kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Monday, November 1, 2010

CHAPTER 8: Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama


1976- 1983 adalah satu jangka masa yang agak pannjang berbanding orang lain. Lapan tahun aku belajar di sekolah ini dari usia aku lima tahun sehinggalah usia 12 tahun..Sekolah SKSKL adalah sekolah yang sangat aku sayang sebab inilah sekolah yang paling lama tempoh aku belajar di sini.
Masa darjah 6..wakil sekolah ke MSSD

Semasa tadika aku menjadi kesayangan cikgu kerana kelincahan dan sifat manja aku dan setiap yangaku pelajari di Tadika sangat meninggalkan kesan yang mendalam sebab dua tahun aku belajar tadika dan ada ketikanyaa ak boring juga tapi memandangkan Kak Not pun sekolah di sini jadi aku tak ada sebarang masalah lagi pun jarak rumah aku dengan pintu pagar sekolah tak sampaipun 50 meter.Bunyi loceng sekolah pun dengar. Waktu rehat kadang-kadang aku lari alik rumah pi bilik air.

"Hu..hu..hu..sakit...sakit...sakit"...Satu hari gempak Tadika tempat belajar aku sebab aku jatuh dari galang kerana di tolak oleh budak perempuan yang agak ganas waktu di tadika iaitu anak cikgu yang mengajar di sekolah SKSKL..yang ni aku memang tak ingat nama dia tapi beberapa teman Tadika aku aku masih ingat antaranya Anuar, Jasmin, Husna, Majdah, Fairuz dan Norma. Waktu tu cikgu Rohani panik dan terus bawa aku ke hospital dan ayah aku pergi jemput kat hospital siap berpasung tangan aku kerana terkehel dekat bahu..Seminggu aku tak pergi sekolah tapi sampai kat simpang masuk rumah aku buang pasung tangan sebab malu dan rimas....jadi sampai sekarang sebenarnya tangan aku tak pulih sepenuhnya dan memang bila buat x-ray memang nampak kesan retakan di sebelah tangan kiri aku.Inilah salah satu punca yang menyebabkan aku belajar menggunakan tangan kanan untuk menulis sebelum itu aku menulis menggunakan tangan kiri sahaja.
Gambar dalam kelas...ni jelah gammbar yang tinggal dlm album yg lain dah lesap

" Tak na..tak nak...takut cikgu"..ingat lagi kenangan masa darjah 1 masa tu kawan sekelas aku ni takut dekat Cikgu Daud sampaikan masuk menyorok di bawah meja..lagi cikgu pujuklagi dia menangis.aku rasa dia ni tak pernah pergi sekolah Tadika sebab tu takut kat cikgu..Macam-macam gelagat kawan-kawan sekelas aku. kami masa tu satu kelas sahaja beberapa orang sahaja yang aku ingat nama mereka Zarihan Yaakob, Annuar Abd Razak, Abu Bakar Adnan, Fairuz Osman,Zafirah Abdullah, Hamdan, Rizal,Azhar, Mohd Sani ,Husna, Jasmin,Norma, Sundram, Wan ,Latipah, Norashikin Saad,Latip,Rodiah dan yang lain aku dah tak ingat nama mereka. Yang aku ingat ni pun kawan-kawan baik aku sahaja. Yang lain tu tak ingat sebab kurang rapat dengan aku. Aku masih di mana album lama aku sebab aku ada simpan gambar-gambar masa sekolah tapi sayangnya dah banyak kali berpindah randah akhirnya aku tak ingat mana album aku masa sekolah rendah dan menengah dahulu.(nanti aku cuba upload ada dua keping gambar baru jumpa)

Teringat kenangan masa di sekolah dekat Cikgu Araidah, Cikgu Halim, Cikgu Said, Cikgu Khamis (Guru Besar), Cikgu Tan, Cikgu Daud dan Cikgu Normah..lain-lain cikgu aku dah lupa..nama sebab mungkin mereka tak mengajar aku rassanya sebab tu aku tak ingat pada mereka...walaubagaimanapun terima kasih Cikgu kerana mengajar aku...aku lupa nama ustazah aku yang mengajar Pendidikan Agama Islam sebab mungkinsebab selalu kena marahkut..tapi masa sekolah rendah aku budak exellent dan aku memang sentiasa mendapat markah yang tinggi.Persaingan aku dari darjah satu hingga darjah enam hanyalah Anuar dan Zarihan. Kalau nombor tu 1 2 3 kami je yang pegang tapi apa yang pasti setiap tahun penggal akhir aku akan dapat nombor satu nak tahu kenapa sebab dapat banyak hadiah dan kamilah yang berulang kali naik pentas ambil hadiah.

Masa aku darjah tiga masih tergiang-ngiang di telinga aku...
"Pak Ndak tu ..kalau tak kerana Not tu duduk dengan kami takmerasa nak dapat 3 A Penilaian darjah lima." kata Cikgu Mail suami Kak Tun sepupu aku anak Mak Lang.Kononnya sebab kak Not menumpang mereka masa darjah lima tu dapat keputusan cemerlang. Masa tu 3 A kira hebatlah sebab jarang orang dapat 5 A. Aku rasa tercabar dan aku cakap aku tetap akan bagi sama result aku dengan kak Not nak buktikan bahawa aku duduk dengan mak dan ayah aku juga boleh dapat keputusan cemerlang.Tak payah duduk dengan cikgu pun boleh dapat 3 A tu. Memang aku anak yng pantang dicabar terutama orang caci atau hina mak ayah aku.Memang aku dapat buktikan dendam aku dan sebab tu aku tak suka pada 'cikgu'. Darjah lima entah macam mana Penilaian Darjah Lima aku dapat 3 A 1 B 1C mungkin sebab terlalu over confident..nak tahu C tu apa..Bahasa Inggeris lah.Anuar pun dapat 3 A 2 B dan Zarihan atau aku panggil Ann pun dapat 3A 1 B 1C.maka kamilah pelajar cemerlang sekolah tapi Anuar yang mengatasi aku sebab 3 A 2B. Masa darjah 5 ayah hantar aku tuisyen Bahasa Inggeris dengan Untie A ,mak saudara Hani Azita dan aku pergilah belajar sebulan dengan Untie A tapi lepas tu aku bagi tau kat ayah tak payahlah hantar pergi tuisyen Bahasa Inggeris ni kalau setakat buat latihan je baik buat kat rumah .masa tu aku pergi tuisyen dengan Hani, Sharina daan Adila ..mereka semua dapat A dalam Bahasa Inggeris tapi aku kantoi C. Inilah yang menyebabkan aku rasa sedih sangat dan agak kecewa bila naik darjah enam aku tak suka belajar lagi sebab bagi akuaku lebih suka pada sukan dan aku adalah pelari 4x100m sekolah dan acara lontar peluru . GK @gol keeper bola jaring sekolah. ingat lagi pakai skirt pendek warna merah main bola jaring..seks habis. Aku masa darjah enam macam budak tingkatan tiga berbanding kawan-kawanaku yang kecil dan aku memang nampak matang...Mungkin sebab aku dah ada boyfriend masa dari umur 8 tahun sapa lagi kalau bukan Abang Tam.Tapi masa darjah enam aku dah ssemakin renggang dengan Abang Tam sebab dia ada girlfriend kat MRSM dan inilah satu lagi punca aku dah malas nak belajar. Aku ikuti ujian kemasukan ke MRSM tapi masa ujian akutak berminat sebab aku tak nak masuk asrama.

"Ohh...buat bising dalam kelas ya..aku report kat cikgu Said (guru disiplin"
"Ziap..ziap"
"Adoi...weh sapa bagi kebenaran kat hang rotan aku" kata Aad budak nakal kat SKSKL "Tunggu hang balik sekolah nanti tunggu aku kat padang ".Balik sekolah Bakar, Ann, Rizal dan aku tunggu budak tu kononnya nak bertumbuklah dan akhirnya budak tu kecut sebab kena gertak dengan kaminak buat report. Ganas nya aku masa sekolah sebab aku besar dari orang lain tapi aku jadi pengawas kalau tak mesti aku jadi budak nakal.Aku menjadi Pengawas sekolah sejak aku darjah empat dan jadi Ketua Pengawas masa darjah enam dan Anuar jadi Penolong Ketua Pengawas, Bakar, Ann , Wan, Fairuz, Rizal dan Zafirah pun jadi pengawas juga. memandangkan aku yang paling besar dan tegas maka akulah jadi pilihan Cikgu Besar dan aku juga cemerlang akademik dan sukan. Seimbanglah kononnya.Masa darjah enam ni gossip liar aku adalah dengan Anuar Razak yang boleh tahanlah hansome dia tapi aku ni spesis malas nak layan dan bila ada kawan baik aku duk minat kat dia jadi aku pun malas layanlah. Ambillah kat korang aku ada Abang Tam dalam hati aku jadi aku dah tak kisah sangat. Lagipun masa ini aku dah ada ada matlamat aku iaitu kumpul duit. Aku memang minat bekerja dan bersukan sahaja dan matlamat aku masa ni hanya nak jadi ahli sukan professional dan nak jadi peguam.

"Kami nak belajar kat luar negeri juga macam Abang tu' tulah kata-kata Yat masa dia darjah tiga dan aku darjah lima .
"Tak payah dok beranganlah kalau setakat anak pomen cabuk tu tak payah berangan nak belajar kat luar negeri"..berdesup kata-kata penghinaan hinggap di telinga aku . Hina sangatkah kami anak mekanik..ayah aku Mekanik bas Kuala Kedah ketika itu. Bergenang air mata kami dan balik kami tanya mak kenapa orang kata kat ayah pomen cabuk.
"Tak pa...belajarlah rajin-rajin nanti buktikan anak pomen cabuk pun boleh belajar di luar negeri juga..jangan duk teriak biarlah orang nak hina kita'. kata mak menenangkan kami dua beradik.
Ini menjadi semangat kepada Yati dan akhirnya dia memang buktikan dia boleh belajar sehingga ke United Kingdom.Inilah keyakinan aku bahawa setiap doa atas penghinaan akan dibayar secara tunai oleh Allah SWT. Mungkin air mata itu adalah air mata ikhlas dan Allah memakhbulkan impian dia.

"Tak nak..tak nak..Kin tak nak belajar kat sekolah Arab.."
Semasa darjah enam aku juga pergi ujian kemasukan sekolah Arab dan aku dapat tawaran belajar di Maktab Mahmod Perempuan Jalan Pegawai tapi aku tak pergi dan menangis gila-gila sebab aku tak nak pakai tudung dan tak nak pakai baju kurung.Kesian mak aku hancur hati dia sebab dia nak sangat anak perempuan dia mengaji sekolah arab. Kak Not masuk belajar kat Sekolah Menangah Sultanah Asma sekolah elitlah sebab dia budak pandai dapat 3A juga masa sekolah.Kemudian aku dapat Program Rancangan Khas belajar di Sek.Men.Keat Hwa (H) Jalan Kuala Kedah siap dengan biasiswa lagi.
"Pi lah belajar kat skolah ni..ayah nak sangat anak ayah belajar di sini nanti boleh jadi akauntan." itulah impian ayah aku nak tengok anak dia jadi Akauntan.
"Pi tanya pendapat Pak Din (cikgu)mana tau kut-kut boleh dapat maklumat'kata mak
"Belajar sekolah cina ni banyakpersaingan, tak boleh malas-malas dan cikgu cina tak akan fokus kat anak Melayu sangat tapi kalau nak cuba apa salahnya."
Sahabat baik aku tak dapat belajar di sekolah yang sama Ann dapat belajar di Sekolah Menengah Tun Sharifah Rodziah.
Dilema- dilema... aku tak tau nak pilih yang mana?

Itulah konflik dalam diri aku yang pertama kali aku hadapi dalam hidup aku bila aku membuat keputusan dan aku sedih sebab pengorbanan yang aku buat hanyalah sia-sia dan prinsip persahabatan bagi aku sudah tidak ada nilainya lagi.


p/s:setiap yang dicoretkan bukan bahan untuk dipublisiti...jadi jgnlah disalahertikan dan disalahgunakan...
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in