kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Tuesday, November 23, 2010

CHAPTER 10: Konflik diri yang pertama.

Konflik pertama dalam hidup aku adalah membuat pilihan untuk meneruskan pengajian aku. Seperti yang aku ceritakan aku sememangnya seorang budak yang cerdas dan bijak jadi tak ada sebarang masalah bagi aku dalam pelajaran . Semasa aku darjah lima keputtusan peperiksaan penilaian aku kira ketegori cemerlanglah pada zaman itu sebab bukan macam sekarang 5 A tu bersepah-sepah tapi bagi zaman kami sekolah aku kira paling bijaklah 3 A 1B 1C. Itupun tawaran belajar datang bertindan tindih. Aku mendapat tawaran belajar di bawah Rancangan Pelajar Khas di SMK Keat Hwa, Sekolah Maktab Mahmood PerempuanAliran Arab dan juga aku telah menggagalkan diri aku sendiri dalam peperiksaan kelayakan MRSM sebab aku tak berminat untuk berjauhan dengan mak dan ayah aku. Akhirnya aku buat keputusan masuk Sekolah Keat Hwa..tapi malangnya hanya sehari sahaja aku belajar kat sekolah ini sebab masa aku naik bas pergi sekolah aku berjumpa dengan Ann kawan baik aku masa sekolah rendah dan dia ajak aku tukar ke Sek Men Tun Sharifah Rodziah dan aku memberontak kat ayah aku agar tukarkan aku ke sekolah ini. Tapi Kak Not memang tak setuju langsung kata dia sekolah budak jahat buat apa nak tukar pi ke sana. Memandangkan aku ni memang anak yang degil dan tak boleh bangkang akhirnya ayah aku terpaksa tukarkan aku jadi semua biasiswa aku ditarik balik. Tapi apa aku kesah kalau setakat RM40 ringgit sebulan . Bertukarlah aku ke Sekolah Menengah Tun Sharifah Rodziah dan tak sampai sebulan malangnya Ann tinggalkan aku sebab dapat tawaran Khas belajar di Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah. Aku sangkakan dia tidak akan pergi kerana persahabatan kami tapi malangnya dia meninggalkan aku dan sejak hari itu aku sudah tidak ada sahabat baik lagi dan bagi aku semua adalah sama. Bermula di sinilah tumpuan belajar au dah hilang dan akutak minat belajar dan aku mula tidak berkawan dengan bangsa Melayu lagi. Aku hanya ada dua orang kawan bangsa Melayu di sekolah iaitu Zarina dan Zalita dan yang lain semuanya kawan Cina Ong Suan Nyin,Tan Pei Pei ,Choo Ding Ding, Tan Sok Lin dan ramai lagilah tapi hanya sekadar teman biasa tak lebih dari itu sebab aku dah tak percaya pada sahabat karib
Semasa di sekolah Tun Sharifah Rodziah memang ada sesuatu yang tak kena ada diri aku semasa aku tingkatan satu aku berambut panjang selama 6 bulan sahaja dan selepas itu aku memotong rambut aku macam lelaki dan aku memang betul-betul dah jadi budak TOMBOY gara-gara aku kehilaga sahabat baik aku yang meninggalkan aku.
Ketika itu aku bersumpah bahawa aku tidak akan mempercayai mana-mana sahabat aku lagi dan kalau aku berkawanpun cukuplah dengan persahabatan luar sahaja.Aku benar-benar sayangkan sahabatkan Ann dan aku akui dia sahaja sahabat baik yang pernah aku miliki selama enam tahun sepanjang aku di sekolah rendah. Aku tidak pernah punyai sahabat baik lagi selepas itu sehinggalah aku bergelar mahasiswa dan bekerja. Bagi aku cukuplah aku berkawan atau bersaudara sahaja dan setelah itu konsep persahabatan bagi aku telah berubah. Persahabatan adalah persaingan dan percaturan bukan lagi kasih sayang dan kepercayaan. Sebenarnya trauma itu terus berada dalam diriaku sehinggakan aku takut untuk menyayangi mana-mana sahabat aku. Bagi aku aku sanggup berkorban dan mempertahankan sahabat aku tapi aku sebenarnya kalah dalam meengenal erti persahabatan. Konsep persahabatan bagi aku telah tiada dan aku lebih mempercayai erti persaudaraan dan kalau aku berkawan aku akan anggap mereka saudara aku dan seandainya mereka mengecewakan aku aku akan dapat menerima hakikat bahawa itulah resam bersaudara..habis sangat aku kecil hati.Tapi bukanlah mudah untuk aku menganggap seseorang itu saudaraku sendiri sehinggalah aku mengiktirafnya di dalam hati aku.kalau tidak cukuplah saudara seislamku sahaja.Jadi taklah kita akan kecewa dalam hidup ini.aku lebih suka berkawan dengan ayah , mak dan ahli keuarga aku serta abang angkat aku. Masa tingkatan satu aku dah ada abang angkat aku seniri iaitu di kalangan olahragawan Majlis Sukan Sekolah kedah dan kebanyakan abang angkat aku budak KSAH lah. abang angkat aku yang aku memang sangat sayang adalah Nasarudin Othman hinggalah nama dia abadi dalam nama pena aku Faznasha ,Natasha Farhana dan Nalis Fauzea. Kalau F tu aku rasa semua orang dah boleh tahu nama siapa sebab itu adalah cinta pertama dalam hidup aku.

Masa di SMKTun Sharifah Rodziah kehidupan aku lebih banyak berfokus kepada sukan dan aku sentiasa berlatih untuk melayakkan diri aku mendapat tempat ke MSSM. Masa di sini semua acara sukan aku berubah dari pemain bola jaring, runner dan lontar peluru aku beralih ke acara padang...nak tau kenapa? Semua ini disebabkan semasa aku tingkatan satu tekanan yang aku hadapi menyebabkan aku menambah berat badan aku sebanyak 20 kg dan ini menyebabkan aku dah semput nak lari dan aku dah tak berminat main bola jaring sebab semua itu mengingatkan aku pada Ann jadi caranya aku beralir semua acara yang aku minat suatu ketika dahulu. Aku belajar juga main hoki tapi tak tahan asyik kena ketuk kaki dengan kayu hoki jadi aku hilang minat. Itulh punca yang menyebabkan berat badan aku naik dan setiap hari aku berkawan dengan geng anak Cina dan aku pun banyak fokus pada aktiviti indoor belajar main chest, kraf tangan dan yang paling istimewa aku belajar main poker sebab biasalah mana ada cina tak pandai main daun terup. kebetulan masa kecil aku memang dah pandai main daun teru jadi masa di sekolah mnengah nilah aku lagi cekap sebab eng kami memang belajar main daun terup sampaikan dapat menilik nasib dan buat silap mata.
Asal ada masa lapang saja aku akan main dengan geng aku dan aku ni memang baik dengan kawan-kawan aku sampaikan hari raya cina aku akan pergi rumah kawan aku Ong Suan Nyin dan aku akui memang aku rapat denggan dia ni. Aku belajar buat macam-macam kraf tangan hinggakan aku memang terror buat bunga hamper yang dijual di kedai bunga sebab aku belajar dari kawan-kawan aku. Masa aku tingkatan satu memang ramai orang melayu tak suka kawan dengan kami sebab kata kami ni bau hanyir sebab tak mandi pagi..sebab aku kawan dengan cina jadi akupun dipukul rata oleh kawan-kawan kataaku ni pun cina jugalah. Perkauman tetap wujud tapi bagi aku aku memang tak ada sikap perkauman sebab dari kecil aku berkawan ddengan semua bangsa dan mak ayah aku ajar menghormati bangsa dan agama orang lain.Ayah memberikan tauladan yang sangat baik sebab setiap kali hari raya puasa rumah aku memang penuh dengan tetamu yang berbilang kaum dan ayah dan mak melayan tetamu dengan meraikan mereka dengan menyediakan makanan yang sesuai sebab ada orang India dan Cina yang tak makan daging dan selalunya ayam memang menjadi pilihan utama kawan-kawan ayah dan mereka cukup seronok bila makan ketupat dan rendang ayam mak. Macam tu lah juga kawan-kawan aku bila time raya memang ramai yang datang walaupun rumah kami kecil dan cukup miskin tapi kami rasa bahagia sangat. Begitu juga kwan-kwan ayah kalau masa raya Cina memang akan hantar kuih bakul dan marukhu.Aku memang penggemar utama kuih bakul sebab aku tahu untuk buat kuih bakul kita kena bersih sepenuhnya termasuklah tak boleh bercakapmasa buat kuih bakul dan marukhu pula mesti yang ada resepi pakai lemuju sebab mak belajar buat marukhu dari Saloma dan kuih sepit dari Apo jiran aku.Memang sedap. Muhibbahnya hidup kami yang tak pernah mengenal erti perkauman dan mungkin sebab kami orang susah dan ayah dan makengajar untuk menghormati dan berdakwah secara hikmah kerana kalau kita jauhkan diri kita dari mereka bagaimana mereka hendak mengenal Islam sebab itu aku bahagia bila beberapa orang kawan aku memilih Islam menjadi agama mereka setelah aku dewasa. Memang bukan satu benda yang mudah untuk berdakwah tapi itulah ilmu dakwah yang mak dan ayah ajarkan dalam hidup kami,agar menunjukkan akhlak yang baik pada orang yang belum Islam. Mak dan ayah tak bagi sebut kafir sebab alasannya kita tak tau orang itu Islam atau kafir sehingga lah dia mati sebab mungkin detik akhir hidup seseorang itu dia akan menerima hidayah dari Allah. Walaupun ayah aku dan mak aku bukanlah alim ulama' tapi mereka mengajar kami mengenal erti kasih sayang sesama insan dan memuliakan orang tua walau apaun bangsa orang itu.Masa sekolah menengah aku ada beberapa orang 'teman lelaki' yang rapat antaranya Chakran A/lAh Tiang, Ariwanathan, Tan Aik Kong dan beberapa orang lagi yang aku dah lupa nama penuh mereka tapi masa sekolah rendah Sundram dah masuk Islam dengan nama Abu Bakar. Manakala kawan sepermainan aku Che Putih pun dah masuk Islam dan aku masih menunggu khabar akan kawan-kawan aku yang memeluk Islam. Mungkin sebab itulah aku lebih suka berkawan dengan orang bukan Islam sebab aku selesa dan bagi aku niat aku adalah berdakwah dan aku tak akan kecewa dengan mereka sebab nilai persahabatan adalah dalam konsep yang berbeza.

Aku dah lupa pada nilai-nilai setia dalam persahabatan atau percintaan kerana bagi aku aku ada nilai yang tersendiri sebab aku memang glamour sebab satu-satunya atlit yang mewakili sekolah dan dapat pingat dalam MSSK danMSSM dan paling glamour setelah aku bertukar ke sekolah SMK Dato Syed Omar masa tingkatan empat hingga tingkatan 6 atas separuh jalan...tunggu nanti aku ceritakan dalam episod seterusnya.

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

1 comment:

Anonymous said...

I love your page, im from SMTSR too. Batch 1991-1995, too many memory and can't carry all dear. All the best to you in life....Celina Stephens Chin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in