana kan kuhadapi ujian ini?
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kenajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Ali Imran:200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecualikepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah al-Baqarah:45
Apa yang aku buleh dapat dari semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka"
- Surah at-Taubah: 111
P/S JANGANLAH KITA MENGEJI ATAU MENGUMPAT SESAMA SENDIRI KERANA KITA TIDAK TAHU APAKAH UJIAN-UJIAN ITU TIDAK MENIMPA DIRI KITA..ATAU KETURUNAN KITA.. SENTIASALAH BERDOA DAN BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH......DOAKAN KEBAHAGIAN BUAT DIRIKU DAN JUGA HUBBY KU.AMEEN.WALLAHUALAM....
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin








No comments:
Post a Comment