SAATNYA KITA PERLU BERANI BERUBAH
Berjaya mengatasi masalah akan menghantarkan kita pada posisi yang baik untuk mengatasi masalah berikutnya. Kejayaan kita akan menjadi bekalan yang sangat baik untuk mencapai kejayaan-kejayaan selanjutnya.
Orang yang kaya menjadi lebih kaya bukan kerana harta yang dimilikinya, namun kerana arah yang betul dalam usaha dan kehidupannya; tindakan yang betul dalam langkah-langkahnya, sehingga kejayaan itu akan muncul berulang-ulang kali!
Kalau dalam kehidupan, kita melihat yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin. Memang itu yang terjadi. Sekarang lihatlah kehidupan kita. Apakah kita makin kaya atau makin miskin? Jika kita makin miskin, maka segeralah bertukar arah. Kita pasti telah melakukan kesalahan yang mungkin tidak kita sedari.
Jika kita tetap menjalani apa yang kita lakukan sekarang ini, maka kemungkinan kita akan TERUS TENGGELAM. Namun jika kita merasa makin kaya, maka melangkahlah makin cepat. Berlarilah! Kerana haluan kita sudah betul.
Jika kita cenderung mengalami kemerosotan dalam taraf kehidupan, maka saatnya sekarang bertukar arah! Ubah arah kita dan jangan berlenggah lagi. Kena Berani Berubah. Kita telahpun melakukan kesalahan dan kesilapan! Kena betulkan!
Sekaranglah saatnya KITA berubah! Malas kita ubah menjadi RAJIN. Sombong kepada KERAMAHAN. Kesederhanaan kita dalam berfikir harus kita ubah menjadi lebih kreatif dan pintar. Kelalaian kita harus kita ubah dengan kewaspadaan. Waktu kita harus diisi penuh dengan aktiviti yang berfaedah. Fikiran negatif mesti berubah kepada fikiran positif.
Apakah mudah? Jangan bertanya lagi. Rasakan perubahan itu. Bila kehidupan kita sudah merasai sedikit nikmat kejayaan, maka kita lebih semangat untuk bertindak, bergerak lebih cepat, berfikir lebih kreatif dan kita terus melakukan perkara terbaik kerana perjalanan kehidupan kita menuju arah yang benar.
Ingat! Orang yang kaya semakin kaya, bukan kerana dia memiliki harta lebih banyak, namun kerana dia sudah berada dilaluan yang betul. Kejayaan yang dicapai telah membuat ‘kesan domino’ untuk kejayaan berikutnya!
Adakah anda BERANI BERUBAH?
ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment