This is my blog jadi hari ni nak meluahkan perasaan di blog ni....ada ku kesah
ini cerita tentang patern.
Mak Limah belajaq buat karipap bersama Mak Jemah....memandangkan Mak Limah tak minat masak semasa belajaq dia hanya suka suka sahaja. Mak Jemah pula mencipta resepi-resepi sendiri dan membawa pulang karipap utk diberi kepada tetangganya tp Mak Limah simpan je dlm peti sejuk . Setiap hari jiran datang memberitahu karipap Mak jemah cipta tu sedap....dan Mak Jemah yang ikhlas berkongsi cerita dengan Mak Limah. Mak Limah mula mendapat idea nak jual karipap yang macam tu juga dan dia ambil resepi dari Mak Jemah cipta dengan bbangganya menggunakan nama Mak Limah Karipap.
Oleh kerana Mak Limah tengok karipap tu HEBAT maka Mak Limah pun buatlah karipap tu jual. memandangkan Mak Jemah tak cukup modal nak buat jual karipap.Mak Jemah tak kisahpun sebab rezeki masing masing.
Selepas ada modal Mak Jemah pun buatlah karipap resepi dia sendiri dan mula menjual dan oleh kerana namapun karipap buatan tangan jadi Mak Jemah pun buatlah karipapnya tapi biasalah tentu karipap Mak Jemah lebih sedap sebab Mak Jemah saja yang tahu resepi sebenar dan cara yang halusi dalam membuat karipapnya.
Maka karipap Mak Jemah mendapat sambutan dan menjadi saingan hebat kepada Mak Limah. Mak Limah yang tak sedar diri diapun belajar dengan Mak Jemah mula menyerang agen-agen Mak Jemah yang menjual karipap yang lebih sedap dengan harga yang lebih murah.
Sekarang ni Mak Limah kecoh sebab karipap Mak Limah sama dengan karipap dia..
dia ingat Acuan karipap yg jual kat pasaran tu untuk dia sorang ka? Mak Jemah tak kisah pun...lepas ni mak jemah buat karipap bentuk doremon ye.....
Inilah sikap manusia...bukan nak berterima kasih malah bersikap iri hati....suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment