kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT CURTAIN KEDAH (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Monday, September 2, 2013

CHAPTER 26: UK 232........PERJALANAN PENGAJIAN BERGELAR MAHASISWA DI UPM TERENGGANU ( 1 JUN 1996- 30MEI 1999)

 1 JUN 1996 aku bergelar mahasiswa setelah layak memasuki Universiti Putra Malaysia (Kampus Terengganu) ini lah detik perjalananku jatuh bangun dalam universiti.......walaupun aku masuk universiti agak lewat tapi inilah percaturan dan perancangan dari Allah SWT.
Masuk universiti setelah kakak Normishah dan adikku Noorhayati tamat pengajian mereka..itulah percaturan Allah bila Allah menjemput arwah ayah kami pada ketika dan saat kami sangat memerlukannya. Setelah berkhidmat selama tiga tahun enam bulan terus Allah berikan rezeki buatku untuk melanjutkan pelajaran. Syukur dengan nikmat ini. Alhamdulillah menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang.... walaupun kseluruhannya aku hanya dapat Kepujian Kelas Kedua Atas (Second Class Upper) dengan mata CGPA 3.43 itu sudah memadai buat diriku.

Sepanjang pengajian dapat empat kali Kepujian Dekan dan merasa nikmat menjadi pelajar cemerlang..Semua ini adalah berkat doa ibu dan bapa serta guru-guruku yang tercinta yang lebih mengenal potensi diriku....Sebab masa belajar di sekolah aku ni kan spesis malas baca buku....buku ulat buku lah ...tapi syukur dengan akal yang cerdik yang Allah kurniakan.
 Sepanjang di UPMT ramai sahabat sahabat baru yang ku kenali dari seluruh Malaysia tapi yang paling rapat dengan ku kalau dari kalangan ex teacher Halawiah @Chek, Murniyati@Neng, Fatimah Norlia, Ng Ai Ching,Rosmenam ,Lie Wahab, Along CAJ , Hasrul, Pak Ya dan Basri..Kalau geng fresh yang rapat Aishah, Salhasniza, Lenny, Shikin Q, dan Liza.Memang kehidupan di kampus banyak cabaran dan dugaannya....termasuklah fitnah, dengki mendengki dan macam macam lagi kehidupan mahasiswa. bezanya kami ex teacher ni lebih mewah sikit berbanding dengan yang fresh dan ex diploma. Ada masa berbaik ada masanya dingin dan ada masanya tegang....itu semua asam garam hidup di kampus. Semester pertama tinggal dalam kampus dengan geng Sabahan serumaah. Semester kedua menyewa sendiri dengan Rosmenam. Semester keempat menyewa seorang diri . Semester lima tinggal bertiga dengan Chek dan Neng.Semester terakhir tinggal bertujuh dengan Chek&Murni,Neng& Lenny dan Aishah dan Salhasniza. Pelbagai cabaran masa kehidupan di semester terakhir. tapisemua itu hanyalah kenangan. Syukur Alhamdulillah sehingga hari ini hubungan masih kekal yang berbeza hanya jarak dan komitment masing-masing yang telah lama terpisah.
 Kisah cinta di kampus memang gila.....hahahahahah antaranya yang paling tak boleh dilupakan dalam hati dan fikiran ini selamanya ....Razarudin Ibrahim....kelakar dann sangat kelakar..Razarudin ni senior di UPMT n memiliki semua quality yang diidamkan oleh perempuan solehah dan tapi memandangkan ketika itu mungkin aku ni tak cukup se solehah jadi ianya hanyalah tinggal kenangan. Kalau nak cerita di sini memang melucukan...ada tak perempuan berani pinang lelaki....inilah yang perkara paling gila pernah aku buat iaitu pergi meminang si Razaruddin ni .....memang kerja gila tapi ini betul betul kenangan manis sebab masa itu ...aku warded kena serang tebuan n dapat idea tulis surat kat dia n yang jadi posmennya Aishah....dan memanglah katapun cinta kampus...Aku bertanya dan dia dengan sopan memberikan jawapan......dengan menghantar surat jawapan ke tiga tempat..1. Kampus, 2.Alamat rumah dan 3. Rumah Sewa....hahahahahaha. Surat tu kuterima seminggu sebelum bercuti sebulan pergi menunaikan UMRAH. itu lah sebabnya semasa pergi umrah bayangan Razaruddin sentiasa menbayangiku...kenangan oh kenangan semuanya tinggal kenangan.

Masa di kampus aku juga rapat dengan adik adik dari  kursus lain seperti Hashimi, Idham dan juga lecturer kesayanganku Cik Din atau Dr Din. memang kami sangat rapat dan aku memang baik dengan Cik Din sebab dia anggap aku ni macam adik dia dan kadang kala tu boleh sembang dengan dia macam abang sendiri. Tapi biasalah bila terlalu rapat ada lah yang sakit hati dan pernah juga kami difitnah dan dilagakan.Tapi Alhamdulillah semua itu hanyalah permainan dalam kampus..cinta kampus memang kelakar....
 Semasa di kampus tempat study aku tak sama denganorang lain.....aku study tepi pantai bukan dalam library. Study tepi pantai sambil dengar rakaman suara lecturer dan juga nota toyol sendiri. tak da bawa buku dan sebagainya.Smart study dan santai. Sambil balik makan kopok losong n ikan celup tepung...tak pun sup tulang gear box kak Mah Tok Jembal.  memang santai sungguh belajar di universiti tepi pantai. Dalam kelas kalau waktu lecturer mengajarpun nampak lambaian laut...Kenangan paling indah boleh naik Kapal Laut UPM masa tu belum jual...aku dan Shiqin Q yang secara kebetulan haritu lepak tepi pantai dipelawa lecturer Merine Science pergi ke kapal....memang indah.
 Sehinggalah praktikum di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman , Kuala Terengganu, terengganu di bawah bimbingan En Sabri dan juga Pensyarah Cik Rohani Mat Min yang dikatakan lecturer yang tak akan bagi A pada pelajar....syukur Alhamdulillah kami berdua dapat A dalam Praktikum sebab begitu bahagianya kami di SMSS. kenangan bersama pelajar dan adik adik PRS tidak pernah dilupakan. memang sampai tidur di sekolah.  kami yang mulanya diterima dengan  hati yg agak tertutup oleh En Sabri akhirnya membuktikan pada En Sabri kami memang layak menjadi seeorang kaunselor yang berkeliber.  Yang pasti dia beri kami A.
 Sepanjang perjalanan Praktikum apa yang kami amalkan menimba ilmu dari semua termasuklah Pengetua, Guru, Pekerja dan juga pelajar. Semua nya kerana mendapat kerjsama yang sangat baik dan akhirnyaakan menjadikan kita sebagai seorang pekerja yang cemerlang. Alhamdulillah walaupun banyak onak dan durinya kami berjaya dengan cemerlang dengan PRaktikum A.

 Sesungguhnnya nostalgia indah ini tak akan dapat ku ulangi lagi....inilah chepter hidupku yang bergelar seorang Mahasiswa UPM Terengganu. Syukur kepada Allah kerana menganugerahkan aku akal dan fikiran yang bijak yang dipinjamkanNya buat aku hambanya yang dhaif ini. Aku bersyukur kerana aku bukanlah pelajar yang perlu bersusah payah macam pelajar lain tapi bila exam pasti cemerlang. Tak pernah baca buku berhempas pulas tapi tetap juga cemerlang...Kehidupan di kampusku sangat indah dan aku bangga bergelar Siswazah keluaran UPMT yang mana kami dikenali ketika itu Sarjana Muda bimbingan Dan Kaunseling Ikan...sebabbbbbbbbb buku di library masa tu semuanya tentang Sains Perikanan. Pensyarahpun semua pensyarah jarang jumpa yang mana pensyarah kami hanya datang masa jadual sahaja. Tapi apapun kami tetap mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang tak berbelah bahagi...UK 232 no matrik yang menjadi sebutan semua lecturer...hehehehehehe UK232 pelajar Sijil Dekan n favourite student oleh semua lecturer...sebab UK232 memang rajin berkomunkiasi dengan lecturer. Akulah pemilik nombor Matrik UK232 :)

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in