kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Monday, December 6, 2010

Akhir Tahun ....30 Zulhijjah...esok dah 1 Muharram 1432

Kejab saja masa berlalu...pejam celik dah sampai akhir tahun Hijrah 1431 dan juga tahu masihi pun dah dipenghujung  dah 6 Disember 2010..Sampai akhir tahun mulalah mengkaji semula apa azam tahun ni yang masih belum dipenuhi..belum tercapai..Tiap tahun berazam untuk menjadi insan yang lebih baik tapi apakah aku telah menjadi manusia yang lebih baik...adakah aku telah menemukan Allah dalam hatiku?

Surat Al-Kahfi ayat 110, Allah berfirman:  “Maka barang siapa yang ingin menemukan Allah, maka hendaklah ia mengerjakan amalan baik dan janganlah ia mempersekutukan siapapun dalam beribadah kepada Allah.”


Azam nak menamatkan zaman bujang...nampaknya azam ni masih lagi tertangguh..InsyaAllah ada jodoh dan izin dari Allah SWT akan termakhbul azam ini
Azam nak kuruskan badan tapi..asyik makan kek dan akhirnya tahun ni berat maintain jelah..berat sama je... ini yg tak tahan ni..
Ada ke perfect man?..kita sendiri tak perfect mengapa mengharapkan yg perfect...hanya Allah yg Maha Mengetahui...krn itu adalah hak Allah

Nak sambung PhD...emhmm nampak gaya tahun ni tertangguh lagi sebab UPSI tak terima permohonan sbb lambat hantar proposal..tangguh lagi...

Jeti...penantian yang tiada penghujungnya.....
Cinta antara benua..yang hanya Allah Maha Mengetahui kesudahannya..

Labuan...hijrah tempat kerja ..akhirnya aku berhijrah ke Labuan setelah 18 tahun berkhidmat di Kedah

Semoga  impianku menjadi kenyataan...kurnikanlah kemuliaan ini kepada diriku

Dalam azam tahun 2010 ..nak ada baby sendiri ...semuanya hak Allah...Nabi Zakaria tak pernah berputus asa memohon pada Allah: "Latazarni fardhan anta khairul warisin"

Semoga Allah menambah keturunan ku dan memakhbulkan impian ku buat keturunanku.Amin


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Allah SWT menganugerahkan kehidupan ini dengan penuh rahmat dan keindahan...tapi apakah aku sebagai hambanya mensyukuri segala nikmat yang dianugerahkan. ya Allah aku bersyukur dengan setiap anugerahMu ya Allah .tidak ada satupun aku kurang berbanding dengan insan lain malahan aku adalah insan yang memiliki segala kelebihan sehingga manusia lain disekelilingku merasa iri dengan diriku. Aku bersyukur dengan segala anugerahMu. Aku sedar selama ini aku sering menyesali kehidupan yang aku lalui. Ya Allah ampunkan aku hambaMu yang lemah ini. Ya Allah aku selama ini tidak berfikir dengan rasional malahan lebih mengikut emosiku semata-mata...... Aku sering senyum spy orang tidak melihatku sebagai seorang yang sombong tetapi orang disekelilingku tetap mengatakan aku sombong kerana suaraku yang tegas dan ketinggianku yang menyebabkan org terpaksa memandang tinggi bila bercakap dengan mereka.
Ya Allah aku tidak mahu menunjolkan diriku yang lemah ini tapi aku bersyukur anugerahMu melebihi segalanya menyebabkan aku tidak perlu untuk menjinjat untuk meninggikan diriku dan tidak perlu berlari untuk sampai ke destinasi yang sama dengan orang lain kerana aku kau ciptakan sebagai insan yang sangat istimewa. Aku ada banyak kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Aku bersuyukur dengan rahmatMu ini ya Allah.
Seandainya aku sering dikeji kerana kelebihan yang Kau anugerahkan ini ya Allah aku bersyukur padaMu ya Allah. Seandainya orang mencemburui aku kerana kelebihan nikmat yang kau berikan Kau tambahkanblah nikmat ni pada mereka jua ya Allah dan seandainya mereka menghinaku kerana apa yang telah Kau anugerahkanpada ku ya Allah aku bersyukur kerana aku adalah hambaMu yang sangat engkau kasih.
Ampunkan aku ya Allah jadikanlah aku hambaMU yang bersyukur dan tambahkanlah rahmatMu buat diriku,, keluargaku, keturunanku, insan yang aku cintai, sahabat-sahabatku yang sangat menyayangiku dan insan-insan disekelilingku yang menyayangi dan menghormatiku. Kurniakanlah kami nikmat yang terindah dariMu ya Allah. Ya Allah jadikanlah kami hambaMu yang bersyukur. Jauhkanlah kami dari fitnah yang menyesatkan dan juga dari makhluk-makluk perosak yang sering mencari keburukan kami untuk disebarkan.Lindungilah diri kami dari keaiban dan kau campakkanlah iman dalam hati-hati kami. Ya Allah jadikanlah kehidupan kami yang akan datang sentiasa dalam rahmatmu  dan kehidupan kami yang telah dilalui juga dengan rahmatMu..Rahmatilah kami .Semoga Allah memakhbulkan impian kami ..Hanya Allah SWT yang mengetahui yang terbaik buat diriku...AMIN
"Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.AMIN YA RABBAL ALAMIN

LAILAHAILLALLAH MUHAMMADURASULULLAH
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in