16 September 1999 aku mendaftar diri sebagai warga kerja di SAS sebagai Kaunselor Sepenuh Masa. memang sesuatu yang diluar benak fikiranku kerana selama ini akau memang tidak mempunyai semangat yang tinggi seperti adik beradik dan kawan-kawan yang majoriti tergilakan SAS. Keterujaan mengajar di SAS bagi aku sama sahaja seperti sekolah perempuan yang lain bezanya di sini pelajarnya semua pelajar pandai dan nak masuk belajar SAS pun kena ada kualiti dan semestinya seluruh sekolah ini dianggap kualiti.
Di SAS aku mengenal pelbagai rupa manusia dan juga aku mengenal pelbagai rasa dalam kehidupan. Memandangkan aku ni kategori payung terjun jadi memang agak menggerunkan bagi pihak pentadbir sekolah sebab setiap guru yang keluar masuk ke sekolah ini akan menjadi tumpuan semua. Maklumlah sekolah elit. Bagi aku yang sememangnya FOBIA dengan sekolah perempuan walaupun seELIT mana sekalipun sekolah tu aku memang tetap FOBIA...aku fobia dengan semuanya dari pentadbir sehinggalah sekitar sekolah.
Semasa di SAS aku yang sememangnya dah biasa dengan keakraban dengan guru-guru dan pentadbir sejak sekian lama membawa budaya yang sama yang mungkin agak tidak disenangi oleh beberapa pihak terutama pihak pentadbir yang merasakan guru biasa tak setanding dengan pentadbir. semua ini dicipta oleh sekelompok guru dan individu yang tak mahu memberi peluang kepada orang lain.
Sebaiksahaja aku tiba di SAS benda pertama yang akuterima adalah...BILIK KAUNSELING INI BILIK KAUNSELING CONTOH ...JADI TAK BOLEH BUAT PERUBAHAN......OOOOOOHHHHHhhhhhhhh tidak !!!!!! macam mana aku nak bekerja dengan dibayangi Bilik Kaunseling Contoh sedangkan apa yang aku lihat hanyalah bilik kaunseling yang 'KOLOT" dah tak up to date dengan zaman daan bahan-bahan pameran semuanyapakaitulisan stensil n tulisan tangan.....Apa lagi aku yang bagaikanpenyapu baru ni macam biasalahlah yang telah di ajar oleh pembimbing praktikum Cikgu Sabri.....PUTIHKAN.......putihkan semua...maknanya semua yang ada kaitan dengan sejarah yang boleh membayangi kita perlu dibuang....jadi langkah pertama aku buang semua bahan-bahan terutamanya yang dah tak sesuai dengan zaman...yang pastinya ianya menimbulkan KONTROVERSI di sekolah kerana bekas Kaunselor masih berada di SAS sebagai Penolong Kanan HEM. hahahhahaha ingat llagi macam mana wajah bengis dia bila tengok bilik kaunseling contohnya dah tak ada rupa dia lagi...sehinggalah akhirnya aku dipanggil oleh PENGETUA CIK HASNAH ABDULLAH untuk mengadap....tapi syukur Alhamdulillah aku dikategorikan orang yang ada skill PR yang baik jadi apa yang ditanyadengan hormat dan cermat aku jawab dan akhirnya Pengetua setuju dengan aku dan memang apa yang aku buat aku teruskan dan ubah seceppat mngkin supaya tidak ada identiti orang lama.....sebab tu di ST Anne Convent walaupun hanya tiga bulan aku tetap boleh berikan yang terbaik kepada sekolah dengan kerjasama semua pihak. Tak sampai sebulan di SAS aku berjaya pugar semula Bilik kaunseling Contoh menjadi Bilik Kaunseling Al Qanaah dengan kerjasama pelajar dan juga pekerja yang sememangnya menginginkan perubahan.
Perubahan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan tapi memandangkan aku adalah seorang yang sememangnya tidak suka dibayangi oleh orang lain jadi aku perlu mengorak perubahan. bersyukur semasa di SAS aku ada ramai anak murid yang rajin dan memang sekepala..ketika di SAS aku masuk kerja jam 7 pagi dan balik jam 7 malam. Alasan nya aku seronok bertugas dengan Pengetua yang banyak mengajar aku selok belok pentadbiran. Walaupun orang lain memandang pengetua seorang yang tegas tetapi bagi aku aku banyak belajar dengan Pn Cik Hasnah yang sememangnya seorang pengetua yang sangat komited dengan tugasnya....cuma dia sering dibayangi oleh "GATE PEOPLE" iaitu PK HEM yang ketika itu merasakan dia adalah orang yang terhebat. Aku sememangnya bertuah kerana banyak berdamping dengan pengetua dan guru-guru kanan yang lain di SAS sebab kebetulan mereka adalah guru-guru aku sendiri semasa zaman persekolahan.....cuma aku tak seiring dengan PK HEM yang sering rasa tergugat.
Walaupun hanya beberapa bulan aku di SAS aku banyak belajar dengan Pn Cik Hasnah tentang selek belok pentadbiran, beliau seorang yang sentiasa memberikan dorongan kepada aku. Walaupun orang sering tertanya-tanya macam mana aku boleh rapat dengan Pengetua....jawapan nya hanya satu aku admirer pengetua secara keseluruhannya. Walaupun orang lain tak nampak apa yang aku nampak tapi aku bersyukur kerana dorongan kuat dari beliau aku berjuang terus dalamdunia pendidikan dan dengan dorongan beliaujuga aku sambung belajar ke peringkat master.
Pernah satu peristiwa lucu yang tak dapat aku lupakan macam mana wajah PK HEM ketika di kantin yang mana pengetua dengan selamba mencedok makanan dari pinggan beliau dan masukkan dalam pinggan aku sebab katanya "sedap Shikin kena rasa lauk ni cikgu masak sendiri!"...terbeliak mata PK HEM aku ketika tu mungkin sebab sepanjang dia kenal Pengetua dia kata pengetua aku ni jenis protokol, Datin dan tak boleh makan dengan cikgu biasa.....itulah pengetua yang sering dibayangkan oleh cikgu llain sebab mereka segan@malu nak makan dengan beliau sebab dia isteri Menteri..Dato Afifuddin Omar...mhmmmmm memanglah dia seorang yang protokol tapi bagi aku dia tetap seorang guru dan seorang insan yang sentiasa ingin ddidekati dan disampingi. Walaupun beliau orang besar tapi sikap dan budibahasanya sangat aku minati.
Walaupun aku sangat sukakan pengetua SAS tapi aku tak suka berkhidmat dengan tekanan dan akhirnya aku membuka mulut dan sekali lagi kejutan berlaku bila aku bertukar secara pentadbiran ke sekolah ketiga selepas empat bulan berkhidmat bersama SAS.
Ketika aku berjumpa dengan Pengarah JPN Kedah ketika itu yang kebetulan bekas Pengetua kesayanganku masa belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar dulu .....perkataan pertama yang Pak Hassan atau ketika itu Dato Hassan " Chek nak tukaq pi sekolah mana pula?" hahahahahahahahaha seakan dah terhidu oleh Pak Hassan yang aku sememangnya nak bertukar ke sekolah lain. Ketika itu Pak Hassan panggil Pegawai Bahagian Sekolah utk tengok sekolah yang kosong dan beliau adangkan aku ke Sains Pokok Sena....tapi jawapan aku pada Pak Hassan....." Shikin tak mau sekolah ELIT....Shikin nakpi sekolah yang paling bermasalah dan Shikin nak bertugas dengan aman kat situ"....Pak Hassan yang ketika tu kena penyakit kayap tergelak dengan aku ni sebab peliklah...orang semua nak pi sekolah yang Elit kononnya senang kerja tapi aku satu-satunya cikgu yang minta pi sekolah yang banyak masalah...Jawapan aku....namapun kaunselor nak selesaikan masalah jadi biarlah Shikin ergi sekolah bermasalah........perghhhhhh konon nak tunjuk terror lah...akhirnya Pak Hassan perkenankan permintaan anak murid bermasalahnya ini dengan memberikan tempat baru.....
SAS hanya 2 km dari rumah tapi sekolah ni hampir 15 km dari rumah...Shikin sanggup pi sekolah yang banyak masalah ni. Sekolah yang semua orang tak mau pi? Shikin sanggup????????Mhmmmm
JAWAPAN:
"Cikgu , Shikin sanggup pergi ke sekolah manapun asalkan Shikin seronok untuk berbakti dan Shikin janji akan bertugaas sekurang-kurangnya lima tahun di sekolah ni...baru Shikin fikir utk buat benda lain!!!!"
Maka awal tahun pada 5hb Februari 2000 maka genaplah empat bulan aku di SAS dan akhirnya aku dengan senyuman manis mengangkat kaki meninggalkan sekolah yang banyak mengajar aku kerenah birokrasi dan apa yang pasti sampai sekarang Fobia sekolah perempuan tak hilang.....tapi yang pasti aku sangat menyayangi pelajar yang rapat dengan aku dulu.....
Kutinggalkan kenangan bersama lagu kebanggaan pelajar SAS:
- Sekolah Sultanah Asma
- Lahir dari cita-cita
- Mendidik srikandi bangsa
- Berjaya sepanjang masa
- Berjanji setulus hati
- Berikrar semurni kata
- Belajar berilmu berbakti
- Tertunai harapan semua
- Dengan tekad dan keyakinan
- Berazam mencapai kejayaan
- Hadapi dugaan cabaran
- Demi kesejahteraan masa depan
- Oh sekolah tercinta
- Mekar subur perkasa
- Namamu kan dipelihara
- Dengan peribadi mulia
Nantilah banyak gambar kenangan bersama mereka tapi tak sempat nak snap kembali......
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment