kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT CURTAIN KEDAH (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Sunday, November 9, 2014

‘Mandi bunga ini dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga ini di lakukan kerana khasiat yang terdapat pada bunga ini menyerap kedalam tubuh badan’


Amalan mandi bunga bertujuan untuk menghilangkan tekanan, menyegarkan badan, mencantikkan kulit, menghilangkan bau badan dan menaikkan aura warna dalam badan untuk kelihatan ceria dengan wajah yang berseri.

Dua jenis mandi bunga yang masih diamalkan ialah melalui cara tradisional dan moden.  Mandi bunga cara tradisional lazimnya dilakukan pengamal perubatan tradisional dengan bacaan ayat al-Quran bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah peribadi seperti lambat mendapat jodoh atau mengalami masalah rumah tangga.

Pasangan pengantin juga selalunya disaran melakukan amalan ini untuk mengusir anasir negatif dalam badan sebelum memulakan hidup baru.

Kini mandi bunga diperbaharui mengikut cara moden dan boleh dilakukan di kebanyakan salun kecantikan atau jika berkesempatan, mandi bunga juga boleh dilakukan sendiri di rumah.

Tapi ramai orang kini terikat dengan kerjaya dan urusan seharian dan adalah lebih mudah jika mereka mendapatkan khidmat mandi bunga di salun kecantikan kerana selain ditawarkan pakej dengan harga berpatutan, pelanggan juga berpeluang memanjakan diri dengan pelbagai rawatan lain misalnya mandi garam, sauna dan urutan.

Melakukan mandi bunga atas dasar para pakar perubatan telah mengesahkan kebaikan dan khasiatnya kepada tubuh badan, bukanlah satu kesalahan.

Amalan mandi bunga ini sebenarnya jika dilihat dari sudut sains adalah baik, kerana menurut Dr. Fadzilah Kamsah melalui satu siri ceramahnya beliau, menyebut:

Mandi bunga ini dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga ini di lakukan kerana khasiat yang terdapat pada bunga ini menyerap kedalam tubuh badan’

Jadi amalan ini sebenarnya mempunyai khasiat tertentu yang baik untuk individu yang melakukannya, tetapi amalan ini haruslah di lakukan dengan niat kerana Allah SWT semata-mata dan juga tidak bercanggah dari landasan Islam. Dan hujah ini dengan kajian dari pihak lain, dimana hasil kajian itu mendapati:

Amalan mandi bunga juga adalah salah satu rahsia perubatan orang Melayu lama sebelum terapi bunga-bungaan ditemui oleh orang Barat.Mandi bunga adalah amalan turun-temurun masyarakat di Nusantara dalam proses utk menyebatikan pati tumbuhan dgn tubuh agar diri merasa segar sentiasa..

Antara jenis bunga yang biasa digunakan:-

Mawar merah - membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.
Mawar putih - menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri.
Cempaka putih - melembut dan mewangikan badan.
Cempaka kuning - menyerikan wajah dan mewangikan badan.
Melur putih dan kuning - menyucikan dalaman.
Bunga kenanga - menaikkan seri dan senang didekati.
Limau purut - buang kotoran badan dan membuka pori supaya aura serta seri bunga dapat bergabung dengan aura badan dengan mudah.

Gabungan antara molekul bunga dengan aura tubuh dapat memberi rangsangan yang istimewa dalam mengembalikan kesegaran dan kecantikan seseorang.

Kajian warna pada kelopak bunga juga amat menarik.Warna kelopak bunga yang terhasil adalah bergantung kepada penyusunan molekul yang terhasil secara semula jadi dan ia mempunyai sifat tersendiri dalam pembentukan kadar asid dan alkali. Sedikit perbezaan pada penyusunan molekul kelopak bunga akan menghasilkan kelopak yang berbeza.

Jika dipetik dan dihimpunkan sebanyak tujuh jenis warna bunga yang berlainan akan dapat dilihat perbezaan dan aura bunga itu ketika direndam dalam baldi mengandungi air sejuk, ia akan menjadi satu corak pelangi yang tidak dapat dilihat dalam air secara mata kasar,namun sebaran minyak yang keluar daripada hasil bunga itu dapat dilihat. Itulah yang dimaksudkan molekul aura yang terkandung dalam bunga.

Kajian sains telah membuktikan bunga adalah agen pencerap tenaga matahari yang paling baik manakala mandi dengan air yang bercampur dengan bunga-bungaan memungkinkan kita mendapat kebaikkan-kebaikkan tenaga matahari yang telah dicerap dan diproses oleh bunga. Bunga akan mengeluarkan butiran debunga halus yang kelihatan seperti bergerak dan bernyawa apabila direndam dalam air sejuk. Gerakan ini adalah hasil tekanan atau hentakan butir debunga dengan zarah-zarah air. Gerakan ini akan mengaktifkan semula deria luaran tubuh lantas merangsang sistem hormon di dalam tubuh. Apabila sistem hormon terangsang maka organ-organ dalaman akan bekerja dengan baik. Kajian sains sekali lagi mengatakan bahawa gerakan rawak ini membuktikan perlanggaran antara oksigen dengan karbon dioksida berlaku secara rawak dan membuktikan mandian bunga yang menggunakan perantara air adalah agen penghantar tenaga yang cekap.

Mandi bunga tidak termasuk dalam bida'ah kerana ada kafiat tertentu untuk tujuan perubatan dan asalkan niat itu baik.

Estimar Homemade Aura Soap .....INOVASI BARU DALAM TERAPI DIRI. AURA THERAPY... menggabungkan FLOWER THERAPY, AROMA THERAPY n COLOURS THERAPY dlm satu medium dan disediakan dengan menggunakan AIR ZAM ZAM yang kaya dgn mineral dan pelbagai jenis bahan bahan menggabungkan resepi legasi keturunan Shikin Shahrom . Semoga membantu ramai diluar sana yg mengalami pelbagai masalah diri. Kajian kajian saintifik membuktikan terapi2 ini berupaya membantu menngkatkan prestasi diri, motivasi, self esteem dan In sha Allah membantu merawat gangguan pandangan manusia. Kita hanya berusaha dan berikhtiar Allah SWT yang menyembuhkan.

ORDER SEKARANG
pm@whatapps
HJH SHIKIN SHAHROM 01126437052 

P/s nantikan keluaran produk lain lagi....treatment and beauty soap . Acne! Pimple, Black n white head semua kita rawat. Tengah siapkan produk n tempahan Door Gift sabun buah buahan....scrup badan utk Estimar pun ada.


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in