Tomboy....anak bapa...anak emas ayah |
Semua ini berubah semasa aku tingkatan satu dan hilang kawan dan tumpuan pada pelajar macam aku cerita dalam chapter sebelum ini.Aku mula mengenal sukan cakera, dan lembing semasa di tingkatan satu.Macam biasalah aku ni memangg orang yang pantang dicabar. Semua ini bermula semasa sukantara. acara yang ada hanyalah lontar peluru,100meter pecut ,lompat tinggi dan lompatjauh.Kelebihannya aku memang saiz besar jadi memang aku dapat megumpul mata penuh untuk semua acara.Aku layak mewakili rumah sukan aku dengan acara Lontar Peluru dan Lompat Jauh saja. Kebetulan pada suatu pagi waktu latihan rumah aku tengok ada latihan lempar cakera dan lembing dan ketika itu aku datang awal dan tengok pelajar tingkatan 3 berlatih. Aku yang ketika itu dengan Zalita ,Ong Suan Nyin dan Zarina dengan selambanya pergi tengok orang berlatih.Aku masih ingat:
Johan..olahragawati sekolah..setiap tahun...dari tingkatan 2 hinggalah tingkatan 6 rendah. |
"Heish....orang yang dah berlatih bertahun pun tak pandai lempaq(Lempar)..hang nak wakil macam mana?...sindir Cikgu Laikar dan semua yang ada dekat situ memang turut gelakkan aku.
"Cikgu bagi peluang dekat saya sekali sahaja,kalau saya lepas dari kakak tingkatan 3 tu cikgu bagi saya wakil rumah..boleh lah cikgu!" rayu aku.
"Ok..kalau hang boleh lempaq aku bagi hang wakil bawah 15tahun kalau tak pi main jauh-jauh jangan duk kacau orang berlatih."kata cikgu lagi dengan di kerling ole kakak-kakak tingkatan 3 ,4 dan 5 yang jadi wakil rumah sukan aku dengan senyuman sinis maklumlah mereka kebanyakkannya wakil sekolah.
"Ok ...saya nak minta sekali sahaja?..peluang keemasan yang tak pernah aku lepaskan aku memang duk tengok kat tingkap setiap hari masa mereka berlatih tapi aku tak tahu acara piring terbang ni.Ia memang menguja aku dan aku set dalam minda aku yang aku memang boleh lempaq walaupun aku tak pernah pegang cakera atau piring terbang ni.
Bayangkan betapa seronoknya aku bila cikgu bagi peluang pada aku untuk membuat cubaan walaupun hanya sekali. Dengan satu tekad dalam kepala masa itu aku tak boleh mengalah pada sindiran dan senyuman sinis orang dan aku sambut cabaran cikgu aku dan apa yang menggemparkan semua cikgu rumah sukan ketika itu dengan sekali lemparan sahaja aku dah pecahkan rekod MSSK bukan lagi rekod sekolah atau daerah.Terlopong mulut-mulut orang disekeliling aku termasuklah cikgu aku.
Bermulalah detik permulaan sukan secara serius dalam hidup aku dan aku mewakili rumah sukan,sekolah dan daerah serta seterusnya aku mewakili MSSK ke MSSM sehinggalah aku tingkatan 6 rendah.Setiap tahun aku akan cuba memecahkan rekod cakera yang aku cipta dan apa yang sangat membanggakan aku setiap kali pecah rekod cikgu aku akan bagi bonus dan inilah yang menyebabkan aku gilakan dunia sukan sebab semua dapat sponsor hinggalan seluar dalam pun disponsor...ha..ha..ha.Kalau koleksi baju sukan tu memang banyaklah sangat...tracksuit baru selalu ..lengkap dari topi sampai ke kasut.

Aku mewakili dalam acara lempar cakera , peluru dan lembing dan di sinilah bermulanya gelaran Iron Lady yang aku terima dan bermulalah episod sukan dalam hidupku.Aku minat dunia sukan dan aku mula leka dengan pelajaran dan bagi aku aku memang nak jadi atlit dan sentiasa menjadi sanjungan pihak sekolah. Apa tak nya glamour sebab selalu masuk surat khabar dan juga dapat hadiah....Olahragawati sekolah dan pemecah rekod.Berkawan dengan atlit glamour dan bergaul pun dengan etlit sukan siapa tak bangga.
Insan yang menjadi penggerak kepada dunia sukan dalam hidup aku. Aku bersukan kerana sokongan yang pada dari ayah dan yang pastinya mak yang sentiasa memberi aku sokongan.Walaupun terdapat orang atau jiran memandang hina pada aku dan mengumpat tentang cara hidup aku sebagai ahli sukan... mak dan ayah sentiasa menyokong aku begitu juga keluargaku kakak dan adik-adikku yang sentiasa menjadi sumber inspirasiku.

No comments:
Post a Comment