Inilah wajah ceria selepas tamat pengajiandi UPMT aku akhirnya kembali ke Negeri Kedah dan ditempatkan di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST ANNE'S CONVENT , yang beralamat seperti di bawah......
Alamat: | Jalan Bukit Awi, 09000 Kulim, Kedah |
Tel: | 04-490 4075 |
Faks: | 04-490 4075 |
Semasa posting ke Kulim aku tak menghadapi sebarang masalah kerana Kak Not @ Normishah sememangnya tinggal di Kulim. Ketika ini kak Not dan Abang Burn belum ada anak dan memang honeymoon year lagi lah....Aku posting ke Kulim hanya untuk seketika sahaja sebab memang plan awal hanya untuk mendapatkan tapak di Negeri Kedah sahaja. Syukur Alhamdulillah tak sampai empat bulanpun tinggal di Kulim ni sebab bulan September aku dah posting balik ke Alor Setar. Kejab sahaja di sana di bawah pengetua Hjh Zubaidah Mohamed. Orangnya sangat baik dan yang bestnya masa di St Annes Convent ni macam biasalah semua pelajar perempuan dan aku yang sememangnya fobia dengan sekolah perempuan semasa zaman persekolahanku dulu .
Kebebasan......itulah diriku yang sebenar bebas terbang kemana sahaja yang aku suka....
Pejam celik tiga bulan bertugas di daerah Kulim dan tak sempat pun nak berkenalan dengan ramai di Kulim sebab asyik sibuk mengisi borang untuk pertukaran balik dan yang istimewanya aku balik tanpa perlu menunggu masa untuk pertukaran seperti orang lain kerana hanya mengikut PERINTAH ARAHAN PERTUKARAN SERTA MERTA ......iaitu PERTUKARAN PENTADBIRAN....memang special berbanding dengan orang lain sebab sepanjang perkhidmatan memang ada keistimewaannya.
...............................................
Aku menulis untukmu sayangku
melawan kebosanan menegur mimpi dalam senja
menyibak semak dengan daun berduri yang menyakiti jari jari
lalu terbangun pada sendu di langit biru
aku tertawa sejenak mengusir rasa lelah
merangkai kisah demi kisah perantauan
mengukir cinta di pesisir tanah ikan
mencium bau pasir yang ribut saling berbisik
dan berharap dapat menatap surya
di balik pepohonan sawit yang rindang
aku telah pergi untuk kembali
aku akan menepati janji untuk mengabdi
kuatkanlah aku Ya Allah,...
kuatkanlah aku dalam perantauan ini,...
September 1999 aku kembali ke Alor Setar dan ditugaskan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma..... sekolah yang memang aku tak tau apa nak kata.....FOBIA dengan sekolah perempuan....Nantilah dalam Chapter seterusnya aku akan bercerita berapa lama aku mampu bertahan di SMK Sultanah Asma sekolah yang tidak pernah aku mimpikan untuk belajar di sini macam pelajar perempuan lain ....Kak Not memang pelajar Sultanah Asma School n Yati pun sebelum ke MRSM Terengganu juga belajar di SAS...aku je yang memberontak tak mahu belajar di SAS dan terpelanting ke SMDSO semasa zaman persekolahanku... .
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment