kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Friday, August 27, 2010

GRADUATION...OH...KONVOKESYEN ....INDAHNYA


Kali ini rasa teringat sangat masa konvokesyen...Alhamdulillah sepanjang hidup ini baru tiga kali aku berpeluang untuk menaiki pentas menerima Sijil, Ijazah dan Sarjana. Memandangkan sekarang aku berada di Kolej Matrikulasi Labuan aku ingin berkongsi dengan  girls and boys kat kolej ini. Mereka semua budak pintar dan adalah pelajar yang terpilih kerana SPM cemerlang berbanding dengan aku hanyalah pelajar biasa dan bukanlah pelajar yang popular dalam akademik...kecuali masa sekolah rendah sahaja setiap semester dapat nombor 1, 2 dan ataupun selalu merangkul habis subjek terbaik kira tak kasi canlah kat orang lain. Tapi masa sekolah menengah aku hilang mood untuk belajar dan lebih fokus pada bidang sukan jadi bila sekolah menengah kalau naik pentas pun sebab terima anugerah Olahragawati Terbaik setiap tahun..masa tu apa yg aku fikir  glamour dan sering menjadi tumpuan semua. Alhamdulillah siapa sangka pelajar yang gila glamour ni sebenarnya bertuah dan akhirnya boleh berjaya..remaja yang tak nak bersekolah akhirnya menjadi pegawai kerajaan.. Alhamduilillah..
Sijil Perguruan Asas PSR/PM : Cemerlang tahun 1990-1992
Semasa aku di Tingkatan 6 di S M Dato Syed Omar, AS, aku memang dah nekad nak belajar bersungguh-sungguh nak jadi akauntan sebenarnya kerana aku beralih dari kelas sains tulen dan mengambil perakaunan...mungkin inilah cita-cita aku yang sangat aku suka sebab mengira duit je....tapi Allah menakdirkan aku menerima tawaran sebagai guru melalui program Sijil Perguruan di IPSI, Tanjung Malim..masa tu aku tak nak terima tapi memandangkan harapan ayah dan mak jadi aku teruskan juga  untuk mengikuti bidang yang paling aku tak ada minat atau tersenarai dalam cita-cita aku....Aku dilahirkan untuk menjadi GURU.Alhamdulillah .
Bacelor Pendidikan Bimbingan Dan Kaunseling: Kepujian Kelas Dua Tinggi 1996-1999
Perjalanan  aku dalam dunia akademik tidak pernah berhenti sebab mengangkan amanat ayah  agar aku meneruskan pengajian hingga ke tahap tertinggi. Akhirnya Jun 1996 aku mendapat tawaran belajar walaupun sebenarnya aku tidak berminat dengan bidang ini tapi inilah takdirku..Pada tahun 1996 aku menerima tawaran untuk menyambung pelajar di Jepun dalam bidang Bahasa Jepun  dan juga menerima tawaran temuduga untuk belajar Bahasa Perancis di perancis tapi semuanya terkubur bila dalam masa yang sama aku mendapat tawaran belajar di UPM Terengganu...kata mak" Belajarlah di Malaysia sebab mak tak sanggup berjauhan dengan anak -anak mak lagi..kerana tiga tahun adik Yati belajar kat UK menyebabkan dia serik..jadi sebab sayangkan mak aku menerima tawaran di UPM Terengganu dalam bidang Bimbingan dan kaunseling walaupun ianya adalah pilihan aku yang keempat sahaja masa mengisi borang. Inilah takdirku menjadi seorang  guru bimbingan dan kaunseling dan akhirnya kau mengambil lesen Kaunselor dan dapat bergelar Kaunselor..Alhamdulillah sepanjang di UPMT aku dapat empat kali Sijil Dekan.
Sijil Dekan..bangga nya empat kali berpeluang naik pentas terima dari Dekan Fakulti sastera Ikhtisas Prof. Sulaiman Yassin
Percaturanku tidak  terhenti di sini sahaja..sebaik  sahaja aku dapat posting balik ke Alor Setar aku mendaftar di UUM dalam bidang Sarjana Sains Pengurusan Pendidikan sebab ini saja  yang boleh aku pohon dengan tanpa syarat dan akhirnya aku mendaftar secara separuh masa dan berjaya bergraduat dengan pointer yang memuaskan iaitu 3.43 dan akhirnya pada tahun 2003 aku berjaya dianugerahkan Sarjana.
Sarjana Sains Pengurusan Pendidikan 2003 dari DYTM Sultan Kedah.
UPMT 1999
Sepanjang  perjalanan hidup ini aku bertuah walaupun tidak  memiliki apa yang aku impikan tapi Allah memberikan yang terbaik untuk diriku. Sebagai hambanya aku bersyukur dengan nikmat yang diberikan....siapa sangka budak nakal yang protes tak nak belajar dan banyak kontroversi akhirnya menjadi Kaunselor atau Pegawai Kaunseling...
UUM 2003

Apa yang membahagiakan aku setiap kali melihat wajah mak bangga melihat aku menerima anugerah dan mak berpeluang untuk melihat aku konvo semasa Ijazah dan Sarjana manakala semasa  IPSI ayah baru meninggal dunia dan hanya impian ayah sahaja yang aku penuhi untuk menjadi seorang guru.."Ayah kata: ayah teringin nak lihat anak ayah jadi cikgu.."
UUM 2003


Semua ini adalah anugerah dari Allah SWT walaupun apa yang kita rancang adalah lain tapi sebenarnya Allah mengaturkan sesuatu yang terbaik untuk kita.Sebagai manusia biasa kita perlu berusaha dan biarlah Allah yang menentukan yang terbaik dengan kita..hanya Allah yang mengetahui setiap perjalan hidup kita ini.


:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in