Dalam mengejar kasih dan sayang manusia aku sebenar kekadang lalai dalam mengingatiMu Ya Allah.aku lalai dalam melaksanakan ibadahku.
Sekali lagi Engkau memberi peluang buat aku mengenal manusia lain yang melafazkan rasa sayang,kasih dan cinta yang penuh dengan nafsu dan keinginan memiliki antara satu sama lain. Aku tidak mampu membuat sebarang keputusan dalam hal ini kerana aku sudah tidak mempunyai rasa percaya pada perasaan dan suara hatiku sendiri..Aku terlalu mengikut kata hatiku selama ini sehingga diriku hilang segal-galanya hanya kerana mengejar cinta manusia yang fana.
Aku tidak tahu untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diriku lagi..Atas nasihat sahabatku Khadija Al Aishah (chicago) aku melaksanakan sunat Istikara sebanyak 14 rakaat bagi memohon petunjuk dan jalan yang terbaik untuk diriku sebleumitu aku lakukan solat Tahajjud,2 rakkat, Solat Sunat Taubat2 rakaat, Solat Hajat 2 rakkat dan seterusnya solat istikara sebanyak14 rakkat.serta sunat witir 3 rakkat.. Aku melakukan solat Qhiamullailini ikhlas semata-mata kerana mencari keredhaan Allah SWT. Setelah selesai solat sunnat aku mnmbaca Ayat Khanzul Arash dalam koleksi Terjemahan Majmur Syarif....dan entah macam mana sebelum sempat nak salin telekung aku terlelap diatas sejadah dan aku mendapat mimpi yang sangat indah....
Dalam mimpiku..aku mendengar seorang lelaki yang suaranya sangat merdu dan lunak sekali yang tidak pernah aku dengar sebelum ini memberikan Salam kepadaku..dan aku mencari suara yang memberi salam itu..tiba-tiba pemilik suara itu menghampiriku tapi aku tidak dapat melihat wajah pemilik suara itu..aku terus bertanya kenapa tidak menunjukkan muka kepadaku.. sesungguhnya hati aku terlalu rindu pada insan yang seluruh hidupku aku merinduinya dan jiwaku dipenuhi dengan kasih dan rindu padanya...Aku terus mengesa agar Dia menunjukkan wajahnya...dan ketika itu aku berkata kepada Beliau yang aku kagumi sepenuh jiwa ragaku.." dulu Shikin hanya dapat tengok kasut saja dan penjaga kasut ..alangkah rindunya hati Shikin hanya dapat melihat kasut yang sangat indah itu ...tapi kenapakali ini Shikin tak boleh melihat pemilik...dan Shik menangis kerana ingin melihat wajahnya dan Nur yang terpancar di dalam hati Shikin ketika itu...dan Shikin mengangkat kepala dengan mata yang terpejam kerana tangisan dan terus mengucapkan "Assalamualaika ya Rasulullah" .....dan cahaya indah menerangi hadapan Shikin.." .......tut..tut...tut..tut..tut..tut..tut..tut.....Shikin terkejut dengan bunyi itu dan terus membuka mata...alangkah sedihnya hati Shikin kerana bila Shikin buka mata Shikin tidak dapat melihat wajah Baginda Rasulullah SAW...Shikin cuba untuktidur semula agar dapat bertemu dengan Rasulullah SAW lagi...Allahhuakbar...Allahhuakbar..ashaduallailahailallah waashaduanna Muhammad rasulullah.
Selepas dari itu Azan subuh mula berkumandang dan Shikin memang tak dapat menahan rindu dan keinginan untuk bertemu dengan Baginda Rasulullah SAW. Itulah jawapankepada istikharah Shiki yang pertama kalidalam tahun 2011 ini.. Sebelum ini Shikin selalu buat solat isthikarah dan beberapa kali Shikin berpeluang bertemu dengan insan-insan yang sangat dikagumi..Subhanallah tidak ada ucapan yang dapat Shikin gambarkan dan itulah yang menyebabkan hati Shikin tenang dan bahagia kerana hati ini telah penuh dengan cinta dan kasih Baginda..kadang-kadang Shikin ini dalam berdoa pada Allah SWT Shikin seolah bercakap dan bermanja serta meminta kepada Allah dalam nada yang merengek-rengek meminta dari Allah dan sampai satu ketika Shikin menangis dan bercakap kepada Allah seolah-olah kanak-kanak kecil yang merengek dan meminta dimakhbulkan segala doa...ya Allah shikin bersyukur sangat kerana dapat menerima ucapan Salam dari KekasihMu yaAllah..Alhamdulillah dengan nikmat yang Kau kurniakan buat hambaMu yang hina ini..
Shikin mengejar cinta dunia hanya kerana redaha Allah mungkin selama ini Shikin lalai dan selalu membuat keputusan hanya menggunakan akal dan suara hati..tapi setelah banyak ujian dalam liku perjalanan hidup ini Shikin rasa sangat bersyukur kerana diberi nikmat yang mungkin tidak dikurniakan kepada insan lain..Sekarang Shikin mendapatjawapankepadaIstikara Shikin dan segala-galanya adalah kehendak Allah SWT.. seandainya memang kami ditakdirkan bersama hanya jalan yang diredhai Shikin menerima dirinya dengan redha dan Shikin hanya inginkanredha Allah dalam menjinjing cinta manusia biasa..hati Shikin penuh dengan cinta yang dikurniakan dan Alhamdulillah Shikin memiliki cinta yang Shikin kejar...mungkin selama ini orang menyangka Shikin hidup sentiasa ada kekasih yang merindui dan hidup dalam bahagia tidak pernah tengok shikin susah hati dan senyum selalu....Semua ini adalah kerana dalam hati ini penuh dengan cinta dan kasih...sayang dan rindu pada Baginda Rasulullah SAW dan juga setiap kali dalam sujud Shikin Shikin minta nikmat untuk menatap wajah Allah dan nikmat merindui Allah...dan seandainya Allah mengizinkan Shikin hendak menatap wajah kekasihNya....Shikin selalu meminta untuk menjadi isteri Baginda Rasulullah SAW di akhirat kelak dan seandainya Shikin ditakdirkan berkahwin sekalipun shikin minta untuk berada disisi Rasulullah SAW bersama keluarga dan para sahabat dan tabiin..AminYa Rabbal Alamin..
Seandainya in adalah jodoh Shikin Shikin redha pada Allah kerana tugas dan tanggungjawab Shikin adalah sangat besar itu untuk dakwah Islamdan hanya kerana cintadan kasih Shikin pada Allah dan Rasululah semat-matatidak ada apa yang Shikin harapakan melainkan Allah memandang Shikin dan Shikin dapat bertemu dengan Allah sebagai hambaNya yang diredhai dan sentiasa dalam rahmatNya..Maafkan Shikin Ya Allah keranaShikin terlalu naif dan lemah untuk membuat keputusan..Shikin serahkan segala-galanya kepada Allah seandainya dia baik untuk urusan didunia dan di akhirat Allah permudahkanlah dan tambahkanlah keimanan dalam hati Shikin dan juga hati insan yang menyayangi dan menyintai Shikin kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui segala uruan ini dan Shikin adalah hak Allah..Allah lah yang menentukan yang terbaik untuk shikin di dunia dan akhirat...
Ya Allah, Shikin memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan
memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga Shikin
memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah
yang Maha Mengetahui dana Shikin tidak mengetahui apa-apa.
Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di
dalam ilmuMu bahawa urusanku ini........baik untukku dalam
agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah
untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di
dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini
buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku,
maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku
daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja
dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu
itu."
memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga Shikin
memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah
yang Maha Mengetahui dana Shikin tidak mengetahui apa-apa.
Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di
dalam ilmuMu bahawa urusanku ini........baik untukku dalam
agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah
untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di
dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini
buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku,
maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku
daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja
dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu
itu."
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment