kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT CURTAIN KEDAH (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Saturday, September 7, 2013

Chapter Hidupku 31: Sirih Junjung Sirih Adat

Sirih Junjung....sirih beradat...
Sireh junjung bertepak emas
sebentuk cincin sebait janji
dalam rindu yang kian lemas
kasih ditatang terasa diuji

Dua sejoli terbang di awan
turun bermain di pinggir taman
sungguh hatiku sudah tertawan
kasihmu tuan dalam genggaman

Manis senyummu hati terpikat
didalam mimpi terbawa-bawa
sebagaimana janji terikat
kasihmu kubawa kehujung nyawa

Awan berarak mendung kelabu
berlari jauh lorong berliku
bicaramu sungguh menusuk kalbu
terasa meruntun seluruh jiwaku
Seawal usiaku 19 tahun aku dah terima pinangan dalam hidupku.Aku pernah berkata nak kahwin masa umurku 25 tahun....kalau tak 30 tahun...kalau tak....kalau tak....kalau tak.......tak tahu lah bila....semua tu hak Allah SWT..... Tapi yang ada dalam hatiku sepanjang hidupku hanya Abang yang mana semuanya berkisar dengan Abang. Istimewanya Abang dalam hidupku hanya Allah yang Maha Mengetahui...mungkin itulah takdir dalam hidupku...Sebaik sahaja tamat pengajian dan kembali ke Alor Setar bersambung kembalilah  kisah suka duka dunia percintaan ku. Ketika ini kembali kehidupan aku yang penuh dengan misteri yang tidak diketahui oleh sesiapa termasuklah keluargaku.

Serentak dengan bermulanya perjalanan di sekolah baru dan juga kembalilah episod peminangan yang bertalu-talu  yang tak kunjung hentinya. Mungkin benar kata orang sebab bila kita balik tempat tinggal sendiri  memang tak ada kerja lain...kalau depan rumah memang rumput tak tumbuhlah jawabnya sebab kerap sangat orang datang bertandang dan bertalu-talu. Ketika ni KakNot dah kahwin dan Yati masa ni kerja di Taiping.  Apa yang peliknya semua yang datang meminang memang datang tanya aku tapi malangnya semua pinangan itu ku tolak satu persatu...hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.....aku bahagia dengan Abang yang mana hidup kami bahagia dalam percintaan.

Setiap hari Abang akan call dan sembang berjam-jam dalam perjalanan balik kerja dan aku ni yang sememangnya  waktu petang hanya duduk di rumah melayan pokok bunga sambil ditemani mak setiap hari. Benarlah kata orang cinta itu indah...

Arwah mak kata ...kalau orang bercinta ni anak yang dia kasih dalam tangan pun dia sanggup lepaskan semata-mata bersama dengan orang yang dia cinta. Itulah yang berlaku dalam hidup kami berdua bahagia dalam percintaan yang mungkin duniaitu hanyya milik kami sahaja. Janji kami hanyalah setiap hariakan luangkan masa walaupun hanya sepuluh minit dan weekend tidak akan berhubung sebab masa itu adallah masa privasi untuk Abang bersama isteri dan anak-anak. Mungkin bagi orang luar melihat percintaan kami hanyalah sekadar mengisi kekosongan dalam hati tapi bagi diriku inilah percintaan yang aku lalui dalam hidupku....menyintai lelaki yang aku  impikan dalam hidupku. Aku bahagia  dengan Abang dalam hidup aku. Bagi diriku cinta bukan untuk memiliki...tapi cinta adalah pengorbanan dan pengorbananku hanyalah tidak bergelar isteri kepada lelakiyang aku cintai dallam hidupku. SaDnA......Sayang Abang Dunia dan Akhirat itulah kata-kata di setiap hujung ayatku bila bersama Abang......
Aku hanya punya satu hati
dan itu hanya untuk Abang......
Aku hanya punya satu cinta
dan itu hanya untuk Abang...
Aku hanya punya satu kehidupan
dan itupun hanya untuk Abang jua..
Waktu yang terus berputar tak kan mampu menghapusnya,
hingga takdir sekalipun tak kan bisa merubahnya.
Kerana setiap masa yang kurasa,
telah ku ukir di atas langit,
dan ku tanam di dalam bumi.
Agar Abang tahu
bahwa cinta ini abadi selamanya
Sayang untuk Abang
Sayang Abang Dunia dan Akhirat......

 
Semua peminangan yang datang  kebanyakannya dari orang yang berpangkat dan orang yang hebat doktor, dentist, lawyer, engineer, cikgu jangan ceritalah ,ustaz, tok kadi pun datang meminang...sampai orang hairan kenapa aku tak juga kahwin.  Macam di kata masa berlalu dan peminangan juga bertalu-talu hinggakan adikku  yang laki menjadi tukang mengira berapa ramai sudah pinanganku tolak...mentah..mentah...akhirnya aku tetap keseorangan.  Aku tak menghalang adik ku untuk berkahwin sebab itu semua adalah takdir Allah SWT untuk semua....

Kisah dalam takdir ku
Terpaut resah menanti jalan hari kebahagiaan
Terkadang gelap memaksa jiwa tuk terlelap
Hingga terang membawa angan melayang….
Takdir ini kutemui dirimu….
Bersama galau merajam rasa
Engkau telah memberi kehidupan nyata
Benarkah kan terwujud indah bersamamu..
Tapi ku yakini ini semua takdir untuk ku
Berpeluh indah dalam bayangan semua
Tetap kuyakin memang engkau takdir untukku
Dalam hari kebahagiaan….
Harap mimpi indah bersamamu
bertabu genderang rasa jantungku
Menanti hari kutemui pinangan rasa dalam nyata
Inilah takdir yang kutunggu untuk bisa terus bersamamu kasih……..
Abang.....
Sayang hanya untuk Abang
Sayang Abang Dunia dan Akhirat............

Falsafah cintaku .................
Cinta adalah ketika kamu menitikan air mata dia masih peduli kepadamu,
dan ketika dia tidak memperdulikanmu,
kamu masih menunggunya dengan setia.
aku masih menunggu abang,
sampai kau hadir di hadapanku,
walau aku tak mengerti maksudmu dan semua terasa tak jelas
dan juga aku tak tau apa yang kamu rasakan.
aku akan tetap menuggu ,
jika yang ku tunggu sia-sia dan berbuah pahit,
aku akan sedih dan merasa kecewa,
lebih dalam hatiku akan sakit.
dan itu akan sulit untuk berusaha melupakannya,
pasti air mata akan jatuh di setiap aku mengingatnya.............SADNA
Sirih Junjung and Sirih Dara
Masih segar diingatanku takkala rakan setugas aku beria-ia merisik khabar tentang aku dan akhirnya atas dasar tidak mengecilkan hati aku bersetuju untuk bertemu dengan lelaki yang diperkenalkan. Punyalah kelakar aku bukan nak mengena sesiapa ....aku bagi syarat nak jumpa lelaki ni di masjid sebab dia ni dah bergelar Haji dan seorang jutawan kerana ada syarikat gergasi kat utara tapi Tn Haji yang masih teruna ni tak mahu jumpa di Masjid katanya nanti orang nampak.......dan akhirnya jumpa di Pizza Hut ....kelakar...sangat kelakar...sebab aku ni memang tak suka keluar dengan lelaki. Semua ni sebab tak nak kecilkan hati orang . Macam biasalah  penampilan aku memang telah menawan hati dia dan akhirnya aku tak cakap apapun. Tapi rupanya dia telah salah sangka dan keluarga serta seluruh ahli keluarga dia ingat aku dah setuju dan bagai nak raklah mereka buat perancangan untuk datang tetap hari dan belanja.....Apaaaaaaaaa???????? Aku Setuju?????Ohhhhh mustahil......aku tak akan dan tak mungkin akan menerima lelaki lain selain Abang...apa yang terjadi   memang terkecewallah lelaki yang telah tertutup hati untuk berkahwin selama ini...Aku bukan berniat mengecewakannya tapi aku bercakap dengan baik dan berbagai   alasan yang aku berikan...akhirnya sampailah ke pengetahuan seluruh ahli keluarganya yang tahu aku sudah menolak pinangan...kecewa mak dan ayah Tn Haji ni nak tengok anak teruna kesayangan mereka kahwin....ada beberapa kali aku terserempak dengan keluarganya di majlis keraian dan dihujung telinga akur terdengar...."Tulah perempuan yang tolak tuah...jadi bini jutawan.." ''Segak sangatlah kut".."Memilih"...."Tak padandengan rupa"........Biasalah  semua tak tahu aku dah bercakap sendiri dengan Tn Haji...aku bagitau dia jodoh dia ada dan dia akan temui jodoh dia...mungkin  Allah temukan kami kerana Allah nak tunjuk siapa  jodoh dia sebab sebelum ni  dia tak ada keinginan nak berkahwin tp bila jumpa aku hati dia terus berbunga-bunga nak kahwin.....Benar itulah jawapannya...selepas enam bulan ibu saudara Tn Haji beritahu aku yang mereka dah pergi meminang  perempuan seorang Lecturer , Anak Yatim Piatu  dan muka seiras dengan aku cuma perempuan ni lebih senior tiga tahun dari aku kira ok lah tu. akhirnya mereka kahwin cuti sekolah akhir tahun 2001....

268DPMM vs SAF
Mungkin semua orang ingat aku tak ada keinginan untuk berkahwin.....hakikatnya beberapa kali kami merancang untuk berkahwin tapi itulah Qhado dan Qhadar dari Allah SWT ..hidup kami hanyalah indah dalam percintaan yang sangat membahagiakan bagi diriku....pelbagai kontroversi dalam keluarga Abang yang akhirnya membawa pelbagai masalah dalam kehidupan seharian....bertahun-tahun kami lalui kehidupan yang indah dalam dunia percintaan....hidup bagaikan pasangan bahagia...

Abang Sayang …..
sepertinya, hari ini ku rasakan juga senyapnya udara
dinginnya matahari juga gersangnya malam
ya….ini sebagai simbol kenangan
sebagaimana telah digariskan
putaran waktu yang menikam tubuh
berderailah tawa atau tangis
kerana airmata tetap membasah pada pelupuk mata

Abang sayang…..
usahlah lagi ditanyakan untuk apa aku di sini
menikmati hari-hari membisu
hiruk pikuk kegusaran isi dada yang menjalar ke otak kepala
roda waktu telah menciptakan kisah
kisah setetes air yang berhendak menyetubuhi bintang dan rembulan
kini kesunyian tak lagi dimengerti

Abang sayang…..
di mana kan lagi kutemukan percakapan itu
tergerai rambut sebahu menatap matahari dengan senyum
namun simpan kegundahan dalam-dalam

Abang sayang…..
kini hanya bayang kenangan menderu
memasuki ruang-ruang kosong dalam dada
sebagai kebahagiaan atau kesedihan

Abang sayang….
di mana kan lagi kutemukan percakapan itu
bulatnya matamu sebulat tekadmu menjalani hidup
bicara lantang dengan apa adanya
biarlah

Abang sayang…..
lebih baik ku membiarkan halaman ini putih
tetap kosong dengan segala suka dukanya
yang entah seperti apa
ketahuilah abang… masing-masing diri mempunyai masa lalu
sebagai sejarah yang ditulis pada buku waktu

Abang sayang….
tak usahlah kau risau membacanya lagi
kenangan, kenyataan serta harapan
adalah milik diri
ia akan hadir sepanjang usia, rentangan waktu
namun kumerasakan kau teramat larut pada masalalu
sebagai kenangan yang memusar

Abang sayang….
biarkan ia menenggelamkan diriku pada kesedihan yang mendalam
masa kini telah hadir sebagai kenyataan yang tak terelakan
dan masa depan telah menanti,
membuka cakrawala harapan

Abang sayang…..
demi perasaanku hari ini
Jangan kau ubah apa yang membuat mereka jatuh cinta
Kerana semua tidak mengharapkan kesempunaan diri
Abang sememangnya istimewa di mata dan hatiku
Walau seluruh dunia menentang
Sayang Abang hanya untuk  Abang................
  264DPMM vs SAF
Berabad aku melalui hidup dalam dunia percintaanku hanya untuk Abang dan tiada insan lain yang mampu mengambil alih. Walaupun ramai yang datang bertandang dan membawa seribu pengharapan tapi tiada seorang yang berjaya menarik aku keluar dari pesonaku kepada Abang sepanjang hayatku....akupernah bertanya pada Abang apa yang membuatkan aku bahagia...hanyaa Allah Yang Maha Mengetahui itulah jawapannya.....hati dan jiwaku hanya ada Abang. Mungkin kalau dihitung kehidupan aku hanyalah dengan mendoakan untuk bersama abang sepanjang hayatku....walaupun beberapa kali Abang  menyuruh aku menerima lelaki lain dalam hidup aku tapi akhirnya aku akan kembali kepada Abang...mungkin  aku tak boleh memadam cinta abang buat aku...sehinggalah  satu ketika setelah pelbagai rintangan kami lalui aku bagaikan pasrah dengan takkdirku...tapi segalanya berakhir dengan hatiku tetap milik Abang....Sayang Abang Dunia dan Akhirat.....bukanlah kata mainan tapi kata yang terpahat selamanya... hinggalah di saat akhir....chapter hidupku yang ke 30 tahun aku menerima hampir 32 peminangan yang datang bertalu-talu....tanpa henti....
.................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
akhirnya aku sudah tidak lagi menghitung berapa kali orang masuk meminang kerana aku sudah letih untuk menolak. Biarlah kalau orang datang  aku jawab sahaja...tak nak.

Abang sayang
sekarang kita telah berpisah
berpisah bukan atas ingin ku dan ingin mu
takdir berkata kita harus berpisah
aku sayang pada mu
begitu pun kamu
aku tau kenapa semua ini terjadi
aku tau aku yg salah
aku yang berundurdan memilih jalanku
kini kau pasti lebih bahagia kerana bebas selamanya
bersama isterimu
menikmati indah nya cinta dr diri mu
kau kan selalu ku cintai,
tapi kini kau tidak lagi ku nanti
aku tidak setia menunggu kembali seperti yg dulu lagi...
tapi
Sayang ku untuk Abang sememangnya sehingga akhir hayatku dan semoga Allah kurniakan bahagia untuk Abang selamanya. 
Abang........Sayang Abang Dunia dan Akhirat
FazMi
 

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in