Usah berkeras dengan Ustaz Azizan kalau hujah tak kuat'
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Selepas dua tahun Pakatan Rakyat mentadbir Kedah, Perhubungan PAS Kedah agak curiga dengan sokongan rakyat terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Ustaz Azizan Razak. Sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Dato' Dr. Isa Ismail (Speaker DUN ketika itu) ditugaskan untuk membuat kajiselidik secara professional berhubung sokongan rakyat terhadap kerajaan negeri serta isu-isu semasa yang berbangkit di Kedah.
Secara terus terang, kajian tersebut dibuat antaranya sebab terdapat dakwaan kononnya gaya pentadbiran Ustaz Azizan tidak disenangi rakyat. Antara yang banyak membuat kritikan adalah segelintir ahli PAS sendiri.
Namun hasil kajiselidik tersebut agak menyenangkan kerana lebih 55 peratus rakyat Kedah ketika itu masih menaruh kepercayaan terhadap kerajaan Pakatan. Apa yang mengejutkan dalam pembentangan yang dibuat oleh Dr. Isa ialah, sokongan dan kepercayaan terhadap Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar adalah lebih tinggi dari kepercayaan terhadap Pakatan Rakyat itu sendiri. Dakwaan kononnya Ustaz Azizan ditolak atau lebih keterlaluan lagi, 'jadi liability' terhadap Pakatan adalah tidak benar dan dinafikan oleh rakyat jelata.
Ustaz Azizan Abdul Razak yang saya kenali secara peribadi sejak 27 tahun lalu, sangat istimewa orangnya. Beliau nampak keras tapi cepat mesra, nampak tegas tapi tidak berdendam, nampak perungus tapi kelakar. Pokoknya beliau disukai orang ramai. Jika tidak, masakan boleh bertahan sebagai wakil rakyat sehingga masuk penggal ke lima. Hanya orang yang disukai ramai orang mampu berbuat demikian.
Sebaik menjejakkan kaki ke Wisma Darul Aman sebagai Menteri Besar, banyak juga mata yang curiga. maksudnya curiga dengan 'imej PAS' yang dibawanya, maklumlah separuh abad mereka sudah terbiasa dengan pentadbiran Umno. Apa yang mengejutkan, dari awal Ustaz Azizan langsung tidak mencampuri urusan birokrasi pentadbiran. Beliau tidak mencampuri urusan memposisi pegawai, lantikan, pertukaran atau kenaikan pangkat. Akibatnya, beliau dihormati oleh sebahagian besar pegawai dan kakitangan kerajaan negeri.
Siapa pun, dari parti mana pun orangnya - yang menduduki kerusi nombor satu pentadbiran negeri kadangkala berada dalam keadaan yang dilihat sukar untuk membuat satu-satu keputusan penting. Jika terlalu lunak dengan pegawai tadbir dianggap mengetepikan parti, jika tidak berlunak dengan pegawai maka ia seolah-olah mengundang risiko. Di Kedah, KCS (pegawai tadbir negeri) ada kalanya 'beraja di mata'. Pernah di zaman Tan Sri Sanusi Junid jadi Menteri Besar, beliau tidak popular kerana mencadangkan KCS menjadi pegawai diplomatik dengan pusat. Akibatnya, ada risiko yang terpaksa diterimanya. Ustaz Azizan tahu peristiwa tersebut dan mengambil iktibar.
Ada juga ahli PAS yang marah, mengapa serahkan beberapa jawatan GLC kepada KCS atau individu professional yang bukan dari PAS? Hujah beliau sangat mudah, lihat tiga buah GLC di mana CEOnya dilantik dari kalangan orang PAS. Semuanya gagal. Ada yang rugi, tertipu atau tak ke mana-mana. Yang bukan CEO orang PAS pula yang berjaya. Tidaklah pula beliau bermaksud rugi 'kerana orang PAS' tetapi Ustaz Azizan seolah-olah mahu mengajar bahawa jangan mengkritik atau mempertahankan sesuatu tanpa hujah.
Begitulah dalam banyak tindakannya yang lain. Beliau mempunyai jawapan atau hujah terhadap sebarang tindakan, yang mungkin dilihat sesetengah orang sebagai tidak wajar.
Ada yang mengecam Ustaz Azizan kerana berimej mewah dan tiada identiti Ustaz. Beliau mengguna Mercedes Benz KBV 8 sebagai kereta rasmi, mempunyai pengawal dan polis trafik pengiring. Beliau memakai long suit, bersongkok (ganti ketayap putih) dan tali leher ke pejabat dan urusan rasmi.
"Ana memakai ijtihad yang dibuat oleh Muawiyah sewaktu menakluki Mesir dan dilantik menjadi Gabenor di sana. Inilah yang diharuskan dalam ilmu siasah syariyyah, meneruskan amalan kebiasaan yang sudah dikenali dalam sesebuah masyarakat yang tidak bertentangan dengan syarak.
"Ketika menjawab pertanyaan khalifah Syaidina Umar r.a berkaitan aduan rakyat terhadap corak kehidupan dan kediamannya di istana milik bekas pemerintah Rom. Muawiyah menjawab: Aku menakluki sebuah wilayah jajahan Rom dan masih bersempadan dengan mereka.
"Mereka mengenali sebuah kerajaan dan pemimpin dengan kehebatan dan kebesaran seperti ini. Dengan inilah kerajaan dihormati dan dipatuhi dalam masyarakat dan budaya di sini. Ana tidak boleh tergesa-gesa mengubah apa yang telah mereka kenali sejak ratusan tahun dulu sekelip mata," hujahnya. Ya, ada hujahnya.
Beliau juga dihentam kerana memakai pakaian rasmi jamuan beradat (mess kit) sewaktu jamuan hari polis. Tampil tanpa songkok memang sesuatu yang asing bagi dirinya dan ahli PAS juga. Ramai tidak tahu bahawa Ustaz Azizan mengubah ciri-ciri mess kit dengan membuang bow sebagai sebahagian kelengkapannya, dan menggantikannya dengan leher 'cekak musang'.
Sebelum mengambil tindakan tersebut beliau meminta perkenan Sultan. Beliau berhujah dengan baik di hadapan Sultan sehingga baginda memperkenankan. Ini kehebatan Ustaz Azizan dalam berhujah. Bahagian Protokol tidak dapat berbuat apa-apa malah menerima perubahan itu sehingga kini. Jasa siapa, kalau bukan Ustaz Azizan.
Di samping bijak berhujah, kelebihan Ustaz Azizan memahami sesuatu isu secara terperinci. Beliau mampu memuaskan hati kesemua ADUN pembangkang sewaktu menjawab persoalan di Dewan. Sekalipun ADUN pembangkang mengemukakan pertanyaan dengan marah-marah, namun sudahnya ketawa berdekah-dekah mendengar penggulungan Ustaz Azizan. Belum ada Menteri Besar yang mampu melakukan sepertinya di Kedah.
Dalam parti atau di mana-mana juga, itulah kelebihannya. Ramai yang mengenali beliau berkata, "Alang-alang berhujah tak cukup kuat, tak payahlah mengkritik keputusan Ustaz Azizan."

AL FATIHAN BUAT USTAZ....AAMIN
No comments:
Post a Comment