Bismillahirahmanirahim. Al Fatihah.
Hari ini adalah hari yangg sangat bermakna dalam hidup aku dan aku tak pasti adakah ianya satu kebetulan atau Alllah hendak ianya menjadi satu tarikh keramat dalam hidup aku.
25 November 1946 adalah tarikh lahir ayah dan ayah adalah seorang yang selalu meraikan hari lahir anak-anak. Walaupun sekecil mana sekalipun hadiah tetap akan kami terima. Ayah juga sering ingat hari lahir dia kerana pada hari lahir ayah turut meraikan hadiah yang paling besar dalam hidupnya iaitu kakakku NORMISHAH yang lahir pada hari yang sama ayah dilahirkaniaitu 25 November 1969. Hari ini hari lahir kakak yang ke 40 tahun dan kalau ayah masih ada hari ini genaplah hari lahir ayah yang ke 63 tahun. Alfatihah buat Ayah HJ SHAHROM BIN RAHIM @YAH . Ayah sangat sayang pada kakak sebab kakak ada ciri-ciri macam ayah. Ye lah anak sulong dan lahir pada hari lahir dia tentulah membanggakan ayah. Muka kakak pun macam ayah. Ayah sangat menghargai anak-anak macam tu juga mak walau sedikit mana sekalipun mak tetap masakkan yang istimewa buat kami sekeluarga .Aku rindu masakan mak.
Ya Allah adakah ini satu kebetulan pada hari lahir ayah yang ke 60thn yang lalu mak menghembuskan nafas terakhirnya pada 25 November 2006. Al Fatihah. Mak telah meninggalkan kami adik beradik buat selama-lamanya pada hari lahir ayah. Masih segar diingatanku pada 24 November 2006 kami sekeluarga menyambut hari lahir kakak pada waktu malam sebab kakak baru balik dari Kuala Lumpur. Aku dan Aziaah adik iparku buat laksa johor sebab mak suka makan laksa johor. Jadi malam tu kami sambut hari lahir kakak yang ke 37thn. Aku cakapkat mak baik kita buat malam ini sesok sibuk banyak kerja nbak buat sebab nak pergi ziarah kubr ayah. Sebab setiap tahun bila hari lahir ayahaku akan pergi ke kubur ayah untuk menziarah. Malam jumaat jadi kami baca yaasin dan makan dengan sseronoknya.Mal tu mak mengadu sakit, tapi aku dan aziah buat2 tidur sbab kami kata bagipeluang kat kakak dan abang ipar pulak jaga mak....

Keesokan pagi lepass subuh mak datang kat katil aku dan bagitau dia rasa tersekat dan aku ambil air zam-zam bagi mak minum. Kebetulan kami baru saja pulang menunaikan haji pada bulan februari tahun yang sama. Aku suruh abang burn dan adik bawa mak ke hospital sebab takut alahanatau semput. Mereka terus membawa mak ke hospital. Di hospital doktor bagitau mak ok takada masalah dan kalau jadi lagi baru bawa semula ke hospital. Mak dibawa pulang ke rumah dan sambil duduk disofa di hadapan ruang tamu mak termenung dan kami pula kebetulan baru tengah sarapan. mak Panggil jirandepan rumahyang kebetulan lalu ketika tu" Teh mailah raya ngan kak Syah kita takberaya lagi ni, mak teh pun datang dan dia kata dia ni dah tak lama dan dia minta maaf sebab kalau ada buat salah apa dan terima kasih kerana duk tolong keluarga dia. Lepastu makteh panggil anak dia Adila datang beraya. Maknakterkencing dan abang ipar aku bawa kain buruk suruh mak kencing kat situ saja sebab mak tak larat nakk bangun. Mak bersandar di dada abang ipar aku. Abang ipar aku memang seorang yang sangat rapat dengan mak. sambil dia memicit-micit badan mak.Masa tu tiba-tiba mak panggil "KIN" dan terus tersandar. abang burn ajarkan mak mengucap. Mak buak mata dan sebut Allah...Allah dan Allah..kemuadian mak tinggalkan kami buat selam-lamanya. Hari itu sepatunya kami menziarah kubur ayah pada pagi itu tapi kamisemua membawa jenazah mak ke kubur selepas Asar hari Jumaat 25 November 2006 untuk disemadikan. Mak disemadikan di hujung kaki ayah.seolah-olah orang berjemaah di dalam sembahyang. Ya Allah adakah ini satu kebetulan. Hanya Allah yang mengetahui betapa kasih dan sayang mak dan ayah yang suci dan tiada tandingannya. Aku bertuah kerana lahir dari mak dan ayah ku ini.
Ya Allah kau kurniakanlah syurgaMU buat kedua ibuapaku ini Ya Allah..sesungguhnya mereka hambaMU yang sangat baik dan mulia. Ya Allh muliakan merekaya Allah. ...peliharalah mereka dalam kasihmu dalam rahmat mu. Ya Allah jadikanlah kubur mereka taman-taman syurgaMu ..ya Allah aku adalah anak mereka yang sangat lemah dan banyak melakukan dosa...janganlah kau bebankan mereka dengan dosayang aku lakukan..Ya Allah seandainyaadapahalayang aku lakukan dalam hidupku ini ku hadiahkan buat kedua ibubapaku ini, Rahmatilah mereka Ya Allah. ...kurniakanlah mereka dengan syurgaMu dan himpunkanlah mereka bersama kekaksihMu Muhammad Rasulullah SAW. ya Allah ketemukanlah kami di akhirat kelak. Ya Allah aku rindu pada mak dan ayah.....ALFATIHAH.
Ya Allah...hari itu juga hari lahir kakak ku Normishah Bt Hj Shahrom yang ke 37 tahun..sekarang dah empat kali 25 November telah kami lalui...tanpa ayah dan mak di sisi.
Ya Allah kurniakanlah kakakku Iman dan kebahagiaan bersama keluarga iaitu suaminya Abu Bakar Ali dan anak-anak merekaSiti Aisha Umairah, Nur Izzaty Nazirah dan Nur Illyana Shuhada. ya Allah bukakanlah pintu-pintu kebaikan, pintu-pintukeselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu kenikmatan, pintu-pintu keberkatan,kekuatn, kasih sayang, cinta sejati, rezeki, ilmu ,keampunan dan pintu-pintu syurgaMu buat mereka . Amin Ya Rabbal Alamin.
Selamat hari lahir kak.....aku tahu tentu kakak lebih terasa sebab mak meninggal pada hari lahir dia.
Selamat hari lahir kak.....aku tahu tentu kakak lebih terasa sebab mak meninggal pada hari lahir dia.
25 November..........
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment