koleksi peribadi dikongsi bersama insan2 disayangi

kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (210) suara hatiku (198) nikmat Allah (140) cinta....kasih..sayang...hubbyku (126) Alhamdulillah (123) ilmu (102) belajar (87) CHAPTER HIDUPKU..... (80) Puisi/Sajak/Gurindam (72) memori oh memori (72) kerjayaku (69) D'Perantauan (65) cabar minda (63) nasihat (58) keluargaku (42) Chef Shikin...cooking skill (39) kerjayaku...kemahiran (39) berita (38) cabar diri... (37) Pergilah bercuti (35) 1 entri 2 stories (33) Mari Melancong (30) dari seorang sahabatku (30) Usahawan (28) dugaan..ujian hidup (27) Siapa kau...dihatiku? (24) resepi aku (24) ESQ165 (23) My Dreams Come True (21) pengalaman (21) Motivasi diri (19) sunnah (17) lucu... (16) teratak aish (15) Travel logku (13) tin@teratak aish (13) art theraphy (12) HOMEMADE SOAP (11) Premium Beautiful (11) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) USAHAWATI UTARA. (10) Harilahirku....Shikin Sayang (9) Tazkirah (9) PENTING (8) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) Terapi (7) berkebun (7) hobi (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) imotivasi.com (6) kemahiran belajar. (6) program (6) I AM AGEL (5) IAB (5) Joke of the day (5) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (5) Pengumuman (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) cinta....kasihsayang... (5) dari blog MITI's (5) lucu (5) EID MUBARAK (4) Falsafah...fail sampah (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) Istikharahku (4) LEGASI (4) Musibah (4) Datuk Maznah Hamid (3) Fig Colector (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) CAT WORLD (2) Doaku (2) FAKTA VS AOTA (2) Hari Rayaku. (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Majlis Perkahwinan (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) my video (2) BAHAYA.... (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) DAO (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) Kedah Negeriku (1) MAS (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) SELAMAT HARI GURU (1) T (1) UB (1) al (1) pohon syurga (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Thursday, February 10, 2011

HARI LAHIRKU....Ucapan selamat hari lahir untuk diri sendiri

ucapa selamat hari lahir dterima dari sahabat baru dari Irsyad Dubai
BISMILLAHIRRAHMANIIROHIM
LAILAHAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
ALLAHUUMASOLLI ALA MUHAMMAD WAALA ALI MUHAMMAD

Syukur kehadrat Allah kerana telah menganugerahkan   aku segala-galanya yang lebih berbading dari orang lain dandi dalam diri aku sesunggguhnya Allah ciptkan dengan penuh kasih sayang dan penuh keistimewaan. Syukur kepada Mu Ya Allah..Aku bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang KAU  kurniakan buat  hambaMu yang penuh dengan kelalaian ini. Tiada yang lebih indah melainkan merindui kasih sayang dan cintaMu tapi hambaMu ini lemah Ya Allah maka kau pimpinlah aku Ya Allah..Pandanglah aku yang hina ini supaya aku dapat berdiri setaraf dengan orang lain, bergerak sederap dengan orang lain dan duduk setara dengan insan-insan yang kau cintai.

banner Shikin Sayang..teratak bonda...
Ya Allah pandanglah aku hambaMu yang hina dan berdosa ini dengan pandangan rahmatMu dan kasihMu..Terasa dah semakin berusia dan terasa macam masa ini tersangatlah pantas berlalu. Terimbau kembali memacam kenangan zaman budak-budak, masa sekolah menengah dan zaman belajar di universiti dulu. Indah kan dunia budak-budak kenangan yang ku kutip sepanjang malam tak tidur semalam.....
Terima kasih kepada family dan kawan-kawan yang masih ingat besday ku ini. Doakan aku sihat dan dimurahkan rezeki dan sentia sihat serta tahan diuji..
Bila usia dah melangkau melepasi angka 3 series ni, banyak perkara serius patut  Shikin abil tindakan. In fact, sebelum ni pun dah jenuh memikirkannya. Tapi sampai kesudah jawapan untuk perkara-perkara tu masih belum ada.

Selama 40 tahun aku hidup, Alhamdulillah perjalanan hidup aku ni dipermudahkan Allah. Berkat doa mak dan ayah yang sememang tidak pernah putus walaupunmereka sudah tiada lagi..Aku bersyukur kerana dapat juga bertemu dengan mereka dalam mimpiku..aku bahagia bila dapat bertemu dengan mak dan ayah sempena hari lahirku..Alhamdulillah dengan nikmat Allah berikan dan akubersyukuraku adalah anak dari mak dan ayah yang sangat penyayang.
Ini gambar Hunel dan aku ni memang jwang karat dengan dia ni....alahai Shikin Sayang
Aku sering diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Hak Allah dan belum sampai lagi" "on the way",  dan "kun fayakun Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”
Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”
Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.
ingatlah semua itu 'SEMUA INI ADALAH RAHMAT ALLAH" AKAN TIBA MASANYA JUA ..
Wallahu’alam
Abrar yg ke kenali..sangat rapat dan memang sangat selesa tapi gambar ini saja je.tak de maknanye..BUKAN APE NAKTUNJUK org yang dok chating ngan aku yg sangat selesa.....seiraskan tapi  Turkey mari lah..mungkin sbb aku minat sangat katHunel inilah akibatnya..
Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1] Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.
Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.
Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” [2]
Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. [3]

Dipertemukan dengan kawan-kawan yang baik selama ni adalah salah satu anugerah yang sangat tak ternilai sepanjang perjalanan hidup aku 40 tahun. Dengan adanya mereka, hidup aku lebih ceria dan lebih banyak benda yang dapat dikongsi bersama. Aku berdoa kita akan sentiasa ‘keep in touch’ walaupun masing-masing dah ada kehidupan sendiri.

INGATLAH SEMUA INI ADALAH RAHMAT ALLAH...AKU TETAP AKAN MENANTI DIA DATANG KEPADAKU KERANA HANYA DIA YANG ALLAH TETAPKAN UTK AKU SEJAK DARI AZALI AKU HANYA BERIKHTIAR MENCARI DAN MEMBUKA DIRIKU MENGENALI SETIAP INSAN YANG INGIN MENGENALI TETAPI KETENTUANNYA ADALAH ATAS RAHMAT ALLAH......SEMOGA DIPERMUDAHKAN...AMIN YA RABBAL ALAMIN....

APAPU KATA KAWAN AKU...MAINTAIN MUDA...KEEP SWEEEEEEEEEEEEEETTTTTT 17TH...

Terima kasih pada semua keluargakudan semua sahabat-sahabatku dan anak murid kesyanaganku kerana sentiasa mendoakan aku....semua dah ada cuma satu dua tiga je tak ada lagi...insyaAllah semuani adalah raahmat Allah...
Semoga kita akan bahagia dan dirahmati dengan jalan yang telah kita pilih. Ameen.
 
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

3 comments:

cik ungu said...

happy birthday kak shikin!~

pieyaris said...

selaamt hari lahir kak syikin..semoga berada dibawah lindungan Allah SWT sentiasa..amin..

Diyana said...

hepi besday mak ngah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in