Ini Salad..tapi bukan salad sotong Shikin buat sebab tak sempat nak tangkap gambar dah habis makan...hu..hu.. |
Salad Sotong
I pokok daun salad
1 biji apel
5 biji mini tomato
1/2 batang karot
1/2 biji bawang besar
1/2 biji lemon
5 biji cili padi..
5 ekor sotong
dressing:
minyak zaitun
lemon
garam
mayonis sikit je...
Cara buat:
Shah potong semua bagi senang masuk mulut je..tak yah nakseni-senijanji boleh masuk mulut senang..lepas tu masukkan semua dalam bowl dan sotong potong nipis dan celur dalam air panas tak pun singai je dalam kuali habis cerita.. Campur semua sekali lepas tu raslah dia punyagaram ..nak tambah gula ok gak..tapi Shikin memang dahtak masukkan gula kecuali kalau masak yang pedas sangatlah. ini salad bukan nak opedas sangat..jangan tertelan cili padi dah lah..sengsara.
Filet O Fish
Ikan sebanyak yang nak..ambil isi je
Telur sebiji + secubit garam +1 ulas bawang puti (tumbuk lumat)
Tepung celup:
Tepung jagung 1/2 cawan
Tepung gandum 1/4 cawan
Tepung beras...1/4 cawan tadi shikin tambah tepung kastad..sedap juga!
Campur semua serbuk rempah yang ada kat dapur...
Serbuk jintan manis./jintan putih/kayu manis, ketumbar, kunyit,,cili serbuk(kalau nak opedas), lada putih dan sedikit garam
(gaul semua bahan rempah dengan tepung jgn masuk ayaq
Cara nak masak senang..
Celup ikan dalam telur yg kita pukul tadi dan lepas tu golek dalam tepung..lepas tu goreng lah ..Jangan minyakopanas sangat sat gi masak terkejut.
Oklah selamat mencuba..Shikin nak turun pi track dah ni..jommmmmjommm
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment