kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Monday, August 16, 2010

* MENCARI DAN MEMPERBAIKI KEBURUKAN DIRI*

 *Firman ALLAH SWT bermaksud: ALLAH tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. ( Surah Al Imran : 117 )
ULASAN AYAT :

1. ALLAH SWT tidak pernah menzalimi hamba-hambaNYA, yang menzalimi  diri sendiri adalah manusia. Manusia sering mengangap keburukan yang  dilihat dan terjadi kepada dirinya sendiri adalah perbuatan ALLAH. Sedangkan segala kerja ALLAH baik ataupun buruk hasilnya adalah kebaikan, dan manusia perlu melihat perkara ini dengan penuh kesedaran. Tapi kita sering menyalahkan Allah apabila kita berdepan dengan perbagai permasalahan berpunca dari kelemahan diri kita sendiri.

2. Justeru, apabila ALLAH menginginkan seseorang itu menjadi baik maka DIA akan menjadikan seseorang itu sibuk terhadap keburukan pada dirinya sendiri, bukan sibuk mencari keburukan orang lain. Hitunglah kesalahan diri kita sendiri sebelum kita melihat keburukan orang lain.

3. Apabila seseorang itu mengetahui dan mengesan tentang kesalahan atau penyakit yang dihadapinya maka mudahlah baginya untuk meninggalkan dan mengubati sakit yang dihidapinya. Ubatilah sakit dalam diri kita dengan zikir dan ayat-ayat Al Quran. sSesungguhnya  Al Quran itu adalah penyembuh yang paling mustajab.

4. Untuk menyedari dan menjadi seorang yang sentiasa bermuhasabah dengan diri sendiri, seseorang itu hendaklah sentiasa duduk bersama seorang GURU yang bijaksana dalam mendidik jiwa. Bergurulah dengan  guru yang dapat berinteraksi dengan kita dan jangan sesekali kita ego dan tidak mahu bertanya atau berguru. jangan sekadar berguru dengan buku atau pembacaan kerana ia boleh menyesatkan kita.

5. Seterusnya seseorang itu juga perlu kepada seorang sahabat yang dipercayai lagi suka membetulkan kesalahan kita serta baik ilmu agamanya. Pilihlah sahabat kerana pesan Rasululullah kalau kita berkawan dengan pembuat minyak wangi  harum nya akan terpalit pada kita dan seandainya kita bersahabat dengan tukang besi terpercik baranya pada kita. Fikir-fikirkanlah.

6. Perlu selalu mengambil manfaat dari kesalahan dan keaiban diri daripada kritikan orang lain terhadap diri kita. Menerima teguran daripada orang yang bersalahan daripada kita lebih menzahirkan keburukan diri
untuk diperbaiki berbanding daripada orang yang menyayangi kita.

7. Kita juga hendaklah bergaul dengan masyarakat dengan melihat apa yang berlaku untuk dijadikan pengajaran dan pengalaman terhadap diri kita sendiri.inilah yang kadang-kadang kita lupa untuk bermasyarakat..Shikin pun sama juga kadang-kadang tu terlalu banyak bersendiri dan menghabiskan masa dengan dunia cyber sehingga lupa nak bermasyarakat. Bulan ramadhan ni baiknya solat terawikh di surau atau masjid supaya dapat bermasyarakat.

8. Sesungguhnya untuk menjadikan diri baik bukanlah dengan melihat kebaikan diri sendiri, kerana ianya boleh menjatuhkan diri ke dalam kebinasaan hati, malah untuk menjadi baik kita perlu selalu melihat dan mencari kesalahan diri untuk diperbaiki. Terlalu banyak kesalahan dalam diri ini. Semoga Allah membei petunjuk untuk diri Shikin membetulakn kesalahan diri ini. Amin.

WALLAHUALAM.



:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in